You are on page 1of 22

FAKULTI SENI DAN MUZIK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TG.

MALIM, PERAK

SHT 5072 Teknologi dan Masyarakat

TUGASAN 1 RUMAH TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN & SELANGOR

Disediakan Untuk : Dr. Supli Effendi Rahim Fakulti Seni dan Muzik

Disediakan Oleh : Hasniza binti Abdul Wahab L20073001516 Diploma Pendidikan (Teknikal)

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN 1.1 Teknologi 1.2 Rumah Melayu Tradisional

3 -4

2.0

RUMAH MELAYU TRADISIONAL 2.1 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pembinaan Rumah Tradisional 2.2 Jenis-jenis Senibina Rumah Melayu

4-6

3.0

RUMAH TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN 3.1 Pelan Rumah Tradisional Negeri Sembilan 3.2 Tampak Rumah Tradisional Negeri Sembilan

7 -11

4.0

RUMAH TRADISIONAL SELANGOR 4.1 Pelan Rumah Tradisional Selangor 4.2 Tampak Rumah Tradisional Selangor

12-16

5.0 6.0

PERBINCANGAN FAKTA

17- 20 20

RUJUKAN

1.0 1.1

PENGENALAN TEKNOLOGI

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama masih menunjukkan teknologi. Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah. Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

1.2

RUMAH TRADISIONAL

Rumah kayu atau rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak asing bagi orang melayu. Tapi dengan urbanisasi penduduk kini, ramai anakanak melayu yang tidak lagi mengenal apakah ciri bentuk sebenarnya rumah kayu tradisional mahupun caranya dibangunkan tanpa paku. Sebetulnya, lama sebelum kedatangan pengaruh luar dan telunjuk moden, penduduk asal Melayu dan Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera serta kaum bumiputera/ pribumi lain di Borneo dan bahagian lain di alam Melayu telah mempunyai sistem perumahan yang canggih, cantik dan serasi dengan gaya hidup dan alam sekitar.

Bahan binaan yang digunakan diambil dari sumber alam yang boleh diperbaharui, yakni pelbagai jenis kayu-kayan, juga buluh dan rotan hinggalah kepada daun-daun pelepah Kerangka atau struktur rumah pula menggunakan sistem tebuk-tembus dan pasak yang tidak memerlukan paku. Pembinaan rumah papan melayu sebenarnya ialah suatu sistem pasang siap. Maka rumah itu boleh ditanggalbuka dan dipasang semula di tempat lain.. Selain itu, cara binaan tanpa paku juga membuatkan rumah lebih anjal (flexible), sehingga ia boleh diangkat melalui gotong royong orang ramai dan dialih tempat. Dari segi rekabentuk, rumah tradisional melayu boleh dikatakan amat canggih dan memuatkan ciri-ciri bestari,kena dengan gaya hidup selesa mengikut adat dan alam. Ciri-ciri pintar ini termasuklah penyejukan atau pengudaraan semulajadi, peneduhan, keselamatan dan keamanan serta kepersendirian. Rumah melayu selalunya dibahagikan dua bahagian, iaitu yang utama dipanggil Rumah Ibu sempena menghormati peranan ibu sebagai pengelola rumah dan penyeri keluarga dan yang kedua ialah Rumah Dapur. Pengasingan ini juga pintar kerana kebakaran selalunya terjadi dari api masakan, maka jika dapur terbakar, lebih mudah mengawal sebahagian tertentu seperti Rumah Dapur saja dan mengurangkan bahaya Rumah Ibu juga dijilat api dengan cepat. Kebanyakan arkitek masa kini dalam proses menimba dan mengejar senibina ala Barat, tidak mengendahkan lagi ilmu binaan tradisi. Sedangakan ilmu senibina lama masih banyak yang perlu dikaji untuk memberi penyelesaian atau dimajukan lagi buat kesesuaian hidup gaya kini. Tugasan ini akan mengupas tentang rumah tradisional melayu yang mana pembinaannya secara tradisional dan kian dilupakan oleh masyarakat sekarang. Rata-rata dapat dilihat pembinaan rumah samada di bandar atau di desa yang menekankan pelbagai konsep moden. Namun begitu, biarpun masa berubah dengan perkembangan ekonomi dan infrastruktur, tidak dapat dinafikan bahawa pembinaan rumah tradisional dahulu telah pun mengaplikasikan teknologi. Teknologi yang digunakan pada zaman dahulu mampu dikekalkan dengan penambahbaikan yang sepatutnya dan tidak seharusnya dilupakan begitu sahaja kerana masih terdapat banyak kebaikan dari senibina tradisional.

