Professional Documents
Culture Documents
Dalam risalah ini penulis akan cuba mengupas isu beramal dengan hadis
yang dha‘if. Kupasan ini adalah bersifat umum tanpa terhad kepada bebrapa
isu sahaja kerana terdapat banyak amalan kita di Malaysia yang disandarkan
kepada hadis-hadis yang dha‘if.
Berkata para ilmuan daripada kalangan ahli hadis, ahli fiqh dan selain
mereka, dibolehkan – bahkan disunatkan beramal dengan hadis dha‘if dalam
bab keutamaan (al-Fadha’il), memberi anjuran (al-Targhib) dan amaran (al-
Tarhib) asalkan ianya bukan hadis maudhu’.
Saya mendengar guru kami rahimahullah (yakni al-Hafiz Ibn Hajar al-
Asqalani, 852H) selalu berkata, bahkan telah mencatitkannya dengan
tulisannya untuk saya bahawa syarat pengamalan hadis dha‘if ada tiga:
Dalam hadis ini terdapat dalil yang membenarkan apa yang kami sebut,
bahawa apabila seseorang itu meriwayatkan sebuah hadis yang tidak sah
daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, apa sahaja hadis yang
disandarkan kepada baginda, padahal dia mengetahui bahawa ia tidak sah,
(maka) dia termasuk salah seorang pendusta.
Malah maksud zahir hadis ini adalah lebih berat kerana baginda shallallahu
'alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang menceritakan (atau meriwayatkan)
satu hadis dan dia pandang hadis tersebut sebagai dusta…”, baginda tidak
mengatakan bahawa orang tersebut yakin bahawa hadis tersebut adalah
dusta (tetapi sekadar memandangnya sebagai dusta). Maka setiap orang
yang ragu-ragu sama ada yang diriwayatkannya itu adalah sahih atau tidak
sahih termasuk dalam zahir perbicaraan hadis ini.
Berdasarkan syarat yang pertama ini, hendaklah kita pastikan bahawa setiap
hadis yang digunakan untuk tujuan keutamaan beramal dan memberi
anjuran serta amaran memiliki sumber rujukannya serta dijelaskan
darjatnya. Tidak boleh disampaikan sesuatu hadis dengan sangkaan ia
memiliki rujukan dan darjat yang paling rendah adalah ringan kelemahannya
kerana sangkaan seperti ini termasuk dalam kategori mendustakan Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam.
Umpamakan hal ini seperti seorang jurujual yang mempromosi sebuah buku.
Dia menceritakan kepada para pelanggannya bahawa buku tersebut adalah
baik serta banyak maklumat yang benar lagi besar manfaatnya. Padahal si
jurujual itu sendiri pada asalnya tidak pernah membaca buku tersebut untuk
membezakan sama ada ia adalah baik atau tidak, jauh sekali daripada
mengkaji maklumat di dalamnya sama ada ia adalah benar atau tidak. Nah,
apa yang dipromosikan oleh si jurujual ini terbuka kepada kemungkinan
benar dan salah. Namun oleh kerana dia tetap membuat promosi tanpa
menerangkan hakikat yang sebenar, dia sebenarnya berdusta kepada para
pelanggannya.
Berkata (al-Imam) Ahmad bin Hanbal, apabila datang (persoalan) halal dan
haram kami memperketatkan semakan sanad dan apabila datang
(persoalan) memberi anjuran dan amaran (al-Targhib wa al-Tarhib) kami
memudahkan semakan sanad. (Ibn Taimiyyah mengulas lanjut):
Demikianlah apa yang disepakati oleh para ilmuan tentang beramal dengan
hadis dha‘if dalam keutamaan beramal. Ia tidaklah bermaksud menetapkan
hukum sunat berdasarkan hadis yang tidak boleh dijadikan hujah dengannya
(kerana ia adalah dha‘if). Ini kerana “sunat” merupakan hukum syari‘at yang
tidak boleh ditetapkan melainkan dengan dalil syari‘at juga. Sesiapa yang
mengkhabarkan daripada Allah bahawasanya Dia menyukai (menyunatkan)
sesuatu amal tanpa dalil syari‘i maka sungguh dia telah mensyari‘atkan
dalam agama apa yang tidak diizinkan Allah.
Sebagai contoh, hadis-hadis berkenaan puasa pada bulan Rejab dan solat
khusus pada malam-malam tertentu bulan Rejab semuanya tidak ada yang
sahih. Syaikh Sayid Sabiq menegaskan:[7]
Berkenaan puasa pada bulan Rejab, tidak ada kelebihan yang menonjol
(tentang bulan Rejab) berbanding bulan-bulan lain, kecuali bahawa ia
termasuk daripada bulan-bulan haram (yakni bulan Zulqa‘idah, Zulhijjah,
Muharram dan Rejab). Tidak diterima dalam sunnah yang sahih bahawa
berpuasa dalam bulan Rejab memiliki keutamaan yang khusus. Adapun apa
yang datang tentangnya (keutamaan berpuasa pada bulan Rejab), ia tidak
dapat dipertanggungjawabkan sebagai hujah. Berkata (al-Hafiz) Ibn Hajar
(al-Asqalani), tidak diterima (apa-apa) hadis yang sahih yang dapat
dijadikan hujah tentang keutamaannya (bulan Rejab), mahupun tentang
puasanya dan puasa pada hari-hari tertentu daripadanya mahupun solat
pada malam yang tertentu daripadanya.
Apabila tidak wujud hadis yang sahih yang menetapkan wujudnya “Puasa
sunat Rejab” dan “Solat malam Rejab yang ke sekian-sekian hari”, hadis-
hadis yang menerangkan keutamaan berpuasa dan bersolat pada bulan
Rejab tidak memiliki apa-apa nilai. Yang lebih penting, ia tidak boleh
dijadikan dalil untuk menghukum sunat berpuasa dan bersolat secara
khusus kerana bulan Rejab.
Sebenarnya terdapat banyak lagi amalan yang dilakukan oleh umat Islam
berdasarkan hadis yang dha‘if tanpa diperhatikan sama ada amalan tersebut
terlebih dahulu telah ditetapkan atau tidak oleh dalil al-Qur’an dan/atau
hadis yang sahih. Setakat ini berdasarkan ulasan kepada syarat yang
pertama dan kedua, hendaklah setiap orang yang ingin beramal dengan
hadis dha‘if menyemak terlebih dahulu bahawa:
1. Hadis yang ingin dijadikan sumber amalan memiliki rujukan dalam kitab
yang asal dan telah disemak bahawa ia sekurang-kurangnya memiliki darjat
kelemahan yang ringan.
Apabila menggunakan hadis dha‘if yang telah memenuhi dua syarat yang
pertama di atas, hendaklah diingati bahawa tidak boleh berkeyakinan hadis
tersebut adalah sabit daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Berdasarkan
syarat yang ketiga ini, para ahli hadis telah menetapkan bahawa hadis yang
dha‘if tidak boleh disandarkan sebutannya kepada diri Rasulullah secara jelas
tetapi perlu diisyaratkan kelemahannya.
Jika syarat ketiga ini tidak diperhatikan, orang ramai tidak akan dapat
membezakan antara hadis yang sahih dan tidak sahih. Akibatnya mereka
akan mengamalkan hadis tersebut sebagai sumber hukum dan
menyebarkannya kepada masyarakat dengan anggapan ia adalah benar dan
baik. Akhirnya ia akan menjadi masyhur dan sebati di dalam masyarakat dan
menganggapnya sebahagian daripada syari‘at Islam. Ini sama-sama dapat
kita perhatikan di negara kita sendiri masa kini. Al-Hafiz Ibn Hajar al-
Asqalani rahimahullah mengingatkan tentang natijah buruk ini kira-kira 500
tahun yang lalu:[9]
Demikianlah ulasan kepada tiga syarat penting yang perlu diperhatikan oleh
setiap orang yang ingin menggunakan hadis dha‘if. Apabila sesebuah hadis
telah lulus tiga syarat di atas, terdapat dua perkara tambahan yang perlu
diperhatikan, iaitu:
Jika di dalam sebuah bab terdapat hadis-hadis yang sahih, hasan dan dha‘if,
maka hendaklah seseorang itu memberi prioriti kepada yang sahih dan
hasan sahaja. Sebabnya:
1. Hadis yang sahih dan hasan adalah sabit daripada Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam manakala hadis yang dha‘if masih terbuka kepada
kemungkinan benar dan salah. Maka berpegang kepada yang pasti adalah
lebih utama daripada yang diragui.
Poin kedua di atas pernah diulas oleh al-Imam ‘Abd al-Rahman bin Mahdi
rahimahullah (198H): [10]
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Ibn Hibban, berkata Syaikh Syu‘aib al-
Arna’uth hafizahullah dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban
(Muassasah al-Risalah, Beirut 1997) jld. 12, ms. 481, no: 5665: “Hadis
sahih bi syawahid.” Hadis ini juga dihimpun oleh al-Imam al-Munziri
rahimahullah (656H) dalam kitabnya al-Targhib wa al-Tarhib (Dar Ibnu Katsir,
Damsyik 1999), jld. 2, ms. 51, no: 1517. Berkata para penyemak: Shaikh
Samir Ahmad al-‘Athar, Yusuf Ali Badiwi & Muhyiddin Dibb Matsu: “Sahih bi
syawahid.” Berkata Syaikh al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib
(Maktabah al-Ma‘arif, Riyadh 2000), jld. 1, ms. 597, no: 1026: “Hasan
Sahih.”
Sama-sama kita bertanya kepada diri kita, adakah kita mengetahui tentang
hadis ini? Adakah selama ini hadis di atas tersembunyi atau tercicir daripada
pengetahuan kita kerana selama ini kita sibuk dengan pelbagai hadis lain,
yang tidak satu jua yang sahih, berkenaan malam Nisfu Sya’ban? Lebih jauh,
sudahkah kita mengamalkan hadis ini?
Berdasarkan tiga syarat pengamalan hadis dha‘if dan dua perkara tambahan
yang perlu diperhatikan, sama-sama dapat diambil iktibar bahawa
menggunakan hadis dha‘if tidaklah semudah yang disangka. Hadis-hadis
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah salah satu sumber syari‘at di
sisi al-Qur’an al-Karim. Maka kita perlu berinteraksi dengannya melalui
disiplin-disiplin yang telah digariskan oleh para ahli hadis. Apa yang
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sabdakan berkenaan agama tidak lain
adalah wahyu Allah. Apabila kita bersikap leka dalam berinteraksi dengan
hadis-hadis baginda, kita bukan sahaja mendedahkan diri kepada
kemungkinan berdusta di atas nama Rasulullah tetapi juga berdusta di atas
nama Allah.
Oleh itu hendaklah setiap individu memberi perhatian khusus dalam bab ini.
Jangan menerima sebarang hadis sekalipun yang menyampaikannya adalah
orang yang masyhur di mata masyarakat. Pastikan bahawa setiap hadis
yang disampaikan mematuhi syarat-syarat di atas. Apabila membaca buku-
buku agama, pastikan setiap hadis diberikan rujukan, lengkap dengan
nombor hadis dan bab. Jangan berpuas hati dengan catitan “Hadis riwayat
al-Bukhari” atau “HR Muslim” kerana terdapat sebahagian penulis yang
berbuat demikian padahal hadis tersebut tidak wujud di dalam kitab Shahih
al-Bukhari dan Shahih Muslim.
6. Rujukan:
[1] al-Azkar (diteliti oleh ‘Amr bin ‘Ali Yasin; Dar Ibn Khuzaimah, Riyadh 2001), ms. 53
[2] al-Qaul al-Badi’ fi Fadhli Shalat ‘ala al-Habib al-Syafi’ (diteliti oleh Muhammad
‘Awwamah; Muassasah al-Rayan, Beirut 2002), ms. 473
[3] al-Qaul al-Badi’, ms. 472
[4] al-Majruhin min al-Muhadditsin (diteliti oleh Hamidi bin ‘Abd al-Rahman; Dar al-
Shomi‘in, Riyadh 2000), jld. 1, ms. 16-17
[5] Musykil al-Atsar (diteliti oleh Muhammad ‘Abd al-Salah Syahin; Dar al-Kutub al-Ilmiah,
Beirut 1995), jld. 1, ms. 123
[6] Majmu’ al-Fatawa (Dar al-Wafa’, Kaherah 2001), jld. 18, ms. 65
[7] Fiqh al-Sunnah (Dar al-Fath, Kaherah 1999), jld. 1, ms. 516
[8] al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (diteliti oleh Muhammad Najib Ibrahim; Dar Ihya’ al-Turats
al-‘Arabi, Beirut 2001), jld. 1, ms. 134
[9] Tabyin al-‘Ujab bi ma warada fi Fadhli Rejab, ms. 3-4; dinukil daripada Tamam al-Minnah
fi al-Ta’liq ‘ala Fiqh al-Sunnah oleh Syaikh al-Albani rahimahullah (1999) (Dar al-Rayah,
Riyadh 1409H), jld. 1, ms. 36
[10] Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi (463H) dalam al-Kifayah fi ‘Ilm al-Riwayah
(Maktabah al-‘Alamiyah, Madinah), ms. 132
[11] Fatawa Mu‘ashirah (edisi terjemahan oleh al-Hamid al-Husaini dengan judul Fatwa-
Fatwa Mutakhir; Pustaka Hidayah, Bandung 1996), ms. 480-481
[12] al-Muntaqa min Kitab al-Targhib wa al-Tarhib li al-Munziri (Dar al-Wafa’, Kaherah 1993),
jld. 1, ms. 49-50
Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Rabu, Julai 04, 2007 0 ulasan
Label: Hadis
Jumaat 29 Jun 2007
Topib 009 - ILMU MUSTALAH HADITH
ILMU MUSTALAH HADITH
Bahagian Satu
Pengertian Hadith
Menurut istilah ahli hadith pula: ialah segala ucapan nabi, segala perbuatan
dan segala keadaannya. Masuk ke dalam pengertian keadaannya, segala
yang diriwayatkan dalam buku sejarah seperti hal keputraannya, tempatnya
dan segala yang bertalian dengannya. Pengertian ini samalah dengan
pengertian sunnah menurut istilah golongan ahli hadith. Tetapi pengertian ini
berlainan dengan pengertian ahli usul. Dan sebab berlainan ini ialah kerana
berlainan jurusan yang mereka lihat dan mereka tinjau.
Sunnah menurut bahasa: ialah jalan yang dilalui sama ada terpuji atau
tidak; juga suatu adat yang telah dibiasakan walaupun tidak baik.
"Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan
kamu sesat selama kamu berpegang dengan keduanya: iaitu Kitab Allah dan
Sunnah Rasulnya". (Hadith riwayat Malik)
"Segala 'amal itu dengan niat." [Riwayat Bukhari, Muslim dan sekelian
ulama' hadith]
2. Contoh sunnah (hadith) perbuatan (fi'iliyyah) ialah:
(a) Nabi SAW membenarkan apa yang diperbuat oleh seorang sahabat
dengan tidak mencegah atau menyalahkan serta menunjukkan
keredaannya;
Contoh yang kedua sebagaimana yang diriwayatkan bahawa Khalid bin Walid
pernah memakan dab (sejenis haiwan seperti biawak) kemudian
dikemukakan orang kepada Nabi saw. Nabi saw sendiri enggan
memakannya, maka bertanya sebahagian sahabat:
Lawan dari sunnah ini ialah bid'ah, inilah yang dimaksudkan oleh hadith:
Sementara itu ulama' fiqh berpendapat, bahawa suatu yang diterima dari
Nabi saw dengan tidak difardukan dan tidak diwajibkan dinamakan sunnah.
Imbangannya ialah wajib, haram, makruh dan mubah. Lawannya ialah
bid'ah; talak yang dijatuhkan dalam haid menurut mereka dinamakan: talak
bid'ah.
Ulama' Syafi'e mengatakan bahawa sunnah itu ialah suatu yang dipahalai
orang yang mengerjakannya, tidak disiksai orang yang meninggalkannya.
Menurut ulama' mazhab Hanafi, sunnah itu ialah suatu yang disunnahkan
Nabi saw atau para khalifah serta dikekalkan mengerjakannya, seperti azan
dan berjama'ah.
"Firman Allah Ta'ala: Tiap-tiap amal anak Adam untuknya kecuali puasa,
maka sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku akan memberi balasan
dengannya. Dan puasa itu perisai, maka apabila seorang kamu berpuasa
janganlah ia memaki-maki, mencarut-carut dan janganlah dia menghiruk-
pikukkan; maka jika dia dimaki oleh seorang atau hendak dibunuhnya,
hendaklah ia katakan: aku ini berpuasa." (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)
Rasulullah saw bersabda:
Riwayat: iaitu memindahkan hadith dari seorang kepada seorang yang lain,
dan orang yang memindahkan disebut rawi.
Istikhraj dan Ikhraj: iaitu mengambil sesuatu hadith dari sesuatu kitab, dan
mencari sanad yang lain dari sanad penyusun kitab itu, atau menerangkan
bahawa hadith itu dipindahkan oleh penyusun dari kitab yang lain;
umpamanya dikatakan: Akhrajah Al-Bukhari, ertinya: mengeluarkan hadith
itu oleh Imam Bukhari; maksudnya ada disebut di dalam Bukhari dan ia
memindahkannya ke dalam kitabnya.
1. HADITH MUTAWATIR
Iaitu hadith "Perbuatan atau perkataan atau pengakuan (taqrir) Nabi saw
yang diketahui oleh beberapa orang yang sampai kepada bilangan
mutawatir, iaitu bilangan yang tidak mungkin pada fikiran kita bahawa
mereka akan bermuafakat berbuat dusta tentang perkhabaran (hadith) itu.
Dan dari mereka yang tersebut sampai pula perkhabaran itu kepada orang
lain yang dipercayai. Demikianlah pertalian penerimaan turun temurun itu
sampai ke akhirnya."
Iaitu hadith yang diriwayatkan dari tiga sanad yang berlainan orang atau
hadith yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih kepada tiga orang atau
lebih dan begitulah seterusnya hingga dapat sekurang-kurangnya tiga sanad
yang berlainan.
Contohnya ialah:
"Orang-orang Islam ialah mereka yang sejahtera sekalian orang Islam dari
(bahaya) lidahnya dan tangannya."
Hadis ini diriwayatkan oleh tiga orang Imam hadith dari sanad yang
berlainan. Pertama: Imam Bukhari. Kedua: Imam Muslim. Ketiga: Imam
Tirmizi.
Sanad Imam Bukhari: ialah Bukhari dari Adam dari Syu'bah dari 'Abdullah B.
Abu Safar, dari Al-Sya'bi, dari 'Abdullah Bin 'Amru dari Nabi Sallallahu 'alayhi
wa sallam.
Sanad Imam Muslim: ialah Imam Muslim dari Sa'id, dan Yahya, dari Abu
Burdah dari Abu Burdah, dari Abu Musa dari Nabi sallallahu 'alayhi wa
sallam.
Sanad Imam Tirmizi: ialah Tirmizi dari Qatadah, dari Al-Laith dari Al-Qa'qa',
dari Abu Saleh, dari Abu Hurairah dari Nabi sallallahu 'alayhi wa sallam.
3. HADITH SAHIH
Iaitu hadith yang berhubung sanadnya dari permulaan hingga akhirnya dan
orang yang menjadi riwayatnya semuanya mempunyai sifat-sifat ini:
a) Adil
b) Dabid
c) Sejahtera dari keganjilan
d) Sejahtera dari 'illat (kecederaan) yang memburukkan).
'Adil: Yang dimaksudkan dengan 'adil ialah: Orang Islam, baligh, ber'aqal,
tidak mengerjakan dosa besar, tidak pula berkekalan melakukan dosa kecil
dan tidak mengerjakan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah atau
kehormatan diri.
Dabid: Yang dimaksudkan dengannya ialah: Orang yang cukup kuat ingatan
untuk mengingat sesuatu yang didengarnya. Bila sahaja dikehendaki ia
dapat mengeluarkannya (menyebutkannya) dari ingatannya dengan mudah.
Termasuk kepada pengertian ini apabila ia menulis hadith yang telah
didengarnya dan disimpannya serta diyakini benar-benar sahnya sehingga
diriwayatkan orang daripadanya.
"Tidak ada sembahyang bagi orang yang tidak membaca Fatihah." (Riwayat
Bukhari dari 'Ubadah bin Samit)
4. HADITH HASAN
Kekurangan satu syarat itu mengurangkan nilai dan martabat hadith, dan
meletakkan tingkatan hadith hasan.
Hadith ini adalah sahih menurut riwayat Bukhari dari jalan (sanad) A'raj dari
Abu Hurairah. Dan hadith ini juga dikatakan hadith hasan menurut riwayat
Tirmizi dari jalan (sanad) Muhammad bin 'Amru dari Abi Salamah dari Abu
Hurairah.
Adapun sebab hadith ini menjadi hadith hasan kerana menurut riwayat
Tirmizi bahawa Muhammad bin 'Amru salah seorang daripada sanadnya tidak
mempunyai kekuatan ingatan yang diperlukan dalam syarat hadith sahih.
Lagi misal hadith hasan ialah:
Hadith ini diriwayatkan oleh beberapa imam hadith. Dan kalau dilihat dari
sanad imam Tirmizi, nyatalah bahawa di antara beberapa orang sanadnya
ada seorang yang benama Mujalid. Ia seorang yang lemah. Begitu pula
kalau dilihat dari sanad Imam Hakim (dalam kitabnya al-Mustadrak) maka
teranglah bahawa di antara beberapa orang sanadnya ada seorang yang
benama Abu Laili. Ia seorang ulama' fiqh dan qadi hadith tersebut dengan
sendirinya telah menjadi hadith hasan.
Menurut yang diistilahkan dalam ilmu ini, bahawa apabila satu hadith yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dengan sanad mereka masing-masing
maka dinamakan hadith tersebut: (riwayat Bukhari dan Muslim). Dan
apabila hadith yang satu itu diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dengan
sanad yang satu yang bersamaan qaul dan matan dan sanadnya, maka
hadith itu dinamakan: Hadith Muttafaqun 'Alaih, ertinya: yang disetujui
keduanya atasnya.
Hadith seperti ini, iaitu (yang disetujui keduanya atasnya) adalah setinggi
martabat hadith, yang diutamakan dan didahulukan waktu mengambil dalil
satu-satu hukum daripada yang lainnya.
1. Hadith sahih yang disetujui keduanya (oleh Bukhari dan Muslim), iaitu
keduanya meriwayatkan dengan sanad yang satu. Ini yang dinamakan
muttafaqun 'alaih.
6. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh ulama' hadith dengan sanad Muslim
atau menurut syarat-syarat yang dipakai Musllm sendiri. Ini dinamakan
menurut syarat Muslim.
7. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh ulama' hadith selain Bukhari dan
Muslim.
Dengan memerhatikan bahagian-bahagian ini tahulah kita bahawa hadith
sahih itu bertingkat-tingkat martabatnya dan kedudukannya diutamakan dari
yang lainnya dan apabila ditemui hadith lain yang bertentangan maksudnya
dengan hadith sahih, maka hadith sahih inilah yang didahulukan dan
diamalkan.
Dalam kitab-kitab hadith seperti kitab Sunan Tirmizi dan dalam kitab ini
(Hadith Empat Puluh) ada didapati di akhir hadith perkataan "Hasan Sahih"
ertinya hadith ini hasan lagi sahih. Dengan demikian bermakna hadith itu
mempunyai dua martabat: pertama hasan dan kedua sahih.
