You are on page 1of 14

PEN GU KU RA N & PEN YEL IDI KA N

TH U RS D AY, MAY 28, 20 09

STRES DI KALANGAN GURU WANITA SEKOLAH RENDAH DI LEMBAH KELANG


STRES DI KALANGAN GURU WANITA SEKOLAH RENDAH DI LEMBAH KELANG[1] Oleh: Zuraini Hj Jamil @ Osman.(2009) STRES DI KALANGAN GURU WANITA SEKOLAH RENDAH DI LEMBAH KELANG. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

Prof. Madya Dr. Hj. Bhasah Hj. Abu Bakar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

ABSTRAK Tanggungjawab sebagai seorang pekerja, ibu dan isteri secara serentak di kalangan kaum wanita boleh menimbulkan konflik intrapersonal mahupun interpersonal. Konflik-konflik ini kemudiannya akan menimbulkan respon fisiologis, psikologis dan tingkah laku sebagai bentuk adaptasi terhadap suatu kondisi yang mengancam dikenali sebagai stres. Kini, masalah stres merupakan satu sindrom yang agak merbahaya kepada wanita. Satu daripada faktor utama yang membawa kepada terjadinya stres adalah berkait dengan ketensionan kerja. Kajian ini cuba memfokuskan masalah stres yang dihadapi oleh guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang. Seramai 68 orang guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang merupakan partisipan untuk kajian ini. Satu set soal selidik stres telah ditadbirkan bagi mendapatkan maklumat stres dikalangan guru-guru wanita berkenaan. Kajian ini cuba mengaitkan hubungan stres dengan latar belakang partisipan dan persekitaran kerjaya sebagai guru, tahap stres yang dihadapi serta tindakan yang

diambil untuk menangani masalah stres ini. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai rujukan untuk mengenal pasti masalah stres di kalangan guru wanita sekolah rendah dan mencari penyelesaian terbaik untuk menanganinya agar harapan masyarakat yang melihat peranan guru sebagai pendidik generasi bangsa akan tercapai dan diharapkan peranan guru tidak dicemari dengan stres yang boleh menjejaskan mutu perkhidmatan mereka. PENDAHULUAN Sistem pendidikan memainkan peranan penting pembangunan negara. Oleh itu, pelbagai perubahan telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara sejajar dengan perubahan yang berlaku dalam aspek ekonomi, budaya dan politik. Dengan ini, sistem pendidikan negara memerlukan rancangan-rancangan dan strategi-strategi tertentu dalam usaha meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap tertinggi untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam abad ke-21. Justeru, pelbagai strategi dirancang dan dilaksanakan khususnya untuk bidang pendidikan dalam usaha untuk membentuk generasi yang serba berpengetahuan, berkebolehan dan mampu menempuh alaf baru yang serba mencabar. Malah, pendidikan yang berkualiti dan cemerlang adalah wahana untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berketrampilan dalam pelbagai bidang yang menjadi agenda utama pembangunan negara sejak dahulu lagi. Namun, matlamat yang jelas beserta strategi dan perancangan yang tersusun tidak mempunyai erti sekiranya sistem pendidikan gagal mencapai objketif untuk melahirkan sumber tenaga yang amanah dan cekap dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Berdasarkan ini, sistem pendidikan negara mencapai kemajuan yang pesat dan menghadapi gelombang perubahan alaf baru mengakibatkan jentera pendidikan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program-program pendidikan yang melibatkan semua hirarki dan lapisan dalam organisasi. Ini menuntut komitmen yang jitu dan kerjasama yang erat daripada seluruh jentera pendidikan bermula dari Kementerian Pendidikan, para pemimpin sekolah dan guru. Ini secara tidak langsung menjadikan fungsi sekolah bertambah penting kerana negara mengharapkan sumbangan yang maksimum daripada guru untuk merealisasikannya. Berlandaskan tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan, penyediaan

sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan negara dan menurut Mohammad (1998), YAB Datuk Seri Dr Mahathir Muhammad telah menggariskan beberapa ciri yang perlu ada pada guru untuk menghasilkan sumber manusia iaitu :i. menguasai subjek (kandungan kurikulum) ii. mahir dan berketrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran) iii. memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka. iv. memahami psikolgi pembelajaran (cognitive psychology). v. memiliki kemahiran kaunseling. vi. menggunakan teknologi terkini. vii. dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir. Oleh yang demikian, dalam mencorak program pendidikan guru pada abad ke-21 ini, peranan guru bukan hanya menyampaikan kurikulum tetapi juga mampu memperkembang, mendefinsi dan menterjemahkannya selaras dengan perkembangan dan tuntutan dominan kemajuan pada masa sekarang. Suffean (1993), menggariskan beberapa peranan guru seperti berikut : i. Agen pemangkin dalam pertumbuhan dan perkembangan pelajar. ii. Fasilitator dalam pembelajaran pelajar. iii. Pembimbing dan model. iv. Pengurus dan pengatur keadaan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran. v. Pembuat keputusan dalam penggunaan peluang-peluang yang ada untuk pelajar. Kassim (1998) bersetuju bahawa kerjaya guru lebih mencabar kini kerana memainkan peranan penting dalam membangunkan generasi muda yang berilmu, berketrampilan dan berakhlak. Justeru, pembentukan guru yang berkesan amatlah perlu. Jelaslah di sini, kaum guru yang menjadi penggerak organisasi pendidikan diamanahkan dengan tanggungjawab yang besar untuk memastikan segala usaha berkenaan menjadi kenyataan. Tidak lagi disangkal bahawa kepelbagaian tanggungjawab itu melahirkan reaksi dan tanggapan yang berbeza di kalangan guruguru di Malaysia malah sedikit sebanyak memberikan beban dan tekanan kepada guru-guru untuk memikul tanggungjawab tersebut bagi memenuhi aspirasi negara. Berdasarkan Laporan Murad (1973), iaitu Kajian Tentang Keciciran menjelaskan bahawa guru mempunyai kedudukan istimewa dalam sosial kanak-kanak dan boleh mempengaruhi mereka terhadap persekolahan. Oleh yang demikian jika guru

mengharapkan pelajar belajar dengan baik kemungkinan bahawa pelajar akan kekal di sekolah adalah besar. Tetapi sekiranya pelajar merasakan bahawa guru tidak mepunyai harapan terhadap pelajar itu sendiri maka besar kemungkinan bahawa pelajar itu akan tercicir dari sekolah. Pastinya guru sekolah rendahlah yang memainkan peranan penting untuk menarik perhatian kanak-kanak ke sekolah. Kawasan Lembah Kelang pula dipilih memandangkan ia adalah sebuah wilayah yang begitu pesat membangun dari segi politik, ekonomi dan sosial. Keadaan ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi pengurusan tugas guru seterusnya menjadi punca kepada masalah stres. Di samping itu, menurut Yasmin (1993) lazimnya pelajarpelajar di bandar lebih terdedah kepada unsur positif dan negatif dalam dunia pasca moden kini berbanding pelajar-pelajar di luar bandar. PERNYATAAN MASALAH Menurut Boserup dan Liljencrants (1975), hampir separuh daripada sumber tenaga manusia untuk pembangunan datangnya dari kaum wanita. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kedudukan wanita masa kini telah banyak berubah dari pelbagai aspek jika dibandingkan dari zaman dahulu kerana banyak peluang-peluang seperti pekerjaan, pelajaran dan sebagainya terbuka luas untuk mereka terokai. Oleh kerana adanya pertambahan peluang inilah kini wujudnya penglibatan lebih ramai kaum wanita di dalam pekerjaan sama ada dalam sektor swasta mahupun sektor awam. Menurut Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) walaupun 9.4 % kaum wanita berkhidmat dengan pekerjaan profesional dan teknikal namun kebanyakan mereka berkhidmat sebagai guru dan jururawat. Jelas di sini bahawa, walaupun kerajaaan telah melakukan pelbagai usaha bagi meningkatkan martabat profesion perguruan termasuklah memperkenalkan Diploma Perguruan Malaysia pada tahun 1996 namun golongan lelaki masih kurang menyertai profesion ini. Keadaan ini menyebabkan profeisoan perguruan dikuasai oleh golongan wanita berbanding lelaki. Menurut Perangkaan Pendidikan (2000) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia terdapat seramai 55,427 orang guru lelaki berbanding 99,493 orang guru perempuan di sekolah rendah. Ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa guru wanita mempunyai peranan di dalam mewarnai hala tuju pendidikan bagi mendokong harapan pelajar, ibu bapa dan seterusnya negara. Justeru, semenjak dahulu

