You are on page 1of 1

PEMBERITAHUAN : URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN

PELAJARAN MALAYSIA DARI GRED DGA29 KE GRED DGA32 DARI GRED DG41 KE GRED DG44 DARI GRED DG44 KE GRED DG48

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang giat melaksanakan urusan pemangkuan/ kenaikan pangkat PPP selaras dengan persediaan bagi pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mulai 01 Januari 2012. Sehubungan itu, tuan/puan adalah dipohon untuk menyemak status kenaikan pangkat masing-masing melalui Ketua Jabatan. Sekiranya tuan/puan telah memenuhi syarat iaitu: i. Cukup tempoh perkhidmatan, ii. Bebas daripada senarai peminjam tegar Institusi Pinjaman Pendidikan, dan iii. Telah mengisytiharkan harta serta bebas daripada hukuman tatatertib tetapi masih belum dinaikkan pangkat, maka tuan/puan boleh terus berurusan dengan Ketua Jabatan masing-masing bagi mengemukakan maklumat yang diperlukan untuk tindakan BPSM selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 Disember 2011.

You might also like