Jika pada hadith itu satu sanadnya, maka erti hasan padanya menurut
pandangan segolongan ulama' hadith dan sahih menurut pandangan ulama'
yang lain, yang tidak sama tinjauan terhadap sifat dan peribadi orang yang
menjadi rawinya atau yang memindahkannya.
HADITH DA'IF
laitu hadith yang tidak mempunyai syarat hadith sahih dan tidak pula syarat
hadith hasan, misalnya: rawinya (orang yang meriwayatkannya) bukan
orang Islam, belum lagi baligh, tidak pula diketahui orangnya atau sifatnya,
tidak bagus ingatannya kerana selalu lupa, tidak benar percakapannya,
tetapi pernah berdusta, serta tidak menjauhi dari melakukan dosa dan
perbuatan-perbuatan yang menjatuhkan maruah atau kehormatan
peribadinya, ditambah lagi riwayatnya menyalahi riwayat orang yang lebih
masyhur daripadanya.
Hadith da'if mempunyai martabat yang berlainan; ada yang terlampau
lemah, dan ada yang lemah, menurut keadaan sanad dan matannya. Di
antara hadith da'if ialah hadith munqati', mu'addal, syaz, muddarab.
"Menuntut ilmu adalah fardu atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan wanita."
(Riwayat al-Baihaqi Ahmad dari Anas)
Sementara itu Imam Nawawi telah pula berkata: Hadith itu da'if (lemah)
sekalipun maknanya sahih (betul) dan telah diriwayatkan oleh Abu Ya'la al-
Musalla dalam Masnadnya dengan sanadnya sekali dari Anas dan Nabi
Sallallahu 'alayhi wa sallam. Dalam sanadnya itu terdapat seorang benama
Hafsin bin Sulayman, ia orang yang lemah.
"Makhluq itu keluarga Allah, dan mereka yang lebih kasih kepada Allah ialah
mereka yang lebih bermanfa'at kepada keluarganya."
Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Ya'la al-Musalla dari riwayat Yusuf bin
'Atiyyah dari Thabit dari Anas dari Nabi Sallallahu 'alayhi wa sallam. Yusuf
bin 'Atiyyah adalah orang yang lemah, kerana ini hadithnya adalah hadith
yang lemah.
Imam Bukahri, Muslim dan Abu Bakar Ibn al-'Arabi menetapkan bahawa
tidak boleh kita mempergunakan hadith da'if untuk segenap pekerjaan,
untuk segala keperluan walaupun untuk menerangkan keutamaan sesuatu
‘amal, supaya tidak ada orang yg mengatakan kepada Rasulullah saw
perkataan yg tidak baginda katakan, dan supaya tidak ada orang yg
meng'itiqadkan sunat sesuatu perkara yg tidak disunatkan.
Sementara itu Imam Nawawi berkata: "Bahawa Ulama' hadith, fiqh dan lain-
lain telah menetapkan bahawa boleh kita mempergunakan hadith da'if untuk
‘amal-'amal utama (Fadail ‘amal) dan untuk pengajaran menggemarkan dan
menakutkan, selama hadith itu belum sampai ke darjat maudu' (palsu).
Kedua: Riwayatnya adalah melalui cara yg lain di mana dgn cara ini
diperolehi satu kekuatan yg dapat menggantikan apa yg hilang pada
kesempurnaan kekuatan hafalan dan dapat menaikkan taraf dari taraf Hasan
kpd taraf Sahih, cuma ianya bukan Li Zaatihi, bahkan ianya dianggap Li
Ghairihi. Hadith Sahih:
Hukumnya:
2- Wajib beramal dgn setiap Hadis sekalipun tidak dikeluarkan oleh Bukhari
dan Muslim, sebagaimana pendapat Ibnu Hajar di dlm huraian kitab An-
Nakhbah.
6- Tidak semua Hadis yg sahih diceritakan kpd org awam. Dalilnya ialah:
Hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim drpd Muaz dan antaranya
(Tidak ada seseorang yg mengucapkan kalimah syahadah bahawa tiada
tuhan yg layak disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad
s.a.w adalah pesuruh Allah akan memasuki neraka kerana Allah
mengharamkan Neraka kepadanya). Sehubungan dgn itu Muaz berkata:
Wahai Rasulullah! Apakah aku boleh menyampaikannya kpd org ramai agar
mereka dapat bergembira? Rasulullah s.a.w bersabda: (Kalau begitu mereka
akan hanya berserah tanpa berusaha). Tetapi Muaz menyampaikannya juga
selepas kewafatan baginda.
Bahagian Dua
Perkataan berlawanan dgn kuat. Dhaif terdapat dlm bentuk fizikal (hissi) dan
maknawi. Dhaif yg dikehendaki di sini ialah dari segi maknawi.
Dari sudut istilah:
Pengertian yg dibuat oleh Ibnu Solah ialah: Setiap Hadis yg tidak terkumpul
padanya sifat2 Hadis Sahih dan Hadis Hasan.
2- Bukan dari ketetapan syarak atau merupakan sifat bagi Allah iaitu drpd
perkara-perkara yg berhubung dgn aqidah dan hukum, juga bukan galakan
dan seumpamanya.
Kedudukannya:
Hukum meriwayatkannya:
Telah sepakat pengharaman meriwayatkan berita yg dibuat-buat Dan
disandarkan kpd Rasulullah [s.a.w], melainkan jika diiringi dgn keterangan
tentang Maudhuknya, ini ialah kerana Rasulullah [s.a.w] pernah bersabda:
4- Bersalahan dgn akal, fizikal dan penyaksian: Spt riwayat drpd Ar-Rahman
bin Zaid bin Aslam bahawa kapal Nabi Nuh a.s tawaf di Baitullah tujuh
keliling dan sembahyang di belakang makam dua rakaat.
Hadith Qudsi
Hadis yg diriwayatkan kpd kita drpd Nabi s.a.w. Sanad Hadis tersebut
disandarkan oleh Nabi s.a.w kpd Allah s.w.t samada bersambung atau tidak
dan ianya bukan Al-Qur'an.
Bentuk Riwayatnya:
Para ulama dari kalangan ahli Hadis, ahli Feqh dan selainnya berkata:
Dibenarkan dan disukai beramal dengan hadis Dhaif dalam hal2 fadha'il
serta targhib dan tarhib, selama hadis itu tidak berstatus maudhu' (palsu).
(Al-Azkar, hal. 5)
1. Dalam hal2 fadha'il, targhib dan tarhib. Kebalikannya ialah, hadis dhaif
tidak boleh digunakan sebagai hujah hukum.
------------------------
3. Amalannya mestilah mempunyai dasarnya dari nash sahih yang lain yang
umum atau ia berada di bawah kaedah yang umum.
Jadi, adalah suatu tanggapan yang salah apabila kita berhadapan dengan
hadis dha'if lalu kita mengatakan: "Tidak mengapa, ini hanya untuk fadhilat
amal sahaja.." Tanpa kita memperhatikan syarat2nya.
Pertama (syarat ini disepakati oleh para ahli): Kelemahan tersebut tidak
keterlaluan. Kerana itu, harus ditolak periwayatan tunggal dari orang-orang
yang memang dikenal sebagai pembohong, atau yang dicurigai sebagai
pembohong, ataupun yang dikenal hafalannya sangat tidak akurat.
Kedua: Makna hadis tersebut masih dapat digolongkan dalam suatu tema
dasar umum yang diakui. Maka harus ditolak setiap hadis yang hanya
dikarang begitu sahaja, dan tidak ada asalnya sama sekali.
Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Jumaat, Jun 29, 2007 0 ulasan
Label: Hadis
Khamis 21 Jun 2007
Topic 008 - FIQHUL WAQI’
FIQHUL WAQI’
Fiqh bererti “Ilmu”. Waqi’ bererti “Kenyataan Atau Kebenaran”. Apabila dua
kalimah ini digabungkan ia bererti “Ilmu Kenyataan Atau Ilmu Kebenaran”.
Ia dikatakan juga sebagai “Ilmu Peristiwa Dan Hukumnya”. Namun, jika
difahami penggunaan kesemua istilah-istilah ini, ia tidak dapat memberi
kenyataan, kebenaran atau apa pun ilmu yang hak yang berkenaan
dengannya, kecuali jika diambil atau difahami dari kitab Allah dan sunnah
RasulNya. Maka fiqhul waqi’ yang sebenar adalah yang diambil, dipelajar dan
difahami dari al-Quran dan as-Sunnah. Oleh kerana itu, Syeikh Nasruddin al-
Albani rahimahullah berkata:
“Asas awal fiqhul waqi’ (yang dikehendaki oleh syara, Pent.) ialah
mengetahui al-Kitab dan as-Sunnah melalui manhaj Salaf as-Soleh. Sama
ada secara pemahaman atau cara pelaksanaannya, bukan hanya setakat
pengakuan dan angan-angan. Maka tidak boleh dikatakan “memahami fiqhul
waqi’ yang sebenar” sesiapa yang tidak mengetahui kitab Rabb-Nya dan
sunnah Nabi-Nya”. (Lihat: Soal Jawab Haula Fiqhul Waqi’, hlm. 16-17 Al-
Albani)
Secara ringkas, fiqhul waqi’ dapat difahami dengan jelas dari penjelasan
Ibnul Qaiyim rahimahullah. Beliau berkata:
ِعيْنِ مِنَ ا ْلفَهْم
َ ْحقّ ِالّ ِبنَو
َ ْوَلَ يَتَ َمكّنُ الْ ُمفْ ِتيّ َولَ الْحَاكِمُ مِنَ الْفتوَى وَا ْلحُكْم بِال .
“Seseorang mufti atau hakim tidak akan mampu berfatwa dan mengeluarkan
(memutuskan) hukum kecuali setelah memahami (waqi’/kenyataan. Pent.)
dua (jenis) pemahaman:
ِ وَهُوَ َفهْمُ حُكْم الِ الّذِيْ حكمَ بِهِ فَى كِتَابِهِ اَوْ عَلَى لِسَانِ رَسُ ْولِهِ فِى هَذَا الْوَاقِع: ِجبِ فِى الْوَاقِع
ِ فَهْمُ الْوَا: ْوَالنّوْعُ الثّا ِني .
“Kedua: Faham (menguasai) ilmu yang wajib yang berkaitan dengan
kenyataan. Iaitu memahami hukum-hakam Allah di dalam al-Quran dan lisan
(Sunnah) Rasul-Nya yang dengannya Allah telah menentukan sesuatu
hukum berdasarkan kenyataan kejadian yang berlaku”.
Maka orang alim dituntut untuk menguasai ilmu waqi’ atau berusaha untuk
memahaminya agar dapat diputuskan peristiwa/kejadian dengan hukum
Allah dan Rasul-Nya. (Lihat: 1/187 اعلم الموقعين. Ibnu Qaiyim)
ْوََانِ احْكُمْ بَيْ َنهُمْ بِمَا اَ ْنزَلَ الُ َولَ تَتّبِعْ اَهْوَاءَ هُم
“Dan hendaklah engkau berhukum antara mereka dengan apa yang telah
diturunkan Allah, dan janganlah turuti hawa nafsu mereka”. (Al-Maidah,
5:49)
ْوََانِ احْكُمْ بِيْ َنهُمْ بِمَآ اَنْ َزلَ الُ وَلَ تَتّ ِبعْ اَهْوَاءَ هُم .
“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara antara mereka menurut apa
yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka”.
(Al-Maidah, 5:49)
Ayat di atas ini menjelaskan bahawa keadaan, kejadian (peristiwa), kondisi dan situasi (waqi’)
ditundukkan dan dirujukkan kepada hukum-ahkam al-Quran dan as-Sunnah. Bukan al-Quran dan
as-Sunnah diketepikan kerana memenuhi kehendak fiqhul waqi’ (kondisi, situasi, peristiwa dan
kenyataan) yang berlandaskan hawa nafsu, yang diimarahkan dan yang dijadikan fiqh keutamaan
sehingga kerananya menjadi penyembah pendewaan akal (aklani – ( عقلنيsehingga terkeluar dari
panduan dan kehendak al-Kitab (al-Quran dan as-Sunnah).
Namun pengertian fiqhul waqi’ yang dimaksudkan oleh golongan haraki hizbi ialah fiqh (ilmu)
tentang peristiwa/kejadian atau kenyataan yang berkaitan dengan politik yang sedang berlaku ke
atas masyarakat, pergolakan pemerintahan dan hal-hal yang berkaitan dengan negara, tetapi
malangnya mereka mengenepikan hakikat waqi’ mengikut panduan syara, kerana mengutamakan
akal fikiran dan hawa nafsu.
Orang-orang yang bertaqlidkan kepada orang-orang hizbi yang mendewa-dewakan fiqhul waqi’
yang meninggalkan panduan al-Quran dan as-Sunnah. Maka pengertian fiqhul waqi’ yang
mereka maksudkan amat jauh dari pengertian yang dikehendaki oleh syara. Kerana fiqhul waqi’
yang mereka pakai hanya menekankan soal-soal politik (siasah), hakimiyah dan soal-soal
muamalah sahaja, sehingga dengan mudah menuduh para ulama Salaf as-Soleh (yang tidak akan
menerima dan tidak menyibukkan diri dengan fiqhul waqi’ ciptaan mereka/hizbiyun) dianggap
bebal, dungu, jumud (beku, kaku atau kolot) dan bodoh tentang hakikat fiqih waqi.
FIQHUL WAQI’ MENURUT HIZBIYAH (PUAK-PUAK) YANG MENYIMPANG
Fiqhul waqi’ ( )فقه الواقعyang dikenal juga dengan sebutan fiqh keutamaan, fiqh aulawiyaat (فقه
)الولوياتatau fiqh priority, menurut pandangan orang-orang haraki (harakiyun/orang-orang yang
bergerak dalam gerakan kelompok hizbiyah), maka mereka memahami sebagai ilmu tentang
kondisi, keadaan dan kejadian semasa yang ditekankan terutamanya dalam soal-soal politik
secara yang berlebih-lebihan.
Dijadikan fiqhul waqi’ ini oleh mereka sebagai manhaj dakwah, manhaj tarbiyah dan dianggap
lebih penting dari persoalan akidah dan solat. Sehingga ada suara-suara mereka yang berpegang
dengan teori fiqhul waqi’ haraki ini mengatakan tanpa segan silu bahawa:
“Golongan ulama Salaf hanya sibuk dengan tauhid, syirik, janggut, isbal, sunnah dan bid’ah!
Tetapi tidak tahu tentang fiqhul waqi’. Bagaimana dan bila mereka boleh maju?”
“Jangan sibukkan umat ini dengan riwayat-riwayat hadis, serukan mereka tentang waqi’ yang
berdaya maju”.
Golongan hizbi haraki, menghidupkan fahaman fiqhul waqi’ yang dilarikan dari kehendak syara’
agar umat Islam mengeratkan fikiran mereka dengan sumber-sumber media informasi agar hanya
mengetahui waqi’ul ummah (masyarakat). Buktinya ialah mereka amat menitik-beratkan
persoalan media informasi dan mengajak masyarakat memberi penumpuan kepadanya sedangkan
mereka masih bodoh dalam persoalan agama terutamanya persoalan akidah, manhaj dan malahan
yang asas.
Mereka lupa bahawa semua media utama di dunia telah dikuasai oleh kaum kuffar yang
menggunakan media untuk memerangi dan menghancurkan umat Islam dan akidah mereka.
Golongan hizbi yang melaungkan fiqhul waqi’ sewajarnya menyedari bahawa khabar dari media
kuffar dan orang-orang fasik tidak dapat dipastikan kebenarnnya. Allah telah memerintahkan
orang-orang yang beriman agar berjaga-jaga dari berita yang didatangkan oleh mereka. Firman
Allah:
َسقٌ ِبنَبَاءٍ َفتَبَيّنُوْا
ِ ا اَيّهَا الّذِ ْينَ آمَ ُنوْا اِنْ جَآءَ ُكمْ فَا .
“Wahai orang-orang yang beriman! Bila datang kepada kamu orang fasik dengan membawa
berita, maka periksalah”. (Al-Hujuraat, 6)
Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Khamis, Jun 21, 2007 0 ulasan
Isnin 10 Dis 2007
062 - MENCONTOHI HAJI, UMRAH, & ZIARAH YANG SUNNAH
MENCONTOHI HAJI, UMRAH, & ZIARAH YANG
SUNNAH
Oleh:
Abu Farouq al-Atshary
http://fiqh-sunnah.blogspot.com
Muqaddimah
Ibadah haji, adalah salah satu dari tuntutan agama yang terdapat dalam
rukun Islam yang lima. Ia merupakan seruan Allah kepada sekalian
manusia. Oleh itu, setiap insan yang beriman wajib menunaikannya setelah
mempunyai kemampuan kerana ia telah diperintahkan oleh Allah Azza wa-
jalla di dalam firman-Nya:
ّحج
َ ْوََأذّنْ فِى النّاسِ بِال
Baginda bersabda:
“Sesungguhnya, telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik
bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap rahmat dan kedatangan hari
kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. (Al-Ahzab, 21)
Penulis berdoa agar buku ini dan buku-buku yang ditulis oleh para ulama
Salaf as-Soleh yang lainnya, semuanya dapat memberi sumbangan dan
panduan kepada mereka yang ingin menunaikan haji dengan cara
mencontohi sifat haji Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.
Semoga haji, umrah dan segala amalan yang berkaitan dengan haji dan
umrah yang akan para jamaah kerjakan, sentiasa mendapat keberkatan,
haji yang mabrur dan di dalam rahmat serta pemeliharaan Allah Azza wa-
Jalla. Amin! Wallahu a’lam.
Haji menurut ahli ilmu ialah mengangkat suara ketika bertalbiyah. (Lihat:
Hajjatun Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam kama rawahu ‘anhu Jabir radiallahu
‘anhu. Nasruddin al-Albani) Haji dan umrah pula bermaksud: Berihram,
tawaf, sa’i serta tahalul. (Lihat: Subulus Salam. 2/178)
Ihram adalah niat haji atau umrah, iaitu kesimpulan (tekad) di hati untuk
mengerjakan ibadah haji atau umrah. (Lihat: Fatwa-Fatwa Haji & Umrah.
Sheikh Soleh al-Uthaimin)
Adapun talbiyah ialah jawapan terhadap seruan Allah yang terdapat di dalam
firmanNya (Lihat: Fatwa-Fatwa Haji & Umrah. Sheikh Soleh al-Uthaimin):
ّحج
َ ْوََأذّنْ فِى النّاسِ بَال
Ibadah haji dan umrah adalah wajib sebagaimana yang diwajibkan oleh
Umar bin al-Khattab, (Lihat: al-Muhalla 3069. Ibnu Hazm) wajib
(Sebagaimana pendapat para sahabat seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Jabir
bin Abdullah. Ia telah dijelaskan dalam al-Muhalla oleh Ibnu Hazm. Ibnu
Khuzaimah 3066-3068. Juga oleh Imam al-Bukhari 2/198) dikerjakan sekali
seumur hidup. Dan adalah sunnah mengerjakan beberapa kali haji dan
umrah bagi mereka yang mampu. Adapun haji yang mabrur akan mendapat
balasan syurga sebagaimana hadis:
“Haji yang mabrur tiada baginya balasan selain syurga”. (H/R Ahmad,
Bukhari 2/198, Muslim 4/170 dan selain mereka)
“Dan mengerjakan haji itu adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu
bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa
mengingkari, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan
sesuatu) dari semesta alam.” (Ali Imran. 97)
Dan banyak lagi dalil-dalil dari al-Quran dan hadis-hadis sahih yang
menunjukkan wajibnya menunaikan haji dan umrah. Hendaklah
mensegerakan menunaikan haji bagi yang telah mampu, kerana Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
ُ فَإِنّهُ َقدْ َيمْرَضُ وَتَضّلّ الرّاحِلَةُ وَ َتعْرِضُ الْحَاجَة، ْحجّ فَلْيَتَ َعجّل
َ ْمَنْ أَرَادَ ال .
“Barangsiapa ingin menunaikan haji, maka hendaklah bersegera
melakukannya, kerana boleh jadi dia ditimpa sakit, ketiadaan kenderaan
atau terpaksa memenuhi keperluan yang lain”. (H/R Ahmad dan Ibnu Majah)
Malah ada ancaman dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bagi mereka
yang mampu tetapi tidak mahu menunaikan haji, iaitu sabda baginda:
صرَانِيّا
ْ َ َفلَ عَلَيْهِ َأنْ َيمُ ْوتَ َيهُوْدِيّا َأوْ ن، ّحج
ُ َ فَلَمْ ي، ًَمنْ َملَكَ زَادًا وَرَاحِلَة .
“Barangsiapa yang telah memiliki bekalan dan kenderaan, lalu dia tidak
mengerjakan haji, maka bila mati, ia mati sebagai Yahudi atau Nasrani”.
(H/R Tirmizi. Sanad hadis ini telah dilemahkan oleh Syeikh Nasruddin al-
Albani. Lihat: Daif Jami As-Sagir No. 5860. Dan Musykat No. 2521)
ْسكَكُم
ِ خذُوْ مَنَا
ُ ِْلتَأ
“Hendaklah kamu mengambil cara-cara ibadah haji kamu dariku”. (H/R
Bukhari dan Muslim)
Iaitu kesempurnaan haji sehingga mendapat haji yang mabrur, ialah setelah
berittiba’ kepada sifat haji Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang
diperintahkan semua manusia agar mematuhinya. Baginda bersabda:
“Supaya kamu hanya mengambil dariku tata-cara kamu mengerjakan haji”.
(H/R Bukhari dan Muslim) Malah sewajarnya ditaati perintah Allah Azza wa-
Jalla di dalam firmanNya:
“Dan apa yang didatangkan oleh Rasul kepada kamu, maka terimalah dia.
Dan apa yang dilarangnya bagi kamu, maka tinggalkannya”. (Al-Hasyr, 7)
“Bahawasanya setiap amal itu berserta dengan niat, dan setiap seseorang
memperolehi dari apa yang diniatkan”. (Hadis Muttafaqun ‘alaihi)
Mereka-reka ayat niat, sehingga menjadi susunan ayat niat yang khusus,
menjelaskan di dalam ayat niat tersebut maksud dan tujuan amal yang akan
dilakukan, lalu melafazkan sebagaimana kebiasaannya dilakukan oleh
kebanyakan kaum Muslimin, yang disangka oleh mereka sebagai wajib
sehingga ia dilafazkan dalam semua ibadah yang utama, seperti berwuduk,
mandi junub, solat, puasa, zakat, haji, umrah dan lain-lainnya, sedangkan
yang benar, mereka yang melafazkan, membaca atau memperdengarkan
bacaan niatnya dengan jahrah (dengan bersuara), adalah amalan yang telah
disepakati oleh para ulama umat Islam sebagai perbuatan yang bid’ah,
kerana tidak ada dasarnya dari agama Islam yang mulia ini (perbuatan
melafazkan niat (Lihat: 1/15 زاد المعاد. Ibnu Qaiyim) sebelum memulakan
ibadah). Malah melafazkan niat tidak ada keterangan dari Nabi sallallahu
‘alaihi wa-sallam. (Lihat: Fatwa-Fatwa Haji & Umrah. Bin Bazz)
Niat adalah amalan hati, tidak ada nas yang mencontohkan bahawa ia
dilafazkan dengan lisan, diperdengarkan dengan suara atau dijahrahkan,
sesiapa yang sengaja melafazkan dengan jahrah atau mengeraskan suara,
maka ia adalah perbuatan yang bid’ah, demikianlah yang sahih mengikut
kesepakatan ulama Salaf as-Soleh.