2.0

RUMAH MELAYU TRADISIONAL

Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Ianya telah direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan yang menampakkan betapa mahir dan kreatifnya mereka dalam bidang seni bina. Ia

memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan. Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah. Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima. Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam, Cina dan Barat.

2.1

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBINAAN RUMAH TRADISIONAL

FAKTOR CUACA Faktor cuaca memainkan peranan dalam rekabentuk asas bangunan. Kekerapan hujan mengakibatkan rekabentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir. Kepanasan cuaca juga menyumbang kepada rekabentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang banyak, berandah dan tiang itu sendiri memberi laluan angina dibahagian bawah rumah. Tidak cukup dengan itu, lubang angin dibahagian atas tingkap dan bumbung juga telah direka untuk keselesaan secara maksima. SUMBER ALAM Bahan binaan adalah kayu, rotan, akar, buluh, dan dedaun dari sumber hutan terdekat. Kayu menjadi tunjang kepada struktur bangunan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia/ nipah menjadi dinding dan atap. BUDAYA, AGAMA DAN ADAT RESAM Budaya dan adat resam juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk seni bina rumah Melayu. Misalnya kehadiran Islam telah mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke kiblat. Definisi ruang juga diatur dan diubah aras mengikut kegunaan adat resam bertandang, kenduri dan aktiviti keluarga. PENGARUH ASING

Kehadiran penjajah Barat telah memberi alternatif baru kepada teknik seni bina Melayu. Sebagai contoh, zink dan atap genting telah mengambil alih atap rumbia dan kayu, bata dan simen telah mengambil tempat kayu sebagai tiang, tangga dan dinding, paku menggantikan pasak kayu dan akar sebagai penghubung/ pengikat. Pengaruh ini boleh dilihat secara positif dan negatif oleh umum, iaitu pertembungan dua unsur; praktikal dan seni.

2.2

JENIS-JENIS SENI BINA RUMAH MELAYU

Terdapat beberapa jenis rekabentuk tradisional dan campuran yang boleh dilihat diseluruh Malaysia. Secara amnya, rekabentuk ini diklasifikasikan mengikut rekabentuk bumbung iaitu; Bumbung Panjang, Bumbung Lima, Bumbung Limas dan Bumbung Perak. Rekabentuk ini boleh dilihat disegenap pelusuk tanahair. Untuk orang kebanyakan, rekabentuk Bumbung Panjang adalah yang paling popular oleh kerana keringkasan rekabentuknya dan penjimatan kos serta masa pembinaan. Fokus tugasan ini adalah kepada penggunaan rekabentuk Bumbung Panjang di negeri Negeri Sembilan dan Selangor.

