You are on page 1of 13

SULIT

IE/APR 2011/CTU553

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PEPERIKSAAN AKHIR

KURSUS KOD KURSUS PEPERIKSAAN MASA

HUBUNGAN ETNIK CTU553 APRIL 2011 2 JAM

ARAHAN KEPADA CALON Kertas soalan ini mengandungi dua (2) bahagian BAHAGIAN A (40 Soalan) BAHAGIAN B (3 Soalan)

2.

Jawab SEMUA soalan dari BAHAGIAN A dan dua (2) soalan dari BAHAGIAN B. i) ii) BAHAGIAN A hendaklah dijawab pada Kertas Jawapan Objektif OMR. BAHAGIAN B hendaklah dijawab dalam Buku Jawapan. Mulakan setiap jawapan di muka surat yang baru.

3.

Dilarang membawa sebarang bahan masuk ke dalam bilik peperiksaan kecuali dengan kebenaran pengawas. Sila semak bagi memastikan bahawa pek peperiksaan ini mengandungi: i) ii) iii) Kertas Soalan Buku Jawapan - disediakan oleh Fakulti Kertas Jawapan Objektif OMR - disediakan oleh Fakulti

4.

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM ANDA DIARAH BERBUAT DEMIKIAN Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak
Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

SULIT

IE/APR 2011/CTU553

BAHAGIAN A

Hitamkan | H

jawapan yang paling TEPAT pada Kertas Jawapan Objektif.

1.

Apakah faktor UTAMA yang membawa kepada termaktubnya hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan? A B C D Sikap prihatin penjajah British Kerjasama dan tolak ansur pelbagai parti politik Raja-Raja Melayu merupakan pemerintah asal Tanah Melayu Orang Melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu

Soalan no. 2 berdasarkan maklumat di bawah.

Suatu usaha yang berterusan untuk mengembangkan potensi individu. Mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang. Melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan mampu menjadi warganegara yang baik.

2.

Manakah antara dasar berikut merujuk kepada maklumat di atas? A B C D Dasar Ekonomi Baru Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Pembangunan Nasional Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam

3.

Bagi memastikan program pembangunan dapat dilaksanakan ke seluruh negara, kerajaan telah melancarkan pelbagai strategi pembangunan ekonomi. Berikut adalah program pembangunan ekonomi terkini, KECUALI: A B C D Mengutamakan ekuiti Bumiputera Koridor Pembangunan Ekonomi Negara berpendapatan tinggi Plan Transformasi Ekonomi

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/APR 2011/CTU553

4.

Pilih pernyataan TEPAT yang menggambarkan perimbangan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan. A B C D Kebebasan bukan Islam mengamalkan agama masing-masing dalam keadaan terkawal Kebebasan bukan Islam mengamalkan agama mereka secara aman dan harmoni Kebebasan bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama dalam suasana aman dan damai Bukan Islam diberi kebebasan untuk pilih agama dan amalkan tanpa limitasi

5.

Masyarakat Baba dan Nyonya merupakan lambang kejayaan asimilasi golongan imigran dengan etnik tempatan di Malaysia. Manakah antara berikut TIDAK BERKAITAN dengan kehidupan Baba dan Nyonya? A B C D Mengasimilasi kebudayaan Melayu dan India Antara imigran Cina terawal menetap di Tanah Melayu Berperanan memperkayakan lagi khazanah budaya negara Mendapat pengiktirafan penduduk oleh Kerajaan Melayu Melaka

6.

Pembentukan jati diri menjadi keperluan utama kepada sebuah masyarakat majmuk. Kenalpastikan faktor UTAMA kejayaan pembentukan jati diri Malaysia. A B C D Islam menjadi teras kepada pembentukan jati diri Bahasa Inggeris sebagai asas interaksi interetnik Berteraskan nilai masyarakat Timur Wawasan yang dikongsi bersama

Soalan no. 7 berdasarkan maklumat di bawah.

Satu bentuk neo-kolonialisme. Berupaya melemahkan nilai-nilai tradisi. Mampu menjadi penghalang jati diri Tamadun Malaysia.

7.

Sesuaikan istilah berikut dengan pernyataan di atas? A B C D Rasionalisasi Sekularisasi Globalisasi Nasionalisi

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/APR 2011/CTU553

8.

Berikut merupakan interpretasi undang-undang mengenai kebebasan beragama, KECUALI: A B C D Setiap orang berhak mengamal agamanya selagi tidak menganggu ketenteraman awam Kelompok seagama bebas menubuh dan menguruskan dana bagi tujuan hal ehwal agamanya Seseorang di bawah umur 16 tahun boleh diajak mengambil bahagian dalam upacara keagamaan selain agamanya Seseorang tidak boleh diminta membayar apa-apa cukai untuk kepentingan agama lain

9.

Kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia membawa kaum Bumiputeranya mendapat hak yang sama sepertimana orang Melayu di sisi Perlembagaan Persekutuan. Apakah peruntukan tersebut? A B C D Perkara 3 Perkara 8 Perkara 152 Perkara 153

10.

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara. Manakah antara berikut BUKAN faktor tercetusnya peristiwa tersebut? A B C D Perbezaan amalan agama antara etnik Jurang ekonomi yang luas antara etnik Prasangka dan prejudis yang menebal antara etnik Kempen pilihan raya dipenuhi dengan isu-isu perkauman

11.

Pilih pernyataan yang TEPAT mengenai isi kandungan kontrak sosial antara orang Melayu dengan bukan Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan. i ii iii iv A B C D Islam sebagai agama Persekutuan Kedaulatan Raja-Raja Melayu Hak kerakyatan berdasarkan prinsip Jus Soli Ketua kerajaan hendaklah dari kalangan bangsa Melayu i, ii dan iii i, ii dan iv ii, iii dan iv Semua di atas

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/APR 2011/CTU553

12.

Apakah bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan? i ii iii iv A B C D Melantik Perdana Menteri Merasmikan dan menutup sidang parlimen Memperakukan cadangan pembubaran parlimen Menjadi ketua agama bagi negeri-negeri yang tidak beraja i dan ii i, ii dan iii i, ii dan iv i, iii dan iv

13.

Apakah implikasi terhadap hubungan antara etnik di Malaysia sekiranya Rukun Negara tidak dihayati? i ii iii iv A B C D Mengabaikan kehidupan beragama Perlembagaan negara tidak akan dipatuhi Tidak menghormati institusi beraja Mendedahkan negara kepada ancaman luar i, ii dan iii i, ii dan iv i, iii dan iv ii, iii dan iv

14.

Bagaimanakah cara untuk mewujudkan budaya penyayang dalam masyarakat seperti yang ditekankan dalam cabaran Wawasan 2020? A B C D Keprihatinan dan kepentingan diri perlu diutamakan berbanding kebajikan umum Melindungi dan membantu golongan tua dan anak yatim adalah tanggungjawab kerajaan sepenuhnya Menjalankan kempen di seluruh negara agar dapat dihayati oleh semua rakyat Memberi kebebasan sepenuhnya kepada badan antarabangsa untuk membuat aktiviti kebajikan

15.

Apakah faktor kegagalan integrasi dalam sistem pendidikan negara pada masa kini? A B C D Pengasingan sistem pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar Pembinaan kurikulum yang tidak berubah sejak merdeka Penggunaan Bahasa Melayu yang menyeluruh Polarisasi kaum dalam kalangan pelajar

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/APR 2011/CTU553

16.

Bagaimanakah Islam boleh berperanan dalam mengukuhkan integrasi etnik di Malaysia? A B C D Menghadkan dialog antara etnik dalam perkara bukan agama Menggalakkan amalan kejiranan dan memupuk semangat setiakawan Mengutamakan keselamatan persekitaran secara individu Memupuk sifat ukhuwah dan mahabbah dalam kalangan keluarga

17.

Manakah antara berikut merupakan prinsip Islam berkaitan dengan nilai-nilai kemanusiaan? Al-llmu Al-Syura Al-Hidayah Al-Mas'uliyyah , ii dan iii , ii dan iv , iii dan iv i, iii dan iv

i ii v A B C D

18.

Manakah antara berikut ukuran dalam menentukan pembangunan sesebuah negara? Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) i Peningkatan taraf hidup ii Tahap inflasi iv Nilai mata wang A B C D , ii dan iii , iii dan iv i, iii dan iv Semua di atas

Soalan no. 19 berdasarkan maklumat di bawah.

Mengurangkan beban kewangan kerajaan. Merangsang pelaburan persendirian. Meningkatkan produktiviti.

19.

Apakah yang dimaksudkan dengan pemyataan di atas? A B C D Dasar Dasar Dasar Dasar Penswastaan Persyarikatan Malaysia Perindustrian Negara Pembangunan Nasional
SULIT

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

IE/APR 2011/CTU553

20.

Setiap masyarakat mempunyai budaya tersendiri sebagai identiti kelompok masingmasing. Manakah antara perkara berikut amalan bagi memastikan kelangsungan sesebuah budaya? Mempelajari dan berkongsi budaya Mempraktikkan amalan budaya secara sedar Memastikan generasi muda mewarisi nilai budaya ibunda Mengekalkan setiap aspek budaya itu agar tidak berubah dan ii , ii dan iii i, iii dan iv Semua di atas

v A B C D

21.