profesion perguruan dikatakan menjadi kerjaya paling ideal bagi golongan wanita. Kajian ini difokuskan kepada guru wanita sekolah rendah kerana sehingga kini hampir setiap sekolah majoriti gurunya adalah wanita ramai pula yang telah menyedari bahawa wujud juga masalah besar di sebalik tugas mulia seorang guru yang sering dipandang rendah oleh kebanyakan masyarakat. Profesion perguruan sebenarnya berhadapan dengan pelbagai masalah yang berkaitan dengan kerjaya sebagai guru. Pada dasarnya, masalah yang dihadapi pada masa kini berkisar kepada gaji yang tidak setimpal, kepimpinan pengetua, beban tugas, persekitaran kerja yang tidak menyeronokkan, beban kerja dan sebagainya menyebabkan guru merasa tidak ada kepuasan kerja dan masalah ini secara tidak langsung mungkin akan menyebabkan stres kepada guru. Menurut Schult (1994) kepuasan kerja yang rendah akan mempengaruhi moral, motivasi dan akhirnya membantutkan potensi guru sebagai pendidik. Oleh itu timbul persoalan mampukah guru wanita menghadapi cabaran yang semakin sukar dengan beban tanggungjawab yang banyak dalam profesion mereka ini dan dapatkan mereka menangani masalah yang dihadapi agar stres tidak menggangu tugas mereka sebagai pendidik bangsa. KEPENTINGAN KAJIAN Pendidikan dianggap komponen penting dalam agenda negara merangka dasar pembangunan. Oleh itu, pelbagai perubahan dilakukan terhadap sistem pendidikan negara kerana diakui berperanan penting dalam usaha membangunkan sumber manusia berpengetahuan dan berkemahiran yang menjadi penggerak utama membangunkan negara. Justeru, harapan yang tinggi apabila berlaku kepesatan di dalam pembangunan sistem pendidikan negara menyebabkan ada pihak yang tersepit iaitu guru. Perubahan yang berlaku seperti berkaitan dengan beban kerja, faktor persekitaran kerjaya, masalah pelajar dan lain-lain lagi pastinya menyebabkan masalah stres ke atas guru kerana guru diharapkan supaya mempunyai sahsaiah yang baik dan boleh melaksanakan pendidikan yang bersepadu berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan jayanya bagi merealisasikan harapan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, optimis serta memberi sokongan terhadap keharmonian masyarakat dan kemakmuran negara. Menurut Kyriaco (1990), stres di kalangan guru merupakan satu masalah memandangkan ia boleh mengakibatkan gangguan yang ketara terhadap kerjaya