3.0

RUMAH TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan mempamerkan secara keseluruhan reka bentuk bumbung panjang yang bersifat Minangkabau. Ia mempunyai sifat reka bentuk atap yang bertingkat yang dialas daun rumbia. Rumah ini mempunyai serambi hadapan dan anjung yang meneduhkan tangga utama kemasukan ke Rumah Ibu melalui Serambi. Serambi dihiasi ukiran kerawang yang bercorak silang-menyilang. Rekaan tangga adalah ringkas. Tangga diikat atau dimatikan dengan rekaan kekunci dipapan yang menarik seperti yang boleh dilihat di dalam gambar. Rumah ini dihiasi ukiran kayu yang banyak di sekeliling rumah, lebih-lebih lagi di sekitar Serambi hadapan rumah. Ukiran adalah bermotifkan silang dan bunga yang agak bersifat grafik. Bahagian anjung, serambi dan rumah ibu mempunyai aras yang berbeza. Rumah ibu mempunyai ruang yang terluas dan tertinggi. Terdapat bilik di rumah ibu dan tangga menghala ke loteng. Loteng ini mengambil lebihan ketinggian dan tingkat atap yang diberi ruang oleh struktur rumah ini. Rumah ibu bersifat terbuka dan disambung ke rumah dapur melalui pintu yang menghala ke selang. Selang tidak berdinding dan merupakan pelantar kepada

sebahagian fungsi dapur. Ianya berperanan sebagai ruang bersembang untuk kaum wanita. Rumah Negeri Sembilan ini memaparkan seni kraf kayu yang menyeluruh hingga sampai ke rumah dapur. Paras tingkapnya adalah sangat rendah, iaitu direka untuk paras orang duduk dan bukannya berdiri.

3.1

PELAN RUMAH TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN

Rumah Negeri Sembilan ini mempunyai rumah tangga, iaitu ruang pengenalan dan persinggahan pertama ke dalam bahagian rumah. Ruang ini boleh juga dipanggil beranda kerana tidak berdinding dan terbuka. Ruang ini berhubung terus ke serambi yang berdinding, di aras yang berbeza. Serambi rumah jenis ini adalah agak luas dan panjang, sesuai untuk menempatkan tetamu untuk acara kenduri kendara. Rumah ibu mempunyai ruang yang luas dan tinggi. Rumah ini mempunyai satu bilik tidur. Terdapat sebuah tangga menuju ke loteng dari sudut rumah ibu.

Loteng ini mengambil lebihan ketinggian dan tingkat atap yang diberi ruang oleh struktur rumah ini. Lazimnya loteng digunakan sebagai sebuah bilik tidur untuk anak lelaki bujang kerana kecuraman tangga yang tidak sesuai untuk anak perempuan. Rumah ibu adalah terbuka luas dan disambung ke rumah dapur melalui pintu yang menghala ke selang. Selang tidak berdinding dan merupakan pelantar kepada sebahagian fungsi dapur. Selang berperanan sebagai ruang sembang untuk kaum wanita. 3.2 TAMPAK RUMAH TRADISIONAL NEGERI SEMBILAN

Rumah ini mempunyai serambi yang dihiasi ukiran kerawang yang bercorak silang-menyilang. Tingkap ruang ini adalah jenis tingkap penuh. Jerajak berbentuk silinder diletakkan sebagai penghadang tetapi memaksimakan keterbukaan tingkap tersebut, justera udara masuk ke dalam rumah. Rekaan tangga adalah ringkas. Tangga diikat atau dimatikan dengan rekaan papan kekunci mudah.

10

Rumah ini dihiasi ukiran kayu yang banyak di sekeliling rumah, lebih-lebih lagi disekitar serambi hadapan rumah. Ukiran adalah bermotifkan silang dan bunga. Rumah Negeri Sembilan ini memaparkan seni kraf kayu yang menyeluruh hingga sampai ke rumah dapur.

Tebar Layar

Kerawang & Jerejak

Bahagian bawah atap dan dinding rumah ditutup dengan tebar layar. Tebar layar yang agak besar itu memberikan identiti yang cukup kuat untuk reka bentuk jenis ini. Tebar layar ini diukir ringkas dan membenarkan pengaliran udara masuk ke dalam ruang atap.