Menurut pendapat yang rajih (lebih kuat/sahih), niat haji dan umrah
disengajakan (diniatkan) setelah sampai di miqat, iaitu berniat di miqat,
tetapi memakai pakaian ihram dibolehkan walau bukan di miqat (belum
sampai di miqat). Dan diwajibkan menyebutkan dengan lisan/perkataan
manasiknya dalam talbiyah, sama ada manasik haji atau umrah, iaitu
dengan ucapan:
Atau
Atau
Atau
حجّ لِ تَعَالَى
َ سبْعَةَ أَشْوَاطٍ سَ ْعيَ ال
َ َأَللّهُمّ إِ ّنيْ أُ ِريْدُ أَنْ أَسْعَى بَ ْينَ الصّفَا وَا ْلمَ ْروَة
Lafaz-lafaz niat di atas dan sebagainya yang dilafazkan dengan suara keras
(nyaring) adalah lafaz yang bid’ah, kerana sama sekali tidak ada dalilnya
dari syara' dan tidak pernah diajarkan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi
wa-sallam kepada umatnya, serta tidak pernah dicontohkan oleh para Salaf
as-Soleh membaca dan melafazkan niat seperti yang dilakukan oleh
kebanyakan umat Islam.
Dianjurkan bagi mereka yang khuatir tidak mampu melaksanakan
manasiknya sampai selesai, terutama bagi mereka yang sakit atau takut,
iaitu diketika niat ihram agar menyebut bersama niat ihramnya (talbiyahnya)
sebutan berikut:
ْستَ ِني
ْ َ فَ َمحَّليْ حَ ْيثُ حَب، ٌحبَسَ ِنيْ حَابِس
َ ْفَإِن
MIQAT
Berihram di miqat adalah wajib bagi setiap orang yang akan menunaikan
haji atau umrah. Tempat-tempat miqat telah ditentukan oleh syara
sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Jabir radiallahu ‘anhu, iaitu:
Yang datang dari arah Syam, miqatnya di Juhfah yang jauhnya sekitar tiga
marhalah dari Mekah.
Yang datang dari Yaman miqatnya ialah di Yalamlam. (H/R Muslim, Baihaqi &
Ibnu Majah)
وَِلمَنْ أَتَى، ّ هُنّ لَ ُهن: َ َولَ ْهلِ الْيَ َمنِ يَلَ ْملَمْ وَقَال، ِحفَة
ْ ُ و َلهْلِ الشَامِ الْج، ِعلَيْهِ وَسَلّمَ لَهْلِ ا ْلمَدِيْ َنةِ ذَا ا ْلحُلَيْ َفة
َ ُسوْلُ الِ صَلّى ال
ُ َوَ َقتَ ر
َحجّ وَالْ ُعمْرَةَ وَ َمنْ كَانَ دُ ْونَ ذَلِكَ َفمَهِلّهُ مِنْ حَ ْيثُ َأنْشَأَ حَتّى أَهْلُ َمكّةَ يُهِلّوْنَ ِمنْ َمكّة
َ ْعَلَيْ ِهنّ مِنْ غَيْرِ أَ ْهلِهِنّ ِممّنْ يُرِ ْيدُ ال
“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menetapkan miqat bagi
penduduk Madinah di Zulhulaifah, bagi penduduk Syam di al-Juhfah dan
penduduk Yaman di Yalamlam. Lalu baginda bersabda: Tempat-tempat miqat
ini adalah bagi penduduknya dan bagi orang yang melewatinya dari mereka
yang bukan penduduknya, iaitu bagi orang yang ingin haji dan umrah.
Barangsiapa tempat tinggalnya lebih dekat ke Mekah dari tempat-tempat
miqat tersebut maka dia ihram dari tempat ia berada, hingga penduduk
Mekah, maka mereka berihram di Mekah”. (Hadis Muttafaqun ‘alaihi)
Yang datang dari arah Iraq, maka miqatnya ialah di Dzatu Irq. Iaitu kira-kira
empat puluh dua batu dari Mekah. (Lihat: Fathul Bari, Ibnu Hajar al-
Asqalani)
ْ وَيُ ِهلّ َأهْلَ الْيَ َمنِ مِنْ يَلَ ْملَم، ٍوَيَهِلّ أَ ْهلُ َنجْدِ ِمنْ قَرْن
“Penduduk Najd ihram dari Qurnul Manazil dan penduduk Yaman ihram dari
Yalamlam. (H/R An-Nasaii)
Solat dua rakaat ihram hukumnya sunnah menurut jumhur ulama. (Lihat:
Fatwa-fatwa Haji & Umrah. Ibn Bazz) Jumhur ulama yang menilai sunnah
berdasarkan hadis:
ٍحجّة
َ عمْرَةٌ فِى
ُ ْ وَقُل، ِ صَلّ فَى َهذَا الْوَادِيْ الْمُبَارَك: ّجل
َ َقَالَ الُ عَزّ و
“Allah Azza wa-Jalla berfirman: Solatlah kamu di lembah yang diberkati ini
dan katakanlah: Umrah dan haji”. (H/R Ahmad, Bukhari dan Abu Daud)
Maksud lembah yang diberkati ialah di lembah al-Atiq dalam haji wada’.
Malah terdapat riwayat dari seorang sahabat bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi
wa-sallam solat sunnah dua rakaat kemudian ihram. (Lihat: Fatwa-fatwa
Haji & Umrah. Ibn Bazz) Dan bagi yang terlupa untuk solat sunnah sebelum
ihram, maka tidak ada qada’ baginya.
“Dan tidaklah kami niatkan (talbiyah haji) kecuali untuk haji”. (H/R Bukhari,
Muslim dan Nasaii)
Ini bermakna, talbiyah adalah wajib, kerana sebagai niat yang wajib
dilafazkan. Setelah melafazkan lafaz di atas, baginda meneruskan dengan
bertalbiyah dengan suara nyaring (Jabir berkata: “Kami melaungkan
(talbiyah) dengan suara lantang”. H/R Muslim) yang juga hukumnya wajib,
iaitu:
َشرِيْكَ لَك
َ َ ل، ُ وَالنّعْ َمةَ َلكَ وَالْ ُملْك، َ إِنّ الْحَ ْمد، َ لَبّيْكَ لَ شَرِ ْيكَ لَكَ لَبّ ْيك، ََلبّيْكَ اللّ ُهمّ لَبّيْك
وَالشّرّ لَ ْيسَ إِلَ ْيكَ وَالرّغَبَاءُ ِإلَيْكَ وَالْعَ َملُ َلبّيْكَ حَقّا حَقّا َتعَبّدًا َورِقًا، َ وَا ْلخَيْرُ كُلّهُ بِ َيدَيْك، َلَبّ ْيكَ وَسَ ْعدَيْك
Talbiyah bagi orang yang umrah selesai (dihentikan) apabila sampai di Hajar
Aswad, iaitu ketika ingin memulakan tawaf. Tetapi talbiyah bagi yang
mengerjakan haji selesai ketika menghampiri (ingin melimpar batu) di
Jamrah ‘Aqabah.
Perlu diketahui, bahawa orang yang sedang ihram adalah bid’ah hukumnya
jika melakukan solat tahiyatul masjid setelah memasuki Masjid al-Haram.
Pengganti tahiyatul masjid ialah tawaf kemudian solat dua rakaat di
belakang Maqam Ibrahim. (Lihat: Al-Qawa’id an-Nuraniyah. Hlm. 101. Ibnu
Taimiyah) Kerana menurut hadis bahawa:
“Kami memasuki Mekah pada waktu matahari pagi mulai naik (waktu duha),
lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam menuju Masjid al-Haram dan baginda
menambatkan untuknya, kemudian masuk ke masjid, lalu Nabi mengusap
Hajar Aswad”. (H/R Ibnu Khuzaimah, al-Hakim, Baihaqi, Ahmad dan Ibnu
Jarud)
HIJIR ISMAIL
Tidak dibolehkan (tidak sah) tawaf sama ada tawaf haji, umrah atau tawaf
sunnah bagi yang bertawaf apabila masuk (melalui/melintasi) hijir Ismail.
Sahnya tawaf hanya mengelilingi Baitullah (Kaabah), sedangkan hijir Ismail
termasuk Baitullah (Kaabah) sebagaimana hadis dari ‘Aisyah radiallahu
‘anha:
“Dari ‘Aisyah radiallahu ‘anha beliau berkata: Aku bertanya kepada Nabi
sallallahu ‘alaihi wa-sallam tentang hijir Ismail, maka baginda bersabda: Ia
termasuk Baitullah (Kaabah)”. (H/R Muslim)
Dan diriwayat yang lain:
“Janganlah kamu yang sedang ihram memakai sepatu, kecuali jika tidak
mempunyai sandal (capal), maka potonglah sepatu kamu ke paras di bawah
buku lali (mata kaki)”. (H/R Bukhari dan Muslim)
Menurut Abdulaziz bin Bazz rahimahullah, hadis di atas ini mansukh kerana
menurut beliau:
طعِهَا
ْ َ َولَمْ يَأْ ُمرْ بِق، ِ َأنّهُ أَ َمرَ َمنْ لَمْ يَجِدْ نَ ْعلَيْنِ َأنْ يَ ْلبَسَ الْخُفّيْن: عرَفَات
َ حجّةِ الْودَاعِ فِى
َ خطْبَتِهِ فِى
ُ وَجَاءَ عَنْهُ فِى
“Dan telah datang dari baginda di dalam khutbahnya, pada haji wada’ di
‘Arafah: Bahawasanya baginda memerintahkan sesiapa yang tidak
memperolehi sandal, agar memakai sepatu, dan tidak diperintahkan agar
memotongnya”. (Lihat: فتاوى تتعلق بأحكام الحج ةالعمرة والزيارةhlm. 30. Ibnu Bazz)
Ibnu Bazz rahimahullah menambah:
لن النبي صلى ال عليه وسلم خطب الناس من الحاضر والبادية ممن لم يحضر خطبته فى، والرجح ان شاء ال أن القطع منسوخ
فلما سكت عن ذلك فى عرفات دل على انه منسوخ وأن، فلوكان القطع واجبا أو مشروعا لبينه للمة، المدينة التى أمر فيها بالقطع
وال أعلم، ال جل وعل عفا وسامح العباد عن القطع لما فيه من افساد الخف
“Dan yang paling rajih (sahih) insya Allah, bahawa memotong itu adalah
mansukh. Bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam berkhutbah kepada
manusia di Arafah, telah dihadiri khutbah baginda oleh khalayak manusia
yang amat ramai, sama ada dari kota dan perkampungan, hanya mereka
yang tidak menghadiri khutbah baginda dari Madinah sahaja yang masih
menyuruh memotong sepatu. Jika sekiranya memotong sepatu itu wajib
atau telah disyariatkan, pasti telah dijelaskan oleh Nabi kepada umatnya,
maka apabila berdiam dari hal tersebut di Arafah, menunjukkan bahawa ia
telah dimansukhkan. Sesungguhnya Allah Jalla wa-‘Ala telah memaafkan dan
mengampunkan para hamba dari memotong sepatunya, yang mana
memotongnya adalah membawa kerosakan kepada sepatu, wallahu ‘alam.
(Lihat: فتاوى تتغلق بأحكام الحج والعمرة والزيارةhlm. 31. Ibn Bazz)
َ وَلْ َيقْطَ ْعهُمَا أَسْ َفلَ ِمن، ِ فَيَلْبَسُ ا ْلخُفّ ْين، ِجدُ نَعَْليْن
ِ َ وَلَ ا ْلخِفَافَ ِإلّ أَحَدٌ لَ ي، َ َولَ ا ْلبَرَانِس، َ وَلَ السّرَاوِيْل، َ َولَ الْ َعمَائِم، َلَ يَلْبِسُ ا ْلقَمِيْص
ِالْ َكعْبَ ْين
“Tidak boleh memakai baju, serban, seluar, tudung kepala dan sepatu,
kecuali orang yang tidak memperolehi capal (sandal), maka ia boleh
memakai sepatu. Dan hendaklah dia memotong khuf sampai ke bawah mata
kaki”. (H/R Bukhari dan Muslim)
Tetapi jika tidak memperolehi kain ihram atau sandal, maka diperbolehkan
memakai seluar atau sepatu iaitu berdasarkan hadis:
“Orang perempuan tidak menutup muka (memakai niqab) dan tidak boleh
memakai sarung tangan”. (H/R Bukhari, Tirmizi dan An-Nasaii)
جلْبَا ِبهَا
ِ سدََلتْ ِإحْدَانَا
َ حنُ مَعَ رَسُ ْولِ الِ صَلّى الُ عََليْهِ وَسَلّمَ فَإِذَا حَاذَوْنَا
ْ َ كَانَ الرّكْبَانُ َيمُرّوْنَ ِبنَا وَن: ْضيَ الُ عَنْهَا قَاَلت
ِ َعنْ عَائِشَةَ ر
َ
8 - Dilarang meminang atau bernikah, sama ada untuk dirinya atau untuk
mewakili orang lain.
ّحج
َ س ْوقَ َولَ جِدَالَ فِى ا ْل
ُ ُحجّ َفلَ رَ َفثَ وَلَ ف
َ َفمَنْ فَ َرضَ فِيْ ِهنّ ا ْل
“Barangsiapa haji dan dia tidak rafs dan tidak berbuat fasik, maka dia
kembali seperti hari ketika dia baru dilahirkan oleh ibunya”. (H/R Ahmad,
Bukhari, An-Nasaii dan Ibnu Majah)
1 - Memakai sandal, capal dan tali pinggang. (Namun dilarang bagi setiap
lelaki memakai cincin emas, sama ada semasa berihram atau di luar ihram:
ِ َنهَى صَلّى الُ عََليْهِ وَسَلّمَ عَنْ خَاتِمِ الذَهَب. “Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam melarang
memakai cincin emas”. H/R Bukhari dan Muslim. Dan hadisnya lagi: ْح ُدكُم َ ََي ْعمَدُ أ
ِي يَدِه
ْ جعََل ُهمَا ِف
ْ َن نَا ٍر َفي َ “ إِلَىApakah salah seorang dari kamu sengaja mengambil
ْ ِجمْرَ ٍة م
bara dari neraka kemudian meletakkannya di tangannya?”. H/R Muslim)
“Dari Abdullah bin Hunain dari Abdullah bin Abbas dan Musawwir bin
Makhramah, iaitu ketika keduanya berselisih pendapat di Abwa’: Seorang
yang sedang ihram bolehkah mencuci rambutnya, maka dalam hal ini
Musawwir berpegang bahawa seseorang yang sedang ihram tidak boleh
membasuh rambutnya, kemudian Ibnu Abbas mengutus Abdullah bin Hunain
kepada Abu Ayyub al-Ansari untuk menanyakan hal tersebut. Pada saat
ditemui, Abu Ayyub sedang mandi bertutup pakaian. Abdullah bin Hunain
berkata: Aku memberi salam kepadanya. Dia bertanya: Siapa itu? Aku
menjawab: Aku Abdullah bin Hunain yang diutus oleh Abdullah bin Abbas
untuk menanyakan kepadamu bagaimana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-
sallam mencuci rambutnya ketika beliau ihram:
َ وَ َنحْنُ مُحْ ِرمُ ْون، تَعَالَى أُبَاقِيْكَ فِى ا ْلمَاءِ أَيّنَا أطْوَلُ نَفْسًا: ُضيَ الُ عَنْه
ِ َرَبّمَا قَالَ ِليْ عُمَرُ بْنُ ا ْلخَطّابِ ر
“Acap kali Umar bin al-Khattab berkata kepadaku: Kemarilah! Kita bersama-
sama menyelam ke dalam air siapakah antara kita yang lebih panjang
nafasnya, sedangkan ketika itu kami sedang ihram”. (H/R Al-Baihaqi. Hadis
Sahih. Lihat: Hajjatun Nabi. Nasruddin Al-Albani)
، َطتْ َيدَاي
َ ِ وََلوْ ُرب، ْ فَلْيَحكهُ وَلْيَشْ ُدد، ْ نَعَم: ْحكّ جَسَدَهُ ؟ فَقَاَلت
ُ َ أَي: ِحرِم
ْ ُعنِ الْم
َ ُسأَل
ْ ُعلَيْهِ وَسَلّمَ ت
َ ُشةَ َز ْوجَ النّ ِبيّ صَلّى ال
َ ِسَمِ ْعتُ عَائ
ُحكَ ْكت
َ َجدْ ِإلّ رِجِْليْ ل
ِ َوَلَمْ أ
ِسه
ِ ْضعٌ بِطَ ِر ْيقِ مَكّةَ فَى وَسَطِ رَا
ِ ْحيّ جَمَل( مَو
َ ِسلّمَ وَ َهوَ ُمحْ ِرمٌ )ل
َ َاِحْ َتجَمَ النّ ِبيّ صَلّى الُ عَلَيْهِ و
9 - Ihram dari Tana’im atau Ja’ranah bagi yang tinggal di Mekah atau yang
berada di Mekah, sedangkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berihram
di Mekah bagi penghuni Mekah sebagaimana sabda baginda:
Mereka yang berada di Mekah, kemudian keluar dari Mekah untuk ihram haji
adalah bertentangan dengan sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.
Tawaf ialah mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan dan dalam
keadaan Kaabah berada di sebelah kirinya. Melafazkan niat dan mengangkat
kedua tangan seperti dalam solat ketika ingin tawaf atau ketika mengusap
Hajar Aswad adalah perbuatan bid’ah. (Lihat: Zaadul Ma’ad. 1/303. Ibnu
Qaiyim) Begitu juga meletakkan telapak tangan kanan di atas punggung
tangan kiri (bersedekap) ketika tawaf (Lihat: Al-Madkhal. 1/122) adalah
perbuatan bid’ah yang tiada dalilnya dari syara.
Tawaf dimulai dari Hajar Aswad dan berakhir di Hajar Aswad. Tidak pernah
disyariatkan mandi terlebih dahulu khusus untuk mengerjakan tawaf. (Lihat:
Majmu’ah ar-Rasail al-Kubra. 2/380. Ibnu Taimiyah) Begitu juga tidak
pernah disyariatkan agar memakai sarung kaki ketika tawaf, sama ada
kerana takut terkena tahi burung, (Lihat penjelasan lanjut dalam Majmu’ah
ar-Rasail al-Kubra. 2/374. Ibnu Taimiyah) bersentuhan dengan wanita atau
sebagainya.
“Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tawaf di atas untanya, setiap kali sampai di
Hajar Aswad, baginda memberi isyarat kepadanya dengan sesuatu yang ada
pada baginda dan seterusnya bertakbir”. (H/R Bukhari)
َُالُ َاكْبَر
Atau membaca:
“Dengan Nama Allah dan Allah Maha Besar”. (H/R Al-Baihaqi 5/79 dari Ibnu
Umar. Menurut An-Nawawi dan Ibn Hajar (dalam at-Talkhis) bahawa sanad
hadis ini sahih)
Dengan ini boleh dibaca salah satu dari dua lafaz takbir di atas. Namun yang
paling rajih dan jelas ialah hanya bertakbir (ُل أ ْكبَر
ُ )أsebagaimana terdapat
dalam hadis riwayat Imam al-Bukhari.
Tiada doa, zikir atau bacaan khusus, kerana semasa tawaf, sa’i atau
melontar jamrah, tidak terdapat hadis yang sahih atau dalil yang
mensyariatkan agar membaca bacaan (zikir-zikir atau doa-doa tertentu)
khusus. Berdoa semasa tawaf adalah sunnah, bukan wajib, sama ada
semasa mengerjakan tawaf wajib atau tawaf sunnah. Boleh dibaca apa
sahaja doa yang diinginkan sebagaimana keumuman hadis di bawah ini:
ِإِنّمَا جُعِلَ الطّوَافُ بِالْبَ ْيتِ وَالسّ ْعيَ بَيْنَ الصّفَا وَا ْلمَرْوَة َورَ ْميُ الْجِمَارِ ِلقَامَةِ ِذكْرِ ال
“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta
selamatkanlah kami dari azab neraka!”. (H/R Abu Daud. No. 1892.
Dinyatakan hasan oleh Al-Albani)
Hadis di atas ini adalah hadis sahih dari jalan Abdullah bin Saib.
Berithiba’ (ُطبَاع
ِ ْ )اَلضiaitu memasukkan kain ihram di bawah ketiak sebelah
kanan, menutup bahu sebelah kiri dan tidak menutup bahu sebelah kanan.
Cara berihram seperti ini (ُطبَاع ِ ْ )َالِضhanya dilakukan semasa mengerjakan
tawaf, begitulah mengikut sunnah.
Berithiba’ selain ketika bertawaf (di luar tawaf) adalah menyalahi sunnah
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Ithiba’ hanya pada kaum lelaki
sahaja.
Selesai tawaf, hendaklah menuju ke Maqam Ibrahim untuk solat dua rakaat.
Amalan ini berdasarkan hadis:
“Dan jadikanlah maqam (tempat berdiri) Ibrahim itu sebagai tempat solat”.
(Al-Baqarah 2:125)
“Kemudian (setelah itu) baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam memilih tempat
sehingga Maqam Ibrahim terletak antara baginda dan Kaabah, kemudian
solat dua rakaat”. (H/R Baihaqi dan Ahmad)
“Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Maka pada kedua rakaat tersebut beginda
membaca masing-masing (dirakaat pertama selepas al-Fatihah baginda
membaca) ٌحد ُ َقُلْ ُهوَ الُ اdan di rakaat kedua selepas al-fatihah baginda membaca
ْ ُ”ق. (H/R Nasaii dan Tirmizi) Diriwayat yang lain: Baginda
َل يَا َأّيهَا ا ْلكَافِ ُروْن
membaca َل يَا َأّيهَا ا ْلكَافِرُوْن ْ ُ قdan kemudian membaca ٌحد
َ “ قُلْ هُوَ الُ َأ.
Setelah semua itu selesai dikerjakan, baginda menuju ke Bukit Safa (melalui
pintu Safa) (H/R Tirmizi) untuk mengerjakan sa’i antara Safa dan Marwah.
Apabila menghampiri (mendaki Bukit Safa) baginda membaca:
ُعدَه
ْ َجزَ و
َ ْ لَ إَِلهَ ِإلّ الُ َوحْدَهُ أَن، ٌشيْءٍ َقدِيْر
َ ّ لَ إِلَهَ ِإلّ الُ وَحْ َدهُ لَ شَرِ ْيكَ لَهُ لَهُ الْ ُملْكُ وَلَهُ ا ْلحَمْدُ َوهُوَ عَلَى كُل، ُلَ ِإلَهَ إِلّ الُ وَالُ أَكْ َبر
ُحزَابَ َوحْدَه
ْ َصرَ عَبْ َدهُ َوهَ َزمَ ْال َ َوَن
“Tiada tuhan yang berhak disembah, melainkan Allah dan Allah Maha Besar.
Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah sahaja, tidak ada
satupun sekutu bagiNya, bagiNya segala kekuasaan dan bagiNya segala puji.
