You are on page 1of 25

SINOPSIS: Novel ini mengisahkan Hilmi datang ke Kuala Lumpur untuk mencari bapa saudaranya yang bernama Datuk

Johari. Dia berjaya menemui bapa saudaranya dan tinggal di rumah tersebut sebagai tukang kebun. Ketika keluarga Datuk Johari bercuti, Hilmi mula memberanikan diri bermain piano. Sejak itulah bakatnya mula berkembang dan dia mendalami bidang muzik daripada pakcik Bakar. Hubungan Hilmi dengan Hayati begitu akrab dan tidak disenangi oleh Datin Salmah. Oleh sebab selalu bertemu anak pakcik Bakar iaitu Azizah, akhirnya berputik perasaan cinta lalu mereka berumahtangga. Azizah merupakan seorang yang materialistik menyebabkan hubungannya dengan Hilmi berakhir dengan penceraian menyebabkan Hilmi tertekan. Ketika pertunjukan Orkes Perdana akan berlangsung, Hilmi tersungkur dan tempatnya digantikan oleh Hayati. Hilmi dimasukkan ke hospital. Tidak beberapa lama kemudian, Hilmi meninggal dunia. Datuk Johari terkejut apabila mendapat tahu bahawa Hilmi ialah anak kandungnya. Akhirnya Datuk Johari juga meninggal dan Datin Salmah insaf.

TEMA: Tema untuk novel Konserto Terakhir ialah perjuangan hidup dan kegigihan seorang anak muda yang berasal dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara. Berikut ialah bukti-bukti yang menunjukkan bahawa watak Hilmi adalah seorang yang gigih. 1.Gigih menghadapi penghinaan daripada Datin Salmah ketika bekerja sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari. Penghinaan ini berlaku disebabkan beliau hanya seorang pemuda kampung dan berpendidikan rendah. 2. Gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar walaupun pada masa yang sama terpaksa membahagikan masanya untuk bekerja di sebagai pembantu di stesen minyak sehingga menjadi seorang pemuzik yang terkenal. 3. Gigih mencipta lagu pelbagai lagu sehingga lagu yang diciptanya terkenal di seluruh tanah air. 4. Gigih menghadapi masalah rumah tangganya walaupun akhirnya terpaksa berpisah dengan isterinya disebabkan sikap Azizah yang mementingkan kekayaan. 5. Gigih berusaha bagi memastikan kejayaan konsert perdananya walaupun terpaksa mengabaikan kesihatan dirinya sendiri.

PERSOALAN/ MESEJ: 1. Kegigihan berusaha untuk mengubah kehidupan dan masa depan: Contohnya Hilmi menyedari dia anak kampung yang tidak berpelajaran dan hanya bersekolah darjah 4 sekolah Melayu. Dia sering mendapat penghinaan khususnya daripada Datin Salmah. Hilmi mendapat dorongan daripada Pak Amat supaya berusaha gigih untuk mencapai cita citanya iaitu menjadi seorang pemuzik dan secara tidak langsung telah mengubah corak hidup dan masa depannya.

2. Cinta dan kasih sayang sesama manusia: Contohnya dapat ditunjukkan melalui kasih sayang antara Hilmi dan Hayati serta cinta dan kasih sayang antara Hilmi dan Azizah. Cinta dan kasih sayang dilihat pada awalnya lebih kepada simpati. 3. Agama yang dapat mengembalikan ketenangan hidup: Contohnya Hayati ialah seorang gadis yang penuh dengan kebebasan tetapi telah berubah dan berasa tenang setelah mula mendekati agama melalui ibadah solat dan mendalaminya melalui buku buku agama seperti Hidup Sesudah Mati. 4. Semangat kerjasama yang membawa kejayaan: Contohnya kejayaan Orkes Hilmi merupakan kejayaan berkumpulan dan semangat itu ditunjukkan ketika Hilmi dimasukkan ke hospital dan pertunjukan Orkes Perdana itu berjaya dan mendapat pujian. 5. Sikap segolongan masyarakat yang terlalu mementingkan pangkat dan darjat: Contohnya Datin Salmah menghina Hilmi kerana menganggap Hilmi hanya seorang pemuda kampung dan tidak berpendidikan tinggi. 6. Gaya hidup segolongan masyarakat yang bersifat kebaratan: Contohnya Datin Salmah sering menghadiri morning coffee manakala rumah datuk Johari terdapat sebuah mini bar. 7. Sikap suami atau isteri yang curang: Contohnya walaupun sudah bersuami, Hayati masih mencintai Hilmi dan bertemu Hilmi sebelum ke luar negara bersama dengan Mohsin. 8. Sikap sesetengah golongan masyarakat yang masih mempercayai perkara karut dan khurafat: Contohnya Datin Salmah percaya bahawa Hilmi menggunakan ubat guna-guna terhadap Hilmi.

NILAI/ NILAI MORAL: 1. Kegigihan : Contohnya Hilmi gigih mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga akhirnya beliau menjadi seorang pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal. 2. kasih sayang : Contohnya Hayati amat mencintai kekasihnya Hilmi sehingga beliau berubah daripada seorang gadis kebaratan kepada seorang gadis yang taat akan agama. 3. Keimanan : Contohnya Hayati taat mengerjakan sembahyang setelah membaca kitab bertajuk Hidup sesudah mati. 4. Kerjasama : Contohnya Hayati menggantikan tempat Hilmi untuk memimpin kosert perdana setelah Hilmi dimasukkan ke hospital dan kerjasama itu menjadikan konsert tersebut mendapat pujian. 5. Merendah diri : Contohnya, Datin Salmah tidak memiliki sikap rendah diri kerana menghina Hilmi serta bersikap bongkak dan mementingkan darjat. 6. Kejujuran : Contohnya, Hayati tidak jujur kepada suaminya kerana masih mencintai Hilmi walaupun beliau telah bersuamikan Mohsin.

7. Patuh perintah ibu bapa : Contohnya, Hayati memamatuhi perintah ibunya dan mengikut kemahuan ibunya supaya berkahwin dengan Mohsin. PENGAJARAN: 1. Kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita yang diinginkan: Contohnya Hilmi gigih mempelajari muzik sehingga Berjaya menjadi pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal. 2. Kita mestilah sentiasa mengamalkan kerjasama untuk memburu kejayaan: Contohnya Hayati menggantikan tempat Hilmi semasa beliau dibawa ke hospital dan kerjasama itu membolehkan konsert perdana tersebut Berjaya. 3. Kita mestilah mengamalkan nilai kasih sayang sesama manusia: Contohnya pada peringkat awal Hayati menyayangi Hilmi kerana rasa simpati dan kemudiannya bertukar cinta kepada kekasih. 4. Kita mestilah sentiasa patuh kepada ibu bapa kita: Contohnya Hayati patuh akan perintah ibunya supaya beliau berkahwin dengan Mohsin. 5. Sebagai seorang isteri, kita mestilah jujur kepada suami: Contohnya walaupun sudah berkahwin dengan Mohsin tetapi Hayati tidak jujur kerana masih mencintai Hilmi. 6. Kita mestilah membantu orang yang memerlukan bantuan: Contohnya Encik Bakar mengajar muzik kepada Hilmi tanpa sebarang bayaran kerana ingin membantu Hilmi menjadi pemuzik terkenal. 7. Sebagai umat, kita mestilah patuh kepada perintah Tuhan : Contohnya Hayati sentiasa mengerjakan solat setelah membaca buku Hidup sesudah mati.

