You are on page 1of 6

HUTAN DAN KEGUNAAN PENGENALAN Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan khazanah alam semulajadi

yang sangat bernilai. Bersesuaian dengan kedudukannya di garisan khatulistiwa dan keadaan iklimnya yang panas dan lembap sepanjang tahun, maka bumi Malaysia subur dengan tumbuhtumbuhan semulajadinya. Seperti kebanyakan negara lain yang mengalami iklim khatulistiwa, negara kita Malaysia juga turut dilitupi oleh hutan hujan tropika. Menurut Michael Senior di dalam bukunya, Tropical Lands A Human Geography, bahawa 3/5 daripada kawasan semenanjung Malaysia dipenuhi dengan hutan hujan tropika. Kawasan tropika lebih mudah ditakrifkan mengikut istilah geografi iaitu kawasan dunia yang terletak diantara garis lintang 23 27 di utara dan di selatan khatulistiwa. Kawasan tropika juga ditakrifkan berdasarkan purata suhu iaitu kawasan yang variasi purata suhu bulanannya diantara tiga bulan sejuk dan tiga bulan panas kurang daripada 5 C. Takrif ini merangkumi suhu mutlak terendah yang dialami di kawasan tanah tinggi tropika disamping menekankan keseragaman suhu sepanjang tahun. Hutan hujan tropika ini dipenuhi pokok-pokok dan tumbuhtumbuhan yang hidup malar dan subur, bermula daripada pokok-pokok yang besar hinggalah kepada pokok-pokok yang kecil. Bahagian atas dipanggil canopy yang terdiri daripada pokok-pokok tinggi seperti Seraya ( Shorea curtisii ), Jelutong ( Dyera costulate ), Keruing ( Diptero carpus ) dan sebagainya. Pokok-pokok ini mempunyai batang yang besar dan akar yang berbanir. Manakala dahan-dahan dan dedaunnya melebar seolah-olah payung yang mana ia menghalang cahaya matahari daripada sampai kepada lantai hutan. Bahagian bawah ( Under story ) pula dipenuhi dengan pokokpokok yang rendah (yang berdaun lebar), pokok-pokok herba, bunga-bunga liar dan lain-lain lagi. Manakala bahagian bawah sekali pula dipanggil lantai hutan ( Forest Floor ) dilitupi pokok-pokok kecil, rerumput, daun-daun dan ranting-ranting mati. KEGUNAAN HUTAN Sebagaimana luasnya bumi ini dilitupi hutan sama ada belantara atau belukar, maka begitulah juga luas dan besarnya kepentingan hutan terhadap makhluk di muka bumi ini. Namun begitu masih ramai yang tidak menyedari akan peranan dan sumbangannya malah sesetengah orang berpendapat hutan adalah penghalang kemajuan. Di dalam tugasan ini, pengarang cuba mengupas beberapa kepentingan dan sumbangan hutan.

Hutan sebagai habitat flora dan fauna(Forest


fauna)

as a habitat for flora and

Hutan merupakan khazanah alam yang menyediakan habitat bagi pelbagai spesies flora dan fauna. Keadaan hutan hujan tropika yang menerima hujan yang cukup dan suhu yang seimbang sepanjang tahun menyebabkan ia sesuai untuk pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan hidup dan membesar. Haiwan dan tumbuhan ini saling berinteraksi di antara satu sama lain dan hidup dalam satu habitat yang membentuk ekosistem yang baik. Haiwan-haiwan dapat hidup dan membiak dengan aman tanpa sebarang gangguan kerana adanya tempat perlindungan yang sesuai dan dapat menjamin keselamatan mereka serta sumber makanan yang mencukupi di hutan. Di segenap lapisan pokok di hutan didiami oleh pelbagai spesies haiwan seperti Tenggiling ( Manis Javanica ), Beruk ( Macaca Nemestrina ), Lotong ( Presbytis Obscura ), Gajah ( Elephes Maximus ), Landak ( Hystrix Brachyura ), Harimau Belang ( Panthera Tigris ) dan haiwanhaiwan lain yang tidak terkira banyaknya, termasuklah serangga dan burung. Hutan dianggap penting bagi haiwan-haiwan ini kerana ia menyediakan tempat perlindugan yang terbaik kepada haiwan-haiwan tersebut untuk terus hidup dan berkembang biak. Haiwan-haiwan ini akan terancam dan pupus apabila tempat perlindungan mereka ini ditebang atau dimusnahkan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain fauna, flora juga hidup subur di hutan ini. Terdapat pelbagai spesies tumbuhan yang tumbuh dan hidup subur, daripada pokok-pokok yang besar hinggalah kepada pokok-pokok yang renek dan melata. Pokokpokok seperti Akasia ( Acacia auriculiformis ), Kempas ( Koompassia malacensis ), Nemesu ( Shorea panciflora ), Petai ( Parkia speciosa ), Batai ( Parscrianthes falcataria ) dan sebagainya hidup dengan subur di sini. Di samping itu, terdapat pokok-pokok herba yang mempunyai nilai ubatan yang sangat tinggi. Pokok-pokok herba ini berpotensi dan amat terkenal dalam perubatan tradisional. Antara pokok-pokok herba yang bermutu ialah seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Kuinin, Mengkudu, Patawali, Hempedu Bumi, Gajak beranak, Lemuning dan sebagainya. Pokok Tongkat Ali atau nama sainsnya Eurycoma longfolia sememangnya terkenal di kalangan masyarakat Melayu yang mengamalkan perubatan tradisional. Tongkat Ali diproses dan dijadikan sebagai tonik seks yang mana ia berfungsi sebagai penguat tenaga batin lelaki serta digunakan dengan meluas sebagai ubat malaria dan darah tinggi. Sementara itu pokok Kacip Fatimah atau nama sainsnya Labisia pumila digunakan untuk merawat sakit puan, cirit-birit dan kembung perut.