Di atas segala sesuatu, Dia Maha Berkuasa. Tiada tuhan yang wajib
disembah melainkan Dia sahaja. Yang menunaikan janjinya, menolong
hambaNya dan mengalahkan golongan orang-orang kafir”. (H/R Nasaii, al-
Baihaqi, Ahmad, Ibnu Majah)
Tiada doa-doa khusus semasa melakukan sa’i antara Bukit Safa menuju ke
Bukit Marwah, boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang disukai, terutama
doa yang warid dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Apabila turun ke
bawah dan sampai ke tempat bertanda hijau (yang telah diberi tanda oleh
kerajaan Saudi Arabia), maka hendaklah berlari-lari anak sehingga keakhir
tanda hijau.
Setelah selesai sa’i, wajiblah bertahalul ()التّحَلّل. Bagi kaum lelaki lebih afdal
(utama) membotakkan kepalanya, boleh juga memendekkannya. Namun
tidak ada dalil dari hadis-hadis yang sahih bagi kaum lelaki yang hanya
menggunting beberapa helai sahaja dari rambutnya. Bagi kaum wanita
memadai menggunting beberapa helai sahaja dari rambutnya. Setelah
selesai tahalul, maka dihalalkan segala yang diharamkan semasa berihram.
MANASIK HAJI
Haji yang paling utama adalah tamattu’ walaupun ada haji ifrad dan haji
qiran. Tamattu’ ialah umrah dahulu dan bertahalul, kemudian berihram di
Mekah untuk haji pada tarikh 8hb Zulhijjah di hari Tarwiyah. Tahalul adalah
pembatal bagi haji ifrad atau qiran.
ٌفَحَلّ النّاسُ كُلّ ُهمْ َوقَصّرُوْا إِلّ النّ ِبيّ صَلّى الُ عََليْهِ وَسَلّمَ َومَنْ كَانَ مَعَهُ هَ ْدي
Hari yang jatuh pada tarikh 8hb. Zulhijjah dinamakan hari Tarwiyah. Pada
hari tersebut, diwajibkan berniat dan berihram (memakai ihram) untuk
menunaikan haji dari tempat tinggalnya iaitu di Mekah dengan
mengucapkan:
Atau
لَبّ ْيكَ حَجّا
Selepas itu terus bertalbiyah. Dan pada hari yang sama (8hb. Zulhijjah)
sebelum Zohor baginda sallallahu ‘alaihi wa-sallam berangkat ke Mina untuk
mabit (tidur dan bermalam) di Mina. Rasullullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam
solat Zohor, Asar, Maghrib, Isya’ dan Subuh di Mina. Solat Zohor, Asar dan
Isya’ diqasar tetapi tidak dijamak.
Sesiapa yang bersolat tamam (sempurna) atau qasar tetapi dijamak adalah
menyalahi sunnah. Mabit di Mina adalah wajib hukumnya.
ّحج
َ جرُ فَقَدْ أَ ْدرَكَ ا ْل
ْ َ فَ َمنْ َأدْ َركَ عَرَ َفةَ ِبلَيْلٍ قَ ْبلَ َأنْ يَطُْلعَ الْف، ُعرَفَة
َ ّحج
َ اَ ْل
“Haji itu adalah wuquf di Arafah, maka sesiapa yang mendapati Arafah pada
malam hari sebelum terbit fajar, sesungguhnya dia telah mendaptkan haji”.
(H/R Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, An-Nasaii dan Ibnu Majah)
“Aku wuquf di sini (Arafah) dan seluruh Arafah adalah tempat wuquf”. (H/R
Abu Daud, Nasaii, Ibnu Majah, Ahmad, Ad-Darimi dan Ibnu Jarud)
Hendaklah mengerjakan solat Zohor dan solat Asar dengan cara qasar serta
jamak taqdim di Arafah. Dan antara perkara-perkara yang dilakukan di
Arafah:
2 - Meneruskan talbiyah.
ِضرّعًا َوخِيْ َفةً َودُ ْونَ ا ْلجَ ْهرِ ِمنَ الْ َقوْل
َ َوَاذْكُرْ رّبّكَ فِى نَفْسِكَ ت
“Dan sebutlah (nama) Rabbmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan
rasa takut dan tidak mengeraskan suara”. (Al-A’raf, 205)
ِ مَا َأرَادَ َهؤُلَء: ُ وَإِنّهُ لَ َيدْنُوْ ثُمّ يُبَا ِهيْ ِبهِمُ الْ َملَئِ َكةَ فَيَقُ ْول، َعرَفَة
َ ِمَا مِنْ يَوْمٍ أَ ْكثَرُ مِنْ أَنْ يُ ْع ِتقَ الُ فِيْهِ عَ ْبدًا مِنَ النّارِ ِمنْ َيوْم
“Tidak ada satu haripun, dimana hamba Allah lebih ramai dibebaskan dari
api neraka daripada hari Arafah. Bahawa Allah Subhanahu wa-Ta’ala dekat
kepada mereka, lalu berbangga dengan mereka Malaikat-malaikatNya dan
berkata: Alangkah mulianya keinginan mereka”. (H/R Muslim)
Begitu juga, terdapat para jamaah haji yang naik dan mencari-cari masjid di
Jabal Rahmah untuk solat dua rakaat selain untuk berdoa dan mencari
barakah, perbuatan seperti itu adalah bid’ah yang boleh membawa kepada
kesyirikan. Perbuatan yang bid’ah ini dijelaskan oleh Ibn Bazz rahimahullah:
ونوع من أنواع الشرك شبيه بعمل الكفار فى، وتمسحهم بجدرانها ومهاربها والتبرك بها بدعة، توجه الناس الى هذه المساجد
الجاهلية الولى بأصنامهم
MASY’ARIL HARAM
ٌشيْءٍ َقدِيْر
َ ّعلَى ُكل
َ َ لَهُ ا ْلمُلْكُ وََلهُ الْحَ ْمدُ وَهُو،ُحدَهُ لَ شَرِ ْيكَ لَه
ْ َ َولَإَِلهَ ِإلّ الُ و، ُاَ ْلحَمْدُ لِ وَالُ َأكْبَر
Baginda terus wuquf di Masy’aril Haram sehingga fajar terbit di ufuq Timur,
(Lihat: Hajjatun Nabi saw Al-Albani) kemudian berangkat ke Mina sebelum
matahari terbit. (H/R Abu Daud, Tirmizi, Baihaqi, Ahmad. Lihat: Hajjatun
Nabi saw. Al-Albani)
Waktu mula dibolehkan melontar Jamrah Kubara atau Jamrah Aqabah ialah
sejak terbit matahari sehinggalah kewaktu malam. Namun baginda mula
melontar Jamrah Aqabah setelah matahari terbit (waktu Duha). (H/R Ibnu
Majah, Abu Daud, Nasaii, Tirmizi, Baihaqi, At-Tahawi (syarah al-Ma’ani). Ad-
Duruqutni dan Ahmad)
َُألُ َأكْبَر
Demikianlah juga pendapat Ata’, Malik, Abu Thaur dan Abu Yusuf. (Riwayat
Ahmad. Lihat: Al-Mughni 3/439. Ibn Qudamah)
Pada hari Nahar iaitu 10hb. Zulhijjah, para jamaah haji hendaklah
melakukan perkara-perkara tersebut (Inilah pendapat yang rajih dari Imam
an-Nawawi dan mazhab Syafi’iyah):
Melontar Jamrah Aqabah dengan tujuh ketul batu-batu kerikil yang kecil
setelah matahari terbit. Baginda telah bersabda:
Masih boleh juga melontar walaupun sampai ke petang hari, bahkan pada
malam hari (Lihat:Al-Muhalla. Ibnu Hazm. Dan juga berdasarkan hadis
riwayat Bukhari dan selainnya) juga dibolehkan. Adapun bagi mereka yang
berhalangan kerana uzur atau lemah, maka dibolehkan melontar pada waktu
sebelum terbit matahari, iaitu berdasarkan hadis Ummu Salamah radiallahu
‘anha:
ِأَنّهَا رَ َمتِ ا ْلجَ ْمرَةَ قَبْلَ ا ْلفَجْر
“Bahawa dia melontar jamrah sebelum terbit fajar”. (H/R Abu Daud)
Adapun antara perbuatan yang wajib ditinggalkan kerana tidak ada dalilnya
dalam syara ialah amalan jamaah haji yang membaca doa selepas melontar
dengan doa yang diambil dari hadis berikut:
Mengkhususkan doa dengan membaca doa ini adalah perbuatan yang bid’ah,
kerana ini adalah hadis lemah. Hadis dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam
Sunannya 5/129. Dan Al-khatib dalam Talkhisul Mutasyabih 11/11. (Lihat:
سلسلة الحاديث الضعيفة والموضوعةNo. 1107. Al-Albani) Begitu juga Nabi sallallahu
‘alaihi wa-sallam tidak pernah membaca doa tersebut setelah melontar
jamrah.
“Maka makanlah dan ambillah dagingnya sebagai bekal. Jabir berkata: Maka
kami makan dan mengambilnya sebagai bekal sehingga kami tiba di
Madinah”. (H/R Ahmad)
ْحر
َ ْ وَمِنَى كَلّهَا مَن، َقدْ َنحَ ْرتُ هَهُنَا
“Aku menyembelih korban di sini Mina), dan seluruh Mina adalah tempat
menyembelih (penyembelihan)”. (H/R Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, At-
Tahawi, Al-Hakim dan Baihaqi. Lihat: Hajjatun Nabi saw No. 100. Albani)
Dibolehkan juga menyembelih di kawasan Mekah, (Lihat: Hajjatun Nabi saw.
(Penjelasan hadis No. 101)) kerana hadis al-Baihaqi bahawa Ibnu Abbas
radiallahu ‘anhu menyembelih di Mekah, (Lihat hadis riwayat Al-Baihaqi
5/239) iaitu berdasarkan hadis:
“Dan setiap ceruk di Mekah adalah jalan dan tempat penyembelihan”. (H/R
Abu Daud, Ahmad, At-Tahawi, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
“Orang yang lain bertanya: Apakah dibenarkan kalau saya tawaf sebelum
menyembelih korban? Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam menjawab:
Sembelihlah tidak mengapa”. (H/R At-Tahawi. Lihat: Hajjatun Nabi saw. No.
98. Albani)
“Lalu datang lagi yang lain dan berkata: Sesungguhnya saya telah
menyembelih sebelum melontar jamrah, apakah dibenarkan? Baginda
menjawab: Melontarlah tidak mengapa”. (H/R Ad-Darimi, Ibnu Majah, At-
Tahawi, Ibnu Hibban, At-Thayalisi dan Ahmad. Lihat: Hajjatun Nabi saw. No.
99. Albani)
َخ َرج
َ َ ل: َ قَال. ْط ْفتُ َقبْلَ أَنْ أَرْ ِمي
ُ : َجلُ النّ ِبيّ صَلّى الُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ وَقَال
ُ َسأَلَ ر
َ
“Seorang lelaki bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan dia
berkata: Saya tawaf (tawaf ifadhah) sebelum melontar? Maka baginda
menjawab: Tidak mengapa”. (H/R Ad-Darimi dan Ibnu Hibban)
َح َرج
َ َ إِذْ َبحْ وَل: َ حََل ْقتُ قَ ْبلَ َأنْ أَذْ َبحَ قَال: َ لَ حَ َرجَ فَسَأَلهُ َرجُلٌ َفقَال: حرِ ِبمِنَى فَيَ ُقوْل ْ ّسأَلُ يَوْمَ الن
ْ ُعلَيْهِ وَسَلّمَ ي
َ ُسوْلُ الِ صَلّى ال
ُ َكَانَ ر
َح َرج
َ َ ل: َ رَمَ ْيتُ َبعْدَ مَا أَمْسَ ْيتُ فَقَال: َفَقَال
“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah ditanya pada hari Nahar di Mina,
maka baginda bersabda: Tidak mengapa. Lalu seseorang bertanya
kepadanya seraya berkata: Saya bercukur sebelum menyembelih korban?
Maka baginda menjawab: Sembelihlah, dan tidak mengapa. Lalu seseorang
berkata: Saya melontar setelah petang? Maka Nabi bersabda: Tidak
mengapa”. (H/R Bukhari)
Tawaf haji atau tawaf ifadah. Semasa mengerjakan tawaf ifadah tidak
disunnahkan berjalan cepat.
َ لَ حَ َرج: َ طُ ْفتُ قَبْلَ َأنْ َأرْ ِميَ قَال: َصلّى الُ عَلَ ْيهِ وَسَلّمَ َوقَال
َ ّسَأَلَ َرجُلُ النّ ِبي
“Seorang lelaki bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Saya
tawaf sebelum saya melontar? Baginda menjawab: Tidak mengapa”. (H/R
Ad-Darimi dan Ibnu Hibban. Lihat: Hajjatun Nabi saw. No.96. Muhammad
Nasruddin al-Albani)
Bagi yang mengerjakan haji tamattu’, diwajibkan untuk sa’i sekali lagi
setelah selesai tawaf ifadah. Setelah tawaf ifadah dihalalkan semuanya
termasuklah bersetubuh walaupun belum melontar, menyembelih binatang
dan mecukur rambut.
Melontar yang pertama ialah pada hari Ied (Hari Raya), iaitu melontar
Jamrah Aqabah. Waktu melontar bermula dari waktu Duha sehinggalah
terbenam matahari pada hari Ied, iaitu berakhir pada terbitnya fajar.
Melontar hendaklah dengan tujuh kali lontaran dengan membaca takbir di
setiap lontaran.
Hari tasyriq ialah hari yang diwajibkan mabit (bermalam) di Mina, iaitu pada
tanggal 11hb - 12hb dan 13hb Zulhijjah. Sekurang-kurang bermalam selama
dua hari iaitu 11hb dan 12hb Zulhijjah supaya dapat melontar Jamratul Ula,
Jamratul Wusta (Saniyah) dan Jamratul Kubra (Jamratul Aqabah).
“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam melontar pada hari Nahar pada waktu
Duha, baginda melontar selepas itu (hari-hari tasyriq) ketika matahari telah
tergelincir (setelah Zohor)”. (H/R Muslim)
َح َرج
َ َ ل: َ فَقَال، ُس ْيت
َ ْ رَمَ ْيتُ بَعْدَ مَا أَم: ٌفَسَأَلَ َرجُل
Bagi Jamaah yang bermalam sehingga tiga malam dan melontar pada tiga
hari (hari ke13 Dzulhijjah) pula dinamakan Nafar Thani.
Dan sesiapa yang pulang ke Mekah pada hari ke 11 Dzulhijjah, bererti dia
telah mengurangi jumlah melontarnya yang wajib dilakukan pada hari ke12
Dzulhijjah. Oleh itu wajib baginya menyembelih korban di Mekah untuk
orang-orang miskin, bertaubat dan beristighfar kerana pulang ke Mekah
sebelum waktunya.
ِأُ ِمرَ النّاسُ أَنْ يَ ُكوْنَ آخِرُ عَ ْهدِ ِهمْ بِالْبَ ْيتِ ِإلّ َأنّهُ خُ ّففَ عَنِ ا ْلحَائِض
“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak berjalan cepat pada tawaf wada’
dan begitu juga pada tawaf ifadah”. (H/R Bukhari dan Muslim)
ٍلَ ُيحِلّ لِ ْمرَأَةٍ تُسَافِرُ مَسِ ْيرَةَ يَوْمٍ َولَيْلَةٍ إِلّ مَع ذِيْ َمحْ َرم
ٍ َولَ تُسَا ِفرُ الْمَ ْرأَةُ إِلّ مَعَ ذِيْ َمحْرَم، ٍحرَم
ْ َجلٌ بِامْرََأةٍ ِإلّ وَمَ َعهَا ذُوْ م
ُ َلَ َيخْلُ َونّ ر
ٍحرَم
ْ َلَ تَسَا ِفرُ امْرََأةٌ ِإلّ مَعَ ذِيْ م
Larangan musafir bagi wanita di hadis ini adalah umum, termasuklah dalam
larangan tersebut ialah musafir untuk menunaikan haji. Hadis-hadis di atas
ini diperkuat lagi dengan hadis tentang seorang sahabat yang dibatalkan
oleh baginda untuk berperang kerana wajibnya menemani isterinya
menunaikan haji. Yang mana dia berkata kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam: Wahai Rasulullah, sesungguhnya isteriku menunaikan haji dan
aku berkewajipan dalam berperang serta demikian dan demikian! Maka
baginda bersabda:
“Maka pergilah kamu, dan tunaikanlah haji bersama isterimu”. (H/R Bukhari
dan Muslim)
Hadis ini sebagai dalil yang menunjukkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wa-sallam melarang wanita berpergian walaupun untuk menunaikan haji jika
tanpa ada mahram bersamanya. Wallahu ‘alam.
MENZIARAHI MADINAH
Ziarah ke Madinah tidak wajib dan tidak termasuk dalam rukun atau syarat
sahnya haji atau umrah. Tetapi niatkan menziarahi Madinah kerana Masjid
Nabawi, kerana itulah yang sewajarnya yang diutamakan apabila ke
Madinah. Kerana terdapat hadis-hadis sahih yang menjelaskan tentang
kemuliaan masjid Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam di Madinah sehingga
dituntut agar rehlah (berpergian) ke sana sebagaimana baginda bersabda:
صلَةٍ فِى
َ ِضلُ ِمنْ مِائَةِ أَ ْلف
َ ْحرَامَ أَف
َ ْسجِدِ ال
ْ َلةٌ فِى الْم
َ َ وَص، َصلَةٍ فِ ْيمَا سِوَاهُ ِإلّ الْ َمسْجِدَ ا ْلحَرَام
َ ِسجِدِيْ هَذَا خَ ْيرٌ مِنْ أَ ْلف
ْ َلةٌ فِى م
َ َص
سجِدِيْ هَذَا ْ َم
“Solat di masjidku ini lebih baik daripada solat di masjid lainnya, kecuali
Masjid al-Haram. Dan solat di Masjid al-Haram lebih utama seratus kali solat
di masjidku ini”. (H/R Ahmad dan Ibnu Hibban dengan sanad yang sahih)
Apabila menziarahi Masjid Nabawi, maka disyariatkan agar solat dua rakaat
di Raudhah, kemudian mengucapkan salam kepada Nabi sallallahu ‘alaihi
wa-sallam dan dua sahabat baginda, iaitu Abu Bakar dan Umar radiallahu
‘anhuma sebagaimana disyariatkan ziarah ke Baqi’ serta para syuhada.
Disunnahkan memberi salam dan berdoa:
ِمَنْ زَارَ ِنيْ بِا ْلمَدِيْ َنةَ مُحْتَسِبًا ُك ْنتُ لَهُ شَفِ ْيعًا وَشَهِ ْيدًا لَهُ يَوْمَ ا ْلقِيَا َمة
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya dari jalan Anas bin Malik, tetapi
hadis ini lemah kerana terdapat di dalam sanadnya Sulaiman bin Zaid al-
Ka’bi, dia seorang yang lemah ()وهو ضعيف الحديث. Hadis ini dari sanad ‘Amr.
Diriwayatkan oleh Abu Daud at-Tayalisi dari jalan Umar, tetapi di dalam
sanad-sanadnya terdapat orang yang majhul ()وفى اسناده مجهول.
“Barangsiapa yang pergi haji ke Baitullah dan tidak ziarah kepadaku, maka
dia telah mengkasariku”.
(1). Hadis diriwayatkan oleh Imam Daruqutni, beliau berkata: Pada sanad
hadis ini ada kecacatan, iaitu pada Muhammad bin Nu’man bin Syabil al-
Bahili dari bapanya, keduanya (bapa dan anaknya) sangat lemah. Hadis ini
adalah hadis lemah, bahkan hadis palsu atau hadis tipu ()مكذوب.
(3). Menurut imam az-Zahabi rahimahullah, bahawa hadis ini adalah hadis
palsu. Ditegaskan dalam Al-Mizan. 111/237.
(5). Menurut Al-Albani bahawa hadis ini adalah palsu ()موضوع. (Lihat: سلسلة
الحَديث الضعيفة والموضوعةNo. 45. Al-Albani)
Hadis ini dari sanad Abdullah bin ‘Amr, tetapi didapati sangat lemah kerana
di dalam sanadnya terdapat Muhammad bin Nu’man bin Syabil al-Bahili dari
ayahnya. Keduanya (Muhammad bin Nu’man dan ayahnya) sangat lemah
sebagaimana dijelaskan di atas.
ْ َفكَأَنّمَا زَارَ ِنيْ فِى حَيَا ِتي، َْمنْ زَارَ ِنيْ َبعْدَ مَوْ ِتي
Hadis ini diriwayatkan oleh Daruqutni, Abu Ya’la (dalam Musnad) dan Ibnu
‘Adi (dalam Kamil). Hadis ini lemah kerana dalam sanadnya terdapat Hafsah
bin Daud yang mana dia terlalu lemah dalam hadis. Dan dalam sanad hadis
ini terdapat orang yang majhul.
ِلةً لَيَفُ ْوتَهُ صَلَةٌ كُ ِتبَ َلهُ َبرَاءَ ةٌ ِمنَ النّارِ وَ َنجَاةٌ ِمنَ الْعَذَابِ وَبَرِىءٌ مِنَ النّفَاق
َ َجدِيْ أَرْبَ ِعيْنَ ص
ِ َْمنْ صَلّى فِى مَس
Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad 111/115 dan Tabrani dalam al-Mu’jamul
Ausat 11/125. Sanadnya dari Abdur Rahman bin Abi Razaq, dari Nabith bin
Amr, dari Anas bin Malik.
Berkata al-Albani rahimahullah: Sanad rawi hadis ini lemah, sebab Nabith
tidak dikenal oleh para Muhaddisin (Ahli Hadis) kecuali dalam riwayat ini.
(Lihat: سلسلة الحاديث الضعيفة والموضوعةNo. 364. Al-Albani)
Adapun hadis yang sahih ialah solat 40 hari, bukan 40 waktu, iaitu hadis:
ٍ وَ ُهوَ أَ ْفضَلُ مِنْ سَبْعِ ْينَ حَجّةً فِى غَيْرِ جُ ُمعَة، ِعرَ َفةَ ِإذَا وَا َفقَا يَوْمُ ا ْلجُمُ َعة
َ ُأَ ْفضَلُ اْ َليّامِ يَوْم
“Hari yang paling utama adalah hari Arafah, iaitu apabila bertepatan dengan
hari Jumaat, ia lebih utama daripada tujuh puluh kali haji yang tidak pada
hari Jumaat”.
