You are on page 1of 3

Peranan Pengangkutan 1.

Mengelakkan lebihan dan kurangan barang di pasaran Pengangkutan memudahkan pemindahan barang dari tempat yang mengalami lebihan ke tempat yang mengalami kekurangan supaya penawaran dan permintaan dapat diselaraskan. 2. Meluaskan pasaran dan menggalakkan perniagaan antarabangsa Pengangkutan membantu meluaskan pasaran kerana dapat mengagihkan barang ke merata tempat dan seterusnya dapat meningkatkan keuntungan. 3. Mengggalakkan pengeluaran secara besar-besaran Pasaran yang luas menggalakkan pengeluaran secara besar-besaran untuk memenuhi permintaan terhadap barang tersebut. 4. Mengurangkan kos penyimpanan stok Sistem pengangkutan yang cekap dapat memastikan stok yang diperlukan dapat dipenuhi. 5. Mempelbagaikan pilihan pengguna Pengangkutan memungkinkan pengguna menikmati barang yang pelbagai jenis dari tempat yang berlainan. 6. Membantu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara Ekonomi negara turut berkembang dengan kemajuan sistem pengangkutan yang cekap dan baik kerana ini dapat menggalakkan pembukaan kawasan baru untuk perkilangan, pertanian, dan perniagaan. 7. Menyebarkan hasil ciptaan dan sains teknologi Kemajuan pengangkutan memudahkan penyebaran tenologi terkini. Penemuan teknologi terkii data disebarkan antara sebuah negara dengan negara yang lain untuk faedah bersama. 8. Menggalakkan pergerakan tenaga buruh Dengan adanya kemajuan pengangkutan, tenaga kerja yang tidak diperlukan di sesuatu kawasan akan dapat bergerak ke kawasan lain yang memerlukan perkhidmatan mereka. 9. Mengelakkan pembaziran Pembaziran juga dapat dielakkan dengan adanya sisem pengangkutan yang cekap. 10. Menggalakkan pengaliran modal dan industri pelancongan Sistem pengangkutan yang baik menggalakkan perkembangan industri dan pelancongan. Pertumbuhan dalam industri ini akan menyebabkan pengaliran modal mata wang asing ke negara kita yang akan mengukuhkan lagi ekonomi.

Faktor Pemilihan Jenis Pengangkutan 1. Kos pengangkutan Bagi seorang peniaga, tambang yang tinggi akan mengurangkan keuntungannya kerana kosnya turut bertambah. Peniaga biasanya akan memilih pengangkutan yang murah dan jimat. 2. Jenis dan sifat barang Sifat barang seperti tahan lama, mudah busuk, besar, kecil, ringan, berat, cecair, dan getas mempengaruhi pemilihan jenis pengangkutan. Contohnya, seorang pemborong ikan, sayursayuran atau daging pasti akan menggunakan van atau lori untuk menghantar muatannya untuk jarak yang dekat. 3. Risiko kerosakan Sifat barang akan menentukan kadar risiko kerosakannya. Barang getas seperti barang antic, pinggan mangkuk, atau lampu memerlukan pembungkusan yang rapid an tanda peringatan untuk memberitahu pengangkut tentang risiko kerosakannya. 4. Nilai barang Seorang peniaga yang rasional akan member pertimbangan terhadap nilai barang yang hendak dihantarnya sebelum memilih jenis pengangkutan. 5. Kesegeraan Contohnya, apabila sesuatu tempat dilanda wabak penyakit, faktor masa diberi perhatian utama. Doktor pakar dan ubatannya perlu sampai ke kawasan itu pada kadar segera. Oleh itu, pengangkutan udara akan menjadi pilihan utama. 6. Jarak perjalanan Untuk menjimatkan kos, seorang peniaga harus memberi perhatian kepada jarak perjalanan sebelum memilh jenis pengangkutan. Bagi perjalanan jarak dekat dalam negeri, pengangkutan jalan raya patut dipilih kerana kos tambang adalah lebih murah untuk jarak yang dekat. 7. Saiz, berat, dan kuantiti barang Saiz, berat, dan kuantiti barang akan menjadi isu yang dipertimbangkan sekiranya ruang muatan pengangkutan berkenaan adalah terhad seperti kapal terbang. 8. Mudah didapati Sebelum memilih jenis pengangkutan untuk menghantar muatan ke sesuatu destinasi, pengirim mesti mempertimbangkan sama ada tempat tersebut mempunyai kemudahan pengangkutan yang dipilih. 9. Keselesaan

Mengurangkan kos penyimpanan stok Sistem pengangkutan yang cekap dapat memastikan stok yang diperlukan dapat dipenuhi.

Mengelakkan pembaziran Pembaziran juga dapat dielakkan dengan adanya sistem pengangkutan yang cekap

Kos pengangkutan Nilai barang Bagi seorang peniaga, tambang yang tinggi akan mengurangkan keuntungannya kerana kosnya turut bertambah. Peniaga biasanya akan memilih pengangkutan yang murah dan jimat Seorang peniaga yang rasional akan memberi pertimbangan terhadap nilai barang yang hendak dihantarnya sebelum memilih jenis pengangkutan

You might also like