You are on page 1of 2

Sekolah Menengah Chung Hwa Brunei

Bandar Seri Begawan. Nama: _______________No: ____ Kelas: _______________

Tatabahasa : Kata Nama Am

Kata Nama Am ialah perkataan yang menyatakan nama benda, haiwan, tempat atau manusia secara umum. Kata Nama Am perlu ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat. 1. Kata Nama Am yang menyatakan nama benda : meja, pembaris, buku,
kerusi, beg, kereta dan lain-lain.

2. Kata Nama Am yang menyatakan nama haiwan : arnab, kucing, anjing,


burung, ikan, ayam dan lain-lain.

3. Kata Nama Am yang menyatakan nama tempat : taman, kelas, sekolah,


tandas, rumah, hospital dan lain-lain.

4. Kata Nama Am yang menyatakan nama manusia : murid, budak, guru,


ayah, kakak, kerani, nelayan, pengetua dan lain-lain.

Arahan : Gariskan Kata Nama Am dalam ayat-ayat berikut :


1. Semua buku disusun dengan kemas di dalam almari. 2. Murid-murid sedang membersihkan lantai menggunakan penyapu. 3. Ai Ling sedang mengelap tingkap . 4. Kaki Ali berdarah kerana terpijak kaca. 5. Salim berasal dari kampung tetapi sekarang dia tinggal di bandar. ______________________________________________________________ Mei Ling ialah seorang murid yang rajin dan pintar. Dia selalu memakai pakaian yang bersih. Dia juga memakai tali leher kerana dia seorang ketua kelas. Mei Mei kelihatan kemas ketika hendak pergi ke sekolah .Dia pergi ke sekolah dengan menaiki bas. Apabila tiba di sekolah, dia cepat-cepat meletakkan buku di atas meja dan begnya di kerusinya. Selepas itu, Mei Mei pun menolong rakan-rakannya membersihkan lantai. Mei Mei juga turut membantu mereka menyusun buku di atas rak.

Tatabahasa : Kata Nama Khas

Kata Nama Khas ialah perkataan yang menyatakan sesuatu benda, haiwan, tempat atau manusia secara khusus. Huruf awal bagi Kata Nama Khas ditulis dengan huruf besar.
1. Kata Nama Khas yang menyatakan benda : Toyota, Honda, Canon, Cocacola, Bahasa Melayu dan Lain-lain. 2. Kata Nama Khas yang menyatakan haiwan : Si Hitam, Si Tompok, Si Belang dan lain-lain. 3. Kata Nama Khas yang menyatakan tempat : Pekan Muara, Bandar Seri Begawan, Malaysia, Singapura, Tasik Merimbun, Istana Nurul Iman , Sekolah Menengah Chung Hwa dan lain-lain. 4. Kata Nama Khas yang menyatakan manusia : Mei Mei, Ali, Ahmad, Cikgu Lim, Pak Cik Yusuf, Awang Mohamad dan Lain-lain.

Latihan : Gariskan Kata Nama Khas dalam ayat-ayat berikut.


1. Lily menyambut harijadinya di Restoran Sugarbun. 2. Ali dan Mei Ling belajar di Sekolah Menengah Chung Hwa , Bandar Seri Begawan. 3. Ai Ling yang belajar di Darjah 3B sedang mengelap tingkap . 4. Kaki Ali berdarah kerana terpijak kaca. 5. Pada hari Isnin ini Hui Chu akan berkelah di Pantai Tungku bersama keluarganya. 6. Setiap hari Awang Roslan pergi bekerja dengan memandu sebuah kereta Mitsubishi. 7. Kim Chan berasal dari Kuala Lumpur , Malaysia dan kini dia bekerja di Bandar Seri Begawan, Brunei. 8. Dia menamakan kucing kesayangannya Si Putih kerana bulunya berwarna putih. 9. Linda dan keluarganya tinggal di Jalan Tutong. 10. Abang Fatimah sedang belajar di Universiti Brunei Darussalam.

You might also like