You are on page 1of 6

Sistem Kewangan Islam

Prestasi industri perbankan Islam terus bertambah kukuh pada tahun 2005. Pada akhir tahun itu, aset berlandaskan Islam mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 17.7% kepada RM111.8 bilion dan jumlah itu mencakupi 11.3% daripada jumlah aset keseluruhan sistem perbankan. Bahagian pasaran deposit dan pembiayaan berlandaskan Islam juga meningkat masing-masing kepada 11.7% dan 12.1% daripada jumlah industri. Liberalisasi industri perbankan Islam menyaksikan pembukaan bank Islam asing yang pertama yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983, pada bulan Ogos 2005. Berikutan liberalisasi peraturan pentadbiran pertukaran asing pada tahun 2004, pasaran kewangan Islam menunjukkan kedalaman yang lebih nyata pada tahun 2005 dengan instrumen kewangan berlandaskan Syariah dalam didominasi ringgit terus diterbitkan oleh agensi asing dalam pasaran bon dalam negeri. Perkembangan ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan dalam pasaran modal dalam negeri tetapi turut menyumbang kepada kedalaman dan peluasan pasaran. Sistem kewangan Islam di Malaysia menunjukkan kemajuan yang ketara dalam persekitaran yang semakin liberal dan berdaya saing sejajar dengan peningkatan integrasi antarabangsa sistem kewangan Islam Malaysia. Kapasiti dan keupayaan keinstitusian peserta perbankan Islam serta infrastruktur kewangan dan rangka kerja penyeliaan terus diperkukuh untuk mencapai objektif seperti yang terkandung dalam fasa kedua PISK. Liberalisasi industri perbankan Islam menyaksikan pembukaan bank Islam asing yang pertama yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983, pada bulan Ogos 2005. Selain itu, subsidiari Islam bagi tiga kumpulan perbankan domestik telah memulakan operasi dengan memanfaatkan sepenuhnya kefleksibelan beroperasi yang diberikan oleh lesen perbankan Islam. Berikutan liberalisasi peraturan pentadbiran pertukaran asing pada tahun 2004, pasaran kewangan Islam menunjukkan kedalaman yang lebih nyata pada tahun 2005 dengan instrumen kewangan berlandaskan Syariah dalam didominasi ringgit terus diterbitkan oleh agensi asing dalam pasaran bon dalam negeri. Perkembangan ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan dalam pasaran modal dalam negeri tetapi turut menyumbang kepada kedalaman dan peluasan pasaran. Bank Negara Bank Negara Malaysia terus memantau pelaksanaan rangka kerja tadbir urus Syariah berikutan pengeluaran GPS1, berkuat kuasa pada 1 April 2005. Dalam membangunkan dan menggalakkan dinamisme dan penyatuan Syariah di peringkat antarabangsa, Bank Negara Malaysia melaksanakan dua inisiatif penting pada tahun 2005. Inisiatif pertama ialah Dialog Cendekiawan Syariah yang berlangsung pada 22 23 Jun 2005, di Kuala Lumpur dan inisiatif kedua ialah penubuhan Dana Cendekiawan Syariah dalam Kewangan Islam berjumlah RM200 juta.

Bersempena Mesyuarat Lembaga Gabenor-Gabenor Bank Pembangunan Islam ke-30, yang diadakan di Malaysia, seminar mengenai Pelan Induk Ke - 10Tahun Industri Perkhidmatan Kewangan Islam telah berlangsung pada 22 Jun 2005 untuk menggariskan hala tuju industri perkhidmatan kewangan Islam sedunia. Ia menyediakan platform untuk membincang dan menyediakan asas bagi pembangunan pelan induk yang akan menggariskan rangka tindakan dan arah tuju strategik bagi pembangunan berterusan industri perkhidmatan kewangan Islam sejagat.

Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Berikutan pembangunan sistem kewangan Islam yang komprehensif serta semakin liberal dan bersepadu dengan sistem kewangan antarabangsa, Malaysia berada pada kedudukan terbaik untuk muncul sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa. Inisiatif tertumpu untuk mengukuhkan kekuatan Malaysia dalam organisasi, penerbitan dan jual beli instrumen pasaran modal dan perbendaharaan Islam, pengurusan dana dan kekayaan Islam, pasaran perkhidmatan kewangan Islam luar pesisir serta aktiviti takaful dan takaful semula. Pelbagai insentif diambil untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, latihan, khidmat runding dan penyelidikan dalam perbankan dan kewangan Islam serta menjadi institusi perbankan Islam domestik yang berkembang ke luar. Hala tuju dasar adalah untuk mempertingkat daya tahan, kecekapan dan kapasiti institusi kewangan Islam domestik dan infrastruktur kewangan Islam bagi mempertingkatkan kemantapan dan kestabilan sistem kewangan Islam. Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) Jumlah pinjaman terkumpul institusi kewangan pembangunan (IKP) berkembang 25.8% kepada RM47.5 bilion pada akhir tahun 2005 (akhir tahun 2004: RM37.7 bilion). Pertumbuhan pinjaman didorong terutamanya oleh pertumbuhan dalam pembiayaan bagi kredit penggunaan dan pinjaman yang diberi untuk projek infrastruktur. Sementara itu, pemberian kemudahan jaminan dan insurans kredit meningkat 12.4% kepada RM4.8 bilion pada akhir tahun 2005 (akhir tahun 2004: RM4.3 bilion), disebabkan sebahagian besarnya oleh kenaikan dalam jaminan yang disediakan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia

Berhad (CGC). Pada tahun 2005, dasar tertumpu pada dua bidang umum, iaitu memperkukuh kapasiti dan keupayaan IKP dan menambah baik rangka kerja kehematan untuk mengukuhkan operasi IKP. Tahun 2005 menyaksikan pencapaian penting dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi IKP. Usaha rasionalisasi yang melibatkan empat buah IKP telah disempurnakan pada tahun 2005 dan membawa kepada penubuhan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) dan penggabungan Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) dengan Malaysia Export Credit Insurance Berhad. Sementara itu, Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad telah distrukturkan semula dan diberi nama baru, iaitu Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk mencerminkan tumpuan barunya. Usaha rasionalisasi itu merupakan inisiatif penting untuk menjajarkan semula aktiviti IKP ke arah mempertingkatkan tumpuan strategik dan perniagaan mereka. Di samping itu, pelan tindakan yang khusus telah dirangka untuk SME Bank, Bank Pertanian Malaysia dan EXIM Bank untuk mempertingkatkan kecekapan dalam memberikan khidmat nasihat kepada PKS. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan prestasi Bank Pertanian Malaysia dalam melaksanakan peranan yang di mandat, inisiatif untuk memperkukuh peranannya dalam mempertingkatkan akses kepada pembiayaan bagi sektor pertanian dan industri berasaskan pertanian juga diperkenalkan. Bagi memastikan operasi IKP dilaksanakan secara berhemat, efektif dan efisien, Bank Negara Malaysia menumpukan usahanya untuk mempertingkatkan standard tadbir urus korporat, pengurusan risiko dan kecekapan operasi IKP. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/297Rujukan : kewangan/204-sistem-kewangan-islam.html

Rancangan Pemasaran Rancangan pemasaran dibuat bagi mengelakkan daripada risiko buruk terhadap perniagaan. Risiko boleh dikurangkan dengan adanya maklumat tentang harga dan kuantiti yang ditawarkan di pasaran. Walau bagaimanapun, maklumat ini tidak boleh disandarkan sepenuhnya memandangkan perubahan harga yang tidak menentu tertutama barangan segar dan yang mudah rosak banyak berkait rapat dengan quantiti dan lambakan barangan tersebut di pasaran pada satusatu masa. Namun, dengan ada maklumat ini adalah lebih baik dari tiada langsung maklumat yang boleh dirujuk. Maklumat mengenai trend harga yang lalu boleh membantu meminimumkan risiko. Ia amat membantu dalam beberapa perkara seperti membuat keputusan tempat penyimpanan barangan sebelum dijual dipasaran atau membuat keputusan untuk bertanam tanaman alternatif yang sesuai Antara perancangan yang perlu dibuat untuk pemasaran adalah:
y

Menentukan tempat jualan Menentukan tempat jualan adalah penting bagi petani. Tempat jualan haruslah sesuai dan mudah dikunjungi oleh ramai bakal pelanggan. Dalam beberapa situasi tertentu pekebun ada beberapa pilihan. Mereka boleh: "Menjual di tepi kebun; "Menghantar ke pasar; "Bekalkan kepada pemborong secara terus; "Menjual secara terus kepada peruncit atau syarikat besar yang menpunyai banyak kedai runcit atau pasaraya; "Menjual kepada syarikat yang mempunyai perjanjian atau kontrak untuk membeli tanaman; "Menjual secara terus kepada pengguna di pekan/bandar. Lebih jauh rantaian pasaran yang dilalui oleh petani, lebih tinggilah harga yang akan ditawarkan oleh pasaran kepada petani. Walau bagaimanapun, harga jualan yang lebih tinggi tidak bermakna petani dapat memaksimumkan pendapatan mereka. Ini bergantung pula kepada kos yang terlibat dalam pengurusan jualan kepada pengguna akhir atau pelanggan. Sebagai contoh, kos boleh meningkat dari kebiasaan jika jenis pengangkutan yang sesuai tidak dipadankan dengan jumlah kuantiti yang kecil untuk perjalanan yang jauh berbanding hasil yang sama di jual terus kepada orang tengah.

