You are on page 1of 56

It's beauty that captures your attention; personality which captures your heart.

We know what a person thinks not when he tells us what he thinks, but by his actions.

Cute is when a person's personality shines through their

looks. Like in the way they walk, every time

you see them you just want to run up and hug them.

Watch your thoughts, for they become words. Watch your words, for they become actions. Watch your actions, for they become habits. Watch your habits, for they become character. Watch your character, for it becomes your destiny.

Setiap orang mempunyai personaliti tersendiri. personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian individu. Personaliti sering digunakan apabila mengambarkan diri kita ataupun orang lain.

berasal daripada perkataan Latin, persona ialah topeng, yang merujuk kepada rupa luaran yg ada pd ssg itu adalah integrasi keseluruhan tret-tret, kebolehan, motif, sikap, pendapat, kepercayaan, gaya kognitif, tindak balas emosi & sifat-sifat peribadi yg ada pd ssg itu. ialah organisasi dinamik dlm diri individu yg terdiri dpd sistem psikologikal & fizikal yg menentukan penyesuaianya kpd persekitaranya

Personaliti, kata asalnya dalam bahasa inggeris person; berasal daripada bahasa latin iaitu persona yang bermaksud topeng muka. Tafsiran maksud topeng muka adalah kebanyakan manusia mahu menunjukkkan perilaku terbaik sahaja dan menyembunyikan perilaku buruk.

Walau bagaimanapun, maksud topeng yang di fahami oleh orang dahulu sudah diubah persepsinya. Ia dirujuk pada sifat-sifat yang ada pada individu seperti cara berfikir, perilaku dan mental emosi yand di tunjukkan. Biasanya, sifatsifat itu bergantung pada penilaian individu kepada orang tertentu.

Semasa remaja personaliti anda terbentuk menerusi pengalaman di zaman kanak-kanak serta dipengaruhi oleh persekitaran anda. Lazimnya seseorang itu mempunyai personaliti yang mantap setelah mencapai umur 21 tahun.

` ` ` ` ` `

Perangai atau tabiat yang wujud sejak kecil Kepintaran atau daya intelek Nilai-nilai kepercayaan Corak pemikiran Corak perlakuan Emosi

` `

Terdapat banyak teori yang berkaitan dengan persoalan personaliti. Ada teori menyatakan terdapat 3 jenis personaliti, manakala setengah pandangan mengatakan terdapat 5 jenis personaliti. Dan setengah penyelidik menghuraikan personaliti kepada 16 jenis. Walau berapa pun jumlah personaliti yang telah dikenal pasti, anda masih boleh dikategorikan sebagai manusia mengikut apa yang anda faham seperti seorang yang penyabar, tenang, kasar, kurang sopan, degil dan sebagainya.

Ada 2 sebab utama kenapa terdapat perbezaan antara seseorang individu dengan individu yang lain:
` `

Faktor baka/genetik Faktor persekitaran

Baka Bentuk tubuh Penyakit Kecerdasan Persekitaran Keluarga Pemakanan Taraf sosioekonomi Persekitaran Keluarga Pemakanan Taraf sosioekonomi

Kebudayaan Cara hidup pengalaman awal masyarakat Rakan sebaya Pergaulan Interaksi Sekolah

` `

Setiap manusia mempunyai bahan baka yang diperoleh sebahagiannya dari ibu dan bapa dan adikberadik juga mempunyai baka yang berlainan walaupun dari ibu bapa yang sama. Kedua ibu dan bapa pula mengandungi cantuman baka dari datuk dan nenek yang telah diturunkan dari cantuman baka kedua nenek/moyang terdahulu dan begitulah seterusnya. Tidak terdapat 2 orang yang mempunyai baka yang serupa. Berlainan bahan baka inilah yang menyebabkan terdapat perbezaan personaliti bagi setiap individu.

