You are on page 1of 16

SENARAI KANDUNGAN

Bil

Pekara / butiran

Halaman

PENGHARGAAN

Saya Nur Aina Hanani binti Zulkifli ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada Pengatua SAM HULU LANGAT , Puan Siti Zubaidah binti Ahmad . Terima kasih kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja khusus ini . Tidak lupa juga kepada guru geografi saya , Encik Hanisham bin Ab.Ghani yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan .

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibubapa saya , Encik zulkifli bin Ahmad dan Puan Roseina binti Mokhtar kerana telah memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja khusus ini . Banyak wang ringgit yang telah dihabiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya .

Tidak lupa juga kepada rakan rakan saya , Wafa binti Roslan , Nur atikah binti Hussin dan Nurul Hafizah binti Azman yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual ini berjaya dilakukan .

Akhir sekali , saya ingin mengucapkan kepada penduduk Saujana Impian yang telah sudi memberikan kerjasama yang padu kepada saya semasa kajian ini dijalankan . Hanya Allah sahaj yang dapat membalas jasa baik dan budi mereka semua .

PENDAHULUAN

Saya Nur Aina Hanani binti Zulkifli , telah membuat kajian di Saujana Impian , Kajang .

Kerja khusus ini perlu dilaksanakan kerana ia merupakan sat syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) . Kami semua telah diberikan tajuk tentang Pencemaran Alam Sekitar . Oleh itu , saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang mempunyai pencemara alam sekitar .

Oleh sebab itu , saya memilih kawasan ini kerana terdapat pelbagai pencemaran yang berlaku . Selain itu , tujuan saya memilih tempat ini kerana berdekatan dengan perumahan saya . Ini akan memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini .

Masa yang diberikan kepada saya untuk menjalankan kerja khusus ini bermula dari bulan April sehinnga May iaitu kira kira 2 bulan . Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dilaksanakan .

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan terutamanya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya .

OBJETIF KAJIAN

1 . Menghuraikan konsep pencemaran alam sekitar di Saujana Impian , Kajang , Selangor .

2 . Menghuraikan jenis pencemaran alam sekitar di Saujana Impian , Kajang , Selangor .

3 . Menghuraikan punca pencemaran alam sekitar di Saujana Impian , Kajang , Selangor .

4 . Menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar di Saujana Impian , Kajang , Selangor .

5 . menghuraikan cadangan pencemaran alam sekitar di Saujana Impian , Kajang , Selangor .

6 . Menerapkan nilai atau unsur patriotism dalam dapatan kajian di Saujana Impian , Kajang , Selangor .

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan 2 kaedah untuk melaksanakan kerja khusus ini . Berikut merupakan kaedah yang telah saya laksanakan :

1 . Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenal pasti pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian saya .

2 . Soal selidik

Saya telah membuat soal selidik terhadap dua responden tentang pencemaran alam sekitar di kawasan kajian saya .

DAPATAN KAJIAN

8.1 ) Konsep Pencemaran Alam Sekitar .

Pencemaran boleh diiktiraf sebagai pembuangan benda bendaatau bahan bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitran yang akan menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan . Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat sifat fizik , kimia , biologi , atau aras aras radiasi mana mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan , mengeluarkan atau meletakan buangan hingga menjejaskan kegunaan kegunaan berfaedah , yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan , keselamatan atau kebajikan awam atau organisma organisma lain , tumbuhan , dan haiwan . Pencemaran dapat diketogorikan dan disenaraikan kepad pelbagai bentuk pencemaran alam :

1 . pencemaran udara 2 . pencemaran air 3 . pencemaran laut 4 . pencemaram bunyi 5 . pencemaran tanah

8.2 ) Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

Pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian saya adalah pencemaran bunyi . Pencemaran bunyi ini sering berlaku di kawasan kajian sayakerana terdapatnya pelbagai jenis kenderaan , seperti kereta , motorsikal , van , lori dan sebagainya .

Selain itu , pencemaran udara juga sering berlaku di kawasan saya , terutamanya lori . Kebanyakkan lori akan mengeluarkan asap hitam yng banyak dan sterusnya berlaku pencmaran udara di kawasan saya .

8.3 ) PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN SAYA .

i ) kenderaan kenderaan merupakan punca utama yang menyumbang di dalam pencemran alam sekitar di kawasan kajian saya . Kenderaan ini akan mengeluarkan asap hitam yang menyebabkan penghakisan lapisan zon .

ii ) racun serangga serangga yang melanda di kawasan kajian saya adalah nyamuk . Nyamuk Aedes merupakan jenis nymuk yang banyak di kawasan perumahan saya . Inilah punca berlakunya penyemburan racun serangga di kawasan perumahan saya .

iii ) sampah sarap pengangkutan sampah yang tidak teratur berlaku di kawasan saya . Jika ini berterusan , ianya akan menyebabkan pencemaran bau .

iv ) pembinaan pembinaan kerap dilakukan di kawasan perumahan saya . Jika perkara ini berlaku , ianya akan menyebabkan pencemaran udara dan pencemaran bunyi .

PENDAHULUAN

Saya Nur Aina Hanani binti Zulkifli telah membuat kajian di Saujana Impian Selangor kerana disini terdapat pelbagai jenis pencemaran dan berdekatan dengn perumahan saya . Antara pencemaran yang terdapat disini ialah pencemaran bunyi , pencemaran air dan sebagainya .

Seterusnya , tempoh masa untuk melaksanakan projek ini salama 2 bulan . saya bersama rakan rakan telah bertungkus lumus bagi melaksanakan projek ini . Saya telah melawat beberapa tempat pencemaran tersebut . Saya mendapati terdapat pencemaran yang kronik yang telah berlaku disitu .

You might also like