Perbandingan harga diterima Dengan adanya maklumat harga yang tepat, pekebun boleh membezakan harga jualan mereka dengan harga di pasaran. Oleh itu, para petani berpeluang membuat perbandingan harga terhadap harga-harga yang ditawarkan dari atau kepada orang tengah. Ini bermaksud, para petani mempunyai kuasa penentu dalam memilih orang tengah yang

sesuai yang menawarkan harga yang lebih baik dan kompetetif berbanding harga semasa di pasaran. Maka, dengan itu, perundingan yang lebih tegas dapat dilaksanakan seterusnya dapat memperbaiki kualiti dan kuntiti hasil pengeluaran mereka. Hebahan harga semasa ini juga boleh dimanfaatkan para petani sebagai titik permulaan dalam perbincang dengan orang tengah. Perbandingan harga adalah penting kepada petani yang menghantar produk mereka kepada agen atau pembekal di pasar borong. Petani yang tidak mempunyai sebarang maklumat tentang harga pasaran hanya akan menerima secara bulat-bulat tentang harga suatu produk dari agen yang menawarkan untuk membeli produk tersebut dengan harga yang tertentu. Urusniaga ini memerlukan petani percaya kepada agen untuk memperolehi harga yang terbaik. Walau bagaimanapun petani masih boleh membezakan harga yang diterima dengan harga pasaran dengan pemerhatian yang dibuat sendiri.
y

Menentukan untuk dijual atau disimpan Petani yang mempunyai produk tanaman yang mudah rosak biasanya mempunyai ruang yang kecil atau singkat untuk memasarkan hasil mereka. Keputusan harus dibuat samada mereka mungkin boleh mempercepat atau memperlambatkan hasil tuaian mereka dalam beberapa hari. Namun, kebiasaannya mereka tetap harus menjual hasil tanaman apabila telah capai tempoh matang suatu tanaman tersebut. Petani yang menghasilkan tanaman bijirin seperti jagung dan padi, atau tanaman seperti bawang dan ubi mempunyai pilihan yang lebih baik dalam memasarkan hasil tanaman mereka. Mereka boleh menyimpannya sehingga tahap harga yang lebih tinggi atau sesuai di pasaran dengan menyimpan hasil tersebut di tempat penyimpanan yang sesuai. Perkhidmatan maklumat pasaran oleh FAMA mengandungi data tentang trend harga bermusim. Dengan ini, petani boleh memperolehi idea tentang bentuk atau trend harga bermusim. Sekiranya harga tuaian tidak akan meningkat sepanjang tahun maka penyimpanan mungkin tidak menguntungkan.

Menentukan sama ada menanam produk luar musim Petani mempunyai banyak manfaat jika mempunyai data lalu tentang harga pasaran pada musim-musim tertentu untuk menghasilkan sesuatu produk. Pada masa yang lepas, kebanyakan petani menghadapi masalah apabila masa tuaian mereka sama dengan petani lain. Hasilnya mereka mendapat harga yang rendah kerana lambakan produk yang sama dipasaran. Walaubagaimanapun, dengan teknik moden dan pelbagai pilihan yang ada memungkinkan tuaian dilambatkan dan corak pengeluaran dapat ditentukan. Data harga pada musim-musim tertentu memberikan maklumat tentang harga yang dikehendaki oleh petani daripada penghasilan suatu produk luar musim. Walaupun begitu, kenyataan bahawa petani akan mendapat harga jualan yang tinggi tidak bermaksud mereka perlu segera merancang untuk penghasilan luar musim. Jika perkara

tersebut sebegitu mudah, semua petani akan melakukan perkara yang sama. Secara amnya penghasilkan luar musim melibatkan pelaburan yang tinggi (contoh, saluran plastik); kos pengeluaran yang tinggi (contoh, racun kawalan perosak) dan menyebabkan penghasilan yang rendah. Oleh itu, pekerja sokongan diperlukan untuk membantu petani untuk mengira kos penghasilan bagi menentukan unjuran jangkaan harga jualan.
y

Menentukan sama ada menanam tanaman yang berbeza

Jika tanaman baru boleh meningkatkan hasil pendapatan, petani perlu cenderung untuk cuba menghasilkannya. Petani harus dibantu untuk mengira sama ada pelaburan untuk menanam tanaman baru mampu menghasilkan keuntungan atau sebaliknya. Maklumat pada harga pasaran yang lalu perlu untuk mereka membuat keputusan. Sebenarnya, petani harus mempertimbangkan untuk mempelbagaikan tanaman baru jika peluang terbuka luas dipasaran tertentu.

You might also like