You are on page 1of 20

PEMBESTARIAN SEKOLAH

MOHD KHOLID BIN SALLEH


INSTITUT PERGURUAN KUALA TERENGGANU

DEFINISI
Sekolah Bestari di Malaysia ialah satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistematik, dari segi amalan pengajaranpembelajaran dan pengurusan sekolah supaya dapat menyediakan generasi muda untuk zaman maklumat.
(Pasukan Projek Sekolah Bestari PPK, 1997).

DEFINSI
A school that delivers education in a dramatically better way to significantly enhance to achievement of the goals of the National Philosophy of Education, utilizing technology as the prime enabler and supported people, skills, policies and processes. It uses information to select and implement effective tools and practices accompanied by the necessary organizational support and continuious professional developments.
(Smart School Conceptual Blueprint Draft, 1997).

KONSEP SEKOLAH BESTARI


j Sekolah bestari menumpukan perhatian kepada kemahiran

berfikir, penggunaan komputer, penguasaan teknologi maklumat, menitik beratkan sains & matematik selain amalan nilai-nilai murni j Mementingkan pembelajaran secara berkumpulan j Pelajar mengetahui sebab-sebab mereka perlu belajar
(Adnan Khamis 2000)

TUJUAN SEKOLAH BESTARI


Kehendak dalam menyediakan masyarakat Malaysia abad ke-21 yang berdaya saing dan berdaya maju. Edward B. Fiske (1992) The emerging global economy requires worker who is smart in the same sense: workers who can analyze new situations, come up with creative solutions, and take responsibility for decisions relating to the performance of their job. The functioning of a modern democracy requires citizen with similar skills, and to produce smart workers and smart citizens, we need smart school and smart kids.

Tujuan
Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin (1997), menggariskan sekolah bestari seperti berikut:
 Melahirkan pelajar berfikir (thinking and thoughtful)  Membina akhlak mulia  Memupuk nilai-nilai sosial dan kewarganegaraan  Menjadikan teknologi suatu yang integral  Mengadakan kurikulum yang luwes  Mentakrif dan mengubah suai peranan guru, pelajar dan

pengurus

PERSOALAN ISU

SIKAP PENGETUA Hasil kajian Muhammed Sani et al (2000), menyatakan bahawa hanya 23.9%sahaja daripada pengetua yang mengambil berat dan memberi sokongan terhadap pelaksaan program perintis Sekolah Bestari Persepsi guru-guru terhadap kepemimpinan pengetua dan guru besar dalam meningkatkan literasi komputer di sekolah-sekolah Negeri Johor adalah rendah iaitu 24% bagi guru sekolah rendah dan 29.4% bagi sekolah menengah.
(Baharom Mohamad 2002)

KEADAAN GURU Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan teknologi di kalangan guru untuk pengajaran dan pembelajaran bestari adalah rendah kecuali aplikasi Microsoft Word dan Power Point.
(Lee et 1999)

Bilangan guru yang mahir teknologi bagi pelaksanaan projek Sekolah Bestari. Sesetengah sekolah di Malaysia memiliki jumlah guru yang cukup dan sesetengah sekolah tidak memiliki jumlah guru yang cukup, terutamanya sekolah-sekolah di luar bandar seperti Sabah dan Sarawak
(Jowaty Juhari 2000)

KEADAAN GURU Masa dan kos yang harus disediakan oleh kerajaan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemampuan guru akan teknologi.

SIKAP PELAJAR Kesiapan pelajar dari aspek psikologik terhadap perubahan sistem pendidikan, utamanya pelajar-pelajar luar bandar. Kajian Sim Wong Kooi (1999), menunjukkan bahawa pelajarpelajar menjadi lebih banyak membuang masa dan wang mereka untuk dihabiskan untuk bermain game dengan adanya komputer.

FASILITI Kesiapan kerajaan untuk menyediakan fasiliti yang memadai kepada sekolah-sekolah. Sekolah di luar bandar yang kekurangan tenaga mahir akan terpinggir dan tercicir akibat daripada prasarana yang tidak menyeluruh di luar bandar dalam pelaksanaan projek Sekolah Bestari. (Adnan Khamis 2000)

KURIKULUM

Kurikulum yang lebih berorientasikan kepada peperiksaan. Kajian Lee et al (1999), menyatakan bahawa masalah paling utama yang dihadapi guru sekolah bestari ialah kurikulum persekolahan yang menekankan peperiksaan. Masalah ini dihadapi oleh 97.8% guru.

CADANGAN-CADANGAN

CADANGAN 1

Pengetua dan pasukan pentadbir kanan di sekolah perlu memainkan peranan penting dalam membina budaya pengajaran yang profesional yang memberi respons kepada perubahan.
(Hargreaves & Dawe 1990)

Pengetua seharusnya berkuasa dalam menentukan budaya, ethos dan pengurusan sesebuah sekolah dalam proses perubahan.
(Mohammed Sani Ibrahim & Mohd Jasmy Abd Rahman 2003)

CADANGAN 2

Guru-guru harus mempertingkatkan kemampuan mengajar mereka, utamanya dalam penguasaan teknologi. Mod-mod penggunaan teknologi membenarkan pembelajaran terarah kendiri, bergerak pada kemampuan sendiri dan pemerolehan sumber pembelajaran dengan akses sendiri untuk mengoptimumkan proses pembelajaran
(Chua Siwe Geck 2002)

CADANGAN 2

Guru berperan sebagai: Pemimpin penjanaan ilmu Pendidik yang inovatif dan kreatif Pengguna teknologi maklumat yang cekap Penguasa ilmu yang mantap Pemupuk nilai yang gigih Pengamal akhlak yang mulia
(Ruslin Amir et al 2000)

CADANGAN 3

KURIKULUM Kurikulum persekolahan tidak lagi menenkankan peperiksaan semata-mata. Visi kurikulum Sekolah Bestari menekankan pelajar mengetahui sebab-sebab mereka perlu belajar. Kurikulum ini juga memberi penekanan terhadap kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan reflektif.
(Ruslin Amir et al 2000)

CADANGAN 3

Unsur-unsur pengajaran dan pembelajaran bestari: Pemikiran provokatif Rasionalisasi reflektif Versatiliti Responsif terhadap manusia dan teknologi Kreativiti Kolaboratif dan kooperatif Sinergi Bertenaga (energetic)
(Ruslin Amir et al 2000)

CADANGAN 4 FASILITI Pemenuhan fasiliti teknologi yang memadai oleh pihak kerajaan, utamanya bagi sekolah-sekolah di luar bandar. Sekolah yang terpilih sebagai Sekolah Bestari merupakan sekolah yang tahap teknologinya sekurang-kurangnya di tahap B, iaitu mempunyai sebuah makmal komputer yang dilengkapkan dengan 20 buah komputer, pusat sumber yang mempunyai 10 buah komputer, bilik guru dengan 5 buah komputer dan pejabat pentadbiran dengan 3 buah komputer serta bilik pelayan yang dilengkapkan dengan 3 pelayan.
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)

You might also like