You are on page 1of 5

NEGERI SEMBILAN

Kampung Pelegong Homestay, Nilai

Rumah Api Tanjung Tuan


Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas

Muzium Lukut Istana Besar Seri Menanti


Perkampungan Budaya Terachi Teratak Za'ba Muzium Adat Rembau

Port Dickson
Hutan Lipur Pasir Panjang Pantai Teluk Kemang Blue Lagoon Hutan Lipur Ulu Bendul Gua Batu Maloi Lata Kijang Jeram Toi Jeram Gading Wet World Resort Pedas Hutan Lipur Serting Ulu

Air Terjun Repah

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Majlis Tindakan Negeri Sembilan

http://telecentre.my/portdickson/index.php/ms/lokasi.html

Bangunan Warisan
Sektor pelancongan merupakan salah satu daya tarikan utama di Port Dickson. Keindahan pantai yang putih bersih dan sesuai untuk aktiviti perkelahan adalah faktor utama menyumbang kepada perkembangan industri pelancongan di Port Dickson. Pantai Teluk Kemang sentiasa menjadi kunjungan ribuan pelancong tempatan dan luar negara untuk menikmati angin pantai. Namun, tidak ramai mengetahui bahawa Port Dickson bukan sahaja kaya dengan pantainya malahan pelbagai tempat bersejarah terdapat di sini. Kota Lukut Kota Lukut merupakan bekas tapak lama sebuah istana kerajaan Selangor Lama. Ketika itu, Lukut terletak di bawah jajahan Negeri Selangor. Kota Lukut dibina oleh Raja Jumaat Raja Jaafar pada tahun 1847 semasa zaman pemerintahan Sultan Selangor ke-3, iaitu Sultan Muhammad Shah. Kota Lukut terletak di atas puncak bukit yang dikenali sebagai Bukit Gajah Mati atau Bukit Raja oleh masyarakat setempat. Kota yang berbentuk empat segi bujur berukuran kira-kira 200 meter panjang dan 100 meter lebar dikelilingi parit yang dalam bagi mengelak serangan musuh. Kota ini merupakan bukti utama bahawa Lukut pernah mengecapi zaman kegemilangan suatu ketika dahulu. Pelancong juga boleh berkunjung ke sebuah perigi beracun yang pernah dijadikan tempat pesalah berat dihukum di dalam Kota Lukut. Menurut penduduk, perigi beracun ini juga merupakan terowong rahsia yang boleh tembus terus ke laut. Kota Lukut sesuai bagi para pencinta sejarah tanah air yang ingin melihat bagaimana unik dan utuhnya seni bina kota lama ini. Kota Lukut kini terletak di bawah seliaan Majlis Perbandaran Port Dickson. Di samping itu, pelbagai usaha dilakukan untuk menarik kedatangan para pelancong.

Rumah Api dan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan Satu lagi tinggalan sejarah yang sesuai dijadikan lokasi pelancongan di Port Dickson ialah Rumah Api Tanjung Tuan. Suatu ketika dahulu Rumah Api Tanjung Tuan turut

dikenali sebagai Cape Richardo. Rumah Api Tanjung Tuan merupakan salah satu rumah api tertua di Malaysia. Ia dibina pada tahun 1819 oleh kerajaan British ketika zaman Stamford Raffles. Rumah Api yang wujud sekarang merupakan binaan semula setelah rumah api yang lama musnah akibat peperangan. Rumah Api Tanjung Tuan dibina di atas puncak bukit yang menghadap Selat Melaka. Pengunjung dapat menyaksikan keindahan panorama laut yang terbentang indah dari puncak bukit. Rumah Api ini membantu kapal-kapal dagang dan nelayan untuk singgah ke pelabuhan. Selain itu, ia turut menjadi salah satu lokasi proses pencerapan anak bulan. Lazimnya proses pencerapan anak bulan dilakukan untuk menentukan tarikh Hari Raya dan juga puasa bagi masyarakat beragama Islam. Untuk sampai ke Rumah Api Tanjung Tuan, pengunjung perlu berjalan kaki melalui Hutan Rekreasi Tanjung Tuan selama kira-kira setengah jam. Biarpun penat mendaki bukit, pengunjung boleh melihat pelbagai jenis flora yang tumbuh di sekitar kawasan hutan. Antara jenis tumbuhan yang terdapat di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ialah pokok meranti tembaga (shorea leprosuka), pokok sentul (Sandoricum koetjape) dan pokok saga daun tajam. Dianggarkan terdapat lebih 54 spesies burung mendiami kawasan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan.

MUZIUM TENTERA DARAT PD Kem Sri Rusa 71050 Port Dickson Negeri Sembilan Person Incharge: Y. Brs. Left. Kol. Norhayati binti Mansor Designation: Pengarah Tel: 06-6464263 Fax: 06-6462359

WET WORLD PEDAS


Key Tips Operational hours : 10.00am -8.00pm. Rates: Adult RM8.00 Child RM5.00; Spa Pool:

Adult RM3.00. How to get there Car Travellers from Seremban and for those travelling on the North-South highway (PLUS), you can take the Senawang exit or the Pedas-Linggi exit to the park. Who to contact Lot 603, Mukim Pedas, 71400 Negeri Sembilan. Tel : 06-685 8027 Fax : 06-685 8030

Wet World Water Park Shah Alam Persiaran Dato Menteri, Seksyen 2 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia Tel: +6 03 5510 2588 Fax: +6 03 5510 7619 Sales Line : +6 03 5513 2020 Wet World Air Panas Pedas Resort Lot 603, Mukim Pedas 71400 Pedas Negeri Sembilan Darul Khusus Malaysia Tel: +6 06 6858 027 Fax: +6 06 6858 030 Wet World Batu Pahat Village Resort Lot 138, Jalan Bukit Pasir Tasek Merdeka 83050 Batu Pahat Johor Darul Ta'zim Malaysia Tel: +6 07 4336 060 Fax: +6 07 4336 161

You might also like