You are on page 1of 2

Bahagian B (100 markah)

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Masalah kegemukan atau obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin serius. Menurut kajian, sebanyak 20% daripada 26 juta rakyat negara ini menghidapi masalah kegemukan. Sebagai seorang pelajar, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menjadi remaja yang sihat dan cergas. 2. Kes pembuangan bayi yang semakin meningkat kini melambangkan kepincangan institusi kekeluargaan. Bincangkan peranan anggota keluarga bagi mencegah pembuangan bayi daripada berlaku dalam kalangan mereka. 3. Sahabat pena anda di luar negara ingin menyambung pelajaran di Malaysia. Oleh itu, dia menulis surat kepada anda untuk mengetahui kemudahan pendidikan yang disediakan di negara ini. Balas surat sahabat anda itu selengkapnya. 4. Isu pemanasan global semakin mendapat perhatian kebanyakan negara di dunia ini, justeru langkah-langkah penyelesaian perlu dilakukan sebelum pelbagai kejadian tidak diingini berlaku. Bincangkan kesan buruk fenomena pemanasan global ini. 5. Anatar usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk memupuk minat pelajar terhadap hasil kesusasteraan ialah pengenalan Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (KOMSAS) Huraikan faedah-faedah pelajar mempelajari KOMSAS.

Bahagian A
[30 markah]

Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada aktiviti sukan. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan pelajar melibatkan diri dalam bidang sukan. Panjang hurain anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

You might also like