Anda akan tahu mengenai personaliti anda melalui komen dan maklum balas dari ibu bapa, ahli keluarga, kawan karib, guru dan mereka yang di sekeliling anda. Anda juga boleh mengetahui melalui buku, majalah, laman web Internet dan lain media yang membincangkan berkenaan personaliti dan jenis personaliti yang anda miliki.

Adalah mudah untuk menukar personaliti anda semasa usia remaja kerana pada usia itu ia masih dianggap belum kukuh lagi. Pengukuhan personaliti pada usia dewasa membuatkan ia sukar untuk diubah.

Tidak menjadi masalah untuk tidak menyukai sesetengah jenis personaliti. Apa yang penting ialah anda harus menghormati mereka yang mempunyai perwatakan sedemikian. Carilah teman yang mempunyai personaliti yang anda gemari.

Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenal pasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yg terbentuk dlm diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi.

Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya: 1. Berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain 2. Lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri 3. Lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri 4. Lebih banyak bercakap dari mendengar 5. Berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah 6. Gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain 7. "Happy go lucky" dan gemarkan muzik harmoni dan rancak

Bersifat: 1. Lebih suka menyendiri 2. Sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai 3. Mudah merasa diketepikan dalam keramaian 4. Lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian 5. Menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu 6. Seorg pndengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain

Bersifat: 1. Mahu jawapan yang pasti dan tepat 2. Suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak 3. Suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak 4. Mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh 5. Lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu 6. Kurang mempunyai firasat

Sifatnya: 1. Gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa 2. Selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru 3. Tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh 4. Gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut 5. Sering memberi jawapan berbentuk umum 6. Gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa 7. Banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan 8. suka menguji kebolehan orang lain

Bersifat: 1. Mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang 2. Sering bertenang wpun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik 3. yang penting dia mestilah benar setiap masa 4. Kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik 5. Baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi 6. Suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan

Bersifat: 1. Sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan,kehendak dan kesukaan orang lain 2. Dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain rasa dan bukan apa yang betul 3. Suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan 4. Tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain 5. Akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain.

Pilih corak di bawah yang menggambarkan anda secara tepat/ paling hampir Pakar psikologi telah mencipta corak2 tersebut. Mereka telah mengujinya di peringkat global, selama beberapa tahun. Terdapat 9 jenis personaliti asas.

1- Introspektif, Sensitif, Reflektif Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.

2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, deskan anda untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.

3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda. Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.

4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.

` `

5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda. Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai ideaidea anda.

Guru memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan negara. Justeru itu guru seharusnya mempunyai personaliti atau tingkah laku yang bersesuaian agar tugasnya sebagai pendidik dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Personaliti guru boleh dibahagikan kepada tiga aspek iaitu: Peribadi Profesional Sosial

a) b) c)

Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai kualiti peribadi seperti berikut: Baik hati Pandai berjenaka Sabar Bertanggungjawab Yakin Berkepimpinan

a) b) c) d) e) f)

Ianya merupakan kualiti yang perlu ada pada setiap guru untuk menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Sifat ingin tahu Berpengetahuan ikhtisas Berkemahiran bertutur Berdaya ingatan yang baik Berdaya usaha tinggi Suka membaca

a) b) c) d) e) f)

Tugas dan tanggungawab guru bukan setakat di dalam kelas sahaja tetapi merangkumi pergaulan antara rakan sejawat dan masyarakat. Oleh itu, antara kualiti sosial seseorang guru adalah: Berbudi pekerti Ramah mesra Merendah diri Jujur

a) b) c) d)

Senang sahaja. Lebih kurang sama dengan cara kita mengenali personaliti menerusi abjad nama kita. Kamu perlu jumlahkan angka tahun, bulan, dan hari kelahiran kamu. Setelah itu, jumlahnya perlu dijadikan antara angka 1 hingga 9. Tapi ingat, jika nombor itu 10 anggap ia sebagai no 1.

24hb Februari 1975: =2+4+2+1+9+7+5 = 30 =3+0 =3 BERMAKNA ANDA HARUS MERUJUK ANGKA KEHIDUPAN NO. 3 SELAMAT MENCUBA!!