WATAK DAN PERWATAKAN: A. Hilmi 1. Pemuda kampung berpendidikan rendah : Hilmi berasal dari kampung di Kedah dan hanya berkelulusan darjah empat sekolah rendah. 2. Seorang yang rajin : Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu sehingga sayursayurannya berbuah lebat. 3. Seorang yang gigih / tabah : Hilmi gigih menghadapi cabaran hidup apabila sentiasa sanggup berdepan dengan penghinaan Datin Salmah. Kegigihan Hilmi juga dapat dilihat melalui usahanya yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari muzik daripada Encik bakar. 4. Seorang yang artistik : Hilmi bijak berusaha mengadun taman di rumah Datin Salmah sehingga taman itu menjadi cantik serta menarik. 5. Seorang yang penyabar : Hilmi sentiasa sabar menghadapi penghinaan Datin

salmah. Dia juga tidak pernah menceritakan sikap sebenar Datin Salmah atau memburuk-burukkan mereka kepada Pak Karim semasa dia bertemu Pak Kasim. 6. Seorang yang bercita-cita tinggi : Hilmi merantau ke Kuala Lumpur untuk berusaha mencapai impiannya menjadi orang yang Berjaya. Dia berusaha mengejar impiannya dengan berusaha belajar muzik daripada Encik Bakar sehingga menjadi seorang. 7. Seorang yang kuat agama : Hilmi tidak pernah meninggalkan sembahyang lima waktu walau di mana sekalipun dia berada. 8. Seorang yang bijak/ berkebolehan : Dapat memainkan piano dan mengenal kod piano walaupun hanya dengan mendengar Hayati memetik pianonya.

B. Datin Salmah: 1. Ibu saudara Hilmi : Beliau isteri Datuk Johari dan ibu kepada Hayati. 2. Seorang yang sombong dan mementingkan darjat: Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat sekolah rendah. Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar dari rumahnya. 3. Hidup secara kebaratan : Datin salmah menjalani kehidupannya seperti masyarakat barat. Beliau dikatakan selalu bertemu rakan yang setaraf di Morning Coffee. 4. Percaya kepada kepercayaan tahyul : Datin Salmah masih mempercayai kepercayaan karut apabila mempercayai bahawa Hilmi menggunakan ubat gunaguna kepada hayati sehingga Hayati berubah daripada sikap asalnya. 5. Seorang yang suka mengongkong : Datin Salmah ingin menentukan kehidupan anaknya Hayati dengan mengahwinkan hayati dengan Mohsin sedangkan Hayati tidak mencintai Mohsin. 6. Seorang yang tidak beriman : Datin salmah tidak mengerjakan sembahyang sejak hidup sebagai orang kaya dan berharta. Hal ini diceritakan penulis semasa datin salmah menyedari Hayati mula berubah mengerjakan sembahyang. 7. Insaf akan kesilapannya dan ingin menebus dosanya : Datin salmah kesal atas perkara yang telah dilakukannya ke atas Hilmi setelah mengetahui bahawa Hilmi ialah anak datuk Johari. Dia ingin menebus dosanya dengan menyatakan keinginannya untu memelihara anak Hilmi.

C. Hayati 1. Anak perempuan tunggal kepada datuk Johari dan datin Salmah : Berkahwin dengan Mohsin. 2. Seorang yang cantik. 3. Seorang yang penyayang : Hayati amat menyayangi Hilmi. Beliau juga amat sedih apabila Hilmi keluar dari rumah datuk Johari sehingga menyebabkan beliau berubah

sikap. 4. Berubah daripada hidup kebaratan kepada hidup berasaskan agama : Sebelum bertemu Hilmi, hayati seorang yang periang dan hidup seperti remaja lain. Apabila Hilmi keluar dari rumah Datuk Johari, beliau berubah menjadi seorang yang mula mendekatkan diri kepada Tuhan dan mula bersembahyang. 5. Patuh kepada arahan ibunya : Hayati sanggup berkahwin dengan Mohsin walaupun beliau tidak mencintai mohsin. Hal ini dilakukannya demi menjaga hati ibunya, Datin Salmah.

D. Datuk Johari 1. Bapa kepada Hayati dan suami kepada Datin Salmah : Merupakan kakitangan kerajaan berjawatan tinggi. Beliau juga merupakan bapa saudara kepada Hilmi. 2. Seorang yang baik hati : Datuk Johari sanggup membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya. 3. Seorang yang bijak : Datuk Johari bijak memberi alasan supaya Hilmi tidak keluar dari rumahnya ketika Datin salmah mencadangkan supaya Hilmi keluar dari rumah itu kerana merosakkan piano Hayati. Pada masa yang sama, Datuk Johari bijak kerana hanya memotong gaji Hilmi sahaja. 4. Hidup seperti masyarakat barat : Kehidupan Datuk Johari yang kebaratan dapat dilihat apabila terdapat sebuah mini bar di rumahnya. Beliau seorang peminum minuman
keras. 5. Seorang yang tidak kuat pegangan agama : Digambarkan oleh penulis sebagai seorang yang sudah terlalu lama meninggalkan sembahyang lima waktu. 6. Seorang yang tidak bertanggungjawab : Datuk Hilmi meninggalkan isteri pertama sebaik dikahwininya iaitu ibu Hilmi. Beliau juga tidak pernah mengetahui bahawa Hilmi ialah anaknya sehingga diberitahu oleh pak karim. Datuk Johari telah melupakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa.

Biodata pengarangKonserto Terakhir Pengarang novel konserto terakhir ialah Abdullah Hussain. Beliau lahir pada 25Mac 1920, di Sungai Limau, Yan, Kedah.Pendidikan awalnya adalah diSek.Melayu Sungai Limau sehingga lulus darjah 5.Kemudian,beliau menyambungpelajarannya di Sekolah Inggeris St.Michael (1932-33).Seterusnya, beliaubersekolah di Anglo Chinese School, Alor Star pada tahun 1935.Dari segipekerjaan, beliau pernah bekerja sebagai Penolong Penjaga Setor di sebuahperusahaan bijih timah di Pahang pada tahun 1939,Pengarang Akhbar Sahabat(1941), Pengarang Majalah Puspa di Medan,pernah bekerja di Kem TenteraSg.Petani dan juga sebagai Pegawai Penyelidik di DBP (1968). Dalam bidangpenulisan beliau banyak menulis cerpen,novel,biografi, autobiografi,esei,kritikan, drama, dan sebagainya.Hasil-hasil karyanya yang lain adalah sepertiIssabela (terjemahan),Orang Tua dengan Laut (terjemahan), dan banyak lagi.Sepanjang pelibatannya dalam bidang penulisan, beliau banyak meraih kejayaanseperti memenangi Sayembara

Mengarang Cerpen sempena Hari Buruh diMedan (1950), Peraduan Penulisan Cerpen Berunsur Islam anjuran JabatanPerdana Menteri, SEA Write Award, dan kejayaan yang terbesar ialah beliau telahmemenangi Anugerah Sasterawan Negara ke-8.