seseorang malah boleh menyebabkan prestasi kerja seseorang. Ianya boleh menyebabkan prestasi kerja guru tergugat berikutan timbulnya kesan-kesan negatif terhadap kesihatan, daya tahan, timbul rasa tidak puas hati, masalah ketidakhadiran dan sebagainya. Oleh itu, kajian stres di kalangan guru ini sering mendapat perhatian ramai penyelidik kerana mempunyai kepentingan. Kajian ini difokuskan hanya kepada guru wanita sekolah di Lembah Kelang atas beberapa kepentingan seperti berikut :i. Kajian ini penting kerana difokuskan kepada guru wanita sekolah rendah kerana sekolah rendah merupakan tahap awal pendedahan kepada kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan tentang semangat profesionalisme yang dinamis melalui pendekatan kasih sayang dan mesra agar dapat menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan yang boleh memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, amat penting untuk mengetahui keadaan guruguru wanita di sekolah rendah tentang tahap prestasi mereka lebih-lebih lagi di Lembah Kelang yang terkenal dengan sebuah kota metropolitan di mana kanakkanaknya lebih cepat terdedah dengan pelbagai cabaran. ii. Kajian ini juga mempunyai kepentingan untuk mengetahui apakah sebab-sebab yang dihadapi oleh guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang sehingga mereka menghadapi stres. iii. Seterusnya, kajian ini juga penting bagi mengenal pasti langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi stres supaya dapat dilaksanakan segera memandangkan bidang perguruan amat penting. Jika sebab-sebab stres itu tidak dikekang maka guru yang mengalami stres secara langsung turut memberi kesan kepada pelajar dan masyarakat keseluruhannya. OBJEKTIF KAJIAN Secara umum, kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan stres dengan latar belakang dan perkitaran profesion perguuran di kalangan guru-guru wanita sekolah di Lembah Kelang. Di samping itu juga, kajian ini ingin melihat tahap stres yang dihadapi serta tindakan yang diambil oleh guru-guru ini dalam menangani masalah stres. Secara khususnya persoalan kajian bolehlah di rumuskan seperti berikut: i. Apakah guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang cenderung untuk mengalami stres?

ii. Apakah guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang berpuas hati dengan suasana persekitaran kerjaya mereka? iii. Apakah perkaitan punca-punca yang membawa kepada berlakunya stres di kalangan guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang? iv. Apakah tindakan yang diambil oleh guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang untuk menangani masaalah stres ? Definisi Stres Atlanta Reproductive Health Centre (1995) mendefinisikan stres sebagai wear and tear bagi pengalaman badan kita semasa kita menyesuaikan diri dengan persekitaran yang terus berubah. Keadaan sebegini memberi kesan fizikal dan emosi yang dapat mencetuskan rasa negatif dan positif. Stres guru menurut Kyriacou dan Sutcliffe (1978) ialah tindak balas ke atas kesan negatif seperti marah atau tertekan yang biasanya diikuti oleh kesan fisiologi dan perubahan biokimia seperti peningkatan kadar denyutan jantung dan pelepasan hormon adrenocorticotrophic ke dalam saluran darah.. Kyriacou (1987) juga mendefinisikan stres sebagai pengalaman guru yang mengalami emosi yang tidak stabil seperti tension, kecewa, marah dan tertekan akibat aspek-aspek yang timbul daripada kerjaya guru. Menurut Asmah Bee (2004), stres adalah suatu perasaan yang muncul disebabkan daripada ketidakseimbangan fisiologikal yang memberikan kesan emosi yang tidak menyenangkan dan gangguan kepada komponen kognitif. SOROTAN LITERATUR Para guru adalah agen perubahan dalam sistem pendidikan negara. Oleh itu, guru perlu melengkapi diri mereka dengan ciri-ciri berkualiti bagi membawa pendidikan negara ke era lebih cemerlang dan seterusnya menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Namun begitu, terdapat juga guru yang bukan sahaja gagal menjadi pencetus dan penggerak perubahan tetapi juga gagal menangani perubahan drastik yang berlaku dalam dunia pendidikan malah yang lebih parah apabila ada sebahagian daripada mereka menjadi mangsa kepada perubahan ini kerana disebabkan beberapa faktor dan antaranya ialah masalah stres. Jika tidak ditangani masalah stres ini, maka matlamat untuk mewujudkan ciri-ciri positif yang perlu dimiliki oleh guru berkualiti seperti cergas, beriman, berilmu, berdaya kereatif, kritis dan inovatif serta mempunyai jati diri yang mantap tidak akan tercapai sehingga