11

4.0

RUMAH TRADISIONAL SELANGOR

Rumah ini merupakan rekaan bumbung panjang yang terdapat di negeri Selangor. Ia mengandungi kombinasi anjung dan serambi yang agak besar dan menonjol. Hampir kesemua rekaan bumbung panjang adalah memanjang kebelakang apabila diperbesarkan mengikut keperluan semasa pemilik rumah. Rumah ini tidak mempunyai bumbung bertingkat seperti rumah Negeri Sembilan, tetapi mempunyai bumbung besar yang agak curam di rumah ibu. Seperti kebiasaan reka bentuk ini, tujuan bumbung yang besar (tebar layar) ini adalah untuk memerangkap angin agar ruang atap dapat diudarakan untuk tujuan menurunkan suhu di dalamnya.

12

Justeru, lebih besar rumah ibu, maka lebih besarlah atap tersebut. Rekaan luaran rumah ini mempunyai ukiran yang sederhana di bahagian atas tingkap. Tingkap mempunyai jerejak pendek yang terletak di atas palang bawah tingkap. Tingkap rumah ini terletak agak rendah dari paras lantai. Rumah ibu dinaikkan paras berbanding dapur, anjung, rumah tangga dan serambi. Ketinggian struktur atap membuatkan rumah ini kelihatan luas dan lega ketika berada di dalamnya. Ia juga bertujuan agar proses pengaliran udara yang lebih lancar dan selesa. Rumah ini tidak mempunyai selang, berbanding rumah bumbung besar yang lain. Rumah ini tidak mempunyai bumbung bertingkat seperti rumah Negeri Sembilan, tetapi mempunyai bumbung besar yang agak curam di rumah ibu. Seperti kebiasaan reka bentuk ini, tujuan bumbung yang besar (tebar layar) ini adalah untuk memerangkap angin agar ruang atap dapt diudarakan untuk tujuan menurunkan suhu di dalam rumah. Justeru, lebih besar rumah ibu, maka lebih besarlah atap tersebut. Rekaan luaran rumah ini mempunyai ukiran yang sederhana di bahagian atas tingkap. Tingkap mempunyai jerejak pendek yang terletak di atas palang bawah tingkap. Tingkap rumah ini terletap agak rendah dari paras lantai. Rumah ibu dinaikkan paras berbanding serambi dan selang. Ketinggian struktur atap membuatkan rumah ini kelihatan luas dan selesa apabila berada di ruang dalam rumah. Ia juga membolehkan pengaliran udara yang lebih lancar dan selesa. 4.1 PELAN RUMAH TRADISIONAL SELANGOR

Rumah bumbung panjang jenis ini adalah agak besar dan menyediakan pelbagai jenis ruang untuk keselesaan penghuninya. Rumah ibu adalah luas kerana ia digabungkan dengan rumah tengah. Rumah tengah pula bercantum dengan rumah dapur di aras yang sama di sebahagian besar rumah dapur itu. Rumah ini mempunyai dua bilik, sesuai untuk keluarga yang besar dan taraf kewangan pemiliknya. Rumah ini mempunyai tiga pintu masuk, iaitu satu di

13

bahagian hadapan rumah, satu dari tepi rumah dan satu lagi di bahagian belakang dapur. Bahagian hadapan menyaksikan kehadiran beranda, ruang teduh yang hanya berjerejak tetapi tidak berdinding sebagai mukadimah apabila seseorang masuk ke dalam rumah. Bahagian anjung pula, merupakan ruang tertutup yang berbeza aras sebagai ruang pertama di dalam rumah. Bahagian anjung dihubungkan dengan rumah ibu melalui serambi. Serambi mempunyai aras yang sama dengan rumah ibu. Bahagian anjung dan serambi merupakan ruang yang direka untuk melayan tetamu bersesuaian dengan acara kenduri kecil atau lawatan secara santai.

4.2

TAMPAK RUMAH TRADISIONAL SELANGOR

14

Rumah ini agak memanjang ke belakang disebabkan terdapat bahagian ruang tambahan seperti rumah tengah, di samping ruang-ruang lain yang agak besar. Rumah ini keseluruhan diperbuat daripada kayu, atap nipah dan menggunakan elemen logam sebagai penampan air hujan di sekitar rabung dan cucur atap.