NOTA LENGKAP KONSERTO TERAKHIR SIPNOSIS Sinopsis Bab 1 Keluarga Hayati tidak ada mood ( keinginan ) untuk belajar piano pada hari itu kerana sering membuat kesalahan. Keadaan ini menimbulkan salah faham antara Hayati dengan guru pianonya. Tiba-tiba muncul Hilmi di saat-saat getir tersebut. Hilmi memperkenalkan dirinya sebagai dua pupu Hayati iaitu anak Pak Karim dari Kedah. Hayati berasa gusar melihat gerak-geri Hilmi yang serba canggung. Dia tidak pernah mengetahui bahawabapanya masih mempunyai saudara di kampung. Datin Salmah juga tidak menyenangi kehadiran Hilmi di rumahnya. Sementara menunggu kepulangan Datuk Johari,Hilmi ditempatkan di sebuah bilik berhampiran dengan bilik Pak Amat, drebar mereka. Kehadiran Hilmi telah mengingatkan Datuk Johari tentang kampung halamannya yang telah ditinggalkan selama tujuh belas tahun lalu. Hilmi menyatakan hasratnya untuk mencari pekerjaan. Walau bagaimanapun, kelulusannya yang hanya setakat darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha Datuk Johari mencari pekerjaan untuknya. Akhirnya Hilmi disuruh menjadi tukang kebun di rumahnya. Hilmi bekerja dengan tekun membersihkan kebun itu. Dalam masa yang sama, perasaannya cemburu melihat kemesraan antara Hayati dengan Mohsin.

Sinopsis Bab 2

Kuli

Hilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Dia telah melakukan perubahan yang besar di pekarangan rumah itu sehinggakanmendapat pujian daripada Datuk Johari dan juga Dr. Nathan iaitu jiran Datuk Johari. Hilmi berkawan baik dengan Pak Amat. Pak Amat pernahmenjadi penyelam mutiara di Darwin, Australia. Datuk Johari gelisah apabila Dr. Nathan bertanyakan tentang tukang kebun barunya itu kerana dia tidak sampai hati menganggap Hilmi sebagai tukang kebunnya. Hilmi amat tertarik dengan mainan piano Hayati. Rumah Datuk Johari jugasering didatangi oleh saudara mara Datin Salmah yang berpangkat.Dalam pada itu, Datin Salmah teringat akan kata-kata kakaknya Siti Hajar tentang Hilmi kerana lambat laun orang akan mengetahui bahawa Hilmi itu anak saudara Datuk Johari. Hasutan Siti Hajar itu menimbulkan rasa gelisah di hati Datin Salmah dan dia berusaha mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya.

Sinopsis Bab 3

Piano

Hilmi kecewa apabila dia mendapati tanamannya dirosakkannya oleh kumbang. Dia telah melepaskan geramnya dengan memijak-mijakkumbang-kumbang itu dengan tumitnya. Tindakan Hilmi itu ditegur oleh Hayati dan menganggap dia seorang yang kejam. Akhirnya Hayati faham kenapa Hilmi memusnahkan kumbang yang mengancam keselamatan tanamannya. Kadangkala Hayati ikut bersama-samanya mencari kumbang dan ulat. Dua kali dalam seminggu iaitu hari Sabtu dan Khamis, Hayati belajar bermain piano di rumahnya. Pada hari-bari tersebut

Hilmi akan mencari kerja yang dapat dibuatnya di depan rumah berhampiran dengan ruang tamu. Pada kedua-dua hari tersebut keletihannya terasa hilang, dan dia menunggu kedua-dua hari itu dengan penuh harapan kerana dia dapat mendengar lagu-lagu merdu yang keluar dari hujung-hujung jari Hayati yang diletakkan di atas pianonya. Lagu-lagu itu menjadi makanan rohaninya. Pada suatu hari Khamis, Hilmi gelisah kerana Hayati belum pulang lagi. Rupa-rupanya Hayati dan Mohsin pergi menonton wayang. Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi menyebutnya sebagai tukang kebun tetapi sebagai kaum keluarganya. DatukJohari juga mulai bangga kerana tiap-tiap orang yang datang memuji-muji tanaman bunga di rumahnya. Malah hasil tanaman seperti terung,kacang, timun, dan petola telah berbuah dengan lebatnya dan menjadi satu kebanggaan pula kepada Datin Salmah. Dia menghadiahkan hasiltanaman itu kepada teman-temannya apabila pergi ke morning coffee dan juga ketika ada antara kawannya yang datang berkunjung kerumahnya, mereka pulang dengan membawa buah tangan. Datin Salmah gembira mendengar pujian daripada kawan-kawannya.

Sinopsis Bab 4 Hukuman Leha, penolong pembantu rumah telah pulang ke kampung. Hilmi telah ditugaskan oleh Datin Salmah untuk membersihkan ruang tamu. Hilmi amat senang hati menerimanya kerana dapat datang berhampiran dengan piano. Suatu hari Hilmi keseorangan di rumah kerana Datin tidak ada di rumah, manakala Hayati belum pulang dari sekolah, sementara Mak Minah keluar ke rumah seorang kenalannya. Hilmi telah mencuba memainkan piano tersebut sehingga tidak menyedari kepulangan Mak Minah. Perbuatan Hilmi itu ditegur oleh Mak Minah kerana takutdimarahi oleh Datin Salmah. Kebimbangan Hilmi jelas terlihat apabila Datin Salmah memanggilnya. Rupa-rupanya Datin Salmah menyuruhnya mengambil bunga yang dibawa dari rumah kawannya. Hilmi juga berasa lega kerana Mak Minah tidak memberitahu mak ciknya tentang perlakuannya tadi.Ketika Hayati pulang dan hendak menghiburkan tetamunya iaitu pak cik dan mak ciknya, dia menyedari pianonya telah rosak. Apabila diameletakkan jari-jarinya pada mata-mata piano dan membuat "intro"-nya dengan C minor, tiba-tiba pada mata yang mengeluarkan nada fa nadanya begitu melenting. Peristiwa itu telah menimbulkan kegemparan kecil. Datin Salmah mula mencari siapa yang mengganggu piano itu.Ketika dipanggil oleh Datin Salmah, Mak Minah terpaksa memberitahu yang Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah ingin mengambilkesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan Datuk Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong gajinya. Datin Salmah juga menyuruh Hilmi memujuk Hayati dan memohon maaf daripadanya.Sementara itu, Datin Salmah sekeluarga akan bercuti selama satu bulan. Mak Minah dan Pak Amat juga diberi cuti balik ke kampung. Hilmi diminta untuk menjaga rumah tersebut sepanjang peninggalan mereka. Hilmi amat kesunyian sepanjang ketiadaan mereka terutamanya rasakehilangan terhadap Hayati kerana sebulan lamanya dia tidak akan mendengar lagu-lagu yang dimainkan oleh Hayati. Kehidupan Hilmi sepanjang waktu hanya bertemankan bunga-bunga dan tanamannya sahaja.

