You are on page 1of 3

Aliran Pemahaman Yang Terdapat Dalam Syiah

Syiah merupakan kumpulan penyokong yang menyokong Saidina Ali bin Abi Talib. Namun, didalam Syiah itu sendiri terdapat pecahan-pecahan yang mana mempunyai fahaman yang berbeza-beza mengikut kepada pemimpin masing-masing1. Ada fahaman yang bersikap sederhana dan ada yang bersikap radikal2. Antara mereka yang akan dihuraikan didalam ini ialah Zaidiyyah, Imamiyah, dan Ismailiyyah.

Zaidiyyah
Yang pertama ialah Zaidiyyah. Orang yang mengikuti fahaman ini merupakan pengikut Imam Zaid bin Ali Zainal Abidin. Imam Zaid ini dikenali dengan Abu Muhammad dan Abu Hassan dan aliran ini dianggap paling hampir dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka ini tidak menganggap martabat para imam itu sama dengan martabat para nabi-nabi. Mereka juga tidak mengkafirkan para sahabat nabi Muhammad. Mereka berpendapat Imam Zaid paling layak menjadi Imam selepas Husain bin Ali meninggal dunia dan kemudiannya diikuti zuriat daripada keturunan Fatimah Az-Zahra. Mereka mengiktiraf Abu Bakar, Umar sebagai imam Negara Islam walaupun mereka percaya bahawa Ali lebih layak. Ini kerana orang yang kurang syaratnya boleh menjadi khalifah walaupun ada orang yang lebih layak dan imam tidak semestinya maksum. Manakala dalam perkara Tauhid mereka lebih hampir kepada Muktazilah, tetapi dalam perkara Feqah mereka lebih hampir kepada mazhab Syafie. Pengikut mereka ini masih ramai di negeri Yaman dan sedikit di Asia Tenggara. Imam Zaid gugur syahid bersama-sama beberapa orang pengikutnya ketika mereka keluar menentang tentera kerajaan Umawiah di bawah pemerintahan Hisyam Abd Malik. Peristiwa itu berlaku pada hari Isnin 2 Safar tahun 122 Hijrah ketika Imam Zaid berumur 42 tahun.

1 2

Abdul Hadi Awang (2008), Fahaman dan Ideologi Umat Islam, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, hlmn 29. Ibid, hlmn 29.

Imamiyah
Seterusnya ialah Imamiyah. Mereka merupakan golongan Syiah yang kedua terbesar dan berusaha supaya lebih hampir pada perpaduan umat Islam seluruhnya. Golongan Syiah ini adalah paling ramai pengikutnya, iaitu dua pertiga penduduk Iran, separuh daripada penduduk Iraq, sebahagian penduduk Lubnan, beberapa juta di India dan di Asia Tengah yang mana dijajah oleh komunis Russia. Mereka juga dikenali dengan nama fahaman Jaafariah iaitu menyandarkan kepada Imam Jaafar As-Sadiq yang dianggap sebagai pemimpin besar yang menjadi ikutan3. Beliau diakui oleh seluruh sarjana Islam termasuk juga sarjana Ahlul Sunnah. Imam Jaafar As-Sadiq adalah sarjana mujtahid, kaya dengan ilmu, warak dan zuhud yang tidak melampaui pandangannya. Namun, timbul beberapa pendapat yang berbeza daripada pendapatnya selepas beliau meninggal dunia. Mereka juga dikenali dengan nama fahaman Isna Ashariah (Imam Dua Belas) kerana mereka menentukan dua belas imam iaitu :1. Ali bin Abi Talib 2. Hasan bin Ali 3. Husain bin Ali 4. Ali bin Husain (Zainal Abidin) 5. Muhammad bin Ali bin Hussin (Muhammad Baqir) 6. Jaafar bin Muhammad (As-Sadiq) 7. Musa bin Jaafar (Al-Kazim) 8. Ali bin Musa (Al-Rida) 9. Muhammad bin Ali (Al-Jawad) 10. Ali bin Muhammad (Al-Hadi) 11. Hasan bin Ali (Al-Askari) 12. Muhammad bin Husain (Al-Mahdi)

Abdul Hadi Awang (2008), Fahaman dan Ideologi Umat Islam, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, hlmn 32.

Kemudiannya mereka berpecah pula kepada beberapa fahaman lain yang mempunyai pegangan dan akidah yang berlainan antara satu sama lain, yang mana sebahagiannya terpesong daripada ajaran Imam Jaafar As-Sadiq.

Ismailiyyah
Golongan ini dianggap sebahagian daripada Syiah yang radikal dan terkeluar daripada agama Islam4. Mereka percaya, yang menjadi imam adalah Ismail bin Jaafar As-Sadiq, tetapt Isna Ashariah tidak mengiktiraf fahaman ini dan tidak mengiktiraf fahaman ini dan tidak mengiktiraf Ismail menjadi imam selepas Imam Jaafar As-Sadiq meninggal dunia. Menurut mereka, Ismail adalah seorang yang melakukan kerja-kerja maksiat yang termasuk dalam dosa besar seperti meminum arak dan sebagainya. Namun, pengikut fahaman Ismailiyyah berkata bahawa tidak mengapa beliau mengerjakan dosa besar kerana dia maksum. Menurut Imam Abu Musa Hasan Al-Asyari, daripada fahaman Ismailiyyah ini juga lahirnya fahaman Qaramitah yang mengikut ajaran batiniah. Kemudian golongan Ismailiyyah bertelingkah dalam isu kematian Ismail. Ada dalam kalangan mereka berpendapat bahawa Ismail tidak mati tetapi berpura-pura mati sebagai menyelamatkan diri (taqiah) daripada menjadi mangsa pemerintahan Abbasiyah. Ada juga berpendapat bahawa sepatutnya yang menjadi imam selepas Ismail adalah anaknya, Muhammad bin Ismail.

NASRAN AZIZI BIN ABDUL KARIM IEB110034

Abdul Hadi Awang (2008), Fahaman dan Ideologi Umat Islam, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd, hlmn 40.

You might also like