You are on page 1of 6

1.0 Pengenalan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Beliau amat popular dengan gelaran "Dr.

M" dan nama pena beliau adalah Che Det. Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui Malaysia ke arah arus kemodenan dengan pantas dan memberi kemakmuran di setiap lapisan masyarakat Malaysia. Pencapaian terbaik beliau adalah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan dituduh bersifat kronisme. Beliau juga merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri sebagai alternative kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire). Dr Mahathir telah dikaitkan dengan pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia(Multimedia Super Coridor/MSC). Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun 2005, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara.

2.0 Latar Belakang Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det dilahirkan pada 20 Disember 1925, di Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada 9 adikberadik, keluarga Mohamed Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Ayahnya, Mohamad Iskandar, adalah berbangsa India, anak kepada seorang Malayalee Muslim dan ibunya berbangsa Melayu. Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government English School (GES) (kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor Setar pada tahun 1932. Beliau akhirnya lulus Sijil Tinggi Pelajaran (Senior Cambridge) di sekolah tersebut. Sewaktu Perang

Dunia Ke-2, Dr. Mahathir menghabiskan masanya dengan berniaga cendol, diikuti dengan membuka kedai kopi dan kemudiannya gerai buah-buahan di Pekan Rabu, Alor Setar. Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun1953. Selepas mendapat ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia. Pencapaian terbaiknya ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang berbilang bangsa melalui peningkatan golongan miskin menjadi golongan pertengahan orang Melayu begitu ketara. Walau bagaimanapun, beliau sering dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti pemerintahpemerintah lain di dunia. Beliau juga merupakan seorang tokoh politik penting antarabangsa yang suka berterus-terang dan disifatkan kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai Asia kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri sebagai alternatif kepada individualisme Amerika Syarikat dan kapitalisme dasar berkecuali (laissez-faire). Dr Mahathir telah bertanggungjawab dengan apa yang dipanggil pembangunan projek mega pada zaman pemerintahannya seperti projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Menara Berkembar PETRONAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC), yang akhirnya menjadi lambang kemegahan rakyat dan diterima ramai. Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Seperti dijangka pada Oct 2003, beliau dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia atas jasanya yang teramat besar pada nusa dan bangsa. Melalui perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.

2.1 Biodata Ringkas

Jawatan

: Perdana Menteri Malaysia Ke-4

Tempoh Perkhimatan : 16 Julai 1981 31 October 2003 Jawatan : Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ke-4

Tempoh Perkhimatan : 15 September 1978 16 Julai 1981 Parti Politik Tarikh Lahir Tempat Lahir Agama : UMNO : 20 Disember 1925 : Alor Setar, Kedah : Islam

3.0 Sumbangan Kepada Negara


Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, maka pada awal tahun 1980-an Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi. Keputusan yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an, harga bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan nilai matawang Yen yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun. Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebanan kewangan kerajaan diantaranya Lembaga Letrik Negara dan Jabatan Telekom telah disenaraikan sebagai korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran serta imej negara. Di antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembagunan industri berat seperti penubuhan industri otomotif negara, yang menunjukkan kereta-kereta dan motosikal nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Usaha beliau ke arah meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB. Masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan negara berada dalam keadaan terkawal. Dasar penswastaan negara ialah contoh pengurusan kewangan beliau yang agak memberangsangkan walaupun mencetus kontroversi di awal perlaksanaannya. Dasar yang diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan mengurangkan perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik. Dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya dalam bidang teknologi kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi. Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) hasil cetusan beliau ialah Koridor Raya Multimedia [Multimedia Super Corridor (MSC)]. Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan. Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa pentadbiran beliau antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Bukit Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij Formula One dan Menara Berkembar Petronas(KLCC). Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia. Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia.