Sinopsis Bab 5 Penunggu Hilmi tidak ikut menghantar Datuk Johari dan keluarganya berangkat ke luar negeri. Dia memuatkan barang-barang yang mahu dibawa kedalam motokar. Datuk Johari berpesan supaya menjaga rumah dengan baik. Datin Salmah pula tidak bercakap sepatah pun dengannya. Diasibuk bercakap dengan orang lain. Sepeninggalan mereka,Hilmi mendapat simpati jiran Datuk Johari, iaitu Dr. Nathan.

Mamat kawan baiknyaiaitu drebar Dr. Nathan juga balik ke kampung.Hilmi sibuk mengemaskan rumah Datuk Johari.Hidupnya terasa bebas. Dia menjadi tuan rumahdan dia juga menjadi raja. Setelah selesai mengemas, Hilmi masuk ke bilik mak ciknya. Dia amat terkejut kerana bilik itu seperti sebuah syurga.Dari bilik mak ciknya, dia pergi pula ke bilik Hayati. Seolah-olah perasaannya amat dekat dengan Hayati. Dia amat merindui Hayati. Hilmi masuk pula ke bilik tamu. Di ruangan tamu, matanya tertumpu pada piano. Keinginannya untuk bermain piano begitu kuat dan meronta-ronta didalam dirinya tetapi dia tidak berani menyentuhnya. Akhirnya dia menuju ke biliknya. Tiba-tiba Hilmi teringat kucing Siam kesayangan Hayati.Dia masuk ke dalam rumah mencari kucing itu. Dia membawa kucing itu ke dapur dan diberi makan ikan.Dalam pada itu, Mamat, drebar Dr. Nathan telah balik dari kampung dan membawa bersama isterinya Esah. Esah telah diperkenalkan oleh Mamat kepada Hilmi. Mamat mengajak Hilmi makan bersama-samanya. Esah juga telah bekerja sebagai tukang masak di rumah D. Nathan. Hilmi berasa kecewa. Dia mengharapkan bila Mamat balik dari Kelantan dia mahu mengajak Mamat tidur bersama-sama menemaninya. Mamattelah memperkenalkan Hilmi dengan Encik Bakar, seorang ketua sebuah quartet. Encik Bakar menyuruh Hilmi bermain organ dan Hilmi telah mendapat pujian daripada Encik Bakar. Encik Bakar mengajar Hilmi muzik secara percuma. Hilmi amat gembira mendengar kata-kata Encik Bakar kerana pada sangkaannya Encik Bakar akan mengenakan bayaran kepadanya.Justeru, Hilmi pada mulanya kurang senang kerana setiap kali dia pergi ke rumah Encik Bakar, dia akan meninggalkan rumah pak ciknya. Diaberasa bersalah kerana telah melanggar janji-janjinya pada pak ciknya. Walau bagaimanapun kerana minat yang amat mendalam terhadap muzik, Hilmi terpaksa melakukannya. Hilmi telah belajar dengan tekun dan Encik Bakar juga telah mengajarnya tentang not-not muzik.

Sinopsis Bab 6 - Muzik Hilmi berasa bertuah kerana dapat belajar muzik dengan Encik Bakar. Sebaik sahaja pulang dari rumah Encik Bakar, Hilmi menjalankan tugasbiasanya seperti menyiram pokok-pokok bunga. Hilmi juga mendapat sokongan dan galakan yang kuat daripada Mamat dan isterinya. Setelahkembali dari bilik Mamat kerana berbual-bual dengan mereka, Hilmi balik ke rumah. Hilmi terus ke sudut di mana terletaknya piano dan memainkannya. Tanpa disedari Datuk Johari dan keluarganya telah kembali dari luar negeri. Hayati terpesona melihat Hilmi bermain piano.Datin Salmah terpegun. Datuk Johari tegak tidak bergerak. Akhirnya dia menyedari seperti diperhatikan. Lantas terperanjat kerana tidak menyedari kepulangan pak ciknya sekeluarga. Hilmi bergegas membawa masuk beg-beg yang banyak dan terus kembali ke dalam biliknya. Hilmi dikejutkan dengan kedatangan Hayati yang membawa oleh-oleh untuknya yang berupa sebuah patung wanita dengan pakaian gaun kembangzaman kuno. Patung itu juga boleh mengeluarkan bunyi lagu Blue Danube .Hubungan mesra Hilmi dan Hayati tidak disenangi oleh Datin Salmah. Lebih-lebih lagi apabila Hayati membeli oleh-oleh kepada Hilmi. Sedangkan selama perjalanan mengelilingi England itu, tidak pernahsekalipun disebutnya nama Hilmi. Hayati Cuma menyebut nama Mohsin sahaja. Naluri keperempuanan Datin Salmah merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Hayati.

Sinopsis Bab 7 Oleh-oleh Mohsin terperanjat apabila mendengar kepulangan Hayati dan kesal kerana dia tidak dapat menjemput Hayati di lapangan terbang. Sebelum kepejabatnya Mohsin singgah dahulu ke rumah Hayati. Ketika Datin pergi memanggil Hayati dia terlihat Hayati sedang berdiri amat dekat dengan Hilmi memerhatikan sesuatu di pokok ros. Hayati tidak menghiraukan panggilan ibunya kerana asyik

bercerita kepada Hilmi tentang perjalanan mereka di England, tentang konsert muzik yang disaksikannya di Vienna, tentang pemandangan yang indah di kebun tulip di negara Belanda. Hayati juga senang mendengar cerita Hilmi tentang bunga-bunganya.Apabila diberitahu tentang kedatangan Mohsin, Hayati tidak berminat untuk mengetahuinya. Hayati hanya mencecah dengan hujung jarinyasahaja apabila Mohsin menghulurkan tangannya. Hayati telah menghadiahkan neck tie ( tali leher ). Mohsin juga terasa ada sesuatu yang anehpada gerak-geri Hayati tetapi dia tidak berapa pasti.Hayati selalunya gembira menyambut kedatangannya tetapi tidak sekarang ini.Sebaik sahaja Mohsin keluar dari rumah itu, Hayati terus masuk berkurung di dalam biliknya. Datin Salmah semakin gelisah dan hatinya mulaipercaya bahawa perubahan perangai anaknya itu mesti ada sangkut paut dengan dukun. Mesti ada anasir-anasir jahat memainkan peranannya.Suaminya tidak mudah percaya dengan cerita karut serupa itu, lebih-lebih lagi apabila membabitkan anak penakannya sendiri. Datin Salmah memanggil Hayati untuk mendapat penjelasan daripadanya tetapi anaknya itu telah menjawab dengan kasar menyebabkan Datin Salmah memberi amaran dan Hayati tidak dibenarkan bercakap lagi dengan Hilmi. Datin Salmah juga sudah nekad untuk mencari jalan supaya Hilmi keluar dari rumahnya.Dalam pada itu, Mak Minah datang pada petang itu dari kampung setelah Datin Salmah menelefon kepadanya melalui Balai Polis Lenggeng. Diamembawa oleh-oleh dari kampung yang Hayati gemari. Hayati pula menghadiahkan Mak Minah jam tangan kecil buatan Swiss. Mak Minah amat gugup mendapat jam baru. Dia teringat setiap kali Hayati pulang dari tempat-tempat yang jauh setiap kali itu pula ada oleh-oleh untuknya.

