You are on page 1of 5

Soalan Tugasan 3 Berdasarkan pemerhatian anda semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, pilih seorang tokoh di sekolah tersebut

dan nyatakan usaha-usaha positif beliau yang boleh dijadikan contoh kepada anda dalam menyumbang kearah melahirkan insan yang harmoni dan seimbang.

Falsafah Penidikan Kebangsan menegaskan bahawa sistem perseolahan memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang harmoni dan seimbang. Memperkembang potensi individu menurut Choong Lean Keow 2008 menyatakan menurut kajian, individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani sejak lahirnya. Kebanyakkan potensi ini adalah terpendam dalam kendiri. Fungsi utama pendidikan ialah memperkembang dan mempertingkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang. Perkembang potensi individu ini tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan secara berasingan. Ini harus diperkembangkan secara menyeluruh ddan bersepadu. Maka, untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia, aktiviti kokurikulum harus juga diberi penekanan, di samping kurikulum akademik yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Potensi yang ada pada diri individu hendaklah di perkembang ke peringkat optimum dengan cara mengintegrasikan bakat dan kebolehannya yang saling berkait antara satu sama lain. Insan yang seimbang dan harmonis pula merupakan insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir, berakhlak mahir, mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, tubuh badan sihat dan cergas, serta kematangan emosi dan sosial. Insan yang seimbang dan harmonis merupakan potensinya, iaitu intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohani, telah diperkembangkan secara menyeluruh, bersepadu dan dalam tahap optimum. Matlamat memupuk insan yang seimbang dan harmonis boleh dicapai apabila semua potensi yang ada pada dirinya telah diperkembangkan secara selaras, menyeluruh dan harmonis.

Saya telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangasaan Limpoon 1, Batu Pahat, Johor. Pelbagai pengalaman baru ditimba sepanjang seminggu menjalankan aktiviti ini. Saya juga berkesempatan memerhati bagaimana pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Segala teknik dan gaya penyampaian guru diperhatikan dan cuba dijadikan panduan dan pedoman. Saya mendapati bahawa Sekolah Kebangsaan Limpoon 1 ini begitu prihatin dalam melaksanakan sistem pendidikan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Mural yang dikaitkan dengan FPK boleh ditemui di pelbagai sudut di sekolah tersebut. FPK menegaskan bahawa sistem persekolahan memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang harmoni dan seimbang. Untuk merealisasikan hasrat ini, guru memainkan peranan penting dalam mencorak anak didiknya menjadi seorang harmoni dan seimbang selaras dengan kehendak FPK. Sepanjang pengamatan saya selama seminggu di sekolah, saya mendapati bahawa semua guru telah mencuba untuk memberikan yang terbaik dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik. Untuk tugasan ini, saya telah memilih Puan Siti Baiiah binti Masini. Beliau merupakan Guru Penolong Kanan (GPK) selaku Guru Penyelaras Kurikulum Sekolah Kebangsaan Limpoon 1 selain sebagai guru Bahasa Melayu. Bagi membincangkan peranan beliau dalam memperkembangkan aspek intelek, jasmani, emosi, rohani dan juga sosial murid-murid di sekolah tersebut. Untuk memperkembangkan aspek intelek murid khususnya murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR, beliau telah menetapkan bahawa mereka perlu menghadiri kelas tambahan harian iaitu kelas tambahan yang dijalankan setiap hari dan hari Sabtu untuk memantapkan lagi pemahaman murid-murid darjah 6 dalam setiap subjek yang mereka ambil di dalam peperiksaan UPSR. Kelas-kelas tambahan yang dijalankan oleh pihak sekolah ini terbukti berkesan kerana murid-murid didapati telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga di dalam ujian bulanan yang dijalankan. Terutama dalam bidang pengajaranya beliau begitu memberi komitment yang baik.