Tun Dr. Mahathir aktif dalam pertubuhan sukarela. Beliau telah menganggotai Kesatuan Melayu Kedah, SABERKAS dan UMNO. Beliau menentang pengenalan Malayan Union melalui penulisan di akhbar. Beliau tutur menggunakan wang sendiri dan mengedarkan surat bantahan kepada orang ramai ketika Malayan Union cuba menghapuskan kuasa raja-raja Melayu. Ketika meletus peristiwa 13 Mei 1969, beliau bertindak menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman

agar memberi tumpuan kepada masalah perpaduan kaum. Ketika dilantik sebagai Menteri Pelajaran, beliau telah meluluskan Akta Kolej dan Universiti yang bertujuan untuk mengawal tindakan yang bertanggungjawab golongan mahasiswa di universiti. Beliau turut menggalakkan rakyat mencontohi etika kerja dan kegigihan rakyat Jepun dan Korea Selatan melalui perlaksaan Dasar Pangdang ke Timur. Beliau turut meningkatkan imej perkhidmatan awan dengan memperkenalkan kempen Bersih, Cekap, Amanah. Penerapan nilai-nilai Islam turut dipraktikkan agar jentera kerajaan sentiasa bersifat adil, jujur, amanah, dan kuat. Beliau turut menggalak rakyat agar mengubah cara berfikir supaya setangding dengan bangsa lain di dunia. Tun Dr. Mahathir Mohamad juga merupakan tokoh yang menggerakkan pembangunan sains dan teknologi Negara Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mengilhamkan pembinaan litar Formula 1 di Sepang. Selain itu, beliau turut memperkenalkan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi yang dianggap berprestij di dunia. 4.0 Sumbangan kepada antarabangsa 4.1 Pada peringkat antarbangsa, beliau telah berjaya meletakkan Malaysia sebagai Negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di antara tahun 1989 hingga 1990. berpegang kepada slogan Malaysia Boleh, beliau telah berjaya meniupkan semangat jati diri dan patriotisme yang tinggi dikalangan. Beliau juga turut memperjuangkan nasib rakyat Bosnia, Palestin di peringkat PBB. Beliau turut menetang pengalaman dasar Aphar teid oleh regim Afrika Selatan. Sebagai mengenang jasa beliau di arena antarbangsa, kerajaan India telah menganugerahkan pingat Jawarhalal Nehru bagi kefahaman antarabangsa pada tahun 1996. 4.2 Beliau turut dikagumi oleh negara-negara Islam kerana idea dan kewibawaan beliau membangunkan Malaysia sebagai Negara Islam contoh. Ketika beliau menerajui negara, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Institusi Kefahaman Islam Malaysia telah ditubuhkan. Usaha tersebut bertujuan meningkatkan imej Islam di persada dunia. Presiden Palestin, Yasser Arafat turut meminta bantuan beliau untuk mengemukakan masalah penderitaan rakyat Palestin di peringkat antarabangsa. Tun Dr. Mahathir turut dianugerahkan the Dragon of Bosnia kerana jasa beliau memperjuangkan nasib rakyat negara Bosnia. Beliau turut dianugerahkan pingat King Malik Faisal daripada kerajaan Arab Saudi kerana sumbangan beliau menegakkan kedaulatan Islam. 4.3 Tun Dr. Mahathir juga bergiat aktif dalam bidang penulisan, beliau pernah dilantik sebagai Ketua Editor The Cauldron, sebuah majalah kesihatan Kolej King Edward ke VII, Singapura. Beliau juga sering menulis artikel dalam akhbar The Straita Times dengan menggunakan nama nena Che Det. Beliau turut menghasilkan beberapa buah buku yang mengandungi idea yang agak kontroversi, antaranya, the Malay Dilemma, the Voice of Asia serta Menghadapi Cabaran. Sajak beliau yang terkenal pula ialah Perjuangan Belum Selesai serta Melayu Mudah Lupa. Dalam bidang kesenian, beliau meminati bidang pertukangan kayu, hasil kerja kayu beliau sangat halus dan berseni. Beliau pernah menerima anugerah antarabangsa dari Worshipful Company Of

Carpenter di London pada tahun 1989. beliau turut mewujudkan bengkel pertukangan di kediamannya.

You might also like