Menurut Syeikh al-Albani rahimahullah: Hadis ini adalah hadis batil, tidak
ada sumbernya. Az-Zaila’i berkata dalam Hasyiyati Ibnu Abidin 11/384,
diriwayatkan oleh Razin bin Muawiyah dalam kitab Tajrid as-Sihah. (Lihat:
سلسلة الحاديث الضعيفة والموضوعةHadis No. 207. Al-Albani)
Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Isnin, Disember 10, 2007 1 ulasan
Label: Haji dan Umrah
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan
menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia
Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang
bertaubat)." (Surah al-Mulk, 2)
"Maksud 'amalan yang lebih baik' ialah yang paling ikhlas dan paling benar. Mereka
bertanya: Wahai Ali (nama gelaran untuk Fudhail bin ‘Iyaadh)! Apakah yang
dimaksudkan dengan paling benar dan yang paling ikhlas? Jawab Fudhail bin ‘Iyaadh:
Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas tetapi tidak benar nescaya
tidak akan diterima dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar tetapi tidak ikhlas
juga tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar. Yang
dimaksudkan dengan ikhlas ialah amal itu kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan
benar ialah amal itu di atas dasar sunnah.” (Dinukil daripada kitab al-Masaa-il
(Masalah-Masalah Agama), karya Abdul Hakim bin Amir Abdat, Darul Qalam, Jakarta
2002, jilid 2, ms. 258)
Tambahan pula Rasulullah s.a.w. merupakan contoh teladan yang terbaik kepada
seluruh umat Islam. Hal ini adalah sebagaimana firman Allah S.W.T:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang
baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan
baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam
masa susah dan senang). (al-Ahzaab, 21)
“Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amalan (ibadat) bukan menurut cara kami (yang
tsabit) maka ia adalah tertolak.” (Sahih Muslim, 1718)
Oleh itu sewajarnya dalam melaksanakan ibadat korban bersempena dengan perayaan
Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya untuk mencontohi sunnah-sunnah Nabi
s.a.w.
Pertamanya, dalam persoalan hukum ibadah korban ini, para ulama telah berselisih
pendapat dalam hal kewajiban penyembelihan binatang korban. Tetapi menurut
pendapat yang lebih kuat (rajih) adalah hukumnya wajib bagi setiap orang Islam yang
berdaya (mampu) untuk berkorban. (Lihat: احكام العيدينhlm. 26. Ali Hasan Ali Abdul
hamid) Ini bermakna setiap muslim yang berkemampuan wajib menunaikan kewajipan
korban di setiap kali menjelangnya Aidil Adha (Hari Raya Korban).
Berkorban hanya sah dilakukan setelah selesai solat Hari Raya ‘Idil Adha atau di hari-
hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam
bersabda:
Allah Azza wa-Jalla telah memerintahkan agar orang-orang beriman berkorban setelah
menjelangnya ‘Idil Adha (Hari Raya Korban). Kewajipan berkorban telah disyariatkan sejak
zaman Nabi Ibrahim ‘alaihis salam. Umat Islam diperintahkan agar mengikut millah (agama)
Nabi Ibrahim sebagaimana seruan Allah Azza wa-Jalla di dalam firman-Nya:
َشرِكِ ْين
ْ ُحنِيْفًا وَمَاكَانَ مِنَ الْم
َ َُثمّ َأوْحَيْنَآ إَِليْكَ أَنِ اتّ ِبعْ مِلّةَ إِبْرَاهِيْم
“Kemudian Kami wahyukan kepadamu hendaklah mengikut millah (syariat) Ibrahim yang
berdiri teguh atas jalan yang benar, dan bukanlah dari golongan orang-orang yang menyekutukan
Allah”. (An-Nahl, 123)
Perintah Allah Tabaraka wa-Ta’ala menunjukkan tentang wajibnya berkorban, sehingga Nabi
Ibrahim ‘alaihis salam sanggup menyembelih anak kesayangannya kerana mentaati dan
menunaikan perintah Allah Azza wa-Jalla kepadanya. Allah berfirman:
َظرْ مَاذَا َترَى قَالَ يَا أَ َبتِ افْعَلْ مَا ُتؤْمَرُ سَ َتجِدُ ِنيْ ِإنْ شَآءَ الُ ِمن
ُ ْحكَ فَان
ُ َفََلمّا َبلَغَ مَ َعهُ السّ ْعيَ قَالَ يَا بُ َنيّ إِ ّنيْ َأرَى فِى الْمَنَامِ أَ ّنيْ َأذْب
َالصّا ِبرِيْن
“Maka tatkala anak itu (Ismail) sampai pada umur sanggup berusaha bersama-sama Ibrahim,
Ibrahim berkata: Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku
menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Ia menjawab: Hai bapaku, kerjakanlah apa
yang diperintahkan kepadamu, insya Allah kamu akan mendapati aku termasuk orang-orang
yang benar!”. (As-Saffat, 37:102)
Jika Nabi Ibrahim ‘alaihis salam sanggup mengorbankan satu-satunya anak yang tersayang, Nabi
Ismail pula sanggup mengorbankan nyawanya yang tak ternilai kerana taat menunaikan perintah
Allah dan cintanya kepadaNya, maka dimana bukti cinta seseorang yang mengaku beriman
terhadap Rabbnya, mengapa tidak mengorbankan sedikit dari hartanya, iaitu dengan
menyembelih seekor binatang korban di ‘Idil Adha.
Antara dalil-dalil syara’, fatwa dan pendapat para ulama Salaf as-Soleh yang mewajibkan
berkorban setelah ada berkemampuan ialah:
ْحر
َ ْصلّ ِلرَبّكَ وَان
َ َف
“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah kamu”. (Al-Kausar, 2)
Menurut Rabi’ah, Al-Auza’i, Abu Hanifah, al-Laith dan sebahagian para pengikut Malikiyah
bahawa berkorban hukumnya adalah wajib bagi setiap ahli keluarga yang mampu. (Lihat: (1).
Bidayah al-Mujtahid. 1/314. Ibn Asyd. (2). Al-Fikhul Islami wa-Adillatuhu. Juz 3/595-597. Dr.
Wahbad az-Zuhaili) Antara dalil-dalil mereka yang menunjukkan wajibnya berkorban kepada
sesiapa yang berkemampuan ialah:
ْحر
َ ْصلّ ِلرَبّكَ وَان
َ َف
“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah kamu”.
ٌضحِيَة
ْ ُعَلَى ُكلّ َأهْلِ بَ ْيتٍ أ
“Diatas setiap ahli bait (ketua keluarga) hendaklah ada sembelihan (korban/udhiyah)”. (Hadis
Riwayat Ahmad, Ibnu Majah. Hakim (disahihkan oleh beliau))
صلّنَا
َ ُ فَلَ يَ ْقرَبَنّ م، ّضح
َ ُ مَنْ َوجَدَ سَعَةً َفلَمْ ي: َضيَ الُ عَ ْنهُ قَال
ِ َعنْ َأ ِبيْ هُ َريْرَةَ ر
َ
“Barangsiapa yang mendapati dirinya mempunyai kelapangan/kemampuan (rezeki untuk
berkorban), lalu dia tidak mahu berkorban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat solat
kami”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Darqutni, Hakim dan sanadnya hasan. Lihat: Fathul
Bari, jld. 10/5. Hadis Mauquf lihat: Bulughul Maram, 1349 dan Ahkam al-I’dain, hlm. 26)
Telah dijelaskan dalam kibab Subulus Salam tentang maksud hadis di atas ini bahawa:
“Hadis ini menunjukkan bahawasanya seseorang dianggap telah meninggalkan suatu kewajipan
(korban) yang seolah-olah (baginya) tidak ada manfaatnya, walaupun dia bertaqarrub kepada
Allah (solat tetapi sayangnya) dia meninggalkan kewajipan itu (korban)”. (Lihat: Subulus Salam,
4/169)
ٍعنْ سَ ْبعَة
َ َعنْ سَبْ َعةٍ وَالْبَ َقرَة
َ َحدَيْبِيَةِ ا ْلبُدْنَة
ُ ْعلَيْهِ وَسَلّمَ بِال
َ ُ َنحَرْنَا مَعَ رَسُ ْولِ الِ صَلّى ال: َضيَ الُ عَنْهُ قَال
ِ َعنْ جَابِرٍ ر
َ
“Dari Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Kami telah menyembelih korban bersama Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam di Hudaibiyah, iaitu unta untuk tujuh orang dan lembu untuk tujuh
orang”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
“Saya tidak suka terhadap seseorang yang mampu untuk menyembelih binatang (korban) lalu dia
meninggalkannya (tidak melakukannya)”. (Lihat: 2/38 الموطأ. Imam Malik. Syarah al-Muwatha:
Tanwir al-Hawalik)
Sebahagian ulama berpendapat bahawa hukum berkorban adalah sunnah, bukan wajib. Inilah
antara pendapat Imam Syafie rahimahullah. Namun setiap kata-kata dan pendapat boleh diterima
dan ditolak, kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.
Menyembelih binatang korban hanya boleh dilakukan setelah selesai solat Hari Raya. Tidak
dihukum sebagai ibadah korban bagi sesiapa yang menyembelih sebelum selesainya solat Aidil
Adha. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
ٍحم
ْ َ ِتلْكَ شَاةُ ل: َ قَال. ْ نَعَم: ََأقَبْلَ الصّلَةِ ؟ قَال
“Baginda bertanya apakah (disembelih) sebelum solat? Ia menjawab: Ya! Baginda bersabda: Itu
adalah daging kambing (sedekah) yang bukan kambing korban”.
ُ َفاِنّمَا ُهوَ َلحْمٌ َقدّمَه، َ وَمَنْ ذَ َبحَ قَبْلَ َذلَك، فَ َمنْ فَ َعلَ َذلَكَ فَ َقدْ َأصَابَ سُنّ َتنَا، َحر
َ َجعُ فَن
ِ ْ ثُمّ َنر، ِْانّ أَوّلَ مَا نَ ْبدَأُ بِهِ فِى يَوْمِنَا هَذَا نُصَّلي
ٍشيْء
َ َلهْلِهِ لَيْسَ ِمنَ النّسُكِ فِى
“Sesungguhnya perkara yang pertama yang kita mulakan pada hari ini (Hari Raya Korban) ialah
kita solat, kemudian menyembelih (binatang korban). Maka sesiapa yang melakukan serupa itu
dia telah mendpatkan sunnah kami. Barangsiapa yang menyembelih sebelum solat, maka
sesungguhnya sembelihan itu adalah daging yang diperuntukkan bagi keluarganya, bukan
termasuk binatang korban sedikitpun”. (Hadis Riwayat Muslim, 1961)
َمنْ كَانَ ذَ َبحَ قَبْلَ أَنْ نُصَلّي فَل ْبيَذْ َبحْ َمكَا َنهُ ُأخْرَى
“Barangsiapa yang menyembelih sebelum kami bersolat, maka hendaklah dia menyembelih
sekali lagi sebagai gantinya”.
“Ini adalah pendapat lebih dari satu sahabat Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Al-Atsram
menyebutkan antara mereka ialah: Ibnu Umar dan Ibnu Abbas radiallahu anhuma”. (Lihat:
Zaadul Ma’ad. 2/319)
Pendapat mereka ini ialah berpandukan kepada hadis-hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
Sesiapa yang menyembelih dengan niat untuk berkorban selepas hari-hari yang dinyatakan di
atas, iaitu setelah berlalunya hari Tasyrik, maka tidak lagi terhitung sebagai ibadah korban,
kerana hari Tasyriq telah luput, maka sembelihannya hanya dikira sebagai sedekah, tidak
dihukum sebagai ibadah korban.
“Janganlah kalian menyembelih kecuali setelah mencapai usia musinnah (usia yang cukup bagi
unta, lembu, dan kambing). Namun apabila mengalami kesukaran, maka sembelihlah binatang
yang telah mencapai usia jadza’ah (usia yang cukup) dari domba (kibas).” (Hadis Riwayat
Muslim)
Oleh kerana tidak ada ketentuan syar’i berkenaan batasan usia, maka terjadilah perbezaan
pendapat di kalangan ulama. Akan tetapi pendapat yang paling banyak dipilih dari kalangan
mereka adalah sebagaimana berikut; Unta 5 tahun, lembu 2 tahun, kambing 1 tahun, dan kibas
(domba) 6 bulan. Pendapat ini dipilih oleh Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah di dalam asy-
Syarhul Mumti’, 7/460.
Haiwan yang ingin dijadikan korban tidak boleh cacat atau ada kekurangan, seperti kurus,
pincang (tempang), berpenyakit, buta walau sebelah mata, hilang telinga, tanduk atau kakinya.
Syarat-syarat ini berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
ّ اَ ْلكَبِيْرُ الّ ِتيْ لَ تُنْقَى أَيْ لَ ُمخ، وَا ْلعَرْجَاءُ الْبَيّنُ ضَلْ ُعهَا، وَالْ َمرِيْضَةُ الْ َبيّنُ مَ َرضُهَا، عوْرَهَا
َ ُ اَلْ َعوْرَاءُ ا ْلبَيّن، ْحي
ِ جوْزُ فِى اْلَضَا
ُ َأَرْ َبعٌ لَ ت
َلهَا
“Empat (jenis binatang) yang tidak dibolehkan dalam berkorban: Buta sebelah yang jelas
butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang (pincang) yang jelas bengkoknya, yang tidak berdaya
berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus)”. (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu
Hibban dan Hakim)
Hadis-hadis di bawah ini adalah hadis-hadis lemah. Walaupun sebahagian besar masyarakat
Islam masih mengamalkan dan menerimanya sebagai hujjah dalam menunaikan ibadah korban,
namun yang sebenarnya ia sama sekali tidak boleh dijadikan dalil/hujjah dan tidak boleh
diamalkan untuk beribadah korban. Antara hadis-hadis berikut ialah:
جفًا
ْ َشيّعَةُ الّ ِتيْ لَ َتتْبَعُ الْ َغنَمُ ع
َ ُ وَالْم، خقُ عَيْ ُنهَا
َ ْ وَالْ َبخْقَاءُ الّ ِتيْ تُب، وَالْمُسْ َتأْصَلَةُ الّ ِتيْ ذَ َهبَ َقرْنُهَا ِمنْ َأصْلِهَا، خهَا
ُ صمَا
َ ْأُذُ ُنهَا حَتّى يَبْ ُدو
ِضحّ بِه
َ : َعلَيْهِ وَسَلّمَ فَقَال
َ ُسأَ ْلتُ النّ ِبيّ صَلّ ال
َ َ ف، َحيْ ِبهِ فَعَدَ الذّءْ بُ فََأخَذَ اْ ِللْيَة
ّ َاِشْ َترَ ْيتُ كَبْشًا أُض
“Saya membeli seekor kambing untuk berkorban, lalu serigala menerkamnya dan membaham
punggungnya, kemudian aku tanyakan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, baginda
bersabda: berkorbanlah dengannya”. (Hadis ini dilemahkan oleh Syeikh Muhammad
Nashiruddin al-Albani. Lihat: Daif Ibnu Majah no. 679)
Oleh kerana hadis-hadis di atas adalah lemah, maka binatang yang sengaja dipotong tanduknya,
ekornya atau diberitanda (ditindik) di telinganya kerana sebab-sebab tertentu yang tidak dapat
dielakkan, maka ia dibolehkan untuk dijadikan binatang korban.
Adapun binatang yang cacat sejak dilahirkan, dicacatkan tanpa ada sebab atau dicacatkan oleh
gigitan binatang buas, maka ia tidak boleh dijadikan ibadah korban.
1 - Semua yang terlibat dengan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan
memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
“Maksudnya (dari larangan tersebut) ialah: Dilarang memotong kuku dengan gunting dan
sebagainya. Dilarang menggunting (memotong) rambut sama ada membotakkan (mencukur),
memendekkannya, mencabutnya, membakarnya atau selainnya. Termasuk dalam hal ini
(dilarang) memotong bulu ketiak, misai, bulu kemaluan dan bulu yang ada di seluruh badan”.
(Lihat: Syarah Muslim 13/138)
“Sesiapa yang melanggar larangan ini (mengunting rambut dan memotong kuku pent.),
hendaklah memohon ampun kepada Allah dan tidak ada fidyah baginya, sama ada disengajakan
atau terlupa”. (Lihat: Al-Mughni 11/96)
صدّ ُقوْا
َ َخرُوْا وَت
ِ ّ وَاد، ُكلُوْا: َصلّى الُ عَلَ ْيهِ َوسَلّمَ قَال
َ َّأنّ النّ ِبي
“Bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Makanlah (dagingnya), simpanlah (jika ada
yang lebih) dan bersedekahlah”. Hadis Riwayat Bukhari 5569. Muslim 197)
طيَ فِى
ِ ْ َولَ ُأع، ِ َوحِلََلهَا عَلَى ا ْلمَسَا ِكيْن، جلُوْ َدهَا
ُ َ و، حوْمَهَا
ُ ُ وََأنْ ُأقْسِمَ ل، ِعلَيْهِ وَسَلّمَ َأنْ أَقُ ْومَ عَلَى بُدْ ِنه
َ ُسوْلُ الِ صَلّى ال
ُ ََأمَرَ ِنيْ ر
جزَرَتِهَا شَ ْيئَاَ
“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam memerintahkan aku untuk menyemblih binatang
korbannya dan membahagi-bahagikan dagingnya, kulitnya dan alat-alat yang melindungi
tubuhnya. Dan tidak memberi (sebagai upah) tukang sembelih sedikitpun dari korban tersebut”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Menurut pendapat jumhur ulama, setiap yang bermanfaat yang datangnya dari tubuh binatang
korban tidak boleh diperjualbelikan. Tukang sembelih yang diupah untuk menyembelih tidak
mendapat daging korban dan tidak boleh diupah dengan daging korban, tetapi yang dia dapat
hanyalah upah dari yang berkorban sebagaimana yang dijelaskan melalui hadis di atas.
Untuk memperlihatkan syi’ar Islam, maka disunnahkan agar menyembelih di musalla (di tanah
lapang yang digunakan untuk solat). Ini berdalilkan hadis dari Ibnu Umar radiallahu ‘anhu dari
Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
صلّى
َ ُحرُ بَالْم
َ ْأَنّهُ كَانَ يَذْ َبحُ وَيَن
“bahawasanya baginda menyembelih dan berkorban di Musalla”. (Hadis Riwayat Bukhari)
Hendaklah menyembelih dengan pisau yang tajam, tidak boleh menggunakan pisau yang
diperbuat daripada tulang. Ketika hendak menyembelih ucapkanlah: Bismillahi wallahu Akbar (
ُ)بِسْمِ الِ وَالُ َأ ْكبَر. Baringkanlah binatang korban pada sebelah sisi kirinya agar mudah memEgang
pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri,
sebagaimana hadis Rasulullah:
ُ َويُسَمّى وَيُكَبّرُ وَيَضَع، ِ َأقْرَ َنيْن، ِ َأمْلَحَ ْين، ِضحّي بِكَ ْبشَيْن
َ ُسلّمَ كَانَ ي
َ َ أَنّ النّ ِبيَ صَلّى الُ عَلَيْهِ و، ُضيَ الُ عَ ْنه
ِ َعنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ر
َ
حهِمَا
ِ صفَا
ِ رِجْلَ ْيهِ عَلَى
“Dari Anas radiallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyembelih dua
ekor kibasy yang bagus dan bertanduk. Baginda mengucapkan basmalah dan bertakbir serta
meletakkan kakinya di samping lehernya”. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Selain menggunakan pisau yang tajam semasa menyembelih, maka disyariatkan agar mencontohi
cara atau sifat penyembelihan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, iaitu membaca “Bismillahi
Allahu Akbar”, kerana menurut riwayat yang sahih baginda membacanya ketika menyembelih
binatang korban. Antara hadis-hadis yang menjelaskan demikian ialah:
ِ بِسْم: َ فَقَال، ُ فََلمّا انْصَ َرفَ أُ ِتيَ ِبكَبْشٍ فَذَ َبحَه، ضحَى
ْ َسوْلِ الِ صَلّى الُ عَلَ ْيهِ وَسَلّمَ عِ ْيدَ ْال
ُ َ صَلَ ْيتُ مَعَ ر: َعنْهُ قَال
َ ُضيَ ال
ِ عَنْ جَابِرٍ َر
ُالِ وَالُ أَكْ َبر
“Dari Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Aku bersolat ‘Idil Adha bersama Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam, setelah selesai solat, didatangkan kepadanya seekor kibas, maka baginda
menyembelihnya dan membaca: Bismillahi Wallaahu Akbar”. (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud
dan Tirmizi)
Nabi s.a.w. pernah menyuruhku untuk menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian
menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya, dan aku tidak memberi apa pun
kepada tukang sembelih dari haiwan korban tersebut. Dan dia mengatakan: “Kami memberinya
dengan harta kami sendiri.” (Hadis Riwayat Muslim, 1317)
Seekor binatang korban, sama ada kambing atau lembu, boleh dikongsi pahalanya untuk dirinya,
untuk orang-orang yang dalam tanggungannya dan untuk kesemua ahli keluarganya walaupun
hanya berkorban dengan seekor kambing. Kerana seorang ketua keluarga mewakili seluruh
keluarganya apabila dia berkorban. Ini berdasarkan hadis:
ضحّي
َ ُعلَيْهِ وَسَلّمَ ؟ ِانْ كَانَ الرّجُلُ ي
َ ُعهْدِ رَسُ ْولُ الِ صَلّى ال
َ سَأَ ْلتُ أَبَا أَيّ ْوبَ ْالَنْصَارِي كَ ْيفَ كَا َنتِ الضّحَايَا عَلَى: ٍقَالَ عَطَاءُ ْبنُ يَسّار
ِطعِمُ ْون
ْ ُعنْ أَ ْهلِ بَ ْيتِهِ فَيَ ْاكُلُ ْونَ وَي
َ َبِاالشّاةِ عَ ْنهُ و
“Berkata Ata bin Yasar: Aku bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansari bagaimana sifat sembelihan
dimasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam? Beliau menjawab: Jika seseorang berkorban
seekor kambing, maka untuk dia dan semua keluarganya. Kemudian mereka makan dan memberi
makan dari korban tersebut”. (Hadis Rriwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah, Malik dan al-Baihaqi.
Dengan sanadnya yang hasan)
Namun, tidak ada larangan jika setiap individu dalam sebuah keluarga berkorban seekor kambing
setiap seorang. Wallahu ‘alam, walhamdulillahi, was-salatu was-salamu ‘ala Rasulullah.
Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Khamis, November 22, 2007 1 ulasan
Label: Ibadah Korban
Isbal (ُسبَال
ْ ِ ) ْاَلbermaksud: “Melabuhkan pakaian (seperti seluar, jubah, kain
sarung dan semua jenis pakaian) sehingga menutup buku lali (mata kaki).
Atau pakaian labuh yang menyentuh bumi (mencecah tanah) sehinggga
diseret.
َحبّ الْمُسْبِِليْن
ِ الَ لَ ُي .
“Dari Mughirah radiallahu ‘anhu berkata: Aku melihat Rasulullah sallallahu
‘alaihi wa-sallam memegang pakaian Sufiyan bin Sahl dan baginda
bersabda: Wahai Sufyian! Janganlah engkau berisbal, kerana Allah tidak
menyukai orang-orang yang berisbal” (Dikeluarkan oleh (1) Ibn Majah
2/1183 No. 3575. (2) An-Nasaii dalam Al-Kubra dan Tuhfatul Asyraf. (3) Ibn
Hibban dalam Sahihnya 7/397 No. 5418. (4) Ahmad dalam Musnadnya
4/246. 253. (5) Ibn Abi Syaibah 8/207)
، ُسبِل
ْ ُ اَلْم: َ َمنْ هُمْ يَا رَسُ ْولَ الِ؟ قَال، خَابُوْا وَخَسِ ُروْا: ّ قَالَ اَبُوْ ذَر. ٍلثَ مَرّاة
َ َسلّمَ ث
َ َسوْلُ الِ صَلّى الُ عَلَيْهِ و
ُ َ فَقَ َراَهَا ر: َعَذَابٌ َالِيْمٌ قَال
Had Isbal
، ِ يَا عَ ْبدَ ال: َ فَقَال. ٌعلَيْهِ وَسَلّمَ وَفِى اِزَارِيْ اسْ ِترْخَاء
َ ُسوْلِ الِ صَلّى ال
ُ َ َمرَ ْرتُ عَلَى ر: َضيَ الُ عَنْ ُهمَا قَال
ِ َعمَرٍ ر
ُ ِعنْ عَ ْبدِ الِ بْن
َ
ُ لَ َينْظُرُ الُ ِالَى َمنْ جَرّ اِزَارَه، ِ َفمَااَسْ َفلَ مِنْ ذَِلكَ فَفِى النّار. ِ َولَ جُنَاحَ فِيْمَا بَيْ َنهُ وَبَ ْينَ الْكَ ْعبَيْن، ِصفِ السّاقَ ْين
ْ ِاِزَارَةُ الْمُ ْؤمِن اِلَى ن: ُيَ ُقوْل
بَطرًا .