15

Rumah ini dihias oleh dua pintu masuk utama, satu di bahagian hadapan dan satu di bahagian tepi. Kedua-dua pintu masuk ini mempunyai beranda, Cuma yang di bahagian tepi itu diberi nama khas dikenali rumah tangga. Ruang ini menampakkan kehadiran jerejak yang berbentuk silinder yang beralun.

Tebar Layar

Kerawang

16

Jerejak

Bumbung utama rumah dihiasi dengan tebar layar yang dihiasi seadanya dan jaringan kayu bertujuan untuk pengudaraan ruang atap bagi mengurangkan kesan haba masuk ke dalam rumah. Di atas tingkap pula terdapat ukiran kerawang berbunga berfungsi untuk proses pengudaraan di dalam rumah.

5.0

PERBINCANGAN

Rumah Tradisional Melayu Contoh Terbaik Bagaimana Tukang Kayu Dulu Memahami Kehendak Alam Sekitar.

17

Rumah tradisional contoh terbaik binaan yang mengambil kira faktor semula jadi. MANUSIA memerlukan perlindungan fizikal iaitu kediaman. Pada mulanya hanya untuk berlindung daripada faktor alam seperti cuaca panas, hujan, sejuk, angin kencang dan buruan binatang buas. Manusia mencari tempat perlindungan yang ada di sekitar mereka. Apabila manusia sudah membina tamadun, kediaman asas dikembangkan, daripada tinggal di dalam gua, manusia mula membina kediaman yang akan mengambil kira faktor iklim, alam semula jadi dan alam sekeliling sebagai asas membina kediaman. Ketika ini, keperluan untuk mendapatkan rumah semakin meningkat seiring dengan bertambahnya jumlah penduduk dan tekanan daripada faktor sosial serta ekonomi. Pembangunan rumah dan taman perumahan berlaku di pelbagai lokasi dan malangnya sebahagian besar pembangunan tidak diimbangi dengan kesedaran memelihara alam sekitar, sehingga saat ini sering kali berlaku bencana alam akibat rendahnya kesedaran masyarakat dalam memelihara alam semula jadi yang lestari. Membangunkan rumah yang mesra alam atau rumah yang ada ekologi, bererti membangun dengan pendekatan holistik. Rumah sebagai tempat manusia membangun kehidupan seharusnya dirancang dengan memerhatikan keseimbangan antara fizikal bangunan, alam dan manusia sebagai penghuni. Untuk membina rumah mesra alam atau ecofriendly bukan sesuatu yang sukar atau mahal. Dengan pengetahuan dan sedikit daya kreativiti, siapa saja mampu mewujudkan rumah mesra alam. Modal yang utama adalah kesedaran terhadap keperluan keselesaan terma, alam sekitar dan kehendak demi diri sendiri dan juga masyarakat. Malaysia adalah negara beriklim panas lembap 18

ataupun beriklim tropika, secara puratanya cuaca di negara tropika agak sekata iaitu mengalami panas dan hujan sepanjang tahun. Oleh kerana itu, usaha mereka membentuk rumah agak mudah dan tidak menghadapi banyak masalah berbanding negara empat musim. Namun, kini kebanyakan rumah di Malaysia cenderung dibina dengan meniru model bangunan negara lain yang belum tentu sesuai dengan suasana di Malaysia. Mengikut gaya tertentu mengakibatkan rumah direka dengan mengabaikan faktor iklim dan menyebabkan rumah terpaksa menyesuaikan dengan iklim setempat.