Bagi orang yang hilang selera makan atau mengidap pneumonia dan epilepsi, pokok Kuinin atau nama sainsnya Cinchona officinalis dapat mengatasinya. Manakala pokok Mengkudu atau nama sainsnya morinda citrifolia pula, selain pucuknya yang enak dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu, buahnya juga mempunyai khasiat yang tersendiri. Air rebusan buah mengkudu bersama gula batu dapat menghilangkan batuk apabila diminum. Daun lemuning atau nama sainsnya vitex negundo juga merupakan satu kaedah berkesan untuk menyerikan wajah, mengubati bisul, meredakan batuk serta mengurangkan kahak. Hutan membekalkan balak dan bahan api (Forests
fuel) provide timber and

Kayu balak dan bahan api mempunyai nilai komersial yang tinggi dalam bidang pembinaan dan perindustrian. Pokok-pokok balak ini hidup subur di hutan hujan tropika. Pokok-pokok balak seperti Nyatuh ( Paureria malacensis ), Seraya ( Shorea curtisii ), Merbau ( Intisia palembanica ), Punah ( Tetramerotra glabra ), Meranti Tembaga ( Shorea eproslula ) dan Jelutong ( Dyera costulata ) membekalkan papan lapis yang banyak digunakan dalam kerja-kerja pembinaan bangunan dan barang-barang perabot yang lain. Hutan juga turut membekalkan kayu sebagai bahan api semulajadi untuk kegunaan domestik. Ia juga diproses untuk dijadikan arang bagi tujuan pembakaran. Contohnya, hutan bakau yang membekalkan pokok kayu bakau. Hutan sebagai kawasan tadahan hujan(Forest as a water catchment area) Hutan merupakan satu kawasan tadahan hujan yang penting. Apabila hari hujan, akar-akar pokok yang besar dan banyak akan menyerap air hujan yang mengalir di permukaan tanah ke dalam tanah. Dengan ini dapat menghalang berlakunya hakisan tanah dan mengelakkan tebing tanah daripada runtuh akibat arus air. Kawasan tadahan hujan amat penting kerana ia berperanan mengawal limpahan air yang boleh menyebabkan berlakunya banjir kilat. Kita dapati kejadian tanah runtuh dan banjir kilat kerap berlaku di kawasan yang mana kawasan hutannya digondolkan atau ditebang untuk tujuan pembalakan, perindustrian mahupun pembinaan rumah-rumah kos rendah dan kondominium. Hutan menyeimbangkan suhu bumi(Warming balance of forest) Sumbangan hutan kepada alam iaitu dapat menyeimbangkan suhu di satu-satu tempat atau kawasan dan membekalkan gas oksigen kepada manusia di muka bumi. Sebagaimana yang telah kita semua maklum bahawa

kesan rumah hijau terjadi apabila gas karbon dioksida berlebihan di udara.. Cuaca akan berubah menjadi panas dan gas oksigen berkurangan di udara. Fenomena ini akan memberi kesan dan membahayakan hidupan di suatu kawasan itu. Masalah ini akan berkurangan sekiranya hutan tidak digondolkan atau dimusnahkan sewenang-wenangnya. Ini kerana pokokpokok atau tumbuhan yang tumbuh dan hidup di hutan berfungsi menyerap gas karbon dioksida dan membebaskan gas oksigen yang berguna kepada manusia. Tumbuh-tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk membuat makanan yang dikenali sebagai proses fotosintesis untuk terus hidup. Ekoran daripada itu gas ini dapat diserap sebanyak-banyaknya oleh semua tumbuhan dan menyebabkan ianya tidak akan berlebihan di udara. Tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya kebanyakan hutan digondolkan. Kesan rumah hijau akan terus berlaku sekiranya aktiviti penggondolan dan penebangan hutan secara tidak terancang terus dijalankan. Hutan sebagai tempat rekreasi dan pelancongan (Forest
recreational and tourism) as a

