You are on page 1of 2

Definisi Tujuan kajian ini bagi menilai hubungan empirical antara kadar pertukaran matawang dollar-yen iaitu dollar

bagi matawang amerika syarikat dan yen adalah matawang bagi jepun. Kajian jurnal ini menggunakan kaedah kointegrasi yang menunjukkan kepegunan hubungan antara dollar dan yen melalui pertukaran matawang menggunakan model kewangan serta mendapatkan kesahihan empirical model kewangan ke atas kadar pertukaran yang menggunakan kaedah kointegrasi dan teknik vector pembetulan ralat (VECM) bagi mengenalpasti hubungan dalam pertukaran yen jepun dan dollar us dalam tempoh suku pertama 1974 hingga suku pertama 2003. Kajian ini menunjukkan berlaku susut nilai dalam mata wang dollar seiring dengan perkembangan defisit perdagangang amerika syarikat. Data Dalam kajian ini penyelidik menggunakan data sepanjang tempoh 1974 hingga 2003, Kelebihan jurnal kajian ini menggunakan data suku tahunan, menggunakan KDNK benar,menggunakan kadar faedah Gensaki bagi meggambarkan kadar faedah jangka pendek di jepun. ujian VECM digunakan bagi mengkaji dinamik jangka pendek untuk ujian sebab akibat di antara pemboleh ubah kewangan. Pemboleh ubah Kadar pertukaran = penawaran wang - pendapatan benar + kadar faedah Pemboleh ubah yang digunakan oleh penyelidik ialah kadar pertukaran, penawaran wang domestik dan penawaran wang asing, pendapatan benar domestik dan pendapatan benar asing, kadar faedah nominal jangka pendek domestik dan kadar faedal nominal jangka pendek asing. Dapatan Kaedah model teori Dapatan yang diperolehi daripada model kewangan bagi kadar pertukaran menunjukkan terdapat hubungan antara wang relatif dan kadar pertukaran.Dalam model empirikal, jepun merupakan Negara domestik manakala amerika syarikat merupakan Negara asing. Kadar pertukaran nominal ditunjukkan oleh matawang jepun yen per dollar us. Yen/dollar. Kesahihan empikal dalam model kewangan digunakan sebagai penerangan terhadap kadar pertukaran yen-nominal. Terdapat enam persamaan dalam model in, pertama menunjukkan kuasa beli pariti bagi menghubungkan kadar pertukaran dengan tingkat harga diantara yen dan dollar. Kedua, persamaan kedua dan ketiga menunjukkan permintaan wang bagi Negara domestik iaitu jepun dan Negara asing (amerika syarikat), ini menggambarkan kadar faedah domestik mempunyai pengaruh yang positif manakala kadar faedah asing mempunyai kadar faedah yang negatif terhadap kadar pertukaran. hal ini kerana kadar faedah menggambarkan inflasi premium didalam model ini di mana peningkatan dalam inflasi akan dimana peningkatan inflasi akan menggantikan matawang domestik dengan bon domestik dan bon asing. Secara tidak langsung ini akan menyebabkan berlakunya susut nilai dalam mata wang domestik. persamaan keempat menunjukkan kadar keseimbangan dan pelarasan ketidakkeseimbangan setempat ke arah jangkamasa panjang, dimana jangkaan yang diperolehi menunjukkan permintaan bagi wang,ketidakseimbangan pasaran wang dan pelarasan outut secara beransur-ansur menyumbang kepada sisihan kadar pertukaran jangka panjang dan menyediakan pelarasan tambahan kepada harga

sticky.persamaan ke lima menunjukkan hasil penentu kadar pertukaran nominal dalam pendekatan kewangan yang memberi penekanan terhadap penawaran wang relatif dan penetapan harga yang sempurna. Persamaan ke enam, mendapati bahawa kaedah kointegrasi dan pembetulan ralat menunjukkan teknik yang sesuai bagi model kadar pertukaran iaitu kointegrasi mewakili keseimbangan dalam jangkamasa panjang dan VECM pula berfungsi sebagai memperbaiki ketakseimbangan jangka masa pendek.

Dapatan empirikal Ujian Kointegrasi Keputusan yang diperolehi daripada ujian ini ialah terdapat hubungan kointegrasi antara kadar pertukaran nominal dan pendapatan benar relatif,penawaran wang, dan kadar faedah iaitu ujian statistic yang dikira melebihi nilai kritikal 5%. Terdapat 2 keputusan yang diperolehi daripada ujian kointegrasi .pertama dapatan model kewangan menggambarkan tingkah laku jangka panjang dalam pertukaran dulu hala antara dollar dan yen (dollar-yen). Terdapat juga bukti Kedua, bukti kointegrasi juga menunjukkan kemungkinan berlakunya korelasi yang tidak tepat dan tiada kesan sebab akibat antara antara kadar pertukaran, penawaran wang relatif, pendapatan, dan kadar faedah. Daripada Model kewangan menunjukkan terdapat hubungan jangkamasa panjang yang sahih terhadap kadar pertukaran.oleh yang demikian bagi mengekalkan tempoh masa yang kosisten, kadar faedah dalam jangka pendek digambarkan oleh kadar faedah Gensaki dalam masa 3 bulan. Granger causality. Ujian vector pembetulan ralat menyokong ujian sebab akibat dalam jangka masa panjang melalui penawaran wang relatif, pendapatan dan kadar faedah bagi kadar pertukaran dua hala manakala bagi jangkamasa pendek hanya terdapat satu tempoh jangkamasa. penggunaan VECM dalam ujian granger menunjukkan terma pembetulan ralat adalah negatif dan mempunyai signifikan statistik dalam kadar pertukaran dimana pendapatan benar, penawaran wang,dan kadar feedah mempengaruhi kadar pertukaran. Dalam ujian F statistic menunjukkan kadar faedah bagi dollar amerika syarikat mengurangkan pergaliran dalam pengaliran penawaran wang. kadar faedah amerika syarikat dan Jepun mengurangkan pengaliran dalam penawaran wang jepun dan sebaliknya berlaku apabila pendapatan benar US dan jepun mengurangkan pengaliran kadar faedah bagi amerika syarikat.

RUJUKAN M. Faizul Islam dan Mohammad S. Hasan(2006). The Monetary Model of the Dollar-Yen Exchange Rate Determination: A Cointegration Approach. International Journal of Business and Economics,Vol. 5, No. 2, 129-145.

You might also like