“Dari ‘Ala bin Abdulrahman dari bapanya berkata: Aku bertanya kepada Abu
Saied tentang kain (pakaian). Maka beliau berkata: Aku khabarkan dengan
ilmu, aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
Pakaian seorang mukmin sehingga pertengahan dua betis. Tidak mengapa di
antara betis dan maka kaki. Maka apa yang di bawah mata kaki maka dia di
neraka, Allah tidak melihat orang yang melabuhkan pakaiannya dengan
megah (sombong)” (Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya jld. 4/303.
No. 4093. Ibn Majah 2/1183. No. 3573. Malik dalam Mu’ta hlm. 914-915.
Ahmad dalam Musnad jld.2. No. 6, 31, 44, 52 dan 97. Ibn Abi Syaibah dalam
Musanaf 8/244. Al-Humaidi dalam Musnadnya 2/323. No. 737. Al-Baihaqi
dalam Sunan al-Kubra 2/244. Dan al-Bagawi dalam Syarah as-Sunnah
12/12)
Jika bersolat dalam keadaan isbal (berpakaian labuh) kerana lupa (tidak
disedari), tidak disengajakan atau dalam keadaan marah, maka tidak ada
hukum baginya (sah solatnya). Ini berdasarkan beberapa hadis Rasulullah
terutamanya tentang cara pakaian baginda dalam solat semasa kesiangan:
Melalui hadis di atas, jelaslah bahawa hanya orang yang tidak perasan (tidak
sedar), marah dan terlupa yang tidak berdosa jika berpakaian isbal,
termasuklah semasa mengerjakan solat, kerana ia berlaku tanpa ada
maksud atau dirancang.
َخيْلَة
ِ َحبّ الْم
ِ ُ وَِانّ الَ لَ ي، ِخيْلَة
ِ َ َفاِنّهَا ِمنَ الْم، ِ وَاِيّاكَ وَاِسْبَالَ اْلِزَار، ِ فَِانْ اَبَ ْيتَ َفاِلَى الْ َكعْبَيْن، ِصفِ السّاق
ْ ِوَارْ َفعْ اِزَارَكَ اِلَى ن .
“Tinggikanlah kainmu sehingga pertengahan betis, jika tidak mahu berbuat
seperti itu, maka (angkatlah) ke paras mata kaki, takutilah olehmu dari
mengisbalkan kain, kerana yang demikian itu termasuk kesombongan dan
sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong”. (Lihat: Riadhus
Solihin. 2/869. Imam Nawawi. H/R Abu Daud dengan isnadnya yang sahih.
Dan diriwayatkan juga oleh Imam Turmizi. Beliau mengatakan bahawa ini
adalah hadis hasan sahih)
ٌسبِل
ْ ُ اِنّهُ كَانَ ُيصَلّى وَهُوَ م: َ قَال، ُس َكتّ عَ ْنه
َ ّسوْلَ الِ مَالَكَ اَمَ ْرتَهُ اَنْ يَتَوَضّاَ ُثم
ُ َ يَا ر: ٌ َفقَالَ لَهُ َرجُل. ْ ِاذْ َهبْ فَتَوَضّا: ُ فَقَالَ َله، َجَاء
ٍجلٍ مُسْبِل
ُ َصلَةَ ر
َ ُ وَِانّ الَ لَيَقْ َبل، ُِازَا َره .
“Dari Abu Hurariah radiallahu ‘anhu berkata: Diketika seorang lelaki solat
dalam keadaan labuh (mencecah bumi/isbal) kainnya, maka Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda kepadanya: Pergilah berwuduk,
kemudian (setelah berwuduk) dia datang semula. Kemudian Rasulullah
berkata kepadanya: Pergilah berwuduk. Maka berkata seorang lelaki lain
kepada Rasulullah: Wahai Rasululla! Engkau menyuruhnya berwuduk
kemudian engkau diam (tidak menerangkan sebabnya). Maka Baginda
bersabda: Sesungguhnya dia bersolat dengan keadaan iabal (kainnya labuh
menutupi mata kaki/mencecah tanah), sesungguhnya Allah tidak menerima
solat lelaki yang isbal (melabuhkan) pakaiannya”. (Dikeluarkan oleh Abu
Daud 1/419-420 No. 638. Baihaqi dalam Sunan al-Kubra 2/241. Berkata an-
Nawawi: Sesungguhnya hadis ini menurut syarat Muslim, lihat: Riyadhus
Solihin hlm. 278. Lihat: استيفاء القوال فى تحريم السبال على الرجلhlm. 27 oleh As-San’ani)
ٍحرَام
َ َفِى حَلّ وَل .
“Dari Ibn Masoud radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Sesiapa yang mengisbalkan kainnya
dalam solatnya dengan megah, maka dari Allah tiada lagi yang halal dan
haram”. (Dikeluarkan oleh Abu Daud 1/419. No. 637. At-Tabrani dalam
Majma al-Kabir 9/315, 10/284. Abu Daud at-Tayalisi No. 351. Al-Baihaqi
2/242)
Perhatian:
Sarung kaki atau jaurab (stoking) tidak dikatogerikan sebagai pakaian isbal.
Ini bererti sesiapa yang memakai sarung kaki atau sepatu yang menutup
mata kaki tidak dianggap berisbal. Persoalan ini telah dibincangkan oleh
para ulama fiqh (fukaha).
Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Sabtu, Ogos 04, 2007 0 ulasan
Label: Isbal, Penampilan
Isnin 23 Jul 2007
LARANGAN ISBAL [MELABUHKAN PAKAIAN HINGGA MENUTUP MATA
KAKI]
LARANGAN ISBAL [MELABUHKAN PAKAIAN HINGGA MENUTUP MATA
KAKI]
Isbal ertinya melabuhkan pakaian hingga menutupi mata kaki, dan hal ini
terlarang secara tegas baik karena sombong maupun tidak. Larangan isbal
bagi laki-laki telah dijelaskan dalam hadits-hadits Rasulullah shallallahu
'alaihi wa sallam yang sangat banyak, maka selayaknya bagi seorang muslim
yang telah redha Islam sebagai agamanya untuk menjauhi hal ini. Namun
ada sebagian dari kalangan yang dianggap berilmu, menolak larangan isbal
dengan alasan yang rapuh seperti mendakwa andainya tidak sombong maka
dibolehkan?! Untuk lebih lanjut, berikut dipaparkan perkara yang
sebenarnya tentang isbal agar menjadi pelita bagi orang-orang yang mencari
kebenaran. Amin. Wallahul Musta'an.
'Ubaid bin Khalid Radhiyallahu ‘anhu berkata: “Tatkala aku sedang berjalan
di kota Madinah, tiba-tiba ada seorang di belakangku sambil berkata,
"Tinggikan sarungmu! Sesungguhnya hal itu lebih mendekatkan kepada
ketakwaan." Ternyata dia adalah Rasulullah. Aku pun bertanya kepadanya,
"Wahai Rasulullah, ini Burdah Malhaa (pakaian yang mahal). Rasulullah
menjawab, "Tidakkah pada diriku terdapat teladan?" Maka aku melihat
sarungnya hingga setengah betis”.[Hadits Riwayat Tirmidzi dalam Syamail
97, Ahmad 5/364. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Mukhtashor Syamail
Muhammadiyah, hal. 69]
Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata: “ Walhasil, ada dua keadaan bagi laki-laki;
dianjurkan iaitu menurunkan sarung hingga setengah betis, boleh iaitu
hingga di atas kedua mata kaki. Demikian pula bagi wanita ada dua
keadaan; dianjurkan yaitu menurunkan di bawah mata kaki hingga
sejengkal, dan dibolehkan hingga sehasta” [Fathul Bari 10/320]
Pertama:
Kedua:
Ketiga:
“Dari Abu Hurairah bahwasanya Nabi bersabda: "Apa saja yang di bawah
kedua mata kaki di dalam neraka." [Hadits Riwayat Bukhari 5797, Ibnu
Majah 3573, Ahmad 2/96]
Keempat:
Kelima:
Keenam:
Berkata Syakh Al-Albani rahimahullah: “Hadits ini sangat jelas sekali bahwa
kewajiban seorang muslim hendaklah tidak menjulurkan pakaiannya hingga
melebihi kedua mata kaki. Bahkan hendaklah ia meninggikannya hingga
batas mata kaki, walaupun dia tidak bertujuan sombong, dan di dalam
hadits ini terdapat bantahan kepada orang-orang yang isbal dengan
sangkaan bahwa mereka tidak melakukannya karena sombong! Tidakkah
mereka meninggalkan hal ini demi mencontohkan perintah Rasulullah
shallallahu 'alaihi wa sallam terhadap Ibnu Umar?? Ataukah mereka merasa
hatinya lebih suci dari Ibnu Umar?” [Ash-Shahihah: 4/95]
Berkata Syaikh Bakr Abu Zaid:” Dan hadits-hadits tentang pelarangan isbal
mencapai derajat mutawatir makna, tercantum dalam kitab-kitab shohih,
sunan-sunan, ataupun musnad-musnad, diriwayatkan dari banyak sekali
oleh sekelompok para sahabat. Beliau lantas menyebutkan nama-nama
sahabat tersebut hingga dua puluh dua orang. Lanjutnya: “ Seluruh hadits
tersebut menunjukkan larangan yang sangat tegas, larangan pengharaman,
karena di dalamnya terdapat ancaman yang sangat keras. Dan telah
diketahui bersama bahwa sesuatu yang terdapat ancaman atau kemurkaan,
maka diharamkan, dan termasuk dosa besar, tidak dihapus dan diangkat
hukumnya. Bahkan termasuk hukum-hukum syar'i yang kekal
pengharamannya."[Hadd Tsaub Wal Uzroh Wa Tahrim Isbal Wa Libas
Syuhroh, hal. 19]
Menyelesihi sunnah termasuk perkara yang tidak bisa dianggap mudah dan
ringan, karana kewajiban setiap muslim untuk mengamalkan setiap sendi
dien dalam segala perkara baik datangnya dari Al-Qur’an atau Sunnah.
Berdasarkan hadits yang sangat banyak berisi ancaman neraka [2], bagi
yang melabuhkan pakaiannya, baik karena sombong taupun tidak.
Dari Khorsyah bin Hirr berkata: “Aku melihat Umar bin Khaththab, kemudian
ada seorang pemuda yang melabuhkan sarungnya melalui di hadapannya.
Maka Umar menegurnya seraya berkata: “Apakah kamu orang yang haidh?”
pemuda tersebut menjawab: “Wahai amirul mukminin apakah laki-laki itu
mengalami haidh?” Umar menjawab; “Lantas mengapa engkau melabuhkan
sarungmu melewati mata kaki?” kemudian Umar minta diambilkan guting
lalu memotong bagian sarung yang melebihi kedua mata kakinya”. Kharsyah
berkata: “Seakan-akan aku melihat benang-benang di ujung sarung itu”
[Hadits Riwayat Ibnu Syaibah 8/393 dengan sanad yang shohih, lihat Al-
Isbal Lighoiril Khuyala, hal. 18]
Akan tetapi laa haula wal quwwata illa billah, zaman sekarang yang
dikatakan sebagai modern, kebanyaknnya telah berpakaian terbalik, yang
laki-laki melabuhkan pakaianya menyerupai wanita dan tidak terlihat darinya
kecuali wajah dan telapak tangan!, yang wanita membuka pakaianya hingga
terlihat dua betisnya bahkan lebih dari itu. Yang lebih tragis lagi terlontar
cemuhan dan ejekan kepada laki-laki yang memendekkan pakaiannya
karena mencontoh Nabi dan para sahabat. Manusia zaman sekarang
memang aneh, mereka mencela dan mengejek para wanita yang
memanjangkan jilbabnya karena taat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan
Rasulnya, akhirnya kepada Allah kita mengadu” [Al-Isbal Lighoiril Khuyala
hal. 18]
Tidak ragu lagi syari’at yang mulia ini telah memberikan batas-batas
berpakaian, maka barangsiapa yang melebihi batasnya sungguh ia telah
belebih-lebihan.
Orang yang isbal tidak aman dari najis, bahkan kemungkinan besar najis
menempel dan mengenai sarungnya tanpa ia sadari, Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya: Naikkan sarungmu karena hal itu lebih menunjukkan ketakwaan
dalam lafazh yang lain lebih suci dan bersih” [Hadits Riwayat Tirmidzi dalam
Syamail 97, Ahmad 5/364, dishohihkan oleh Al-Albani dalam Mukhtashar
Syama’il Muhammadiyyah hal. 69]
Jawaban:
Berkata Syaikh Al-Albani: “Dan termasuk perkara yang aneh, ada sebagian
orang yang mempunyai pengetahuan tentang Islam, mereka berdalil
bolehnya memanjangkan pakaian atas dasar perkatan Abu Bakar ini. Maka
aku katakan bahwa hadits di atas sangat jelas bahawa Abu Bakar
sebelumnya tidak memanjangkan pakaiannya, sarungnya selalu melonggar
tanpa kehendak dirinya dengan tetap berusaha untuk selalu menjaganya.
Maka apakah boleh berdalil dengan perkataan ini sementara perbezaannya
sangat jelas bagaikan matahari di siang hari dengan apa yang terjadi pada
diri Abu Bakar dan orang yang selalu memanjangkan pakaiannya? Kita
memohon kepada Allah keselamatan dari hawa nafsu. (As-Shahihah 6/401).
Kemudian Syaikh berkata di tempat yang lain: “Dalam hadits riwayat
Muslim, Ibnu Umar pernah lewat di hadapan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa
sallam sedangkan sarungnya (seluarnya) melonggar, Rasulullah menegur
Ibnu Umar dan berkata, "Wahai Abdullah, naikkan sarungmu!". Apabila Ibnu
Umar saja yang termasuk sahabat yang mulia dan utama, Nabi tidak tinggal
diam terhadap sarungnya yang melonggar (melondeh) bahkan
memerintahkannya untuk mengangkat sarung tersebut, bukankah ini
menunjukkan bahwa isbal itu tidak berkaitan dengan sombong atau tidak
sombong?! [Mukhtashar Syamail Muhammadiyyah hal. 11]
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
Jawaban:
[G]. KESIMPULAN
[1]. Isbal adalah memanjangkan pakaian hingga menutupi mata kaki, baik
karena sombong maupun tidak, dan hal ini haram dilakukan bagi laki-laki.
[2]. Batasan pakaian seorang laki-laki ialah setengah betis, dan dibolehkan
hingga di atas mata kaki, tidak lebih.
[3]. Hukum isbal itdak berlaku bagi wanita, bahkan mereka disyari'atkan
menurunkan pakaiannya hingga sejengkal di bawah mata kaki.
[4. Isbal pakaian tidak hanya sarung, berlaku bagi setiap jenis pakaian
berupa celana, gamis, jubah, sorban dan segala sesuatu yang menjulur ke
bawah.
[5]. Isbal karena sombong adalah dosa besar, oleh karena itu pelakunya
berhak tidak dilihat oleh Allah pada hari kiamat, tidak disucikan-Nya, dan
baginya adzab yang pedih.
[6]. Isbal jika tidak sombong maka baginya adzab neraka apa yang turun di
bawah mata kaki.
Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Isnin, Julai 23, 2007 0 ulasan
Label: Isbal, Penampilan
“Talqinilah orang yang sedang nazak (hendak meninggal dunia) dari kalangan kalian
dengan kalimah Laa Ilaaha Illallah (tiada ilah yang berhak disembah melainkan Allah).
Barangsiapa yang ucapan terakhirnya adalah merupakan kalimah Laa Ilaaha Illallah
pada ketika hendak meninggal dunia, maka dia akan masuk Syurga pada suatu hari
kelak walaupun sebelum itu dia perlu menerima beberapa siksaan yang mana harus
dilaluinya.”
“Barangsiapa meninggal dunia dengan tidak menyekutukan allah sedikit pun, maka dia
masuk Syurga.”
Yang dimaksudkan dengan talqin di sini adalah meminta dan mengajari orang yang
sedang nazak (sedang menghadapi saat-saat kematian) supaa mengucapkan kalimah
syahadah. Ini adalah sebagaimana hadis berikut,
“Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam pernah menjenguk salah seorang dari kaum
Anshar seraya berkata: “Wahai pakcik, ucapkanlah Laa Ilaaha Illallah”. Orang itu
bertanya, “Apakah pakcik dari sebelah ibumu atau ayahmu?” Beliau menjawab,
“Pakcik dari sebelah ibu”. Maka orang itu bertanya, “Apakah akan lebih baik bagiku
untuk mengucapkan Laa Ilaaha Illallah?” Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam menjawab:
“Ya”.” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, 3/152-154, dan 268 dengan sanad yang sahih
berdasarkan syarat Muslim)
Adapun bacaan surah Yaasiin di sebelah orang yang sudah meninggal dunia dan
menghadapkannya ke arah kiblat, tidak ada satu pun hadis yang sahih yang boleh
dijadikan dalil terhadap hal itu. Bahkan, Sa’id bin al-Musayyid menilai makruh
meghadapkan jenazah ke arah kiblat, dia berkata: “Bukankah jenazah itu seorang
Muslim?”
Dari Zur’ah bin ‘Abdirrahman, bahawasanya dia pernah menyaksikan Sa’id bin al-
Musayyib ketika dalam sakitnya, sementara yang ebrsamanya terdapat Abu Salamah
bin ‘Abdirrahman. Sa’id pun jatuh pengsan sehingga Abu Salamah memerintahkan
supaya memindahkan tempat tidurnya menghadap ke arah ka’bah. Ketika telah dia
tersedar (jaga semula), Sa’id bertanya, “Apakah kalian telah mengubah arah tempat
tidurku?” Mereka menjawab, “Ya”. Kemudian, dia melihat ke arah Abu Salamah seraya
berkata, “Aku menjangkakan hal tersebut adalah berdasarkan pengetahuanmu?” Dia
menjawab, “Aku yang telah menyuruh mereka”. Maka Sa’id menyuruh agar tempat
tidurnya dikembalikan lagi seperti sebelumnya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di
dalam kitab al-Mushannaf, 4/76, dengan sanad yang sahih dari Zur’ah)
Juga diperbolehkan bagi seseorang muslim untuk mendatangi orang kafir yang sedang
nazak hendak meninggal dunia untuk menjelaskan perihal ajaran Islam dengan
harapan dia akan memeluk Islam. Ini adalah berdasarkan kepada hadis Anas
radhiyallahu ‘anhu,
“Ada seorang remaja Yahudi yang mengabdi kepada Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam.
Suatu ketika, anak itu jatuh sakit, maka Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam datang
menjenguknya. Beliau pun duduk berdekatan kepalanya seraya berkata: “Masuklah
Islam”. Kemudian, anak itu melihat ke arah bapa-nya yang ketika itu sedang berada
bersamanya. Ayahnya berkata, “Turutilah Abul Qasim (Nabi shallahu ‘alaihi wa
sallam)”. Maka anak itu pun memeluk Islam. Setelah itu, Nabi shallahu ‘alaihi wa
sallam keluar seraya mengucapkan, “Segala Puji hanya bagi Allah yang
menyelamatkan dirinya dari api Neraka”. (Ketika anak itu meninggal dunia, beliau
berkata, “Solatkanlah sahabat kalian ini!”). (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, al-Hakim,
al-Baihaqi, dan Ahmad (3/175, 227, 260, dan 280) Tambahan di dalam kurungan itu
merupakan milik Ahmad dalam sebuah riwayat yang lain)
Rujukan: Hukum dan Tata Cara Mengurus Jenazah (Ahkamul Jana’iz), Terbitan
Pustaka Imam asy-Syafi’i (Cet. Ke-2, Dec. 2006M), oleh Sheikh Muhammad Nasiruddin
al-Albani, m/s. 33-37.
Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Khamis, Mei 15, 2008 0 ulasan
Label: Jenazah
Isnin 23 Jun 2008
105 - TIADA KAITAN ANTARA HADIS PELEPAH TAMAR DAN KONSEP
MENGHADIAHKAN PAHALA KEPADA SI MATI
TIADA KAITAN ANTARA HADIS PELEPAH TAMAR DAN KONSEP MENGHADIAHKAN
PAHALA KEPADA SI MATI
Sesetengah ulama berhujah bahawa bacaan al-Qur`an dan pahalanya sampai kepada si
mati berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-
lain, iaitu hadis baginda memacakkan pelepah tamar di atas dua buah kubur.
َعلَيْهِ وَسَلّمَ بِحَائِطٍ مِنْ حِيطَانِ الْمَدِينَةِ أَوْ مَكّةَ َفسَمِعَ صَ ْوتَ إِنْسَانَيْنِ يُ َعذّبَانِ فِي قُبُورِ ِهمَا فَقَال
َ ُّعَنْ ابْنِ عَبّاسٍ قَالَ مَرّ النّ ِبيّ صَلّى ال
النّ ِبيّ صَلّى الُّ عَلَ ْيهِ وَسَلّمَ يُ َعذّبَانِ َومَا يُعَذّبَانِ فِي كَبِيرٍ ُثمّ قَالَ بَلَى كَانَ َأحَ ُدهُمَا لَ يَسْتَ ِترُ مِنْ بَوِْلهِ وَكَانَ الْخَرُ يَمْشِي بِالنّمِيمَةِ ثُمّ َدعَا
“Daripada Ibn Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. melalui dekat salah sebuah kebun di
Madinah atau Mekah lalu baginda terdengar suara dua orang yang diseksa di dalam
kubur mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda: “mereka berdua itu diseksa. Tidaklah
mereka berdua itu diseksa kerana perkara yang besar. Kemudian baginda bersabda:
“benar sekali, salah seorang daripada mereka tidak menjaga kebersihan daripada air
kencingnya dan seorang lagi sering mengacum.” Kemudian Rasulullah s.a.w. meminta
supaya dibawakan pelepah tamar kemudian baginda membelahnya kepada dua lalu
meletakkannya pada setiap kubur itu. Baginda ditanya; Wahai Rasulullah! Mengapa
tuan berbuat demikian? Baginda menjawab: “Semoga itu akan meringankan daripada
mereka berdua selagi ia tidak kering atau sehinggalah ia kering.” (Sahih al-Bukhari,
Kitab al-Wudhu` Bab Min al-Kabair An La Yastatir Min Baulih, Muslim, Kitab al-Taharah,
Bab al-Dalil ‘Ala Najasah al-Baul, Abu Daud, Kitab al-Taharah, Bab al-Istibra` Min al-
Baul.)
