You are on page 1of 2

Huraikan golongan kata dalam perkamusan Melayu ke arah kesempurnaan

Farid

Perkamusan: Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010 : 667), perkamusan ialah perihal (yg berkaitan dgn) kamus (penyusunannya, ilmu mengenainya, dll). Golongan kata: Golangan kata merupakan kategori kata yg berasaskank fungsi, bentuk atau maknanya, mis kata nama, kata kerja dan kata adjektif (Kamus Dewan Edisi Keempat , 2010 : 479). Golongan kata nama: Golongan kata nama, seperti yang telah diterangkan, merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, haiwan, tempat, benda atau konsep. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2011: 83) Kata nama khas: Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2011: 84) Kata nama am: Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2011: 85) Kata nama am konkrit : Kata nama am konkrit ialah jenis kata nama yang membawa konsep kebendaan. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2011: 86) Kata nama am abstrak: Kata nama am abstrak ialah jenis kata nama yang membawa konsep mejarad atau bukan kebendaan. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2011: 86)

Kata ganti nama : Kata ganti nama dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitu kata ganti nama tunuk dan kata ganti nama diri. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2011: 86) Kata ganti nama tunjuk: Kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama yang berfungsi mengarah kepada sesuatu perkara, benda atau tempat. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2011: 87) Kata ganti nama diri: Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara, atau manusia. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2011: 87) Kata ganti nama diri tanya: Kata ganti nama diri tanya ialah

jenis kata nama yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara, atau manusia. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2011: 87) Kata ganti nama diri orang : Kata ganti nama diri orang ialahjenis ganti nama yang merujuk manusia dan terdiri daripada tiga kateori, iaitu orang pertama, orang kedua, dan orang ketiga.

Golongan kata kerja: Golongan kata kerja merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2011: 88)

Kata kerja aktif: Kata kerja aktif ialah kata kerja yang hadir dalam ayat aktif, iaitu ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul yang diterangkan. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2011: 144) Kata kerja tak transitif( kata kerja aktif tak transitif): Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2011: 88) Kata kerja transitif( kata kerja aktif transitif): Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2011: 89) Kata kerja pasif : Kata kerja pasif ialah kata kerja daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2011: 148)

Golongan kata adjektif: Golongan kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjetif. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2011: 90) Golongna katat tugas: Golongan kata tugas ialah golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iatiu yang terkantung dalamnya golongan-golongan kecil yang berbezabeza tetapi mempunyai satu sifat yang sama, iatiu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik, iaitu frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.(Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2011: 91)

You might also like