Sinopsis Bab 8 - Sengketa Hilmi ke rumah Encik Bakar. Kedatangannya itu disambut oleh Azizah, anak Encik Bakar. Sebaik sahaja Hilmi melangkah masuk, Azizah menutup pintu. Azizah cuba menggoda Hilmi. Mula-mula Hilmi agak kekok tetapi lama-kelamaan sudah tidak terasa apa-apa baginya duduk satu bangku dengan Azizah dan bersentuhan badan. Tiba-tiba Azizah tersentak apabila mengetahui yang Hilmi hanya tukang kebun bapa saudaranya sahaja.Pada sangkaannya Hilmi itu paling tidak seorang kerani kecil atau seorang guru. Hilmi kemudian terus meminta izin untuk pulang.Apabila menghampiri rumah bapa saudaranya, perasaan Hilmi gementar kerana terdapat tiga motokar asing di depan pekarangan rumah itu. Hilmi masuk dari pintu kecil di sebelah belakang. Mak Minah datang memberitahunya bahawa Datin Salmah heboh mencarinya. Ketika Hilmi sedang menyiram bungabunga yang terletak di bahagian anjung depan rumah itu, Datin Salmah datang dengan marah bertanyakan ke manakah dia pergi. Hilmi meminta maaf daripada mak ciknya dan berlalu pergi. Setelah selesai semuanya, Hilmi pun mandi dan terus masuk kedalam biliknya. Dia teringatkan peristiwa yang berlaku antara dia dengan Azizah.Dalam pada itu, ketika Encik Bakar pulang, Azizah memberitahu kedatangan Hilmi. Encik Bakar berpesan kepada Mamat supaya memberitahu Hilmi yang dia akan pergi ke rumah adik iparnya di Klang. Dia meminta Mamat menyampaikan pesan supaya Hilmi datang besok. Azizah jugacuba memberitahu bapanya tentang pekerjaan Hilmi sebagai tukang kebun tetapi bapanya tidak mengendahkan berita itu. Dia tahu Azizah kecewa kerana pada anggapannya Hilmi tidak setaraf dengannya. Azizah lulusan MCE dan sedang mencari kerja. Paling rendah pasangan yangingin dicarinya ialah kerani. Bagi Encik Bakar untuk menjadi ahli muzik bukan perlu persekolahan tinggi. Ilmunya jika tidak diajarkan kepadaorang, habislah reput dengan tulangbelulang di dalam kubur nanti. Azizah terdiam dan berasa kesal akan sikapnya itu terhadap H ilmi.Namun begitu, perkara lain berlaku di rumah Datuk Johari.

H ilmi tidak mahu makan makanan yang dibawa oleh Mak Minah kerana kecewaapabila diberitahu bahawa mak ciknya tidak membenarkan Mak Minah memanggilnya makan. Mak Minah meletakkan makanan itu di atas mejakecil dan balik ke dapur mengambil tudung saji dan air minum. H ayati muncul bersama-sama Mak Minah untuk memujuk H ilmi makan. H ayatibangun dan duduk di sebelah H ilmi. H ilmi memandang H ayati dengan perasaan pilu. Dia bingung dengan sikap yang diperlihatkan oleh H ayati.Selama ini dia menyangka H ayati tidak pernah mempedulikannya, H ilmi akhirnya menyuruh H ayati keluar. Mak Minah cuba menenangkan H ilmidan menasihatinya supaya jangan terlalu ambil hati terhadap sikap mak ciknya. H ilmi kemudiannya keluar untuk berjumpa Mamat danmeminta pertolongannya mencari tempat untuknya berpindah dari rumah Datuk Johari. Sinopsis Bab 9 Pertemuan Setelah dua hari

H ilmi tiada di rumah barulah Datin Salmah menyedari bahawa kehadiran H ilmi selama ini mempunyai erti besar kerana adanya H ilmi di rumah itu, dia tidak perlu memikirkan sedikit pun tentang tanaman bunganya. Sami yang dihubungi oleh Datuk Johari tidak dapatdatang bekerja, paling cepat akhir bulan. Dalam tempoh 12 hari itu, Datin Salmah mengerahkan Mak Minah, Pak Amat, dan H ayati sendiri untukmenolongnya menyiram bunga-bunga itu pada waktu petang. H ayati kini tidak mahu bercakap dengan ibunya sejak diketahui H ilmi telah pergi.Dia asyik berkurung di dalam bilik sahaja. H ayati kecewa kerana pada hari itu setelah pulang dari sekolah, dia mahu memberikan H ilmi tiketuntuk menonton permainan piano seorang pianist dunia yang terkemuka yang akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. H ayati amatkecewa apabila diberitahu oleh Mak Minah bahawa H ilmi telah pulang ke kampung. Tetapi H ayati tahu itu merupakan helah ibunya yangsememangnya tidak suka H ilmi tinggal di situ. Datin Salmah kemudian memujuk H ayati dan menyatakan bahawa H ilmi akan datang lagi selepas

itu. Datin Salmah juga mulai risau tentang perubahan yang berlaku pada H ayati. Matanya sudah mulai cengkung, makannya sudah tidak banyaklagi. Dia bercadang untuk menyatukan H ayati dan Mohsin seberapa segera. H ayati boleh melanjutkan pelajarannya di England dan Mohsin pulaboleh menyambung pelajaran tetapi H ayati menolak. Apabila ditanya oleh Mohsin tentang perubahan H ayati mereka membuat alasan keadaan H ayati yang murung dan susut tubuhnya itu kerana teringatkan Mohsin.Dalam pada itu, Mamat menghantar H ilmi ke tempat bas. H ilmi amat gelisah. Bapanya sebenarnya tidak sakit. Surat yang diperlihatkan kepadapak ciknya itu ialah surat yang ditulis oleh Mamat. Dia amat risaukan H ayati. H ilmi teragak-agak mahu naik atau tidak. Akhirnya dia ikut naik.Waktu bas itu meninggalkan Tanjung Malim setelah berhenti rehat selama 30 minit, salah satu kerusi bas itu telah kosong. H ilmi tidak dapatmenahan tekanan perasaannya. Dengan sebuah teksi dia pulang semula ke Kuala Lumpur. H ilmi terus berjalan mencari kerja. Dia menuju kekios tempat jualan minyak. Dia tahu sekurangkurangnya dia dapat menjadi pekerja sementara dengan gaji harian sebanyak dua ringgitsetengah.