Hadis ini menerangkan Rasulullah s.a.w. bersama para sahabat melalui dekat dua
kuburan lalu Allah s.w.t. mewahyukan kepada baginda tentang keadaan kedua-duanya
yang sedang diazab. Satunya, kerana tidak menjaga kebersihan semasa buang air dan
satu lagi kerana mengadu domba dan mencetuskan permusuhan. Baginda
memberitahu kepada umatnya sebagai membari amaran dan peringatan tentang
kedua-dua bentuk kesalahan ini. Dengan rasa belas kasihan, baginda menyuruh
sahabat mengambil pelepah tamar kemudian dipacakkan di atas dua kuburan itu
sebagai syafaat baginda untuk umatnya.
Di dalam satu hadis yang panjang yang diriwayatkan oleh Jabir, Imam Muslim
meriwayatkan:
ِطبَيْن
ْ َحبَ ْبتُ بِشَفَاعَتِي أَنْ يُ َرفّهَ عَ ْنهُمَا مَا دَامَ الْغُصْنَانِ ر
ْ َقَالَ ِإنّي مَ َر ْرتُ بِقَ ْبرَ ْينِ ُيعَذّبَانِ فَأ
Rasulullah s.a.w. bersabda” “Sesungguhnya aku lalu dekat dua buah kubur yang
diseksa maka aku mahu ia diberikankan syafaatku agar dihindarkan daripada kedua-
duanya selagi dua ranting itu tidak kering.” (Muslim, Kitab al-Zuhd Wa al-Riqaq, Bab
Hadith Jabir al-Tawil Wa Qissah Abi al-Yasar. ) (Muslim, no: 3013)
Hadis ini jelas menunjukkan sebab Rasulullah s.a.w. meletakkan ranting di atas kubur
iaitu sebagai syafaat dan doanya (Al-Qurtubi, al-Mufhim Li Asykala Min Talkhis Sahih
Muslim, jil. 1 hal. 553) bukan menghadiahkan pahala kepada mayat di dalamnya. Apa
yang jelas ialah baginda memohon ampun bagi pihak penghuninya. (Sila rujuk al-
Kasymiri, Faidh al-Bari ‘Ala Sahih al-Bukhari, jil. 1, hal. 311, Taqi Uthmani, Takmilah
Fath al-Mulhim Bi Syarh Muslim, jil. 6, hal. 525.) Sama ada peristiwa ini adalah sama
dengan peristiwa hadis Ibn Abbas atau tidak, kedua-duanya mempunyai ‘illah hukum
atau sebab hukum yang sama.
Peristiwa ini adalah peristiwa khusus yang tidak boleh hendak diqiyaskan kerana
hikmatnya dan sebabnya tidak dapat difikirkan kerana berkait dengan doa Rasulullah
s.a.w. dan tambahan pula ia adalah perkara ghaib, yakni kedua-duanya itu sedang
diazab dalam kubur. (Syabbir Ahmad ‘Uthmani, Fath al-Mulhim Bi Syarh Muslim, jil. 3,
hal. 93.) Oleh kerana itu, baginda tidak melakukannya kecuali untuk dua kubur ini
sahaja. Perbuatan sahabat bertanya menunjukkan bahawa ini tidak pernah dilakukan
sebelum ini dan tidak pula diperintahkan supaya diikuti oleh para sahabat. Ini
menunjukkan bahawa perbuatan ini khusus kepada baginda sebagai doa dan
syafaat nabi untuk umatnya. (Muhammad bin ‘Ali, Zakhirah al-‘Uqba Fi Syarh al-
Mujtaba, jil. 1, hal. 515)
Al-Khattabi, seorang ulama hadis yang terkenal ketika menghuraikan hadis ini di
dalam kitabnya Ma’alim al-Sunan Syarh Sunan Abi Daud menyebutkan: “Kata-kata
Rasulullah s.a.w. “semoga ia meringankan untuk mereka berdua” itu adalah dari sudut
memperolehi keberkatan daripada kesan Rasulullah s.a.w. dan doa baginda supaya
diringankan azab daripada mereka berdua. Seolah-olah baginda menjadikan tempoh
lembabnya pelepah itu sebagai had kepada doa keringanan azab itu daripada mereka
berdua bukan kerana pelepah yang basah itu mempunyai makna yang tidak terdapat
pada pelepah yang kering. Orang ramai di kebanyakan negeri menghamparkan daun
tamar di atas kubur-kubur dan saya berpendapat bahawa perbuatan mereka itu tidak
mempunyai satu dalilpun. Wa Allah A’lam.” (Ma’alim al-Sunan, jil. 1, hal. 18)
Nukilan daripada al-Khattabi menegaskan bahawa dalam masalah ini tidak boleh
dilakukan sebarang qiyas. Untuk mengatakan kelembapan atau segarnya dahan atau
pelepah tamar itu sebagai sebab ringan azab, adalah sesuatu yang tidak jelas dan
tidak konsisten. Dengan itu, ia tidak memenuhi syarat ‘illah hukum. Sekiranya perkara
ini dapat dijadikan ‘illah pasti semua mayat yang dikebumikan di bawan rimbunan
pokok atau dipenuhi dengan batu-batu akan memperolehi faedah yang besar kerana
semua itu tetap terus berzikir untuknya walaupun dia tidak beriman dan tidak pernah
beramal soleh. Tentu sekali tidak ada yang berpendapat demikian.
Oleh kerana itu, menjadikan pelepah tamar basah yang bertasbih sebagai asas qiyas
untuk memacak ranting pokok, menabur bunga dan meletakkan batu-batu di atas
kubur adalah kesimpulan hukum yang tidak menepati prinsipnya kerana tidak
memenuhi syarat ‘illah dan berlaku qiyas ma’a al-Fariq (qiyas dua perkara yang tidak
serupa). Mereka yang mengqiyaskan bacaan al-Qur`an dapat memberikan pahala
kepada si mati menggunakan qiyas ini dengan alasan bacaan al-Qur`an itu lebih mulia
dari tasbih daripada pelepah tamar itu. Sedangkan pelepah tamar yang diletakkan
oleh Rasulullah s.a.w. merupakan doa dan syafa’at baginda bukan kerana sifat
lembab dan basah yang ada padanya. Jauh sekali untuk dikatakan sebagai
menyampaikan pahala kepada si mati.
Menyalahgunakan kaedah qiyas dan meluaskan pemakaiannya dalam masalah ini tidak
akan memberikan apa-apa manfaat melainkan hanya menimbulkan pelbagai jenis
bid’ah dan khurafat dalam masyarakat. Atas alasan qiyas, orang ramai meletakkan
bunga-bunga di atas kubur serta menyirami dengan air mawar. Apabila mereka
merasakan kesegaran pelepah tamar dan bunga itu tidak berpanjangan lalu mereka
menanam pokok bunga di atas kubur serta menghias pula dengan anak-anak batu.
Tujuannya tidak lain kerana menyangka semuanya itu akan memberi manfaat kepada
si mati. Padahal hanya iman dan amal sahaja yang berguna. Disedari ataupun tidak,
mereka telah menyerupai amalan Kristian dalam upacara kematian mereka!
Selain itu, mengkhususkan benda hidup sahaja bertasbih adalah tidak tepat kerana
segala yang ada di langit dan di bumi, semuanya bertasbih dan menyebut-nyebut
nama Allah sama ada ianya lembab atau kering.
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa
mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih Dengan
memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia
adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (al-Isra`: 44)
Ayat ini menunjukkan bahawa segala sesuatu itu bertasbih, dan semuanya itu
bertasbih bagi Allah dan memuji-muji kebesaran-Nya bukannya mengucapkan tasbih
untuk orang yang meninggal dunia. Ini bermakna, segala makhluk yang bertasbih tidak
ada kaitan dengan manusia yang telah meninggal dunia.
Mengapa Rasulullah s.a.w. memacak pelepah tamar di dua buah kubur itu sedangkan
batu-batu, tanah dan pasir yang ada di situ juga bertasbih kepada Allah. Jawabnya ini
adalah syafa’at dan doa baginda. Inilah sebabnya mengapa baginda tidak memacakkan
kepada kubur-kubur yang lain.
Justeru, kita mengatakan, sebagai umat Rasulullah s.a.w., kita hanya perlu meminta
ampun dan berdoa untuk mayat sebagaimana yang diajarkan oleh baginda dalam
hadis-hadis yang lain tanpa perlu melampaui petunjuk baginda. Bahaya paling besar
apabila meninggalkan sunnah ialah terjerumusnya kita dalam bid’ah. Ini kerana tidak
ada satupun riwayat yang sahih menyuruh kita menghadiahkan pahala kepada orang
yang meninggal dunia dan ia tidak pernah dilakukan oleh generasi sahabat dan tabi’in.
Kesimpulannya, hukum ini tidak umum dan tidak boleh diqiyaskan kepada kes orang
lain. (Taqi Uthmani, Takmilah Fath al-Mulhim Bi Syarh Muslim, jil. 6, hal. 525.,
Abdullah Al Bassam, Taysir al-‘Allam Syarh ‘Umdah al-Ahkam, jil. 1, hal. 60) Begitu
juga tidak ada riwayat yang menunjukkan bahawa sahabat-sahabat lain ada
melakukannya kecuali yang apa diriwayatkan daripada Buraidah bin al-Husaib bahawa
beliau mewasiatkan supaya meletakkan dua pelepah tamar di atas kuburnya.
Perbuatan Buraidah ini tidak boleh dijadikan hujah kerana alasan-alasan berikut:
Pertama, ini adalah pendapat peribadi beliau dalam keadaan sahabat-sahabat yang
utama tidak melakukannya dan hanya beliau seorang sahaja.
Kedua, beliau melakukan ini hanya semata-mata untuk mengikut sunnah Rasulullah
s.a.w. yang pernah melakukan begitu. Ikutan ini dinamakan sebagai ittiba’ suri iaitu
mengikuti sunnah secara zahir bukan sunnah yang disyariatkan.
Sheikh Muhammad Tahir berkata: “Adapun perkara yang berlaku berhubung seorang
sahabat secara jarang-jarang atau tidak biasa dan tidak diketahui oleh kebanyakan
mereka, maka perbuatan itu sama ada berdasarkan kepada ijtihad peribadi atau hadis
yang didengarinya (dan diketahuinya) itu kemudian telah mansukh dalam keadaan dia
tidak mengetahuinya. Sesungguhnya ittiba’ atau ikutan yang diperintahkan ialah
sahabat dengan lafaz jamak iaitu ashab yang disandarkan kepada kata nama khas yang
menunjukkan keumuman yang sebenar, yakni semua sekali atau keumuman menurut
adat iaitu kebanyakan sahabat mana kala yang lain berdiam diri. Begitu juga lafaz
qarni (kurunku) bermaksud perkara yang tersebar di kurun tersebut.” (Usul al-Sunnah
Li Radd al-Bid`ah, hal.64)
Ketiga, Buraidah tidak pernah berniat berbuat demikian untuk melepaskan diri dari
azab kubur, kerana sebagai sahabat yang pernah menyertai Bai’ah Ridwan, beliau
meyakini hanya iman dan amalan soleh sahaja yang dapat menolong seseorang
menyelamatkan diri dari azab Allah.
Apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. kepada dua kubur merupakan isyarat dan
alamat kepada doa dan syafa’at baginda sebagaimana berlaku doa baginda kepada
Abu Hurairah supaya mempunyai ingatan yang kuat dengan selendang yang dilipat
kemudian diletakkan di dadanya.
ُعَنْ َأبِي هُ َريْرَةَ قَالَ قُ ْلتُ يَا رَسُولَ الِّ إِنّي أَسْمَعُ مِنْكَ حَدِيثًا كَثِيرًا َأنْسَاهُ قَالَ ابْسُطْ رِدَا َءكَ فَبَسَطْ ُتهُ قَالَ فَ َغ َرفَ بِيَ َديْهِ ثُمّ قَالَ ضُمّهُ فَضَ َممْتُه
Begitu juga baginda berdoa untuk Mahmud bin al-Rubayyi’ dengan cara berkumur
kemudian menghembuskan kumuran itu sebagai keberkatan daripada baginda.
ٍسلّمَ مَجّةً َمجّهَا فِي وَجْهِي وَأَنَا ا ْبنُ خَمْسِ سِنِينَ مِنْ َدلْو
َ َعَنْ مَحْمُودِ بْنِ الرّبِيعِ قَالَ عَقَ ْلتُ مِنْ النّ ِبيّ صَلّى الُّ عَلَيْهِ و
Daripada Mahmud bin al-Rubayyi` katanya: “Saya masih lagi ingat semburan
Rasulullah s.a.w. ke muka saya dari bekas air ketika saya berumur lima tahun.” (Al-
Bukhari, Kitab al-‘Ilm, Bab Mata Yasihhu Sama’ al-Shaghir)
Doa yang disertakan ‘sentuhan’ tangan Rasulullah s.a.w. mempunyai kesan yang
sangat mendalam kepada para sahabat dan ini tidak lain menunjukkan perkara ini
khusus dengan baginda. Jika diteliti dalam kitab-kitab hadis tentu banyak lagi
peristiwa yang sama ditemui.
Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Isnin, Jun 23, 2008 1 ulasan
Label: Kenduri Tahlil
Jumaat 07 Sep 2007
025 - Beberapa Petikan Daripada Beberapa Kitab Yang Lain Berkenaan
Kenduri Arwah
Beberapa Petikan Daripada Beberapa Kitab Yang Lain
Berkenaan Kenduri Arwah (Bahagian Ke-3)
Yang Pertama:
Hadith yang sahih dikeluarkan oleh Abu Daud, A1-Tarmizhi dan Ibnu Majah
dari Abdullah bin Jafar, beliau berkata, “Apabila tiba berita kematian Ja’far
(bin Abi Talib), Nabi bersabda:
Yang Kedua
Hadith Jarir bin Abdullah r.a, Maksudnya: “Kami mengira perhimpunan orang
ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannya
adalah dari ratapan kematian”
Diriwayatkan oleh Ahmad b. Hanbal dan Ibnu Majah dengan isnad yang
sahih.
Kedua-dua buah Hadith yang dipaparkan itu adalah terdiri dari Hadith-Hadith
sahih. Hadith sahih amat tinggi martabatnya di mana ia menjadi sumber
hukum yang kedua selepas kitab suci Al-Quran. Perbincangan di kalangan
Imam-Imam mujtahid dan ulamak-ulamak agung dari empat mazhab
mengenai hukum menjamu makan selepas kematian adalah pada asalnya
berdasarkan kepada dua Hadith berkenaan.
Maksudnya Aku suka jiran si mati atau orang yang mempunyai pertalian
keluarga dengannya (keluarga jauh) memberikan makan kepada ahli mayat
yang mengenyangkan mereka pada hari malamnya kerana itu adalah sunnah
dan ingatan (zikir) yang mulia dan ianya perbuatan golongan yang baik-baik
sebelum dan selepas kita, kerana apabila tiba berita kematian Jafar,
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Buatlah kamu makanan kepada keluarga Ja’far
kerana telah menimpa mereka perkara yang mengharukan”.
Maksudnya: “Aku benci diadakan ma`tam iaitu perhimpunan, walaupun
tidak ada tangisan kepada mereka, kerana sesungguhnya perbuatan itu
memperbaharui dukacita dan membebankan makanan”.
Setengah daripada perbuatan bid’ah yang makruh apa yang dibuat oleh
manusia sekarang ialah melakukan penyembelihan ketika turunnya mayat
dari rumah, ataupun semasa mayat berada di kubur. Hukumnya bid’ah dan
makruh menyediakan makanan kepada mereka yang berkumpul untuk
memberi takziah, dihidangkan makanan untuk mereka seperti dilakukan
(menjamu makanan) di majlis-majlis atau perayaan kerana kegembiraan.
Jika memberi makan kepada orang ramai selepas suatu kematian sedangkan
pewaris itu belum cukup umur, maka hukumnya haram. Sebagaimana
diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah dari Jarir bin Abdullah
beliau berkata : “Kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si
mati dan membuat makanan selepas pengkebumiannya adalah dari ratapan
kematian”.
Antara bid’ah yang diharamkan ialah ahli si mati menjamu makanan kepada
orang yang memberikan takziah atau memberikan makan kepada fakir
miskin selepas mengiring jenazah, pada hari Khamis, pada hari ketiga, pada
hari keempat puluh dan tahunan. Tetapi yang sunnahnya sahabat handai
dan jiran tetangga memberikan makanan kepada ahli si mati kerana Hadith
Nabi bersabda: “Hendaklah kamu memberikan makanan kepada ahli Ja’far,
sesungguhnya telah menimpa mereka perkara yang mengharukan”.
Diriwayatkan oleh Tarmidhi dan selainnya dengan sanad yang sahih.
(i) Hukumnya bid’ah dan rnakruh jika dibuat kenduri makan selepas
kematian dan dijemput orang ramai supaya memakan makanan itu, sama
ada jamuan itu diberi sebelum mayat dikebumikan atau selepas
dikebumikan..
(ii) Hukumnya juga makruh dan bid’ah kepada sesiapa yang menerima
jemputan itu dan menghadirinya.
“Dan makruh lagi bid’ah bagi yang kematian memperbuat makanan yang
diserukannya manusia atas memakan dia dahulu daripada menanam dia dan
kemudian daripadanya seperti yang telah teradat dan demikian lagi makruh
lagi bid’ah bagi segala mereka yang diserunya perkenankan seruan”.
(i) Hukumnya makruh dan dicela oleh syarak bila keluarga si mati memberi
makan kepada orang ramai sebelum atau selepas dikebumikan mayat.
(iii) Hukumnya makruh dan dicela oleh syarak apa yang dinamakan kaffarah
dan wahsyah iaitu berhimpun dan berkumpul dengan memberi makan
kepada orang ramai di malam pertama selepas pengebumian mayat, tujuh
hari, dua puluh hari, empat puluh hari dan sebagainya seperti yang telah
dijelaskan.
(i) Keluarga si mati memasak makanan dan menghimpun orang ramai dan
menjamu mereka makanan itu tidak ada sedikit pun sandaran riwayat yang
boleh di pegang dan diikuti dari Nabi s.a.w dan dari sahabatnya.
(ii) Hukumnya bid’ah dan makruh jika keluarga si mati memasak dan
mengumpulkan orang ramai dan menjamu mereka, kerana berpandukan
Hadith Jarir bin Abdullah katanya, “Kami rnengira perhimpunan orang ramai
kepada keluarga si mati dan mereka (keluarga) membuat makanan selepas
pengebumian mayat adalah daripada perbuatan ratapan kematian”.
(iii) Yang sunnah dan sunat ialah kaum kerabat si mati yang jauh, jiran
tetangga dan sahabat handainya memasak dan menjamu kepada ahli atau
keluarga si mati sekadar mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya.
Bantahan Hadis
“Daripada ‘Asim bin Kulaib daripada seorang lelaki daripada kaum Ansar, dia
berkata:
Kami telah keluar bersama Rasullullah s.a.w. pada suatu jenazah, maka aku
melihat Rasulullah s.a.w. memesankan kepada penggali kubur, beliau
berkata; Lebarkanlah dari bahagian dua kakinya dan bahagian kepalanya.
Maka manakala Nabi pulang, datang seorang memanggilnya dari pihak isteri
si mati (da’I imra’tihii], maka nabi memperkenankannya dan kami pun
bersama-sama beliau lalu di hidangkan makanan. Kemudian Nabi
meletakkan tangannya kepada makanan itu dan begitu juga orang banyak
lalu mereka makan dan kami melihat Rasullullah s.a.w. mengunyah sesuap
dalam mulutnya”. (Abu Daud dan Baihaqi)
Jawab:
Dalam kitab yang sama (Mizatul Iktidal) juga disebutkan Imam Ibn Madiniy
berkata bahawa ‘Asim bin Kulaib adalah orang yang kita tidak dapat
berhujah dengan dia apabila sesuatu hadis itu dia saja yang
meriwayatkannya (Koleksi Hadis-Hadis Hukum 6: 258-259). Maksudnya,
kalau ada satu riwayat dari jalan ‘Asim bin Kulaib itu dan tidak ada riwayat
melalui jalan lain, maka riwayat atau hadis itu tidak boleh menjadi alasan.
Dengan kata lain hadis yang diriwayatkan dari ‘Asim adalah lemah dan tidak
boleh dijadikan alasan sesuatu hukum.
“Bahawa bukan menjadi suatu kebiasaan bagi para Salaf as-Soleh apabila
mereka mengerjakan solat-solat sunnah, berpuasa, haji dan membaca al-
Quran lalu pahalanya dihadiahkan kepada orang yang telah mati”
Penarikan semula Syeikhul Islam Ibn Taimiyah terhadap fatwa beliau yang
pada asalnya membolehkan (boleh menghadiahkan pahala bacaan al-Quran
kepada si Mati), kemudian beliau mengharamkannya, kenyataan ini boleh
ditemui di dalam kitab Imam fiqh yang bermazhab Syafie Ali Abdul al-Kafi
as-Subki. Lihat: “Takmilatul Majmu” - شرح مهذب تكملة المجموعjld. 10 hlm. 417.
Adapun hadis yang menyuruh agar dibacakan ayat al-Quran kepada orang
yang nazak atau orang mati terutamanya surah Yasin adalah hadis lemah. Di
dalam sanadnya terdapat seorang yang bernama Saad yang dikenali sebagai
Abu Uthman. Dia tidak diketahui keadaannya ()مجهول الحال. Hadis yang
dimaksudkan ialah:
ِْاقْ َرؤُوْهَا عَلَى مَوْتَاكُم
"Bacakanlah oleh kamu (surah Yasin) ke atas orang yang hampir mati dari
kalangan kamu". Hadis Riwayat Abu Daud (2714) al-Janaiz. Ibn Majah
(1438). Hadis lemah.
"Dan orang-orang yang datang sesudah mereka itu akan berkata: Wahai
Tuhan kami! Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman
sebelum kami". (al-Hasyr 59: 10)
"Ya Tuhan kami! Berilah keampunan kepadaku dan kedua ibu bapaku dan
sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab." (Ibrahim 14: 41)
رواه البخارى ومسلم.ٌّمَنْ اَحْ َدثَ فِىْ اَمْ ِرنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِ ْنهُ فَهُوَ َرد.
"Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam urusan (agama) kami ini
sedangkan ia bukan (dari kami) maka ia tertolak". (Bukhari dan Muslim)
ّمَنْ صَنَعَ اَ ْمرًا عَلَى غَ ْيرِ َامْرِنَا فَهُوِ رَد
Barangsiapa yang mencipta suatu urusan (agama) yang bukan atas suruhan
kami, maka ia tertolak (bid’ah)".
.
ِمَنْ كَ َذبَ عََليّ ُمتَعَمّدًا فَلْيَتَ َبوّأ مَقْ َعدُهُ مِنَ النّار
"Sesiapa yang berbuat dusta (pembohongan) atas (nama)ku, maka
hendaklah dia bersiap untuk menerima tempat duduknya dari api neraka".
Tidak ada penetapan masa, hari, tempat dan cara beribadah kecuali yang
telah ditetapkan oleh al-Quran dan dicontohkan oleh Nabi Muhammad
sallallahu 'alaihi wa-sallam. Apa pun jenis amal sama ada berdoa atau
membaca al-Quran apabila diubah-suai dan diadakan beberapa peraturan,
maka ia termasuk bid'ah lebih-lebih lagi apabila dikhususkan untuk orang
mati.
