You are on page 1of 7

ILMUAN ISLAM:AL-BIRUNI-TEORI ASTRONOMI/GRAVITI/MATH/FIZIK Posted on Thursday, December 29 @ 20:19:25 PST Dilulus untuk paparan oleh cosa Oleh: MERONG

" Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni daripada keluarga Tajik. Lahir pada 3 Zulhijjah 362H @ 4 September 973M di Parsi. Menurut kitab al-Ansab yang ditulis oleh Samani dan kitab Mujam al-Buldan yang ditulis oleh Yaqut al-Hamawi, penduduk Khawarizm memanggil orang asing sebagai biruni (dalam bahasa Parsi). Maka atas alasan inilah yang menyebabkan Abu Rayhan dikenali sebagai alBiruni kerana beliau merupakan orang asing bagi penduduk Khawarizm. aktiviti al-Binuni merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah teori-teori abstrak tentang falsafah hinggalah kepada sains praktis matematik, geografi, fizik dan astronomi.

Oleh kerana bidang saya adalah bidang astronomi dan sejak saya wujud di dunia ini lagi saya terkenal dengan ilmu itu dan saya tidak berniat untuk keIuar dari disipIin ilmu itu, maka saya mahu berkhidmat kepada perbendaharaan baginda (Masud) yang dikenali sebagai nikmat, dengan menulis kanun (undang-undang) Sinaat al-Tanjim (Seni Astronomi). Beliau memberi contoh tentang kegunaan harian pengetahuan matematik dan astronomi. Contoh ini menunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan pasang surut air laut. Ilmu pengetahuan tentang binatang-binatang dan kedudukannya sangat penting bagi menentukan arah pengembaraan dan perjalanan. Iajuga sangat berguna ketika menentukan arah kiblat, waktu solat dan kedudukan garis lintang atau bujur sesuatu bandar. Maka beliau telah menunjukkan bahawa astnonomi sangat berguna dan sesuai menurut Islam. Teori-teori astronominya yang penting ialah seperti berikut. 1. Teori alam semesta Al-Biruni menganggap bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Pada masa yang sama beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semesta sebagai kuasa sebenar yang terlibat seperti yang dilihat daripada pengalaman. Beliau mendakwa bahawa, Apabila sesuatu bahagian anggota jisim tegar bergerak secara garis Iurus dan satu bahagian ke satu bahagian yang lain, sebaliknya jasad itu mengelilingi jasad lain dalam gerakan bulatan yang rnenggambarkan gerakan mengelillngi satu titik tetap seperti pusat bumi ketika jasad lain itu tegar. Walau bagaimanapun, kawasan persekitaran matahari menyebabkan planet bergerak dalam bentuk elips.

2.

Kosmogeni Walaupun Qanun al-Masudi tidak membincangkan asal-usul alam Semesta tetapi alBiruni membincangkannya secara terpeninci dalam bukunya al-Tahdid. Beliau menolak pandangan yang menyatakan dunia ini kekal. Beliau mengumpul pelbagai arus pertukaran bumi di zamannya dan melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib al-Busti yang mempunyai muka surat. 3. Teori geosentrik Al-Biruni dan cendikawan sezamannya sering memikirkan tentang kontroversi geosentnik dan heliosentrik. Beliau mengatakan bahawa sebarang teori baru tidak dapat diterima tanpa bukti sains yang kukuh. Selagi sesuatu teori alternatif yang sebenar belum ditemui maka wajarlah seseorang itu mempercayai dan menerima teori dan penerangan yang terdahulu. AlBiruni menulis mengenai pergerakan matahari dalam sebuah buku berjudul Kitab alTatbiq fi Tahqiq Harakat al-Syam yang berkaitan dengan teori ini.