Beliau juga menetapkan bahawa setiap hari Sabtu minggu ke-2 dan minggu ke-4 pada setiap bulan adalah hari kegiatan kokurikulum.malah beliau juga memantau aktiviti tersebut selain menyertai persatuan-persatuan tersebut. Bagi beliau, tidak berguna jika tahap intelek murid-murid tinggi tetapi mereka mempunyai jasmani yang lemah. Oleh itu, beliau telah menyahut seruan FPK ...mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani .... bagi memastikan setiap murid bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga aktif di dalam bidang kokurikulum supaya mereka mempunyai tubuh badan yang sihat dan tidak mudah diserang penyakit. Bagi memantapkan rohani murid-murid dalam kepercayaan dan kepatuhan mereka kepada Tuhan, beliau telah membuat program ceramah agama pada setiap masa petama hari Jumaat bergilir-gilir bagi setiap guru agama. Selain itu, beliau juga telah mengusulkan cadangan yang telah dijayakan iaitu satu program kerohanian untuk dimuatkan dalam kalendar sekolah iaitu program Solat Hajat Perdana, khusus untuk murid-murid yang akan mengambil peperiksaan UPSR. Walau bagaimanapun setiap ibu bapa juga di jemput bagi menjayakan pogram tersebut. Program ini akan dihadiri juga oleh ibu bapa murid-murid dan di dalam program ini juga akan diadakan aktiviti brainwash, ditujukan kepada murid-murid agar mereka insaf dan dapat membuat muhasabah diri. Program-program kerohanian seperti ini adalah bertepatan dengan kehendak FPK yang mahukan murid-murid di yang bersekolah di Malaysia menjadi insan yang seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani, sosial dan juga intelek seperti yang termaktub dalam falsafahnya ...mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ....

Bagi pemantapan sosial murid pula, beliau ada menyertai bagi menjalankan aktiviti kokurikulum perkhemahan di luar kawasan sekolah dan ada juga menjalankan program. Ini dilakukan bagi memupuk semangat kekitaan di kalangan murid dan mendidik mereka untuk bergaul dan bekerjasama dengan murid-murid dari kaum dan

sekolah lain. Ini amat berguna kerana ia dapat mengikis sifat perkauman di kalangan murid dan mereka juga akan disemai dengan nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Program-program yang dijalankan seperti ini adalah selaras dengan matlamat dan hasrat FPK untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Secara keseluruhannya, jelaslah menunjukan bahawa puan Siti Baiiah binti Masini boleh dijadikan model kepada para guru pelatih atas memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan usaha-usaha positif yang ditunjukkan dalam menyumbang ke arah melahirkan insan yang harmoni dan seimbang. Walau bagaimanapun, usaha-usaha ini lebih berkesan apabila ada pihak-pihak tertentu sepertu ibubpa, pelajar itu sendiri, pihak sekolah dan guru-guru di sekolah member kerjasama dan memainkan peranan yang sama agar dapat mencapai matlamat melahirkan insan yang harmoni dan seimbang.

REFLEKSI

Semasa membuat tugasan ini saya berasa gembira kerana sifat-sifat kegurunan dapat dilihat pada kalangan guru di sekolah Limpoon 1 ini. Saya dapat melihat sikap memperkembang potensi diri dalam menghasilakan individu yang seimbang dari jasmani, emosi, rohani dan intelek ada dikalanagan guru-guru di sekolah. Semasa membuat PBS ini saya dapati ramai guru yang dapat memberikan komitment terhadap tugas mereka. Mereka juga membantu saya dalam pemerhatian dan pengertian terhadap kelakuan, kehendak dan disiplin pelajar di sekolah ini. Apa yang dapat saya pelajari ialah cara mereka mengajar dalam membentuk pelajar agar menjadi seorang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman. Tidak kira khusus pada mata pelajaran mahupun dalam sosial. Selain itu pengurusan pihak sekolah dan guru-guru bekerjasama dalam menjayakan matlamat mereka dalam menghasilkan pelajar yang berpengetahauan dan seimbang dalam segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ini dapat dilihat apabila setiap ada aktiviti mereka yang dirancang di laksanakan dengan bersungguh dan konsisten. Ini bertujuan menghasilkan pelajar yang baik dari segi intelek dan seimbang. Sepanjang seminggu menjalani tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, saya telah menimba banyak ilmu tentang dunia pendidikan dan ternyata persekolahan memenuhi FPK. Di harap dengan program seperti ini dapat memberikan lebih banyak pendedahan kepada guru-guru pelatih khususnya kepada diri saya agar lebih maju dan lebih bersedia untuk melangkah ke alam pekerjaan sebagai pendidik di masa hadapan. Disini jelaslah bahawa FPK menjadi panduan kepada guru-guru dalam member maktlamat dan okjektif selain menjadi panduan proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar. Pengalaman yang saya dapat ini dapat saya guna sebagai pembelajaran yang boleh digunakan ketika saya melakukan PBS yang seterusnya dan ketika saya mengajar kelak.

You might also like