You are on page 1of 10

K P

PLI 2009

JK

Psikologi John Watson B.F Skinner Pavlov Thordike Rumusan


@Hakcipta terpelihara, 2009 Unit Perkhidmatan Web , Jabatan Ilmu Pendidikan

okoh-tokoh mazhab Behavioris berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori mereka dihasilkan melalui pemerhatian dan ujian ke atas haiwan. Menurut mereka, tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Mereka menekankan bhw gerak balas individu dgn rangsangan adalah satu proses pembelajaran, demi membentuk sesuatu tingkah laku yang baru.

1920's - 1960's Behaviorisme: sains psikologi bagi keupayaan perhatian tingkah laku(observable behavior ) Ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Disebabkan wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respon) organisma.

Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan.

Tahun 1878 1958 John Watson: Tingkah laku berfikir tanpa rujukan - tikus dan psikologi SR (Stimulus-Response) keatas penelitian fikiran psikologi sebagai sains, harus fokus ke atas keupayaan perhatian (observable behavior ) mental proses psikologi rangsangan pendorong ( Stimulus-Response psychology)

Merupakan antara tokoh behaviorisme yang terkenal. Perkenalkan Teori Perlaziman Operan Merumuskan pembelajaran manusia sebagai :  Semua tingkah laku boleh dijelaskan dengan psikologi rangsangan pendorong. (Sependapat dengan Watson)  Menitik beratkan peneguhan dan dendaan  Behaviorism berdasarkan akibat

Burung merpati(kajian tahun 1953) dan kotak Skinner Pembelajaran berlaku melalui perlaziman. Rangsangan bagi menggalakkan respon pelajar dengan peneguhan positif. Peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan mengulangi tingkah laku operan yang diingini. Kejayaan dalam proses pembelajaran, Kejayaan dicapai melalui konsep diskriminasi.

Implikasi teori perlaziman operan ini adalah ianya mengutamakan ganjaran, insentif dan peneguhan sosial bagi memotivasi pelajar agar mengulangi tingkah laku yang diingini. Tanpa ganjaran, insentif dan peneguhan sosial maka tingkah laku tadi akan berhenti dan hilang dari diri pelajar.

Mengkaji tindakbalas anjing, air liur anjing dan makanan. Mulanya Parlov membuat eksperimen psikologi untuk mengetahui bagaimana otak berfungsi. Parlov percaya bahawa tingkah laku manusia lebih komplek berbanding haiwan kerana manusia boleh berbahasa, dan ini dikenali sebagai 'second signal system'.

Membentuk tiga hukum Hukum Kesediaan : pelajar bersedia belajar, (rangsangan motivasi) berkesan. Pelajar belum bersedia belajar , (tanpa rangsangan) -> tidak berkesan Hukum Latihan : Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan. Hukum Kesan : Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika dapat kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang. Manakala, jika kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap

Fokus utama dalam teori pembelajaran behaviourisme adalah perspektif tingkah laku terhadap tingkah laku dan pengaruhnya terhadap persekitaran luaran dalam membentuk tingkah laku individu. Menurut Skinner, pengajaran bermaksud penyusunan sesuatu yang mungkin berlaku di mana pelajar belajar; pelajar belajar tanpa pengajaran, tetapi pengajaran menyediakan sesuatu yang istimewa mungkin berlaku (merujuk kepada keadaan persekitaran yang membentuk tingkah laku individu di mana ianya mempercepatkan pembelajaran.

You might also like