You are on page 1of 3

Bagaimana Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian yang Efektif?

Oleh : Hafiz Bin Idrus Memetik daripada jurnal penyelidikan dari Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007), Ciri utama guru berkesan atau guru efektif ialah menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran dengan jelas dan saksama berasaskan tahap pencapaian murid. Objektif perlu dimaklumkan dan diketahui oleh murid-murid sebelum pembelajaran bermula. Penetapan sedemikian membolehkan mereka menyedia dan mengubahsuai mind-set yang tepat terhadap pengetahuan, kemahiran dan perlakuan yang perlu dicapai apabila pembelajaran tamat. Guru boleh mengukur dan menilai tahap pencapaian murid berdasarkan hasil pembelajaran atau learning outcome. Kelainan perolehan dan pencapaian di dalam suatu pembelajaran adalah perkara biasa. Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai. Namun, perkara-perkara seperti teknik dan strategi pembelajaran, teori pembelajaran dan idea matematik dalam meningkatkan pembelajaran matematik mestilah ditekankan. Hal ini bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai. Teknik pengajaran matematik bagi menyediakan RPH yang efektif ialah dari segi teknik penyoalan dalam pengajaran matematik. Teknik penyoalan yang digunakan mestilah dapat mendorong untuk murid berfikir dan menggunakan bahasa yang sesuai dengan kefahaman murid. Selain itu, objektif penyoalan haruslah jelas dan aras kesukaran soalan adalah berdasarkan kebolehan dan kefahaman murid. Menerusi latihan matematik yang bertujuan untuk memperkukuhkan konsep matematik yang telah dipelajari. Latihan yang berunsur congak dan latihan bertulis mempunyai peranan tersendiri. Bagi latihan congak, soalan dan jawapan mestilah dalam bentuk lisan ataupun salah satu berada dalam kad imbas tetapi tidak perlu langkah-langkah penyelesaian kerana fokusnya untuk mendapatkan jawapan. Manakala, latihan bertulis mestilah bersistematik, menggunakan contoh yang sesuai

untuk dirujuk, disemak sebelum diberi kepada murid, bilangan soalan mestilah berpatutan dan beraneka jenis. Hal ini untuk membina keyakinan dalam diri murid secara tidak langsung. Kemudian, teknik penyelesaian masalah yang bertujuan memperkukuhkan fakta matematik serta memahami kepentingan dan ertinya. Cara-cara melatih murid untuk menyelesaikan masalah melalui menggunakan soalan bermasalah untuk memperkenalkan konsep baru dan melatih murid menggunakan simbol atau rumus untuk menyatakan ideanya dalam bentuk ayat matematik atau persamaan. Menurut Mok Soon Sang dan Siew Fook Cheong (1986), pemeriksaaan kerja kelas dan kerja rumah murid-murid adalah satu tugas guru matematik. Cara pemeriksaan yang baik akan menjadi panduan kepada murid-murid untuk memperbaiki kerja mereka. Dalam waktu yang sama, guru dapat mengenal pasti taraf pencapaian murid-muridnya. Oleh hal yang demikian, guru dapat merancang dan mengajar pelajarannya dengan lebih berkesan pada masa hadapan. Selepas pemeriksaan, guru haruslah membuat analisis daripada hasil pemeriksaannya dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. Menurut Frank Swetz dan Liew Su Tim (1982), guru mestilah menganalisa dan mencatatkan kelemahan-kelemahan murid semasa menyemak kerja mereka. Maklumat yang diperolehi pada masa memeriksa kerja rumah penting bagi guru kerana ianya menunjukkan sejauh manakah pengajaran guru itu efektif didalam kelas. Beberapa teori pembelajaran yang memberi sumbangan besar dalam pendidikan matematik ialah Teori Pembelajaran Jean Piaget. Beliau berpendapat bahawa pemikiran kanak-kanak berbeza dari satu peringkat kepada peringkat yang lain. Pertama , peringkat motor deria iaitu bermula dari masa lahir hingga ke dua tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak mengetahui kesan deria dan gerak balasnya melalui alam persekitaran secara fizikal dan bukan fizikal. Kemudian, peringkat praoperasi dari umur 2 hingga 6 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak berkomunikasi dan menggunakan bahasa serta tanda untuk menggambarkan sesuatu konsep. Namun, mereka masih tidak dapat membuat perbandingan antara dua benda. Pada peringkat operasi konkrit dari umur 6 hingga 12 tahun, kanak-kanak mula dapat mengekalkan konsep padanan 1 dengan 1 antara dua set. Pada peringkat ini, mereka dapat mempelajari 2 perkara pada satu masa dan dapat menguasai konsep

keabadian. Peringkat terakhir iaitu Peringkat Operasi Formal bermula daripada 12 tahun. Petikan dari Khoo Phon Sai (1986), mereka boleh mengenal semua faktor yang bersabit dengan sesuatu masalah atau situasi. Mereka akan memasuki peringkat pemikiran yang lebih abstrak. Mereka boleh berfikir tanpa pengalaman konkrit, membuat kesimpulan dengan menstrukturkan situasi secara mental. Sebagai contoh, mereka akan dapat menggunakan simbol-simbol matematik dan dapat mengaitkan satu konsep kepada konsep yang lain serta menggunakan logik dalam menyelesaikan masalah. Jerome Bruner pula berpendapat bahawa seorang murid belajar dengan cara menemui struktur konsep-konsep yang dipelajari. Mereka dapat membentuk konsep dengan mengasingkan benda-benda mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Pengetahuan baru yang ingin dibentuk adalah berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. Beliau menekankan bahawa murid-murid belajar melalui kaedah penemuan. Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya menggunakan simbol untuk mewakili konsep yang abstrak. Kanak-kanak dapat mempelajari konsep matematik melalui perbandingan satu konsep yang telah diterima. Sebagai contoh, murid dapat mempelajari operasi penolakan dengan menyongsangkan proses pengajaran selepas mempelajari operasi tambah.

You might also like