You are on page 1of 1

Institusi perbankan wajar menawarkan pinjaman kepada pelajarpelajar Institut Pengajian Tinggi kerana dapat mempercepat pelaksanaan projek

pertukaran ekonomi yang bermatlamat meningkatkan pendapatan setiap pekerja dan negara kita dan mengurangkan kemiskinan dalam kalangan rakyat negara kita . Hal ini demikian kerana pelajar pelajar yang berjaya memohon pinjaman daripada institusi perbankan boleh menyumbangkan tenaga dan membuat jasa kepada masyarakat dan negara ini terutamanya dalam memajukan negara selepas menamatkan pendidikan tingginya . Sebagai contohnya , seseorang pelajar yang mendapat bantuan kewangan daripada institusi perbankan berminat dalam bidang kejuruteraan . Setelah menamatkan pelajaran , dia akan menceburkan diri dalam bidang tertentu sebagai balasan kepada kerajaan yang membantu dia melanjutkan pelajaran pada tahap pendidikan yang lebih tinggi . Negara kita akan berjaya dan cemerlang serta maju dari semua segi dengan kerjasama dan jasa yang dilakukan oleh setiap rakyat Malaysia . Kesimpulannya , pada pendapat saya , saya berpendapat institusi perbankan menawarkan pinjaman kepada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi adalah wajar . Untuk merealisasikan konsep Satu Malaysia yang mengutamakan kemajuan negara dan perpaduan kaum , pinjaman daripada institusi perbankan dan bantuan kewangan lain haruslah ditawarkan kepada sesiapa yang hendak melanjutkan pelajaran untuk kebaikan diri dan negara kita serta menghadapi masalah kekurangan sumber kewangan .

You might also like