Manakah antara berikut menjadi pemangkin hubungan kejiranan menurut perspektif Islam? A B C D Keagamaan Kebangsaan Kemanusiaan Kebangsawanan

Soalan no. 22 berdasarkan maklumat di bawah.

Menduduki sesuatu kawasan tertentu. Mempunyai stratifikasi sosial tersendiri. Mempunyai aturan hidup.

22.

Istilah manakah yang dimaksudkan dengan X di atas? A B C D Negara Bangsa Masyarakat Ras Etnik

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/APR 2011/CTU553

23.

Integrasi masyarakat Melayu dan Cina di Kelantan dapat dilihat dari segi bahasa dan budaya. Apakah teori yang menjelaskan proses penyatuan mereka? A B C D Pluraliti budaya Amalgamasi Asimilasi Akomodasi

24.

Pernyataan KECUALI: A B C D

berikut

merupakan

ciri

masyarakat

pluralistik

selepas

merdeka,

Hubungan politik antara etnik lebih bersifat utilitarian dan bertolak ansur Perlembagaan merupakan asas kepada semua perubahan yang akan dilakukan Sistem pendidikan diseragamkan dengan memansuhkan sekolah vernakular Rancangan pembangunan ekonomi diperkenalkan untuk mengatasi jurang ekonomi antara etnik

25.

Kedatangan penjajah telah menamatkan zaman pluraliti yang harmonis di Alam Melayu. Bilakah kemuncak pluraliti di Alam Melayu? A B C D Zaman Zaman Zaman Zaman Srivijaya Kesultanan Melayu Melaka pra-kemerdekaan pasca kemerdekaan

26.

Apakah impak penjajahan British dari sudut keilmuan kepada masyarakat di Tanah Melayu? i ii iii iv A B C D Menghapuskan sistem pendidikan tradisional Meminggirkan ilmu yang berasaskan agama Memperkenalkan ilmu sains dan teknologi moden Memperkembangkan ilmu berasaskan metodologi nasionalisme i dan ii i, ii dan iii ii, iii dan iv Semua di atas

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/APR 2011/CTU553

27.

Malaysia sebagai sebuah Negara Bangsa yang merdeka memerlukan pelaburan asing bagi manfaat berikut, KECUALI: A B C D Meningkatkan penggunaan teknologi tinggi Menyediakan peluang pekerjaan bam Mendedahkan ekonomi negara kepada pasaran antarabangsa Menggunakan tenaga kerja tempatan sepenuhnya

28.

Persefahaman dan kerjasama adalah antara nilai yang ditekankan dalam hubungan sosial Islam. Pemyataan di bawah menepati nilai sosial Islam, KECUALI: A B C D Persefahaman dan kerjasama perlu diamalkan dalam masyarakat majmuk Masyarakat Islam wajar bekerjasama sesama mereka sahaja Sifat kasih sayang akan memantapkan lagi persefahaman dan kerjasama Persefahaman dan kerjasama dibolehkan hanya kepada kebaikan

29.

Modenisasi yang berlaku di Malaysia adalah bersandarkan model Barat yang tertumpu kepada beberapa aspek seperti politik dan ekonomi. Manakah antara berikut model yang dipraktikkan dalam aspek ekonomi? A B C D Model ekonomi sosialis Model Negara Bangsa Model kapitalis Model sara diri

30.

Antara berikut manakah BUKAN langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengimbangi pencapaian ekonomi antara etnik di Malaysia? A B C D Penggunaan teknologi dan komunikasi Pembangunan berasaskan keperluan etnik majoriti Pembangunan modal insan sebagai daya penggerak ekonomi Perubahan pembangunan pertanian subsisten kepada pertanian komersil

31.

Pilih pernyataan PALING TEPAT mengenai modenisasi. A

Modenisasi merupakan proses transformasi dalam pelbagai aspek sama ada politik, ekonomi dan sosial B Modenisasi merupakan proses transformasi yang digunakan Barat untuk perkembangan ekonomi negara-negara Islam C Modenisasi politik di negara-negara membangun tidak akan wujud sekiranya tiada sistem demokrasi D Modenisasi politik dan ekonomi di negara-negara Timur bermula dengan kedatangan penjajahan ke Asia dan Afrika Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

SULIT

10

IE/APR 2011/CTU553

32.

