You are on page 1of 1

Kata Alu-aluan Laporan ini merupakan hasil daripada Program Orientasi Guru Baru anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Laporan ini terbahagi kepada enam bahagian utama untuk dibuat pemerhatian dan pengumpulan maklumat. Keenam-enam bahagian tersebut adalah profil sekolah, pengurusan dan pentadbiran, fizikal dan prasarana sekolah, pencapaian sekolah, penilaian guru dan lampiran yang berkaitan. Bahagian 1, profile sekolah. Dalam bahagian ini, bidang yang dikaji ialah sejarah sekolah dan latar belakang, pelan sekolah, senarai nama guru dan kakitangan, lencana sekolah, visi dan misi sekolah, takwin sekolah serta lagu sekolah. Bahagian 2, pengurusan dan pentadbiran. Dalam bahagian ini, bidang yang dikaji ialah carta organisasi sekolah, jawatankuasa kurikulum,

jawatankuasa HEM, jawatankuasa kokurikulum serta fungsi dan bidang tugas bagi Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal-Ehwal murid, Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kana Petang (jika ada). Bahagian 3, fizikal dan prasarana sekolah. Dalam bahagian ini, perkara yang perlu dikaji ialah prasarana yang disediakan di sekolah untuk memudahkan P&P. Guru dikehendaki untuk mengumpul dan menyediakan koleksi gambar sekolah. Bahagian 4, pencapaian sekolah, sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulum atau pencapain lain. Bahagian 5, penilaian guru terhadap sekolah dan cadangan penambahbaikan.Bahagian 6, berkaitan dengan pekeliling dan dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia, seperti NKRA dan KPI. Dengan bantuan dan kerjasama daripada semua kakitangan SJK(C) Sing Ming, Sarikei, saya percayai bahawa saya dapat menyiapkan laporan ini dalam masa yang ditetapkan dan laporan ini pasti dapat memanfaatkan saya dengan bertindak sebagai satu rujukan pada masa depan.

You might also like