Susun atur dan seni bina rumah tradisonal mengambil kira elemen penyaman udara semula jadi. Akibatnya, manusia yang tinggal di dalam rumah pun menjadi tidak nyaman, bahkan tidak sihat. Apalah gunanya rumah yang indah jika tidak nyaman dan tidak kondusif untuk diduduki. Faktor iklim tidak dapat diabaikan. Data iklim yang perlu diperhati dalam membina rumah meliputi suhu, radiasi matahari, angin, kelembapan dan curahan hujan. Negara kita boleh dikatakan menerima hujan sepanjang tahun dan kadar kelembapan yang tinggi dengan pertukaran udara panas yang rendah kerana tinggi kelembapan. Pencahayaan pula dari bahagian atas dan sinar matahari di siang hari dari timur di pagi hari dan barat di waktu petang. Rumah tradisional Melayu adalah contoh terbaik bagaimana tukang tukang kayu dulu memahami kehendak alam sekitar dalam reka bentuk rumah mereka. Rumah tradisional Melayu mempunyai elemen reka bentuk suria yang pasif, dianggap sebagai satu bangunan domestik yang unggul terhadap iklim panas lembap yang mempunyai peneduh yang cukup, bukaan yang membenarkan 19

banyak aliran udara keluar masuk, susun atur dalaman terbuka, bertiang, ketinggian siling tinggi dan penggunaan bahan binaan yang ringan tidak mengekalkan haba. Binaan rumah tradisional bukan saja tertumpu pada binaan bangunan tetapi menitik beratkan susun atur bangunan yang hendak didirikan. Rumah tradisional bila dikaji dibina secara bersilang atau secara rawak susunannya yang bertujuan membenarkan laluan angin melepasi setiap rumah. Ini tidak berlaku pada binaan rumah teres pada masa kini yang mana menghalang pergerakan laluan angin. Susun atur rumah tradisional juga mengambil kira elemen persekitaran yang boleh menyumbang kepada penyamanan udara semula jadi. Antara elemen berkenaan adalah tumbuh tumbuhan seperti pokok. Sebagai contoh pokok kelapa begitu sinonim dengan masyarakat Melayu bukan kerana kegunaan pokok berkenaan yang pelbagai tetapi kewujudannya di sekitar kawasan rumah Melayu ketika dulu bukan saja memberi teduhan tetapi tidak menghalang laluan angin pada aras rumah mereka. Binaan berandah terbuka dan cucur atap yang memanjang adalah cara kawalan yang baik terhadap radiasi cahaya dan silau matahari yang terdapat pada rumah tradisional boleh digunakan pada reka bentuk dan binaan rumah moden kini . Berbagai usaha dan tindakan dilakukan begitu juga kajian sarjana di bidang alam bina bagi merumuskan apakah tindakan yang diperlukan bagi melahirkan reka bentuk kediaman yang lestari bagi mengatasi masalah pemanasan global yang di hadapi oleh masyarakat dunia ketika ini. Permasalahan ini sudah berlarutan yang mana kebanyakan perumahan moden masa kini bukan saja direkabentuk tidak mengikut kehendak iklim dan alam sekitar tetapi tidak mengikut kehendak asas keselesaan terma. Oleh itu tindakan perlu diambil bagi menyedarkan semua pihak bahawa betapa pentingnya kita membina satu kediaman yang mementingkan keselesaan terma dan keperluan alam sekitar bagi melahirkan kehidupan selesa pada masa kini dan mengekalkannya bagi generasi akan datang.

6.0

FAKTA: Rumah tradisional

Membangun rumah di iklim tropika seperti di negara kita ini hanya boleh

20

dilakukan dengan baik jika kita memahami dan memerhati pengaruh alam sekitar yang dipengaruhi faktor alam seperti; Menggalakkan pengaliran udara dan ventilasi, Penggunaan pencahayaan semula jadi Penggunaan curahan air hujan Mengurangkan radiasi matahari dan tempias hujan Reka bentuk rumah yang jimat tenaga Penggunaan bahan bangunan yang mesra alam.

RUJUKAN

http://www.bharian.com.my http://malaysiana.pnm.my Dawson,B (1994), The Traditional Architecture of Malaysia, Thames & Hudson Ltd., UCLA Abdullah Che Mud, (2006), Modul BPS 303 : Senibina Tradisional Lukisan Kerja, KPTM.

21

22

You might also like