menyebabkan mutu perkhidmatan mereka merosot. Ini diperkukuhkan lagi dengan beberapa hasil kajian sebelum ini yang membuktikan bahawa masalah stres memang berlaku dalam dunia perguruan. Gan (1998) telah membuat kajian tentang sebab-sebab berlakunya stres di kalangan guru sekolah menengah dan mendapati punca utamanya ialah berkaitan dengan pelajar. Kyriacou (1995) merumuskan 7 kategori punca stres guru yang utama ialah pelajar yang tiada motivasi dan mempunyai sikap negatif terhadap pelajaran, pelajar yang engkar dan masalah disiplin, perubahan mendadak akibat desakan kurikulum dan organisasi, suasanan kerja yang tidak memberangsangkan termasuk prospek kerjaya, kekurangan masa, konflik dengan rakan sejawat dan perasaan kurang dihargai oleh masyarakat. Kuehn (1993) dalam kajiannya mendapati faktor-faktor penyebab stres di kalangan guru ialah kekurangan masa untuk merubah pelajar yang bermasalah dan tidak dapat membuat keputusan yang berkaitan dengan mereka. Jarnagin (1997) dalam kajiannya pula mendapati para guru sering menghadapi masalah dengan kertas kerja yang banyak, red tape, kecewa dengan ibu bapa dan masyarakat, mereka merasakan diri mereka tidak dihargai, faktor gaji yang rendah daan tertekan apabila dinilai ke atas perkara-perkara yang tidak dapat dikawal. Gold dan Roth (1993) menggambarkan status profesion perguruan masa kini dianggap mempunyai tiga keadaan negatif iaitu keadaan yang tekanan, moral guru yang rendah dan perletakan jawatan ( mungkin tidak berlaku dalam kegawatan sekarang). Menurut Muhammad (1995), kajian yang dibuat oleh Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) menunjukkan bahawa guruguru mengeluh terhadap kerja-kerja persediaan guru seperti menyedikan perancangan tahunan, penggal, mingguan dan harian. Datuk Abang Johari Abang Haji Openg, Menteri Pembangunan Industri di Sarawak juga selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pendidikan telah menjelaskan sebab-sebab 75 orang guru di Sarawak telah meninggalkan profesion perguruan ( semenjak 1993 hingga Mei 1996). Antara alasan mereka ialah masalah peribadi, tawaran yang lebih baik, tidak mahu berjauhan dengan keluarga, persekitaran kerja yang tidak sesuai dan beban tugas yang berat ( Borneo Post, 1996). Seterusnya, Junainah (1995) melalui kajiannya terhadap tekanan kerja guru

beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur menunjukkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran adalah menjadi faktor utama wujudnya tekanan kerja di kalangan guru sekolah. Miller ( 1976 ) menyatakan bahawa tekanan kerja guru wujud disebabkan oleh kegagalan penyelarasan di antara profesion mengajar, hubungan keluarga, rasa rendah diri, sikap, personaliti, masalah persekitaran, kesihatan fizikal, masalah kakitangan dan pentadbiran sekolah. Selain itu tuntutan menjalankan tugas dengan berkesan dan cemerlang juga merupakan suatu keadaan yang boleh mewujudkan stres di kalangan guru. Oleh itu, dapatan kajian-kajian ini telah membuktikan sememangnya masalah stres wujud dalam profesion perguruan dan masalah ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya kerana tanggungjawab dan peranan guru penting dalam pendidikan kerana mereka menjadi tenaga penggerak utama dalam organisasi sekolah.