Hutan amat berpotensi dijadikan tempat pelancongan dan rekreasi. Tamantaman negara dan hutan simpan diwartakan bagi tujuan ini. Dengan penubuhan taman-taman negara dan hutan simpan, bukan sahaja dapat memelihara dan memulihara khazanah hutan dari terus pupus dan musnah, bahkan juga dapat memberikan sumber kewangan kepada negara melalui aktiviti pelancongan. Di Malaysia, Taman Negara Niah, Taman Negara Bako dan hutan simpan Belum sering menjadi tumpuan para pelancong dan para penyelidik sama ada dari dalam mahupun luar negeri. Para pelancong ini datang adalah untuk melihat sendiri dan menikmati keindahan alam semulajadi yang banyak terdapat di negara kita dan seterusnya mencari ketenangan setelah penat bekerja. Pelancong akan merasa damai dan tenang apabila berada di dalam panorama hijau yang menyejukkan mata yang memandang. Sekaligus ini dapat menghilangkan segala kepenatan dan melenyapkan beban dan tekanan yang dialami akibat kebisingan serta kegawatan dan hiruk-pikuk bandaraya. Hutan sebagai tempat kajian dan sumber ubatan(Forest
and pharmaceuticals) as a research

Hutan juga menjadi tumpuan para saintis dan para penyelidik samada dari dalam dan luar negeri. Kekayaan hutan dengan pelbagai spesies tumbuhan dan haiwan telah menarik para pengkaji dan saintis untuk meneroka hutan dan membuat kajian tentang flora dan fauna sama ada dari segi tingkah laku haiwan berkenaan atau pun habitatnya. Selain membuat

kajian mengenai haiwan, para saintis juga sering membuat kajian keatas tumbuhan herba yang dipercayai mempunyai potensi dan nilai perubatan yang tinggi. Apabila timbulnya satu penyakit baru para saintis semakin sibuk membuat kajian terhadap pokok-pokok yang mempunyai potensi dan mujarab untuk mengubatinya. Hutan sebagai tempat tinggal manusia (Forests as human dwellings) Kebanyakan orang asli suka tinggal atau menetap di hutan. Sejak berkurun lamanya hutan menjadi tempat mereka kediaman mereka. Mereka hidup dalam kelompok dan menjalankan pelbagai aktiviti di hutan seperti pertanian pindah, memburu dan mengutip hasil hutan seperti damar dan rotan. Mereka seolah-olah sebati dengan kehidupan di hutan belantara. Dengan ini hutan harus terus dilindungi dan dipulihara bagi menjamin keselamatan dan keharmonian penghuninya. Sekiranya hutan ini dimusnahkan atau diancam dengan pelbagai aktiviti yang boleh merosakkan keaslian dan keindahannya, maka penghuninya juga akan turut terancam. KESIMPULAN Sesungguhnya hutan begitu penting dan memberikan sumbangan yang begitu besar kepada makhluk di muka bumi. Menyedari hakikat ini hutan perlulah dipelihara dan dipulihara bagi menjamin keindahan dan keasliannya. Pelbagai pihak sama ada badan-badan kerajaan, swasta mahupun individu haruslah memainkan peranan yang penting dan menggembleng tenaga dan usaha dalam usaha untuk mengekalkan keaslian warisan alam ini. Generasi hari ini harus peka dan prihatin akan kepentingan hutan sebagai warisan alam yang amat bernilai dan terus memelihara dan memulihara keaslian dan keindahannya untuk terus menjadi tatapan dan dinikmati oleh generasi akan datang. RUJUKAN Micheal Senior, 1979, Tropical Lands A Human Geography, Longman Group Ltd. H.R Jarret, Tropical Geography : An introductory Study of Humid Tropic, The English language book Society and Mcdonald and Evans London. Bonnie B. Arm Bruster, Charles L. Mitsakos, Vincent R. Rogers, Earths Geography and Environment, Lexington Messachussetts Julian Evans, Hutan Perladangan di kawasan Tropika : Terjemahan Mohd Nasir Hamzah dan Abu Bakar Mohamad, 1995, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Lim Boo Liat, Kisah-kisah Haiwan Orang Asli, 1984, Eastern Universities Press (M) Sdn. Bhd.
1. forests should be conserved and preserved to ensure the beauty and originality 2. sensitive to the importance of forests as a valuable natural heritage and to preserve 3. conserve the originality and beauty to continue to be viewing and enjoyed by future generations. Introduction The forest is full of trees and plants that live a constant and fertile, ranging from large trees to the small trees. As this area of forested land whether jungle or bush, then so is the importance of forest area and the size of the creatures on this earth. But still many are not aware of the role and contribution of forest and even some people think is an obstacle of progress. In this task, the authors try to cover some importance and contribution of forest.

You might also like