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu tauladan (contoh ibadah)
yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan
(kedatangan) hari kiamat serta dia banyak mengingati Allah". (al-Ahzaab
33: 21).
Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Jumaat, September 07, 2007 0 ulasan
Label: Kenduri Tahlil
024 - HUKUM MEMBACA AL-QUR’AN BERAMAI-RAMAI (BERJEMA’AH)
DAN MENGIRIM PAHALA BACAAN
HUKUM MEMBACA AL-QUR’AN BERAMAI-RAMAI (BERJEMA’AH) DAN
MENGIRIM PAHALA BACAAN (Bahagian Ke-Dua - Bab Tinjauan
Terhadap Tahlilan)
Al-Quran bukan untuk dibacakan kepada si Mati, kerana orang mati tidak
mampu mendengar perintah al-Quran, firman Allah: “Sesungguhnya kamu
tidak dapat menjadikan orang-orang mati itu mendengar”. (An-Naml:
27:80).
“Tdak sama orang yang hidup dan orang yang mati, sesungguhnya Allah
memberikan pendengaran kepada siapa yang dikehendakiNya dan kamu
sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang dalam kubur mendengar”.
Ibn Abbar berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w bertanya: Ya
Rasulullah! Ibuku telah meninggal sedangkan dia masih berhutang puasa
sebulan belum dibayar, apakah boleh aku membayarnya untuk ibuku?
Baginda menjawab: Andaikata ibumu menanggung hutang apakah engkau
yang membayarnya? Beliau menjawab: Ya! Maka baginda bersabda: Hutang
kepada Allah lebih patut dibayarnya”.
“Dari ‘Aisyah berkata: Bahawasanya seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w
dan berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku telah mati mendadak, sehingga dia
tidak berkesempatan untuk berwasiat dan saya rasa andaikan ia mendapat
kesempatan berkata tentu dia berwasiat. Adakah ia mendapat pahala jika
aku bersedekah untuknya? Baginda menjawab: Ya!”.
Ibn Abbas berkata: Seorang perempuan Juhainah datang kepada Nabi s.a.w
bertanya: Ibuku nazar akan mengerjakan haji, tetapi dia meninggal sebelum
menunaikan nazarnya, boleh aku menghajikannya? Baginda menjawab: Ya,
hajikan untuknya! Bagaimana sekiranya ibumu menanggung hutang, apakah
engkau yang membayarnya? Bayarlah hak Allah, kepada Allah lebih layak
orang membayarnya".
Ibnu Abbas berkata: Seorang lelaki menemui Nabi Muhammad s.a.w lalu
bertanya: Ayahku telah meninggal dan belum mengerjakan haji, apakah
boleh aku menghajikannya? Baginda menjawab: Bagaimana jika ayahmu
meninggalkan hutang, apakah kamu yang membayarnya? Jawabnya: Ya!
Baginda bersabda: Maka hajikanlah untuk ayahmu".
Ibn Abbas berkata: Ibu Sa'ad bin 'Ubadah meninggal sedang Sa'ad tidak
ada. Lalu Sa'ad berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku meninggal diwaktu aku
tidak ada di rumah, apakah kiranya berguna baginya jika aku bersedekah?
Baginda menjawab: Ya! Berkata Sa'ad: Saya persaksikan kepadamu bahawa
kebun kurma yang berbuah itu sebagai sedekah untuknya".
Dari Ibn Abbas: Seorang wanita suku Khasy'am menemui Nabi Muhammad
lalu bertanya: Ya Rasulullah! Kewajipan Allah atas hambaNya berhaji telah
menimpakan ayahku yang sangat tua sehingga tidak dapat berkenderaan,
apakah boleh aku menghajikannya? Baginda menjawab: Ya boleh! Dan
pertanyaan ini terjadi ketika haji al-Wada'.
Dari Abi Hurairah: Ada seorang lelaki menemui Nabi dan berkata: Ayahku
telah meninggal, dia meninggalkan harta dan tidak berwasiat, maka apa
berguna baginya jika aku bersedekah untuk dia? Jawab baginda: Ya!".
Menurut Ibn Kathir ayat ini bermaksud: "Sebagaimana tidak dipikulkan dosa
orang lain begitu juga ia tidak mendapat ganjaran melainkan apa yang telah
ia kerjakan sendiri".
Imam Ibnu Jarir at-Tabari menjelaskan: "Tidak diseksa seseorang itu dengan
sesuatu seksaan jika ia tidak mengerjakan dosa tersebut, dan tidak diberi
ganjaran di atas amal soleh untuk orang yang tidak mengerjakannya ".
Menurut jumhur ulama tafsir, terutamanya Ibn Abbas: “Telah berkata ‘Aisyah
ketika mendengar hal tersebut: Cukuplah bagi kamu ayat al-Quran. Bahawa
kamu tidak (dipertanggung-jawabkan) untuk memikul dosa orang yang
lain". H/R Bukhari dan Muslim.
"Kamu tidak akan diberi balasan kecuali apa yang telah kamu kerjakan".
(as-Saffat 37:39)
"Baginyalah apa yang dia kerjakan dan atasnyalah apa yang dia usahakan".
(al-Baqarah: 2:286).
"Sesiapa yang kafir maka dia sendirilah yang menanggung kekafirannya dan
sesiapa yang beramal soleh maka untuk diri mereka sendiri". (Ar-Rum:
30:44).
"Sesiapa yang melakukan kejahatan maka dia tidak akan dibalas melainkan
sebanding dengan kejahatan". (Al-Mukmin 40:40).
"Sesiapa beramal secara yang bersesuaian dengan hidayah, sesungguhnya
dia telah berbuat untuk dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat, kesesatan itu
bagi dirinya sendiri. Seseorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa
orang lain". (al-Isra’ 17:15)
"Hendaklah kamu takut kepada satu hari yang tidak boleh seseorang
melepaskan sesuatu apa pun dari seseorang yang lain". (Al-Baqarah 2: 123)
"Pada hari tidak seorang pun teraniaya sedikit juapun dan tidak dibalas pada
kamu melainkan apa yang kamu telah kerjakan". (Yasin 36: 54)
"Hai manusia! Hendaklah kamu takut kepada satu hari (di akhirat) yang (di
dalamnya) tidak boleh seseorang bapa melepaskan (sesuatu apa pun) dari
anaknya dan tidak pula anaknya boleh melepaskan sesuatu apa dari
ayahnya". (Luqman 31: 33)
"Sesiapa yang bekerja keras (di dunia) maka tidak lain melainkan untuk
dirinya sendiri". (al-Ankabut 29:6)
Imam at-Tabari yang pakar dalam ilmu tafsir dan fiqh as-Syafie
menerangkan:
"Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan mendapat melainkan apa yang
telah diusahakan". (An-Najm 53:39)
"Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar debu pasti dia akan
melihatnya dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat debu pasti dia
akan melihatnya". (al-Zalzalah 99: 7-8)
"Pada hari seseorang itu akan melihat apa yang telah diusahakan oleh kedua
tangannya". (an-Naba’ 78:41)
Ibnu Umar pernah berwasiat, apabila beliau wafat agar dibacakan di atas
kuburnya al-Fatihah dan beberapa ayat terakhir dari surah al-Baqarah. Athar
Ibn ‘Umar ini batil, bertentangan dengan amalan para sahabat, lemah dan
syaaz, tidak boleh dijadikan hujjah: "Dan apa yang telah diriwayatkan dari
Ibn 'Umar bahawasanya beliau mewasiatkan agar dibacakan al-Fatihah dan
ayat-ayat terakhir dari surah al-Baqarah di atas kuburnya, maka itu adalah
athar yang syaaz (tidak sahih) dan tidak sahih pula sanadnya. Dan tidak
pernah dipersetujui (diterima) walaupun oleh seorang sahabat."
Hadis yang menyuruh dibacakan al-Quran kepada orang mati adalah hadis
lemah. Di sanadnya terdapat Saad, dikenali sebagai Abu 'Uthman (majhul).
Hadis yang dimaksudkan ialah: "Bacakanlah oleh kamu (surah Yasin) ke atas
orang yang hampir mati dari kalangan kamu". (Hadis Dhoif).
Menurut hadis sahih, perkara yang sunnah dilakukan kepada orang nazak
ialah mengajarkan kalimah tauhid sebagaimana hadis: "Ajarkanlah oleh
kamu orang-orang yang nazak di kalangan kamu dengan kalimah: La ilaha
illallah". (Rujuk: Ahkamul Janaiz, Sheikh Muhammad Nashiruddi al-Albani)
"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua ibu bapaku dan
sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (Hari Kiamat)!"
(Ibrahim 14:41)
Dari Abu Hurairah: Setiap umatku akan masuk syurga kecuali orang yang
enggan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang
enggan itu!? Rasulullah menjawab: Sesiapa yang taat kepadaku maka dia
masuk syurga dan sesiapa yang durhaka kepadaku maka sesungguhnya dia
telah enggan". Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi peringatan dengan
firman-Nya: “Maka hendaklah diawasi oleh mereka yang menyalahi
perintahnya (perintah Allah dan Rasul) bahawa mereka akan ditimpa fitnah
atau ditimpa oleh seksa yang pedih". (an-Nuur 24: 63)
Rasulullah bersabda: "Aku telah tinggalkan pada kamu agama ini dalam
keadaan putih bersih. Malamnya seperti siangnya yang tidak ada
menyimpang daripadanya setelah (kewafatanku kecuali akan ditimpakan
kepadanya) kehancuran".
Imam Syafie berfatwa: “Aku suka kalau jiran si Mati atau saudara mara si
Mati menyediakan makanan untuk keluarga si Mati pada hari kematian dan
malamnya sehingga mengenyangkan mereka. Sesungguhnya itulah amalan
yang sunnah”. Fatwa Imam Syafie ini berdasarkan hadis: “Abdullah bin Ja’far
berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu
‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk
keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan
(kesusahan)”. (Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)
“Dan demikian juga makruh lagi bid’ah bagi segala mereka yang diserunya
memperkenankan seruannya, dan haram menyediakan makanan akan yang
menangis dengan menyawak kerana yang demikian itu menolong atas
berbuat maksiat”.
Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Jumaat, September 07, 2007 0 ulasan
Label: Kenduri Tahlil
023 - TAHLILAN, YASINAN DAN KENDURI ARWAH SATU TINJAUAN
SEMULA
TAHLILAN, YASINAN DAN KENDURI ARWAH SATU
TINJAUAN SEMULA [Bahagian Pertama]
Proper Format/View:
http://fiqh-sunnah.blogspot.com
as-Salaamu ‘alaikum
Rujuklah ke dalam kitab I’anatu at-Talibin juz 2. hlm. 146, tercatit: Imam
Syafie berfatwa:
ويكره اتخاذ الطعام فى اليوم الول والثالث وبعد السبوع ونقل الطعام الى القبر فى المواسم
“Dan dilarang menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari
ketiga dan seterusnnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa
makanan ke kuburan”.
Menurutnya lagi:
(2). al-Allamah Ahmad Zaini bin Dahlan menukil: “Tidak diragukan lagi
bahawa mencegah manusia dari perbuatan bid’ah yang mungkar demi untuk
menghidupkan sunnah dan mematikan bid’ah, membuka banyak pintu-pintu
kebaikan dan menutup pintu-pintu keburukan, (jika dibiarkan bid’ah) setiap
orang akan terdedah kepada kemungkaran sehingga memaksa diri mereka
melakukan perkara yang haram”. (Lihat: I’anatu at-Talibin juz 2. hlm. 145-
146)
Berkata Imam Syafie: “Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul
dirumah keluarga si Mati dan menyediakan makanan adalah termasuk
perbuatan bid’ah yang mungkar”. (Lihat: I’anatu at-Talibin juz 2 hlm. 145)
Di dalam kitab fikh Hasiyahtul Qulyubi juz. 1 hlm. 353 atau di kitab
Hasiyatani Qulyubi –Umairah. juz. 1 hlm. 414:
ٌ َاوْ ِمنْ مَالِ مَ ّيتٍ عَلَ ْيهِ دَيْن، ِجوْرٍ وَلَوْ ِمنَ التّركَة
ُ ْحرَامٌ اِنْ كَانَ مِنْ مَالٍ َمح
َ َ بَلْ كُلّ ذَلِك، ِعَلَيْهِ َقبْلَ الْ َم ْوتِ اَ ْوبَعِ َدهُ َومِنَ الذّ ْبحِ عَلَى ا ْلقُبُ ْور
Di dalam kitab Al-Fiqh ‘Alal Mazhabil ‘Arb’ah jld.1 hlm. 539 dijelaskan
tentang haramnya kenduri arwah: “Termasuk bid’ah yang dibenci ialah apa
yang menjadi amalan orang sekarang, iaitu menyembelih beberapa
sembelihan ketika si Mati telah keluar dari rumah. Ada yang melakukan
sehingga kekuburan atau menyediakan makanan kepada sesiapa yang
datang berkumpul untuk takziyah”.
(4). Imam Nawawi, Imam Ibn Kathir, Imam ar-Ramli mereka menukil fatwa
Imam as-Syafie: "Dan aku telah memakruhkan (mengharamkan – makruh
pada kalam as-Syafie adalah haram) makan, iaitu berkumpul di rumah (si
Mati) walaupun bukan untuk tangisan (ratapan)".
Di jelaskan oleh Ibn Taimiyah: “Bukan menjadi suatu kebiasaan bagi para
Salaf as-Soleh apabila mereka mengerjakan solat-solat sunnah, berpuasa,
haji dan membaca al-Quran lalu pahalanya dihadiahkan kepada si Mati” Lihat
kitab Ali Abdul al-Kafi as-Subki “Takmilatul Majmu”. Syarah Muhazzab jld. 10
hlm. 417. Imam an-Nawawi juga berkata: “Adapun bacaan al-Quran, yang
masyhur dikalangan mazhab Syafie tidak sampai pahala bacaan yang dikirim
kepada si Mati”. Lihat: Al-Khazin al-Jaml. juz. 4 hlm. 236 dan “Syarah
Muslim” juz 1 hlm. 90.
(9). Imam Syaukani (ulama tafsir) berkata: Seseorang tidak akan mendapat
melainkan atas usahanya sendiri. Lafaz dalam ayat ini termasuk umum yang
mukhasas, oleh itu tidak tepat kalau ada yang berkata bahawa ayat ini telah
dimansuhkan dalam urusan ini, kerana yang khas tidak boleh memansuhkan
lafaz umum, tetapi hanya sebagai takhsisnya sahaja. Maka apabila ada dalil
lain yang boleh menentukan bahawa seseorang memperolehi manfaat dari
amal orang lain, maka dalil itu sebagai takhsisnya bukan sebagai nasikh
serperti ayat yang terdapat di surah ath-Thur: (Kami akan hubungkan
dengan mereka itu anak cucu mereka)”.
------------------------------------
Bersambung di bahagian dua...
Hadis di atas ini adalah hadis batil, palsu atau tidak ada asal usulnya. Terdapat di dalam sanadnya
seorang yang bernama 'Amar yang dikenali sebagai pemalsu hadis dan banyak meriwayatkan
hadis-hadis yang batil. Imam Daraqutni rahimahullah berkata tentang 'Amar: "Amar adalah
seorang pemalsu hadis".[1]
Terdapat beberapa ulama yang sezaman dengan Imam Syafie yang telah mengharamkan kenduri
arwah, salah seorang dari mereka ialah sahabat Imam Syafie bernama Imam Muzani
rahimahullah, beliau menolak pendapat mereka yang membolehkan kenduri arwah, malah beliau
telah menfatwakan tentang pengharaman mengirim (menghadiahkan) pahala dari bacaan al-
Quran untuk menyelamatkan orang mati sebagaimana yang diamalkan dalam majlis kenduri
arwah, beliau berkata:
ِعمَلُهُ َلهُ لَ لِغَيْ ِرهِ وَلَ عََليْه
َ ّجنَايَةَ ُكلّ امْرِئٍ عَلَ ْيهِ كَمَا اَن
ِ ّصلّى الُ عَلَ ْيهِ وَسَلّمَ مِ ْثلَ مَا َاعْلَمَ الُ مِنْ َان
َ ِعلَمَ رَسُوْلُ ال
ْ َفَا
"Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi tahu sebagaimana Allah memberi tahu:
Bahawa dosa tiap-tiap orang adalah buat kecelakaan dirinya sendiri sebagaimana amalannya itu
buat kebaikan dirinya sendiri bukan untuk kecelakaan orang lain".[1]
Terdapat juga segolongan mereka yang berhujjahkan fatwa Syeikhul Islam Imam Ibn Taimiyah
rahimahullah yang pernah membolehkan perbuatan mereka yang menghadiahkan pahala bacaan
al-Quran kepada orang yang telah mati, tetapi pada kenyataannya Syeikhul Islam Ibn Taimiyah
telah ruju’ (menarik balik dan membatalkan fatwa beliau), yang mana beliau telah menegaskan:
“Bahawa bukan menjadi suatu kebiasaan bagi para Salaf as-Soleh apabila mereka mengerjakan
solat-solat sunnah, berpuasa, haji dan membaca al-Quran lalu pahalanya dihadiahkan kepada
orang yang telah mati”
Penarikan semula Syeikhul Islam Ibn Taimiyah terhadap fatwa beliau yang pada asalnya
membolehkan (menghadiahkan pahala bacaan al-Quran kepada si Mati) kemudian
mengharamkannya, ianya boleh ditemui di dalam kitab Ali Abdul al-Kafi as-Subki “Takmilatul
Majmu” - شرح مهذب تكملة المجموعjld. 10 hlm. 417.
Di dalam kitab ( )الخازن الجملjuz. 4 hlm. 236 dan di dalam kitab “Syarah Muslim” juz 1 hlm. 90.
Imam an-Nawawi rahimahullah telah menjelaskan pendapat Imam as-Syafie tentang perbuatan
yang diamalkan dalam majlis kenduri arwah iaitu pengiriman pahala kepada orang mati. Beliau
berkata:
.
ِوَاَمّا ِقرَاءَ ةُ الْ ُقرْآنِ فَالْمَشْ ُهوْرُ مِنْ َمذْ َهبِ الشّا ِفعِى اَنّهُ لَ َتصِلُ ثَوَا ُبهَا اِلَى الْمَ ّيت
“Adapun bacaan al-Quran maka yang masyhur dikalangan mazhab Syafie bahawa tidak sampai
pahala bacaan yang dikirim kepada orang yang telah mati”.
Sekali lagi Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan dalam kitab شرح، تكملة المجموع- السبكي
مهذبjuz 10 hlm. 426 bahawa:
ِعدّة
ِ َوكَرّرَ َذلِكَ فِى، َحقُ الْ َم ّيت
َ لةُ عَ ْنهُ وَنَحْ َوهَا فَ َذ َهبَ الشّا ِفعِي وَالجُمْ ُهوْرُ اَنّهَا لَ تَ ْل
َ ّوَاَمّا قِرَاءَ ةُ ا ْلقُرْآنِ َوجَعَلَ ثَوَابَهَا لِ ْلمَ ّيتِ وَالص
“Adapun pembacaan al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada orang mati, membayar
solatnya dan sebagainya, maka menurut Imam Syafie dan jumhur ulama Syafie adalah tidak
sampai kepada si Mati. Penjelasan seperti ini telah diulang-ulang (oleh Imam Muslim) dalam
kitab syarah Muslim”.
Di dalam kitab الفتاوى الكبرى الفقهيةSyeikh al-Haitami rahimahullah juga telah menjelaskan:
َعنْ عَا ِملِ َذلِك
َ ُعمَلِ لَيُ ْنقَل
َ اَلْ َم ّيتُ لَيُ ْقرَاُ عَلَى مَاَاطْلَ َقهُ الْمُتَ َقدّمُ ْونَ مِنْ اَنّ الْقِرَاءَ ةَ لَ تصِلُهُ اَي الْمَ ّيتَ لَنّ ثَوَابَهَا لِ ْلقَارِئ وَالثّوَابُ عَلَى
سعَى
َ قَالَ تَعَالَى {وََانْ لَيْسَ للِنْسَانِ {اِلّ مَا، ِالْعَ َمل
“Mayat tidak boleh dibacakan al-Quran sebagaimana keterangan yang ditetapkan oleh orang-
orang terdahulu, bahawa bacaan al-Quran pahalanya tidak sampai kepada si Mati, lantaran
pahala bacaan hanya untuk si Pembaca. Pahala amalan pula tidak boleh dipindah-pindahkan dari
si Pembuat berdasarkan firman Allah Ta’ala: Dan manusia tidak memperolehi pahala kecuali dari
amalan yang dikerjakannya sendiri”.
Ada yang berpendapat bahawa ayat 39 di surah an-Najm ini telah dan dimansuhkan oleh ayat 21
di surah ath-Thur. Imam Syaukani rahimahullah menolak pendapat ini dan beliau berkata:
Adapun makna dari ayat: (Seseorang tidak akan mendapat melainkan atas usahanya sendiri).
Lafaz dalam ayat ini termasuk umum yang mukhasas, oleh itu tidak tepat kalau ada yang berkata
bahawa ayat ini telah dimansuhkan dalam urusan ini, kerana yang khas tidak boleh
memansuhkan lafaz umum, tetapi hanya sebagai takhsisnya sahaja. Maka apabila ada dalil lain
yang boleh menentukan bahawa seseorang memperolehi manfaat dari amal orang lain, maka
dalil itu sebagai takhsisnya bukan sebagai nasikh serperti ayat yang terdapat di surah ath-Thur:
(Kami akan hubungkan dengan mereka itu anak cucu mereka)”.
Namun apabila dibuka secara ilmiyah ruang agama untuk membincangkan, mengkaji dan
meneliti semula amalan yang diperkatakan di atas, terbukti ia terlalu bertentangan dengan syara,
malah termasuk dalam amalan atau perbuatan yang ditegah, diharamkan dan bid'ah. Benarnya
kenyataan ini dapat dibuktikan apabila kita memahami kesemua hujjah-hujjah dan dalil-dalil
syara yang dikemukakan oleh para ulama dari kalangan mazhab Syafie.
Walaupun ada pendapat yang menyangka bahawa persoalan kenduri arwah, yasinan, tahlilan dan
selamatan ini tidak perlu diungkit dan dibangkitkan lagi kerana (kononnya) ia telah lama
diselesaikan oleh para ulama, namun perlu diketahui bahawa yang telah diselesaikan oleh para
ulama terutamanya Imam Syafie dan para ulama yang bermazhab Syafie ialah tentang
pengharaman dan bid’ahnya amalan tersebut bukan sebaliknya. Pembuktian kenyataan ini dapat
difahami dan dibuktikan melalui beberapa fatwa Imam Syafie dan para ulama as-Syafieyah
sebagaimana yang telah di nukil di dalam tulisan ini.
أو ولد صالح يدعو له, صدقة جارية أو علم ينتفع به من بعده: إذا مات ابن آدم انقطع عمله إل من ثلث
Ertinya: “Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedeqah
jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang
mendoakannya”
[1]Lihat: كتاب الموضوعاتJuz 3. hlm. 239. Dan Lihat: اعانة الطالبينJuz. 2. Hlm. 146.
[2]Lihat: هامش الم للشافعيJuz. 7. Hlm. 269.
Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Khamis, Jun 21, 2007 0 ulasan
Label: Kenduri Tahlil