6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.

7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali." Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.

8- Romantis, Pelamun, Beremosi Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup. Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.

9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian. Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.

Kamu seorang yang tidak suka terikat dengan sebarang komitmen yang membuatkan kamu rasa tertekan dan terkongkong. Kamu juga tidak suka bergantung kepada orang lain dan yakin dengan kebolehan diri sendiri selain memiliki prinsip diri yang tinggi. Sifat ramah membuatkan kamu mudah meraih ramai kenalan tapi seringkali juga kamu kehilangan mereka dek kerana sikap kamu yang suka mangongkong. -Kelemahan diri: Wah! Rupanya kamu ini seorang yang suka mengawal orang lain. Tak elok tu. Sifat kamu yang terlalu prihatin kadangkala merimaskan bahkan seolah-olah mak cik senduk pula. Sifat kamu yang suka mengkritik orang lain membuatkan kamu menyakiti atau mengecilkan hati orang lain tanpa kamu sendiri sedari. Selain itu, kamu juga terlalu bangga dengan kelebihan diri sendiri sehingga terlupa bahawa kamu juga mempunyai kelemahan!

Ia melambangkan kamu ini seorang yang setia dan taat tidak kira kepada orang atasan ataupun pasangan hidup. Kamu juga seorang yang ringan tulang dan suka membantu orang yang memerlukan pertolongan dari kamu tanpa banyak soal. Oleh sebab itu kamu sesuai bekerjasama dan bekerja secara berkumpulan. Sifat kamu yang pandai bergaul membuatkan kamu ramai teman. Namun biasanya kamu akan mencapai kejayaan dengan bimbingan orang lain seperti orang atasan. Sifat kamu yang sederhana membuatkan hidup kamu lebih bahagia. -Kelemahan diri: Sebenarnya kamu ini tidak mempunyai citi-cita yang tinggi. Kamu cepat berpuas hati dengan sedikit kejayaan yang kamu raih. Bahkan kamu juga terlalu serius memikirkan soal masa depan. Kadangkala kamu cepat membuat keputusan sehingga kamu sendiri sesali nanti bila kamu sedar ia kurang tepat. Kamu juga kurang tabah untuk menghadapi rancangan dan rintangan hidup.

Nampaknya kamu ini seorang yang happy go lucky orangnya dan optimistik. Sifat sebegitu membuatkan kamu disenangi ramai apatah lagi kamu bijak mengambil hati teman-teman. Kamu juga tidak kekok untuk menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan sekalipun. Hendak tahu apa yang tersirat dihati mereka? Lihat saja air muka mereka. Pasti ia tergambar dengan jelas dan nyata kerana mereka tidak pandai menyembunnyikan perasaan. Jika mereka dapat mengatasi sifat raguragu,pasti kejayaan dapat dicapai! -Kelemahan Diri: Sah! Kamu ini kurang tabah untuk manghadapi cabaran hidup. Selalu saja keraguan bersarang di hati. Cuba atasi kelemahan itu yek! Anggaplah cabaran itu sebagai bunga-bunga hidup!

Selalunya orang yang terletak di bawah angka kehidupan ini agak senang kehidupan mereka. Mereka jarang menghadapi kesulitan dari segi material. Tapi tidak hairanlah mereka mampu hidup senang kerana sikap mereka yang rajin berusaha. Selain itu, sifat patuh membuatkan mereka disayangi oleh orang atasan dan si dia. Mereka juga jenis yang suka menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. -Kelemahan Diri: Kamu ini seorang yang selalu berpegang teguh kepada adat hinggakan kadangkala menjatuhkan maruah dan air muka orang lain. Kamu juga seorang yang keras kepala. Putih kata kamu putihlah jawabnya. Satu lagi sifat negatif kamu, sukar untuk mempercayai orang lain!

