You are on page 1of 11

Kesedaran Kepelbagaian Sosiobudaya

Pengenalan
Malaysia sebuah negara yang terdiri daripada kaum. Dengan adanya pemahaman terhadap sosiobudaya masyarakat lain, mereka akan menyemai serta mengamalkan perasaan hormat, bekerjasama dan toleransi antara kaum. Pelajar perlu peka dan sensitif dengan kepelbagaian sosiobudaya.

Bangsa
Menurut John Stuart Mill, bangsa merupakan rumpun manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih rela bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan rumpun bangsa yang lain. Menurut Kamus Dewan(1999) merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama.

YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak menjelaskan bahawa rakyat pelbagai kaum dan agama di Malaysia harus berfikir melepasi sempadan kaum maisng-masing dan bukan bertindak atas kepentingan sendiri. Integrasi sosial ialah satu proses menyatupadukan pelbagai kelompok melalui satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan dan identiti masyarakat. Asimilasi ialah proses penyerapan budaya. Ini dapat dilihat melalui cara hidup sesuatu masyarakat minoriti yang telah diserap oleh kebudayaan dominan.

Budaya A+B+C=A, walaupun berlaku penyerapan budaya antara ketiga-tiga kumpulan tersebut, tetapi budaya A tetap kekal dan diterima umum. Amalgamasi merujuk kepada proses pencantuman dari segi biologi. Perkhawinan ini akan menghasilkan satu kelompok yang baru dalam kehidupan masyarakat, A+B+C=D. Pluralisme adalah proses mempertahankan kepelbagaian budaya. Masyarakat lebih menitikberatkan pengekalan ciri-ciri kebudayaan pelbagai kelompok.

Akomodasi adalah setiap etnik menyedari nilai dan norma antara sama lain. Ini bermaksud setiap etnik tetap mempertahankan budaya mereka tetapi hidup dengan harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain. Akulturasi budaya adalah manusia dalam kumpulan minoriti menerima norma, nilai dan pola-pola tingkah laku golongan majoriti. Mereka menerima unsur budaya golongan majoriti, tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal.

Jelas bahawa dalam membentuk kebudayaan masyarakat, pelbagai proses telah berlaku. Di Malaysia pula setiap kelompok masyarakat masih dapat hidup dalam keadaan yang harmoni tanpa mempunyai perasaan prasangka terhadap kebudayaan kaum lain. Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David mencipta nama masing-masing di luar negara. Pencapaian tidak mungkin berlaku jika tidak sumbangan dalam pelbagai bentuk. Kerjasama, persefahaman dan komitmen harus kita wujudkan antara pelbagai kaum.

Struktur Masyarakat
Dua cara menganalisis struktur masyarakat iaitu: a)keturunan/kasta. Di Malaysia struktur sosial ini lebih kepada tingkat pendidikan, kekayaan dan usia. b)Suku bangsa. Pengagihan ini dinamakan perbezaan sosial.

Ciri-ciri
Hidup berkelompok Mempunyai budaya Sering mengalami perubahan Saling berinteraksi sama ada dalaman dan dengan pihak luar E) Mempunyai kepimpinan F) Mempunyai aturan sosialnya A) B) C) D)

Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Etnosenterisme merujuk kepada satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain. Dalam negara kita, masyarakat terkandung daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam masyarakat juga akan menentukan pola kehidupan masyarakat.

Kepercayaan
Kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu pekara. Murid dapat mengetahui dan memahami kepelbagaian kepercayaan masyarakat di negara kita seperti kepercayaan masyarakat Melayu, Cina dan India. Ini adalah supaya tidak timbul salah faham ketika proses pnp sedang dijalankan dalam kelas.

You might also like