You are on page 1of 2

BAHAGIAN C DASAR 8.

Tujuan / objektif dasat-dasar berikut: a) Dasar Penswastaan Dasar Penswastaan telah dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Muhammad pada bulan Mac tahun 1983 dengan tujuan / objektif berikut: y Mengurangkan beban kewangan kerajaan Dasar ini dirangka untuk membolehkan Kerajaan menyerahkan kegiatan komersial kepada sector swasta supaya Kerajaan dapat menumpukan usaha ke atas fungsi tradisi seperti mengekalkan keamanan Negara dan member sokongan bagi mencapai objektif pertumbuhan dan pengagihan. Meningkatkan tahap kecekapan dan daya pengeluaran Penswastaan dijangka meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran kegiatan ekonomi. Kecekapan dapat ditingkatkan melalui beberapa cara termasuk mewujud dan menggalakkan persaingan, memberi beberapa bentuk insentif kepada kakitangan dan menjauhkan syarikatsyarikat kerajaan daripada pengawalan politik serta peraturan Negara. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi Penswastaan membuka peluang kepada sector swasta bagi meningkatkan peranannyadalam pembangunan Negara. Sector swasta yang berorentasikan komersial dan mengutamakan keuntungan dijangka menjadi teras bagi pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat. Dengan meningkatnya kecekapan dan keuntungan, kerajaan akan memperolehi hasil tambahan khususnya melalui cukai korporat bagi membiayai projek-projek sosioekonomi . Pengurangan saiz dan penglibatan sector awam dalam ekonomi Dengan pengurangan penglibatan kerajaan secara beransur-ansur dalam kegiatan ekonomi, saiz sector awam akan menjadi lebih kecil dan dengan itu peranan sector swasta semakin bertambah penting dalam menerajui ekonomi Negara. Mempercepatkan pencapaian Dasar Ekonomi Baru / Dasar Pembangunan Negara Dengan memperluaskan prospek pertumbuhan sector swasta, khususnya sector korporat. Penswastaan akan menyediakan peluang bagi meningkatkan lagi kadar pencapaian objektif dasar ekonomi Negara khususnya dari segi penyusunan semula corak pemilikan di dalam ekonomi.

b) Dasar Persyarikatan

Dasar Persyarikatan Malaysia mempunyai beberapa tujuan / objektif, antaranya ialah: y Mewujudkan kerjasama erat, bermakna dan berkesan dan berkesan antara sector awam dan swasta demi pembangunan Negara bagi mencapai faedah bersama. Menghapuskan sifat permusuhan di antara kedua-dua sector dengan menggalakkan perkongsian maklumat, dan saling faham-memahami akan prosedur dan matlamat kedua belah pihak Meningkatkan hasil negara

c) Dasar kebudayaan Kebangsaan Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi Negara-negara yag baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah Negara yang stabil dan bersatu padu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untu mencapai tiga tujuan / objektif penting iaitu: y y Mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara melalui Kebudayaan Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripa Kebudayaan Kebangsaan Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang denga pembangunan sosioekonomi

You might also like