You are on page 1of 4

Guru adalah agen perubahan atau Guru sebagai pengekal tradisi

Berdasarkan kenyataan di atas beri respons anda.


http://djenimura.blogspot.com/2011/05/guru-adalah-agen-perubahan-atau-guru.html

Dalam era teknologi dan globalisasi ini, guru adalah sebagai agen perubahan bagi membimbing murid-murid agar bersedia untuk menghadapi segala perubahan yang akan berlaku. Malaysia menghadapi arus kemajuan dan cabaran dalam abad ke21. Justeru, keperluan terhadap terhadap pembentukan akhlak mulia dalam kalangan murid semakin mendesak memandangkan masalah-masalah sosial yang timbul selari dengan kepesatan kemajuan dunia. Masalah-masalah disiplin di peringkat sekolah seperti ponteng, merokok dan penyalahgunaan dadah dapat ditangani sekiranya guru berjaya membina kesepaduan antara ilmu dan pembentukan akhlak yang mulia dalam diri murid-murid. Jadi, guru harus berperanan sebagai agen perubahan dalam sistem pendidikan di mana ia harus mengubah daripada gaya pengurusan dan kepimpinan yang bersifat autokratik kepada demokratik. Peranan guru sebagai agen perubahan perlu berasaskan perkara-perkara berikut:

1. Mengubah daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi pemusatan murid. 2. Guru mengamalkan sifat penyayang terhadap murid, rakan sejawat, ketua, staf sokongan dan sekolah. 3. Guru juga perlu bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan khususnya dalam bidang pendidikan Guru perlulah memusatkan proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid dan bukannya memusatkan kepada guru. Murid boleh bertanya jika terdapat sebarang persoalan teantang pengajaran pada waktu tersebut. Bukan semata-mata mendengar penjelasan dan penerangan daripada guru sahaja. Semua pendapat murid mestilah dipertimbangkan dan diterima sekiranya pendapat tersebut benar dan tepat selain ia berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran juga menggalakan murid mencari maklumat tambahan melalui teknologi internet. Ini dapat melatih mereka mengadaptasi dengan kemajuan dan perubahan yang berlaku mengikut peredaran semasa.Selain daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi berpusatkan murid, guru juga perlu mengamalkan sikap penyayang. Hal ini kerana, kanak-kanak lebih tertarik untuk berdamping dengan guru yang mempunyai sikap ini memandangkan guru merupakan orang yang kedua rapat selain ibu bapa mereka. Bukan itu sahaja,

guru yang penyayang ini mampu membuat kanak-kanak lebih memberi perhatian serta tumpuan terhadap sesi pembelajaran yang berlangsung. Ini membolehkan sesi pengajaran berlangsung dengan jayanya. Guru juga perlulah mengamalkan sikap penyayang ini bukan sahaja terhadap murid-murid malah harus juga menjadi penyayang terhadap setiap masyarakat. Hal ini dapat menimbulkan rasa hormat daripada masyarakat lebih-lebih lagi, tugas menjadi seorang guru adalah satu profession yang dianggap mulia di sisi masyarakat. Guru boleh menerapkan prinsip guru sayang murid, murid kasih guru. Jika prinsip ini dapat diterapkan dalam diri setiap murid, gejala sosial yang berlaku dalam kalangan murid atau kanak-kana dapat dikurangkan. Guru yang sanggup menerima perubahan akan bersedia dengan setiap perubahan yang berlaku terutamanya dalam bidang pendidikan. Sebagai contoh pemansuhan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris kepada program memperkasa Bahasa Melayu memperkukuh Bahasa Inggeris sedangkan program ini baru sahaja 7 tahun dilaksanakan bermula dari tahun 2003. Kesediaan guru dalam menerima perubahan ini dengan menghadiri kursus dan sebagainya dapat dilihat tanpa sebarang rungutan. Sifat keterbukaan secara proaktif ini mampu menjadikan guru sebagai agen perubahan yang sesuai mengikut peredaran

zaman dan masa.Secara tuntasnya, guru selayaknya menjdai agen perubahan kerana pendidikan anak-anak bangsa bermula di sekolah walaupun sesi persekolahan hanya tujuh jam, tetapi ia mampu merealisasikan kehendak negara dengan menghasilkan murid yang cerdik, cergas dan mampu membawa negara ke mata dunia. Guru ibarat ibu bapa di sekolah dan segala nasihat dan tunjuk ajar guru akan diterima oleh murid. Jadi, sebagai agen perubahan ia akan turut mempengaruhi akal dan minda murid untuk menghadapi perubahan dan merealisasikan impian negara

You might also like