You are on page 1of 4

3.

Implikasi

utama

KBSR

telah

mencapai

matlamatnya

dalam

perkembangan sistem pendidikan di Malaysia Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah mula

diperkenalkan semasa Laporan Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1979 dan pelaksanaan sistem KBSR dijalankan pada tahun 1982. Ianya telah diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi Menteri Pelajaran sewaktu itu.Penekanan diberikan kepada aspek 3M iaitu membaca, menulis dan mengira di peringkat sekolah rendah dan juga sekolah vokasional. Terdapat beberapa konsep yang terdapat dalam KBSR iaitu 5P. 5P adalah menunjuk kepada penggabung jalinan, penyerapan, penerapan, pemulihan dan pengayaan. Penggabung jalinan adalah proses

menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Penyerapan ialah menunjukkan proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi satu mata pelajaran. Seterusnya ialah penerapan. Ia adalah menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Di samping itu, pemulihan ialah satu aktiviti yang dilaksanakan bagi mrmbantu murid yang mengalami masalah dalam kemahiran asas 3M (membaca,menulis,mengira). Akhirnya ialah pengayaan.Aktiviti pegayaan melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana atau murid-murid pintar cerdas. Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum ( khususnya KBSR dan KBSM ) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Kurikulum ataupun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang

kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 ) Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang. Berdasarkan perbincangan di atas, Pelaksanaan KBSR yang sempurna sememangnya dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah penghasilan individu yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. (Falsafah dan pendidikan di Malaysia, Tahun ) Proses pelaksanaan yang bermula dari Tahun 1 (Tahap 1) sehingga Tahun 6 (Tahap 2) amat komprehensif dan mengambil kira segala aspek proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah termasuk penyampaian ilmu dan kemahiran serta pemupuk nilai merentasi kurikulum. Sekiranya semua pihak yang terlibat termasuk para pendidik, murid-murid dan ibu bapa berganding bahu dan komited dalam usaha pelaksanaan KBSR, sudah pasti matlamat FPK akan tercapai dan system pendidikan negara kita akan standing dengan sistem pendidikan negara-negara membangun yang lain di dunia ini. Pada pendapat saya, kelemahan pertama dalam melaksanakan KBSR ialah isi kandungan sukatan pelajaran kadang kala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membeban dan membosankan murid. Ini menyebabkan pelajar tidak dapat menerap begitu banyak ilmu pengetahuan yang diajar oleh guru. Kedua ialah Guru dan murid selalu terdesa untuk menghabiskan sukatan pelajaran, terutamanya apabila ada peperiksaan. Hal ini selalu berlaku pada pelajar yang mengambil peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan sebagainya. Fenomena ini akan menyebabkan pelajar tidak memahami pelajaran dengan jelas dan hanya belajar untuk menghadapi peperiksaan. Hal ini tidak membantu pelajar dalam memahami apa yang dipelajari. Selain itu, sesetengah guru yang kekurangan masa untuk mengajar akan

melompat topik-topik yang harus diajar dan hanya mengajar topik yang akan dikeluarkan dalam peperiksaan sahaja. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran terlalu bergantung kepada buku teks merupakan kelemahan dalam melaksanakan KBSR. Ini akan menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan. Bahan pengajaran lain seperti ICT dikurangkan oleh guru kerana tidak mempunyai masa yang cukup menggunakannya di dalam kelas. Hal ini disebabkan waktu setiap kelas dalam sekolah rendah hanya selama 30 hingga 35 minit. Kelemahan terakhir ialah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bercorak pendidikan asas dengan memberi penegasan kepada pendidikan dalam bidang 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. Bidang lain seperti melukis tidak diberi penekanan yang banyak. Selain itu, faktor-faktor luaran seperti keperluan pendidikan semasa dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem sejagat seperti ledakan teknologi maklumat dan globalisasi. Faktor autonomi guru iaitu jika guru diberikan kuasa yang lebih dalam menentukan pendekatan-pendekatan dalam proses pengajaran, pembelajaran dan penilaian. Faktor yang terakhir ialah keperluan murid-murid di mana sekolah perlu memenuhi semua keperluan mereka seperti keperluan asas (makan, bernafas dan membesar) keselamatan, kasih sayang dan kesempurnaan kendiri. Satu dilema yang dihadapi oleh guru KBSR ialah tidak berpeluang berkursus untuk membina bahan pengajaran yang sesuai dengan program KBSR.

You might also like