H ilmi juga diberikan sebuah kanvas dan dibenarkan tidur bersama-sama dengan seorang penjaga malam. H ilmi bekerja dengan rajin dan berdoa supaya pak cik atau mak ciknya jangan datang mengisi minyak di situ. Walau bagaimanapun, H ilmi telahterserempak dengan Mohsin. Mohsin telah menghasut tauke kedai minyak itu supaya membuang H ilmi tetapi tauke itu tidak mempedulikannya.Minggu pertama di bulan kedua bekerja di situ, H ilmi bertekad berjumpa semula dengan Encik Bakar. Dalam perjalanannya dia telah bertemuPak Amat di kedai kopi. Kesempatan itu digunakan oleh H ilmi untuk bertanya khabar tentang H ayati. Dia amat sedih kerana H ayati kini sudahbanyak berubah perangai dan dia tidak segembira dan senang dahulu lagi.Sesampai H ilmi di rumah Encik Bakar, rumah itu seperti tiada penghuni. Tingkap dan pintunya tertutup rapat. Ketika di mahu berpatah balik,tiba-tiba sebuah jendelanya terbuka dan Azizah telah muncul dan terkejut dengan kehadiran H ilmi. Kedatangannya itu disambut dengan H ilmi. H ilmi menceritakan kisahnya kepada Encik Bakar dan hasratnya ingin menyambung belajar muzik dengannya. Encik Bakar tidak keberatan. H

ilmimeminta izin pulang awal kerana telah berjanji dengan Ah Kong akan kembali sebelum pukul 7.00 malam untuk menggantikannya bekerja. H ilmi diajar oleh Encik Bakar peringkat demi peringkat. Dia tidak sahaja belajar berbagai-bagai alat muzik tetapi juga diajar untuk mengenallebih dekat tiap-tiap jenis alat itu. H ilmi sering diingatkan oleh Encik Bakar bahawa dia akan berjaya kerana mempunyai bakat. H ubungan Azizahdengan H ilmi juga semakin rapat. Setiap kali dia ke rumah Encik Bakar, Azizah selalu menyambutnya dengan mesra. H ilmi juga sudah mula kenaldengan not kerana menurut Encik Bakar untuk menjadi pemain muzik yang baik seseorang itu mesti tahu membaca not. Selain itu H ilmi telahbelajar bermain trompet, seksofon, klarinet, dan biola. Sinopsis Bab 10 - Bebas Sejak H ilmi meninggalkan rumah pak ciknya, pokok-pokok bunga di taman Jepunnya yang dulunya menjadi kebanggaan kepada Datin Salmahdan Datuk Johari telah mulai musnah sedikit demi sedikit. H ayati pula seolah-olah ikut meratapi kehancuran taman bunga itu. Keadaan itumenyebabkan atin Salmah mendesak suaminya menulis surat ke kampung bertanyakan H ilmi, kalau benar H ilmi menggunakan sesuatu kuasaghaib ke atas H ayati tetapi Datuk Johari menolak. Dia tahu isterinya itu telah terpengaruh dengan cakap-cakap morning coffee. Datin Salmahserba salah dengan keadaan

H ayati. H ayati bukan lagi anak kecil yang dapat dipujuk dengan hadiah atau janji apabila dia menangis. H ayatisekarang sudah menjadi gadis remaja malah sudah bertunang. Ketika masuk ke bilik H ayati, dia terkejut kerana terjumpa buku agama dan lebihmemeranjatkan lagi ialah sejadah dan telekung yang terlipat dengan baik di sudut biliknya. Anaknya itu sudah mula sembahyang. Dia keluar daribilik itu dan menelefon suaminya. Perasaan ngeri mulai menguasai dirinya apabila dia mengetahui anaknya sembahyang setiap waktusementara dia dan suaminya tidak sembahyang. Dia mula menyiasat dengan siapakah H ayati berkawan. Ketika suaminya pulang makan tengahhari dia terburu-buru menunjukkan bukubuku agama di bilik H ayati, tikar, dan telekung. H ayati menyambut kepulangan Mohsin di lapangan terbang. Mohsin turut hairan melihat perubahan diri H ayati. Mohsin mengumumkan beritagembira iaitu dia hanya pulang sebentar sahaja dan akan berangkat lagi ke London kerana telah dilantik menjadi penolong pengurus dicawangan banknya yang baru sahaja dibuka di kota metropolitan Inggeris itu. Datin Salmah mencadangkan supaya perkahwinan antara H ayatidan Mohsin disegerakan. Cadangan itu tidak dibantah oleh H ayati, malah H ayati kelihatan terlalu gembira.Berita perkahwinan H ayati dan Mohsin tersiar dalam semua surat khabar Melayu dan Inggeris.

H ilmi terpegun ketika Azizah menunjukkankepadanya berita perkahwinan itu. H ilmi memohon untuk beredar dan tidak ada mood untuk belajar muzik pada hari itu. Mamat pula datangke biliknya membawa berita bahawa H ayati dan Mohsin akan berangkat ke England sebaik sahaja mereka pulang dan berbulan madu diCameron H ighland. Seminggu lamanya H ilmi berkurung di rumah. H abis kerja dia terus balik ke biliknya dan tidak keluar-keluar lagi. Penghuni disebelah menyebelah biliknya itu hanya sering mendengar gesekan biola ataupun petikan gitar. H ari kelapan H ilmi pergi semula ke rumah EncikBakar dengan memperlihatkan sebuah lagu yang telah dikarangkannya. Encik Bakar mencuba lagu itu di piano sambil dipindanya sedikit-sedikit. H ilmi memberi judul lagu itu Sebuah Intermeso . H ilmi berasa gembira kerana dia telah mengetahui bahawa dia mempunyai bakat bukansahaja sebagai pemain muzik, tetapi juga sebagai penggubah lagu. Sinopsis Bab 11 Intermeso H ilmi telah berhenti dari kios minyak petrol kerana akan menjadi anggota salah sebuah quartet yang terkenal di ibu kota. Encik Bakar telahmengambil H ilmi bermain di dalam quartetnya sebagai menggantikan tempat pemain biolanya yang kebetulan telah berpindah ke Pulau Pinang.Pertama kali berlatih

H ilmi berasa gugup. Dia berasa mahu menarik diri sahaja daripada quartet tersebut tetapi atas dorongan Encik Bakarsemangatnya pulih kembali. H ilmi memainkan lagu gubahannya Sebuah Intermeso . Seluruh hadirin terpesona dan terpegun. H ilmi telahdiinterview ( ditemu ramah ) oleh pemberita hiburan dari sebuah surat khabar Inggeris yang terkemuka. H asil interview itu telah disiarkan didalam ruangan hiburan akbarnya pada hari yang berikutnya. Datuk Johari juga terpegun ketika melihat gambar H ilmi terpampang di ruanganhiburan surat khabar bertajuk Penemuan Baru Abad ini Pemain Biola H ikmat Malaysia . H ayati tidur di rumah mak ciknya bersama Maimun. Maimun hairan dengan perubahan H ayati yang sudah sembahyang. Perbualan merekaberdua berkisar kepada H ilmi. Maimun tidak menyangka tukang kebun H ayati ada bakat muzik. H ati H ayati bergelodak kerana dia inginmenceritakan perkara sebenar bahawa H ilmi bukan tukang kebun. Daripada akhbar itu H ayati mendapat tahu