Bagi kamu, hidup ini hanya sekali saja. Tidak ada faedah memikirkan perkara lepas yang mengguris hati. Kamu lebih suka memandang ke depan dan bersemangat tinggi. Kamu juga suka mencari perubahan dan pembaharuan. Pekerjaan yang sesuai dengan kamu ialah tugasan luar pejabat yang tidak mengongkong kebebasan kamu. Namun kamu sukakan kehidupan yang damai dan privacy. Satu lagi sikap kamu, tak suka cari pasal dengan orang lain! -Kelemahan Diri: Oleh kerana kamu suka membuat pembaharuan, kadangkala terlalu excited mengejar sesuatu yang baru sedangkan rancangan lama masih belum siap lagi! Kamu juga agak boros apabila menyentuh soal duit. Selain itu, kamu cepat bosan dan suka bertukar kerja. Awas! Kadangkala mereka ini juga suka menukar pasangan!

Mereka yang bernaung di bawah angka kehidupan ini seorang yang bertanggungjawab dan pandai menjaga perhubungannya dengan orang lain. Mereka juga berjiwa patriotik dan suka bersederhana dalam serba serbi. Mereka juga sukakan kehidupan yang damai dan bencikan pergaduhan. Sebab tu bila ada teman yang bertekak, mereka buat tak reti. Nanti memburukkan lagi keadaan. Tapi dalam masa yang sama, mereka ini sesuai dijadikan orang tengah kerana mereka ini takkan berat sebelah. -Kelemahan Diri: Hai..gila kuasa nampak? Tanpa sedar, kadangkala mereka ini akan ambil tugas orang lain. Mereka juga selalu gelisah bila ditimpa masalah walaupun remeh. Dalam soal cinta, mereka ini juga agak keterlaluan. Asyik nak berkepit aje!

Biasanya mereka yang berada di bawah angka ini mempunyai pemikiran yang tinggi dan suka berfikir secara logik. Mereka juga pandai memulakan komunikasi walaupun dengan orang yang pertama kali bersua. Sebab tu mereka ini mudah jalinkan persahabatan dengan orang lain. Selain itu, kebiasaannya keputusan yang mereka buat pasti tepat dan tidak akan disesali di kemudian hari. -Kelemahan Diri: Mereka ini sering berasa gelisah dan curiga. Boleh jadi pengkritik yang baik kerana sifat mereka yang suka mengkritik. Jangan macam tu kamu pun bukannya perfect sangat! Sifat kamu yang pentingkan kesempurnaan membuatkan diri kamu sering dipermainkan temanteman. Padan muka!

Wah! materialistik rupanya kamu ni! Tak nak mengaku lagi tu? Tapi biasanya kamu sentiasa memperolehi apa yang kamu inginkan. Selain itu, kamu juga pandai mengaturkan soal kewangan. Kamu juga mempunyai pandangan yang luas dan rajin bekerja. Dalam perhubungan, kamu memang jenis yang setia habis! -Kelemahan Diri: Eh! Dahlah materialistik, boros pulak tu. Selain itu, kamu ini agak sombong orangnya lebih-lebih lagi dengan orang yang tak dikenali.

Syabas! Kamu bersifat dermawan dan berperikemanusiaan. Kamu juga prihatin terhadap pemasalahan orang lain terutamanya yang rapat dengan kamu. Dari segi penampilan, kamu sentiasa pastikan diri kamu kemas dan ber*sensor*a. Pergaulan pula, kamu pandai membawa diri dan sering mengalah. Malas nak cari gaduh! -Kelemahan Diri: Kelemahan kamu, hidup yang tidak terurus! Kamu juga sensitif yang tidak bertempat dan berjiwa pemberontak. Satu lagi, berhati-hati dengan mereka ini kerana mereka ini suka bertukar pasangan seperti mereka suka tukar kerja! Selagi tak puas hati, selagi itulah mereka akan mencari! Satu lagi sifat mereka, suka menyendiri dan tak suka diganggu lebih-lebih lagi time mood tak betul!

You might also like