METODOLOGI KAJIAN Sampel kajian terdiri dari guru wanita yang mengajar di sekolah-sekolah rendah di kawasan Lembah Kelang. Seramai 68 orang partisipan dipilih secara rawak dari 50 buah sekolah di kawasan Lembah Klang. Partisipan Hampir 38.2% partisipan adalah berbangsa Melayu dan 61.8% bukan Melayu. Terdapat 8.8% partisipan adalah bujang dan 91.2% telah berkeluarga. Hampir 80% adalah dari keluarga nuklear dan 20 % keluarga extended, 21% guru mempunyai pengalaman mengajar kurang dari 10 tahun, 41.2% mempunyai pengalaman mengajar antara 11 ke 15 tahun dan 36.8% mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 16 tahun. Hampir 80% partisipan adalah dari keluarga yang aman. Perhubungan dengan guru besar adalah baik bagi 63.2% partisipan, 33.8% menganggap perhubungan mereka adalah sederhana baik dan 2.9% mengaku perhubungan mereka dengan guru besar adalah kurang baik. Keadaan ini agak berbeza dengan hubungan dengan pentadbir sekolah seperti guru kanan sekolah, kakitangan pejabat. Mereka menyatakan perhubungan adalah baik bagi 79% dan dalam keadaaan sederhana baik bagi 21% partisipan lainnya. Seramai 45.6% guru menyatakan mereka mengajar mata pelajaran opsyen mereka dan 54.6% yang mengajar subjek yang bukan opsyen. Persampelan ini juga mengandungi guru yang

mengajar sesi pagi (79.4%) dan petang (20.8%). Hampir 51.5% diminta mengajar kelas tambahan dan hampir 25% guru berkenaan diminta untuk membuat kerjakerja luar. Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan adalah dari Jamaludin (1996) yang berpandukan stres kerja oleh Mohamad dan Ariffin (1989) yang mempunyai kebolehpercayan yang dibentuk ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu : Bahagian A untuk mendapatkan maklumat tentang demografi partisipan. Bahagian B untuk mengetahui tahap stres guru dalam professisonnya dan Bahagian C - untuk mengenal pasti cara-cara guru menangani masalah stres. ANALISIS DATA Soal selidik yang telah dikembalikan disemak secara manual oleh pengkaji untuk memastikan semua soalan telah dipenuhi dengan betul. Selepas itu, pengiraan skor dibuat untuk tujuan pengkodan seperti yang dikehendaki di dalam tatacara penggunaan komputer. Selepas pengkodan selesai dibuat, maklumat dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS versi 11.0 for Windows (Statistical Package for Social Sceince). DAPATAN KAJIAN Soalan Kajian 1. Apakah guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang cenderung untuk mengalami stres? Jadual 1 menunjukkan terdapat hampir 42 % guru wanita di Lembah Kelang menghadapi masalah stres rendah, manakala hampir 55 % pula mengalami stres sederhana dan 4 % sahaja yang mengalami stres yang dianggap tinggi. [1] Telah diterbitkan dalam International Seminars on Muslim Women: Future and = 0.9231. kajian ini telah mencatatkan kebolehperacayaan = 0.84 sahaja. Soal selidik

Challanges in Shaping the Ummah. Women the Driving Force in Developing An Excellent Ummah. 2 April 2005 Sofitel Palm Resort. Johor.

Soalan Kajian 2. Apakah guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang berpuas hati dengan suasana persekitaran kerjaya mereka?

Jadual 2 menunjukkan tahap kepuasan Guru Wanita di lembah Kelang dan mendapati hampir 68% guru wanita adalah dalam tahap kepuasan sederhana dan 32.4% adalah mempunyai tahap kepuasan rendah atau tidak puas. Soalan Kajian 3.

Apakah perkaitan punca-punca yang membawa kepada berlakunya stres di kalangan guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang? Kajian ini cuba melihat beberapa faktor yang dijangkakan boleh membawa kepada stress di kalangan guru-guru wanita di sekolah rendah di Lembah Kelang. Beberapa faktor telah disenaraikan sebagai mempunyai pertalian yang kuat dengan stres. Faktor-faktor berkenaan termasuklah:

Terdapat 16 faktor yang dijangkakan boleh membawa kepada keadaan stres di kalangan guru wanita di kawasan Lembah Klang. Sesudah ujian khi kuasa dua dijalankan kami hanya mendapati terdapat lima faktor sahaja yang mempunyai pergantungan antara stres dengan faktor yang kami andaikan itu. Faktor-faktor itu termasuklah jenis keluarga guru berkenaan c2 (dk=2) = 12.312, p < 0.01), status guru berkenaan sama ada ianya seorang ibu tunggal atau tidak c2 (dk=2) = 29.326, p < 0.001), hubungan dengan guru besar c2 (dk=4) = 12.491, p < 0.05), waktu yang diberikan kepada guru untuk mengajar c2 (dk=10) = 29.290, p < 0.01 dan subjek major guru berkenaan sama dengan subjek yang diajar c2 (dk=2) = 7.329, p < 0.05 juga menjadi faktor penentu tentang stres di kalangan guru berkenaan. Soalan Kajian 4. Apakah tindakan yang diambil oleh guru-guru wanita sekolah rendah di Lembah Kelang untuk menangani masaalah stres ? Secara umumnya masalah telah dapat diambil tindakan dengan baik. Ini berdasarkan kepada peratusan guru yang dapat menangani masalah stres dengan cara mereka sendiri. Terdapat berbagai cara guru wanita menangani masalah stres. Lebih 70% guru wanita mengambil tindakan

seperti: (a) menerima hakikat bahawa semua manusia menghadapi masalah, (b) mengharapkan agar masalah stress yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik (c) membuat satau rancangan tindakan untuk menyelesaikan masalah dan mengikutinya dan (d) memperingatkan diri bahawa dalam mana-mana keburukan, ada juga kebaikan.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Secara umumnya bolehlah dikatakan guru-guru wanita di sekolah rendah di kawasan Lembah Kelang tidaklah begitu teruk dalam menghadapi masalah stres. Hampir 42 % guru hanya menghadapi tekanan stres tahap rendah, 54 % stres tahap sederhana dan 4% sahaja yang menghadapi stres tahap tinggi. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada wujudnya stres di kalangan guru wanita ini termasuklah Keadaan guru berkenaan sama ada beliau adalah beliau adalah seorang ibu tunggal atau berkeluarga, bentuk keluarga mereka iaitu sama ada keluarga nuklear atau keluarga extended, hubungan mereka dengan guru besar, waktu mengajar yang diberikan kepada mereka dan mata pelajaran yang diajar di sekolah bertepatan atau tidak dengan major guru berkenaan semasa di Maktab Perguruan dahulu. Ini adalah berdasarkan kepada pergantungan antara faktor berkenaan dengan tahap stres di kalangan partsipan berkenaan. Jika dilihat dari aspek pengawalan stres guru-guru ini, mereka lebih menggunakan kaedah psikologi dalam menangani masalah stress yang mereka hadapi. Lebih daripada 70% guru telah mengambil langkah berikut untuk mengatasi stress yang mereka hadapi. Langkah berkenaan termasuklah menerima hakikat bahawa semua mempunyai masalah, mengharapkan agar masalah stress yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik, menyediakan satu rancangan tindakan untuk menyelesaikan masalah dan mengikutinya dan memperingatkan diri bahawa dalam mana-mana keburukan, ada juga kebaikan. PENUTUP Stres adalah sebahagian dan sentiasa melingkari kehidupan seharian manusia. Justeru setiap daripada kita menghadapi stres cuma yang membezakan adalah pada peringkat manakah stres memberi kesan dalam kehidupan Dengan ini, guru juga turut menghadapi stres dan adalah penting bagi guru yang menghadapi stres mengetahui kemahiran pengurusan stres. Ini supaya stres yang dihadapi tidak mendatangkan kesan buruk kepada guru sehingga menjejaskan imej mereka serta organisasi pendidikan itu sendiri. Diharapkan dengan tugas guru yang semakin mencabar kini, beberapa kajian lain tentang stres guru dapat dlakukan lagi dan kenal pasti tindakan yang boleh diambil agar matlamat pendidikan untuk menghasilkan guru dan murid yang cemerlang tercapai.

You might also like