4. Kalender dan kronologi Beliau telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam yang juga dapat membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub. Beliau telah mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hariserta menulis buku mengenainya iaitu Tabir al-Mizan wa Taqbir al-Azman. Bukunya yang bertajuk Tanqih al-Tawarikh membincangkan tentang tarikh. Manakala buku Tasawwur Amr al-Fajr wa alShafiq fi Jihat al-Gharb wa al-Sharq pula inembincangkan tentang terbitnya fajar. Qanun al-Masudi adalah antara bukunya yang terakhir yang membincangkan perkara di atas dengan lebih terperinci. Ia membincangkan tentang siang dan malam, bulan dan tahun, bulan serta matahari, juga penerangan terperinci mengenai perbezaan takwiin, maklumat tambahan (baru) mengenai kalendar orang India, mengubah takwin Sakkala kepada takwin Hijrah. 5. Matahari Al-Biruni turut membuat kajian tentang Matahari dan perkara-perkara yang berkaitan seperti berikut: (a) Sifat fizikal Matahari Al-Biruni cekap dalam pengajian ilmu fizik dan kadangkala memberikan sumbangan asli. Misalnya, beliau membuat kajian mengenai sifat fizikal waktu Matahari. Menurutnya Matahari ialah jasad yang panas bagi letusan solar yang boleh diperhatikan apabila gerhana penuh, samajuga seperti nyalaan yang muncul di sekeliling jasad yang membakar. (b) Gerakan tahunan AI-Biruni mempercayai teori geosentrik dan menganggap Matahani bergerak mengelilingi Bumi. Beliau berfikir bahawa gerakan matahari yang perlahan dan cepat menggambarkan sesuatu orbit. (c) Panjang tahun solar (tropika) Semasa mengkaji panjang tahun solar, al-Biruni memerhati perubahan dan perbezaan pendapat mengenai zaman lepas. Beliau melaporkan ada empat rumusan yang berbeza

iaitu 365.2426, 265.2421, 365.398 dan 365.248 hari. Al-Biruni membuat pengiraan bahawa terdapat 365 hari, 5 jam dan 46 minit. Kalendar Jalali juga mendapat 365 hari, 5 jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni ini tidak jauh perbezaannya dengan kiraan moden iaitu 365 hari, 5 jam, 48 ininit dan 47 saat. Ketika menuhis Qanun, beliau mengira titik yang tertinggi di antara Matahari dengan Bumi bergerak satu darjah dalam masa 1/3 tahun, dan 0, 0, 7, 44, 54 dalam satu hari. Perkiraan yang telah dibuat oleh al-Biruni ini hampir sama dengan angka moden iaitu 52.2 setiap tahun dan satu darjah dalam masa 72 tahun. (d) Fajar dan senja Beliau membincangkan alasan-alasan bagi tempoh fajar dan senja. Al-Biruni mendapati senja (pagi dan petang) terjadi apabila Matahari berada 18 di bawah ufuk. Penyelidik moden mengesahkan penemuan al-Biruni ini. Beliau menulis buku al-Lamat mengenai perkara ini. Sebagai AhIi Sains Walaupun al-Biruni lebih melibatkan dirinya dalam bidang astronomi namun beliau mahir dalam ilmu matematik. Al-Biruni dapat menguasai geometri, aritmetik dan menggunakan algebra dengan mahir. Beliau juga berminat dalam bidang fizik namun tidak meminati bidang muzik. 1. Trigonometri sfera Al-Biruni menuhis Kitab Maqalid Ilm al-Haiah fi Basit al-Kurah. Buku itu dihasilkan sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim kerana penguasaan bahasa dan subjeknya yang baik dan mudah difahami. Ketika ahli sains ini berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi. Satu daripadanya diberi tajuk Jami al-Tarq al-Sairah fi Marafah Awtar al-Dairah yang membincangkan mengenai kaedah-kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan. Al-Biruni patut diberi penghargaan kerana beliau menganggap trigonometri sebagai bidang yang terpisah dengan astronomi mengembangkannya dengan cara yang sistematik. Beliau tidak membataskan dirinya setakat huraian yang ringkas tetapi membandingkannya dengan bahan dan keterangan lain yang berkaitan, menilai, mengkritik dan memberi pengolahan yang lebih baik. Karangan Qanun al-Masudi yang berkaitan dengan trigonometri mengandungi 10 bab. Bab pertama menerangkan cara-cara mendapatkan sisi-sisi daripada pelbagai gambar rajah seperti segi tiga sisi dan segi empat sama hingga segi sepuluh jejari sesuatu bulatan. Bab seterusnya membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk. Teori ini beliau gunakan ketika menentukan sinus bagi sudut-sudut yang berganda. Beliau turut membincangkan tentang jejari bulatan sebagai satu kesatuan mnenggantikan 60. Ini akan memendekkan lagi kerja-kerja pengiraan. Beliau berjaya mendahului ahli matematik yang lain dengan membuktikan rumus sinus dalam satah segi tiga iaitu. sinA=sinB=sinC a b c Banyak lagi rumus-rumus yang dikemukakan dan diperkenalkan oleh beliau. Beliaulah orang pertama yang berjaya membuktikan rumusan sinus bagi satah segi tiga. Beliau cekap menggunakan rumus dan penentu dalaman dan yang pertama memberikan contoh mengenai kalkulus dan teorem umum.