H ilmi masih berada di KualaLumpur dan telah menjadi seorang pemain muzik dalam quartet tetap di H otel Titiwangsa. Cuma H ayati kesal kerana Mamat sering berdalihapabila ditanya tentang H ilmi.Pada malam kedua, Encik Bakar mendesak H ilmi memainkan lagunya Sebuah Intermeso tanpa nyanyian. Seluruh hadirin terpesona. Kisah H ilmi mendapat perhatian Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar telah melanggar peraturan perlembagaanpersatuannya. Semua pemain muzik di hotel dan kelab-kelab malam hendaklah terdiri daripada anggota-anggota persatuan itu yang sah. EncikBakar telah menerima surat daripada Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional. Encik Bakar menganggap itulah masa yang palingmalang sekali dalam hidupnya. Dia bukan tidak sedar tentang hal ini, tetapi keadaan terdesak. Pemain biolanya tiba-tiba berhenti. Encik Bakarmengumpul semua ahli kumpulannya kecuali H ilmi untuk berbincang. Akhirnya mereka sebulat suara menyokong kemasukan H ilmi dalamkumpulan mereka. H ilmi kemudian diberitahu tentang krisis yang terjadi dan tentang keputusan mesyuarat itu. Walaupun keputusan itu dicapaisebulat suara, tetapi meninggalkan kesan yang parah dalam hati H ilmi. Dia berasa kesal kerana menjadi sebab Encik Bakar diancam olehpersatuannya. Walau bagaimanapun pada malam itu mereka bermain seperti biasa.Seminggu sesudah itu, Encik Bakar telah dipanggil oleh Jawatankuasa Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional untuk menghadapi tuduhanmelanggar tatatertib persatuan dan melanggar arahan setiausaha. Tiga jam lamanya ahli jawatankuasa persatuan itu membuat persidangantertutup. Encik Bakar disuruh menunggu di luar bilik persidangan. Keputusan mesyuarat akhirnya memaafkan Encik Bakar keranamengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan tersebut dan menerima keahlian H ilmi.

Sinopsis Bab 12 - Krisis H ilmi gelisah kerana Encik Bakar belum pulang dan Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional dan dia tidak dibenarkan hadir sama dalammesyuarat tersebut. Keyakinan H ilmi pulih setelah ibu Azizah menasihatinya supaya bertenang kerana dia percaya suaminya tidak akan diapa-apakan. Encik Bakar seorang yang jujur dan dia tidak akan dipecat. Kepulangan Azizah membawa berita tentang H ayati mendapat biasiswa dariBritish Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music selama dua tahun dan akan berangkat esoknya. H ilmi tergesa-gesa pulang. Semasa H ilmi keluar, Encik Bakar pun sampai bersama-sama dengan Rahmat dan H arry Lam. Melihat H ilmi tidak ada di situ, Rahmat dan H arry Lam punmeminta diri pulang ke rumah.Pada malam itu, ada dua penerbangan ke London. Satu kapal terbang British Airways dan satu lagi Qantas yang datang dari Sydney. Sekiranya H ilmi pergi ke lapangan terbang pada waktu itu bererti dia tidak dapat ikut bermain dalam orkestra Encik Bakar. Fikirannya terlalu runsing.Akhirnya dia pulang ke bilik. Di pintu biliknya ada sekeping surat yang ditinggalkan oleh Mamat menyatakan dia barangkali akan datang padapukul tujuh malam dan ingin membawa H ilmi berjumpa H ayati. Di dalam pertemuan itu H ayati menyatakan bahawa dia amat mencintai

H ilmitetapi dia tidak mahu membantah kata orang tuanya dan terpaksa berkahwin dengan Mohsin. Mohsin juga tahu akan pertemuannya dengan H ilmi. H ayati juga menyatakan bahawa lagu Sebuah Intermeso itu menjadi ubat yang paling mujarab bila hatinya luka. Kaset lagu itudibawanya di dalam beg ke mana sahaja dia pergi. H ayati juga meminta H ilmi memaafkan ibu dan bapanya kerana tindakan dan kelakuanmereka terhadapnya dahulu.Encik Bakar pula gelisah kerana H ilmi belum muncul-muncul. Setelah kemunculan H ilmi, Encik Bakar memberikan resit sebagai bukti dia telahmenjadi pemain muzik profesional yang sah. Pada malam itu, permainan yang luar biasa telah diperlihatkan oleh H ilmi. Ketika jam berdetingpukul 12.40 malam jantungnya ikut berdetak kuat kerana pada saat itu pesawat yang dinaiki oleh H ayati terbang meninggalkannya. Padamalam perpisahan itu H ilmi telah berjaya menggubah sebuah lagu yang lahir dari perpisahan dengan H ayati dan diberi judul Perpisahan . EncikBakar juga telah memberikan petua-petua bagaimana cara menggubah lagu yang baik dan menasihati H ilmi supaya mengarang beberapa buahlagu lagi dan lagu-lagunya itu disimpan dahulu. Apabila telah banyak dan sudah cukup barulah dirakamkan menjadi rekod.Pengaruh gitar rancak dan Barat telah mulai melanda ke negara ini. H

ilmi telah mendapat keizinan Encik Bakar untuk menubuhkan kugiran yangdiberi nama Kugiran Dahlia ringkasan nama Daniel, Azizah, H ilmi, Tony Lim, Dan Arasu. Kugiran Dahlia dengan cepat mendapatpopularitinya. H ilmi banyak menggubah lagu untuk dinyanyikan oleh Azizah dan nama Azizah mulai terkenal. Perhubungan mereka semakinerat. Apabila gelombang kugiran mulai merosot, H ilmi kembali bergiat dalam orkestra yang bermain di kelab-kelab malam. Walaupun rekod dankaset yang mengandungi lagu-lagu gubahannya sudah banyak terjual tetapi sebagai penggubah lagu dia tidak pernah mendapat hasil yanglumayan malah berdepan pula dengan masalah cetak rompak.Setelah setahun lebih bergaul rapat, dia dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami isteri. Pada mulanya kehidupan mereka sebagai suami isteriamat harmoni tetapi kira-kira setahun setelah anak lelaki mereka yang pertama lahir, Azizah mulai berubah dan H ilmi juga ikut berubah. Rumahtangga mereka mula goyah. Kepedihan yang dirasai dari penghidupan itu menyebabkan H ilmi banyak berfikir dan telah mendatangkan ilhamuntuknya menggubah lagu. Sebahagian besar lagu-lagu yang digubahnya tidak ditunjukkan kepada orang lain, walaupun kepada Encik Bakar Sinopsis Bab 13 Perpecahan Keretakan yang terjadi dalam rumah tangga H ilmi telah tidak dapat diselamatkan lagi. Encik Bakar dan isterinya, walaupun pada mulanya tidakmahu campur tangan kerana itu urusan rumah tangga mereka terpaksa memanggil keduaduanya kerana keadaan semakin buruk. Tetapipertemuan itu tidak membawa apa-apa hasil. Persengketaan antara mereka tidak boleh diatasi malah Azizah mengajar anaknya memanggil H ilmi dengan panggilan bapa jahat . Azizah cemburu kerana pada anggapannya beberapa buah lagu yang telah digubah khas oleh H ilmi adalahuntuk H ayati. Sedangkan dia tidak mengetahui H