Manakah antara berikut faktor usahawan Melayu gagal berdepan dengan krisis ekonomi yang melanda Malaysia? i Usahawan Melayu tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang pemiagaan ii Usahawan Melayu menghadapi saingan yang sengit dari bukan Melayu iii Usahawan Melayu terlalu bergantung kepada projek yang dianugerahkan oleh kerajaan iv _ Barangan keluaran usahawan Melayu tidak kompetatif di pasaran antarabangsa A B C D i, ii dan iii i, iii dan iv ii, iii dan iv Semua di atas

33.

Perbadanan Industri Berat Negara (HICOM) telah diamanahkan untuk mengenalpasti dan melaksana projek yang berkaitan dengan industri berat negara. Manakah antara berikut BUKAN projek di bawah HICOM? A B C D PROTON PERWAJA Steel Multimedia Super Corridor Kedah Cement Sdn Bhd

Soalan no. 34 berdasarkan maklumat di bawah.

Ditubuhkan pada tahun 1971. Bertujuan membuka kawasan pertanian baru. Penempatan wilayah yang bersepadu.

34.

Manakah perbadanan yang dimaksudkan dalam maklumat di atas? A B C D Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Majlis Amanah Rakyat (MARA) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

35.

Apakah permuafakatan politik yang memerintah negara sebelum penubuhan Barisan Nasional? A B C D Barisan Alternatif Parti Perikatan Hizbul Muslimin Parti Negara
SULIT

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

11

IE/APR 2011/CTU553

36.

Akta Hasutan 1971 memperuntukkan beberapa perkara dilarang untuk diperdebatkan di khalayak ramai. Manakah antara berikut termasuk dalam larangan tersebut? i ii iii iv A B C D Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Kedaulatan Raja-Raja Melayu Kedudukan prinsip Rukun Negara i, ii dan iii i, ii dan iv ii, iii dan iv Semua di atas

37.

Pilih pernyataan yang TEPAT mengenai Dasar Persyarikatan Malaysia. A B C D Mewujudkan kerjasama antara sektor awam dan swasta Memindah milik syarikat kerajaan kepada pihak swasta Memberi hak milik syarikat swasta kepada kerajaan Menyerahkan pengurusan agensi kerajaan untuk diuruskan oleh pihak swasta

38.

Manakah antara berikut BUKAN program yang berkaitan dengan Multimedia Super Corridor (MSC)? A B C D Teleperubatan Sekolah Bestari Kerajaan Elektronik Multimedia Dagang

39.

Pilih pernyataan yang TEPAT mengenai konsep Raja berperlembagaan. A Yang Di-Pertuan Agong dikehendaki menerima nasihat kabinet dan bertindak menurut nasihat tersebut B Yang Di-Pertuan Agong boleh menggunakan budi bicara untuk melantik sesiapa sahaja yang dikehendakinya sebagai Perdana Menteri C Yang Di-Pertuan Agong berkuasa melaksanakan semua peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut pertimbangan dan budi bicara sendiri D Yang Di-Pertuan Agong dipilih berdasarkan majoriti mudah Majlis Raja-Raja Melayu

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

12

IE/APR 2011/CTU553

40.

Manakah antara behkut merupakan pernyataan yang BENAR mengenai hubungan sosial menurut ajaran Islam? Mengutamakan golongan yang terdekat dalam semua keadaan Layanan yang adil untuk semua peringkat dan golongan Mengutamakan bangsa sendiri dalam semua keadaan Menziarahi jiran tetangga yang mendapat musibah i dan iii i dan iv ii dan iv iii dan iv

v A B C D

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

13

IE/APR 2011/CTU553

BAHAGIAN B

SOALAN 1 Ketidakseimbangan ekonomi antara etnik sejak era penjajahan seringkali menimbulkan ketegangan politik dan sosial di Malaysia. Berdasarkan pernyataan di atas: a) Jelaskan DUA (2) faktor yang menghalang keseimbangan ekonomi antara etnik di zaman penjajahan British. (6 markah) Cadangkan TIGA (3) pendekatan bagi membolehkan ekonomi masyarakat Bumiputera setanding dengan ekonomi bukan Bumiputera. (9 markah)

b)

SOALAN 2 Jawab soalan-soalan berikut: a) Bincangkan DUA (2) implikasi akibat prasangka dalam hubungan etnik di Malaysia. (6 markah) b) Analisis TIGA (3) ciri masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British. (9 markah)

SOALAN 3 Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi garis panduan dalam pemerintahan negara, sistem politik dan hak asasi rakyat. a) Huraikan DUA (2) ciri ketertinggian perlembagaan. (6 markah) b) Bincangkan TIGA (3) unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan dan rasional perkara tersebut diperuntukkan dalam Perlembagaan. (9 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT


Hak Cipta Universiti Teknoiogi MARA

You might also like