2. Aritmetik orang India Di samping trigonometri sfera, al-Biruni turut menguasai aritmetrik orang India. Beliau telah menulis beberapa buah buku berhubung dengan subjek itu. Antaranya ialah, (a) Rashikat al-Hind iaitu Zodiak di India (b) Kaedah aritmetik yang berbeza dalam Brahma Siddhant (c) Kaedah-kaedah orang India (Rusum al-Hind) dalam pengajaran aritmetrik. (d) Mansubat al-Darab yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza. 3. Cahaya dan bunyi Al-Biruni mempercayai bahawa cahaya lebih laju daripada bunyi. Menurut beliau sinaran membawa haba dari Matahari dan ia dapat menembusi air dan udara. Beliau juga mendapati senja kala bermula atau berakhir apabila Matahari berada di bawah kaki langit. Penemuan al-Biruni ini sama dengan penemuan moden. 4. Graviti Beliau turut memberikan sumbangan yang besar dalam bidang graviti. Beliau menolak pandangan Aristotle yang menganggap langit tidak mempunyai kuasa graviti. Beliau menolak idea bahawa tempat asal bagi air ialah di atas bumi kerana tidak ada tempat asal bagi sesuatu objek. Menurutnya jika air mengalir ia akan sampai ke pusatnya. " ILMUAN ISLAM : AL KHAZIN-MATH/ASTRONOMI/FIZIK Posted on Thursday, December 29 @ 20:14:55 PST Dilulus untuk paparan oleh cosa Oleh: MERONG " Pada artikel kali ini kita kongsikan pula rahsia sains, teknologi dalam al-Quran. Merujuk kepada wahyu pertama yang diturunkan pada zaman jahilliah menunjukkan betapa Islam menitik beratkan bidang ilmu pengatahuan. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang mencipta sekalian mahluk, Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah: yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya, (al-Alaq: 1-5).

Galakan untuk mencapai kejayaan dalam bidang sains, teknologi dan intelektual terus dipacu semasa zaman kegemilangan islam.Dengan berbekalkan teori serta pengatahuan yang terdapat

dalam al-Quran, cendiakawan Islam menjalankan kajian demi kajian sehingga mencapai tamadun yang gemilang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Pada ayat2 al-Quran diturunkan, tidak siapa jelas mengenai makna yang tersirat di dalamnya. Misalnya surah Yunus dalam ayat 61 dalam al-Quran yang menerangkan mengenai atom benda yang kecil manakala dalam ayat 80 surah Yasin membincangkan mengenai atom adalah benda terkecil. Cendiakawan Islam yang mengkaji al-Quran menggunakan maklumat berkenaan bagi meneroka ilmu sains sehingga mencapai zaman kegemilangan tamadun islam ada abad ketujuh hijrah. Ketika itu umat islam mula menunjukkan minat kearah mengkaji dan mempelajari ilmu pengatahuan terutama dalam bidang sains dan teknologi.Sesungguhnya ilmu yang digali di dalam al-Quran mendahului zamannya memandangkan fakta sains yang dibawa terbukti benar. Sehinggalah menjelang abad kesembilan Hijrah, semakin banyak fakta di dalam al-Quran semakin menyakinkan sehingga kegemilangan sains dan teknologi dalam tamadun semakin bersinar. Ketika itu nama2 ilmuan dan saintis Islam seperti Ibnu Sina yang terkenal dalam dunia perubatan sehingga bukunya masih digunakan sebagai rujukan sehingga kini, Ibnu Haitam dalam bidang optik al-Khawarizmi cendiakawan terkenal dalam bidang matematik dan al-Biruni dalam bidang astronomi banyak membantu dalam kemajuan sains dan teknologi sehingga kini. Bukan sahaja itu, cendiakawan islam juga terkenal dalam pelbagai ciptaan dan inovasi termasuk menghasilkan ubat bedil, penggunaan angka sifar dalam matematik dan proses penyulingan bagi memisahkan benda asing dalam campuran cecair. Cendiakawan Islam juga terlibat membina balai cerap untuk mengkaji bintang, peta, glob, kincir air dan angin, bangunan pengisar bijirin serta kereta perisai. Amat malang kegemilangan tamadun Islam tidak terus bersinar tetapi terus malap dan padam ketika berakhirnya pemerintahan kerajaan Abbasiyah. Ketika itu pelbagai maklumat dan penemuan penting juga dikatakan hilang semasa Perang Salib. Malah mereka seolah-olah cuba menafikan kegemilangan cendiakawan Islam dengan menukarkan nama saintis Muslim dengan pelbagai nama. Antaranya Ibnu Sina kepada Avicenna, al-Biruni kepada Alberuni, al-Battani kepada Albetagnius, Ibnu Haitam kepada Alhazen, alKhindi kepada Alkindus dan Ibnu Rushd kepada Averroes. Tidak dapat dinafikan kajian serta perkembangan ilmu pengatahuan terutama dalam bidang sains dan teknologi tidak lagi didominasi umat islam.Malah zaman kegemilangan ilmu pada tamadun Islam kini sekadar mampu dikenang dan dibanggakan pencapaiannya. Kini manusia termasuk umat Islam lebih mengenali ilmuan Barat dalam pelbagai bidang. Ilmuwan Islam:

Al-Khazin perintis teori graviti ilmu fizik. KEHEBATAN Abu Jafar Muhammad ibn al-Hasan Khazin atau Al-Khazin dalam bidang matematik, astronomi, fizik, statik dan mekanik membolehkan beliau mempelopori teori graviti ilmu fizik. Menurut Al-Khazin, apabila sesuatu objek itu jatuh, ia akan mengarah ke bumi kerana daya tarikan yang kuat di pusat bumi. Daya tarikan itu kemudian dirumuskan semula oleh ilmuwan Barat seperti Galileo dan Newton selepas beratus tahun berlalu. Al-Khazin juga mendahului pengkajian ke atas masalah tekanan udara dan penciptaan barometer air raksa untuk mengukur tekanan udara. Ia kemudian dirumuskan semula oleh seorang berbangsa Itali bernama Torricelli yang terkenal pada zaman kebangkitan Eropah. Bagaimanapun, zaman kebangkitan itu bermula hanya pada abad ke-14 hingga 16 dan Torricelli sendiri dilahirkan pada 1608 Masihi. Ini membuktikan rumusan itu ditemui Al-Khazin beratus tahun sebelum itu. Al-Khazin sebenarnya membuka banyak jalan bagi ilmuwan Barat dalam usaha membuat kajian mengenai tekanan udara sehingga mereka berjaya menghasilkan barometer untuk mengukur tekanan udara serta jangka suhu pengukur haba. Kejayaan besar Al-Khazin adalah penemuan cara mengira kedudukan bintang sesuai dengan garisan lintang kota Marwan pada 1116 Masihi, seterusnya menghasilkan garisan lintang yang digambarkan dalam peta dunia sebagai garisan Khatulistiwa. Berdasarkan penemuan itu, setiap garisan mempunyai nilai satu darjah, iaitu kira-kira 111 kilometer.Beliau juga menemui garisan bujur atau garisan zawal iaitu garisan yang merentang di antara dua kutub. Garisan ini bertemu dengan garisan lintang.Setiap garisan bujur mempunyai nilai satu darjah sementara garisan zawal sifar darjah melintasi kota Greenwich berhampiran London.Menggunakan garisan lintang, jarak jauh sesuatu tempat di utara atau selatan boleh diukur dan menerusi garisan Khatulistiwa pula dapat diketahui darjah selain mengetahui suhu udara. Sementara garisan bujur membolehkan kita mengetahui jarak sesuatu tempat sama ada di timur dari garisan Greenwich serta mengetahui perbezaan masa. Al-Khazin juga menghasilkan kitab pertama dalam ilmu tabii bertajuk Mizan Al-Hikmah (Timbangan Hikmat), mengandungi kajian dan penelitian mengenai timbangan yang mengemukakan teori bahawa udara mempunyai berat dan tekanan. Timbangan yang mempunyai lima tapak tangan bergerak di atas tangkai seperti dacing yang membolehkan kita mengukur ketumpatan dan isi padu sesuatu objek. Kitab itu kemudiannya diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. PROFIL NAMA: Abu Al-Fatah Abdul Rahman Al-Mansur Al-Khazini

GELARAN: Al-Khazin TAHUN LAHIR: Sekitar 900 Masihi MENINGGAL DUNIA: 971 Masihi SUMBANGAN: Mencipta alat sukat berat sesuatu jisim di udara dan air.

"

You might also like