You are on page 1of 6

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA (PILN) TAHUN 2011 TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) UNTUK

LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2010 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian di luar negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program luar negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara. Pelajar-pelajar cemerlang yang berminat untuk mengikuti pengajian di dalam negara adalah digalakkan memohon program sains dan sastera. Pelajar akan ditawarkan penajaan untuk mengikuti pengajian di universiti penyelidikan di Malaysia. Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

I. Syarat-Syarat Umum a) Warganegara Malaysia.

b) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2010; dan

c) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

1/6

II. Syarat-Syarat Khusus Permohonan Program 1) Perubatan Negara : India, Republik Czech, Rusia, Poland, New Zealand, & Program Berkembar (International Medical University, MelakaManipal Medical College, Penang Medical College) Syarat/gred minimum Mendapat sekurang-kurangnya gred Adalam sembilan (9) mata pelajaran berikut: a) Bahasa Melayu; b) Sejarah; c) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral; d) Fizik; e) Kimia; f) Biologi; g) Matematik; h) Matematik Tambahan; dan i) Bahasa Inggeris. Bagi calon yang memohon negara Timur Tengah perlu mendapat sekurangkurangnya Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi / Bahasa Arab Tinggi.

2) Perubatan Timur Tengah Negara : Jordan

3) Pergigian Negara : Australia, India, Ireland, United Kingdom

4) Pergigian Timur Tengah Negara : Jordan

5) Farmasi Negara : Australia, New Zealand, United Kingdom & Program Berkembar (International Medical University, University of Nottingham)

2/6

Program 6) Kejuruteraan Jerman (Elektrikal / Mekanikal / Kimia) Negara : Jerman

Syarat/gred minimum Mendapat sekurang-kurangnya gred Adalam tujuh (7) mata pelajaran berikut: a) Bahasa Melayu; b) Sejarah; c) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral; d) Fizik; e) Kimia; f) Matematik Tambahan; g) Bahasa Inggeris; dan

7) Kejuruteraan Perancis (Elektrikal / Mekanikal / Kimia) Negara : Perancis

8) Kejuruteraan Akademik Jepun (Bumiputera sahaja) (Elektrikal / Mekanikal / Kimia) Negara : Jepun

mendapat sekurang-kurangnya A- dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran selain dari mata pelajaran di atas. Calon yang mempunyai asas dalam Bahasa Jepun, Jerman, Perancis adalah digalakkan memohon.

9) Seni Bina Negara: Australia & United Kingdom

Mendapat sekurang-kurangnya gred Adalam enam (6) mata pelajaran berikut: a) b) c) Bahasa Melayu; Sejarah; Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral; Fizik / Sains / Sains Tambahan; Matematik; Bahasa Inggeris; dan

10) Sains Tulen (Fizik, Kimia, Biologi) Negara : Amerika Syarikat & United Kingdom d) e) f)

mendapat sekurang-kurangnya A- dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran selain dari mata pelajaran di atas. Calon yang mendapat sekurang-kurangnya A- dalam mata pelajaran Kimia / Biologi / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi / Reka Cipta / Pendidikan Seni Visual / Geografi / Matematik Tambahan adalah digalakkan memohon. 3/6

Program 11) Undang-undang Negara: United Kingdom

Syarat/gred minimum Mendapat sekurang-kurangnya gred Adalam lima (5) mata pelajaran berikut: a) Bahasa Melayu; b) Sejarah; c) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral; d) Bahasa Inggeris; e) Matematik / Matematik Tambahan; dan

12) Pelancongan Negara: Amerika Syarikat, Kanada & United Kingdom

13) Sastera Ikhtisas (Ekonomi / Kewangan) Negara: Amerika Syarikat, Australia, Kanada, United Kingdom, Jepun

mendapat sekurang-kurangnya A- dalam mana-mana empat (4) mata pelajaran selain dari mata pelajaran di atas. Bagi yang memohon Sastera Ikhtisas keutamaan akan diberikan kepada calon yang mengambil mata pelajaran Ekonomi Asas / Prinsip Perakaunan / Perdagangan / Pengajian Keusahawanan. Bagi yang memohon negara Jepun calon yang mempunyai asas dalam Bahasa Jepun adalah digalakkan memohon. Bagi calon yang memohon negara Timur Tengah perlu mendapat sekurangkurangnya Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi / Bahasa Arab Tinggi.

14) Sastera Ikhtisas Timur Tengah (Ekonomi Islam / Perbankan Islam / Kewangan Islam) Negara : Jordan

PROGRAM TEKNIKAL JEPUN / KOREA 15) Diploma Kejuruteraan (Elektrikal / Mekanikal/Kimia) Mendapat sekurang-kurangnya gred Adalam enam (6) matapelajaran berikut: a) Bahasa Melayu; b) Sejarah; c) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral; d) Fizik; e) Kimia;

Negara: Jepun & Republik Korea (Diploma Kejuruteraan dan berpeluang ke Peringkat Ijazah Pertama)

4/6

Program

Syarat/gred minimum f) Matematik; dan

mendapat sekurang-kurangnya gred B+ dalam dua (2) matapelajaran berikut: g) Matematik Tambahan; h) Bahasa Inggeris; dan mendapat sekurang-kurangnya gred Adalam salah satu (1) matapelajaran selain dari mata pelajaran di atas. Calon yang mempunyai asas dalam Bahasa Jepun adalah digalakkan memohon.

16) Sains Negara : Malaysia di Universiti Penyelidikan (Research Universities) : i) Universiti Sains Malaysia (USM), ii) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iii) Universiti Putra Malaysia (UPM), iv) Universiti Malaya (UM) dan v) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Mendapat sekurang-kurangnya gred Adalam lima (5) mata pelajaran berikut: a) b) c) Bahasa Melayu; Sejarah; Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral; Matematik; Bahasa Inggeris; dan mendapat sekurang-kurangnya gred Adalam empat (4) daripada mana-mana mata pelajaran berikut : f) Fizik / Sains / Sains Tambahan / Kimia / Biologi / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi / Reka Cipta / Pendidikan Seni Visual / Geografi / Matematik Tambahan

d) e)

5/6

Program 17) Sastera Negara : Malaysia di Universiti Penyelidikan (Research Universities) : Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Syarat/gred minimum Mendapat sekurang-kurangnya gred Adalam lima (5) mata pelajaran berikut: a) Bahasa Melayu; b) Sejarah; c) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral; d) Bahasa Inggeris; e) Matematik; dan mendapat sekurang-kurangnya A- dalam mana-mana empat (4) mata pelajaran selain dari mata pelajaran di atas.

i) ii) iii) iv) v)

6/6

You might also like