You are on page 1of 1

ABSTRAK Teori klasikal kaedah penentuan kematian hanya berpandukan kepada terhentinya dengutan jantung dan penafasan.

Selaras dengan teknologi moden perubatan, kaedah ini tidak lagi memadai dengan hanya bergantung kepada dua kaedah tersebut. Justeru kertas kerja ini akan membincangkan mengenai hukum mati otak sebagai tanda kematian menurut perspektif Islam. Metodologi kajian ini berteraskan kaedah penyelidikan teoritikal melalui kajian perpustakaan bagi mengumpul maklumat premier dan sekunder berpandukan kajian buku-buku, artikel ilmiah, jurnal, latihan ilmiah dan keputusan fatwa. Kajian ini juga sedikit sebanyak melibatkan kajian tekstual. Hasil dapatan kajian menunjukkan konsep mati otak mempunyai hubungan rapat dengan kematian manusia dan pengkaji cendurung (tarjih) pendapat mengatakan mati otak (brain stem) sebagai punca utama kematian di zaman moden. Walaupun mati otak diiktiraf sebagai punca kematian, namun penentuan mengesahkan kematian akan ditentukan oleh beberapa pakar perubatan. Saranan pengkaji bagi penambahbaikkan isu ini ialah keperluan yang mendesak dalam menetapkan kriteria serta prinsip menentukan mati otak agar lebih dinamis dan praktikal. Disamping itu, adalah menjadi keperluan bagi menilai semula pendefinisian bagi kematian.

You might also like