ilmi juga pernah menggubah lagu tentang cinta dan sayangnya kepada isteri dan anaknyadalam lagu Balada Kasih .Lagu itu ialah curahan isi hatinya yang jujur. Kini hidupnya terasa kesunyian yang amat sangat. Dia seringmenyembunyikan kesedihannya daripada kawan-kawannya. Dia terus menghiburkan orang-orang yang datang mencari hiburan di tempatnyabermain muzik. Dia juga tetap menggubah lagu. Sekali sekala dia teringatkan H ayati. Tragedi yang menimpanya menyebabkan dia menciptasebuah lagu yang diberi tajuk Cinta dan Tangis . Lagu Cinta dan Tangis menjadi inspirasi kepadanya untuk menggubah lagu-lagu lain danmenulis sendiri sari katanya. Dia mulai terasa bahawa menggubah lagu-lagu itu sebagai satu misi yang telah ditugaskan oleh Tuhan kepadanyabiarpun terpaksa bekerja keras siang dan malam tetapi hatinya senang dan tenteram. H arapan untuk kembali dengan Azizah telah pudar. Walaubagaimanapun dia belum berniat untuk menceraikan Azizah kerana Azizah sendiri tidak pernah memintanya. Setiap malam sebaik sahajapulang dari tempatnya bekerja, H ilmi akan duduk di hadapan pianonya menggubah lagu-lagu baru. Kalau ilhamnya tidak ada dia akanmemainkan rekod. Lagu-lagu yang telah digubahnya kini berjumlah ratusan buah.Orkes H ilmi telah mendapat undangan untuk bermain dalam pertunjukan H ari Keputeraan Sultan Kelantan di Kelantan. H ilmi mendapatsambutan yang luar biasa. Peminat-peminatnya telah menyerbunya. Kira-kira jam empat pagi, H ilmi dikejutkan dengan panggilan telefon dari Rahmat tentang kematian Encik Bakar. H ilmi menaiki kapal terbang MAS pulang ke Kuala Lumpur. Dalam penerbangan tersebut dia telah selesaimenyiapkan sebuah lagu yang diberi nama Seniman yang dicipta khas untuk Encik Bakar iaitu guru, kawan, dan bapa mertuanya.Tiga tahun berturut-turut H ilmi muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang dianjurkan oleh RTM. H

ilmi telah diberipenghormatan untuk memimpin satu pertunjukan Orkes Perdana yang dianjurkan oleh RTM. Pertunjukan itu sama tarafnya dengan RoyalPerformance ( persembahan di-Raja ) yang diadakan di England. H ilmi diminta untuk membuat arrangement (penyusunan) semua lagunya dandiberi nama H ilmi Potpouri . Publisiti (berita) tentang pertunjukan itu tersebar luas. Bukan sahaja melalui RTM, tetapi juga melalui mediamassa di seluruh negara. Datin Salmah juga telah mendesak Datuk Johari mencari kad jemputan pertunjukan Orkes Perdana itu keranasaudaranya iaitu Datin Mastura (kakak), dan Datuk Roslan (abang ipar), Datin Maniam (kakak), dan seluruh geng morning coffee telahbercadang untuk menontonnya. Sinopsis Bab 14 Seniman Dewan Tunku Canselor telah penuh sesak. Keadaan kalut mulai terasa apabila H ilmi belum kelihatan. Ketua Pengarah RTM mengarahkan Amat,seorang pengawal RTM pergi menjemput H ilmi tetapi H ilmi tidak ada di rumahnya. Ketua Pengarah itu tidak puas hati lalu mengajak Amatsekali lagi bersama-samanya pergi ke rumah H ilmi Dan akhirnya mereka mendapat tahu daripada seorang pemuda Cina bahawa H ilmi sakit dandimasukkan ke hospital. Ketua Pengarah berkejar ke hospital dan dia mendapati keadaan H ilmi dalam bahaya dan telah dibawa ke unit rawatanrapi ( ICU ). Doktor juga telah memberitahu bahawa nyawa H ilmi terancam dan dia tidak mungkin dapat memimpin Orkes Perdana. KetuaPengarah telah mengarahkan Borhan supaya mencari pengganti H

ilmi dan kembali ke universiti. Kebimbangannya itu dikongsi bersama olehTimbalan Menteri dan Ketua Setiausaha. Tiba-tiba muncul H ayati, wanita yang ingin menonton pertunjukan tersebut. Keadaan menjadi semakinkelam kabut. Berbagai-bagai spekulasi telah dibuat kerana ketiadaan H ilmi itu. H ayati mendapat tahu tentang kesakitan yang dialami oleh H ilmidan berminat untuk membantu H ilmi memimpin pertunjukan tersebut. Setelah menunjukkan bukti kelulusan dan pengalamannya sertahubungan rapat dengan H ilmi, akhirnya ketua pengarah membenarkan H ayati memimpin Orkes Perdana tersebut.Datuk Johari dan Datin Salmah menyesali perbuatan mereka terhadap H ilmi, lebih-lebih lagi apabila mendengar puji-pujian yang diberikankepada H ilmi oleh penonton. Mereka juga menyedari yang memimpin pertunjukan orkes itu ialah H ayati. Baginda Yang di-Pertuan Agongdiiringi oleh Perdana Menteri amat terhibur dengan persembahan itu dan dukacita di atas kemalangan yang menimpa H ilmi. Setelahpertunjukan selesai H ayati bergegas ke hospital, begitu juga Datuk Johari dan Datin Salmah apabila mengetahui perkhabaran tersebut. Dihospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang sepupunya iaitu bapa H

ilmi yang baru sampai dari kampung. Suasana menjadi bertambahpilu dengan kehadiran Azizah, ibunya serta H akim, anak H ilmi.Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk Johari dan Datin Salmah bahawa H ilmi selalu memuji kebaikan pak cik dan makciknya itu. Akhirnya abang sepupunya iaitu Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa H ilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Diasengaja menyimpan rahsia itu kerana tidak mahu merosakkan rumah tangga mereka. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dan akanmenebus dosa mereka sekiranya H ilmi pulih. Setelah doktor yang merawat H ilmi membenarkan mereka melawat H ilmi, mereka pulang kerumah Datuk Johari. Karim bersyukur kerana Allah memanjangkan usianya dan dapat membuka rahsia yang terpendam di hati selama ini.Sesampai sahaja di pekarangan rumah, mereka dikejutkan dengan panggilan telefon dari hospital. Datuk Johari telah menerima khabar tentang kematian H ilmi dan pada saat yang sama Datuk Johari jatuh terjelepok di atas lantai dan pergi buat selamalamanya.

You might also like