You are on page 1of 53

JTW103 UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

Sidang Video 1 Modul 1 Pelajaran 1-3 21 Ogos 2011


1

Modul 1 / Pelajaran 1: Undang-undang, sistem perundangan & sistem pemerintahan Malaysia


1. 2. 3. 4. Definisi undang-undang. Sistem undang-undang. Klasifikasi undang-undang. Sistem pemerintahan Malaysia.
2

Apakah itu undangundang?


Kamus undang-undang Oxford suatu kumpulan peraturanperaturan yang di kuatkuasa dengan tujuan untuk mentadbir sesebuah masyarakat
3

John Austin (The Province of Jurisprudence Determined) suatu kumpulan arahan-arahan yang di keluarkan oleh pihak pemerintah ke atas pihak yang di perintah dan di kuatkuasakan melalui penggunaan sekatan dan hukuman keatas mereka yang ingkar
4

John Salmond (Jurisprudence) kumpulan prinsip-prinsip yang di iktiraf dan di gunapakai oleh sesebuah negara dalam pentadbiran keadilan atau dengan kata lain undang-undang ialah suatu kumpulan peraturan yang di kuatkuasakan oleh negara keatas rakyatnya demi menjaga keamanan dan keadilan.

Secara am undang-undang ialah suatu kumpulan peraturan yang sedia wujud dalam masyarakat / diwujudkan oleh pemerintah, yang dikuatkuasakan bertujuan - untuk mentadbir corak tingkah laku - dan juga sebagai panduan bagaimana individu atau kumpulan harus berperanan untuk wujudkan kehidupan bermasyarakat yang adil, harmoni dan tenteram.
6

Sistem Undang-Undang
1. Sistem perundangan sivil (berbeza dari undang2 sivil) 2. Sistem perundangan common law 3. Sistem perundangan Islam
7

Sistem Perundangan Sivil


Juga dikenali sebagai RomanoGermanic / undang-undang sivil kontinental. Berasal dari undang-undang Roman (Eropah selain UK serta bekas tanah jajahan) Coded law tidak mementingkan keputusan kehakiman.
8

Sistem Perundangan Common Law


Juga dikenali sebagai case law. Berasal dari UK (kini di amalkan di US, Kanada, Australia, NZ serta bekas tanah jajahan British). Berasaskan kepada keputusan kehakiman (judicial precedent).
9

Sistem Perundangan Islam


Juga di kenali sebagai undangundang syariah. Berasaskan Quran dan Hadis. Kerangka undang-undang berasaskan prinsip islam yang mendasari aspek kehidupan awam dan persendirian.
10

Klasifikasi Undang-Undang
1. Undang-Undang Awam a. undang-undang perlembagaan b. undang-undang pentadbiran c. undang-undang jenayah

11

2. Undang-Undang Persendirian (Sivil) berlainan dari sistem undang-undang sivil


a. undang-undang kontrak b. undang-undang tort c. undang-undang amanah d. undang-undang tanah e. undang-undang keluarga f. undang-undang syarikat g. undang-undang perkongsian h. undang-undang ejensi
12

Beza Antara Undang-Undang Awam & Persendirian (Sivil)


Undang-undang awam melibatkan hubungan antara kerajaan dengan rakyat manakala undang-undang persendirian (sivil) pula melibatkan hubungan antara rakyat dengan rakyat.
13

Undang-Undang Perniagaan
Suatu kumpulan undang-undang yang berkaitan dengan aktivitiaktiviti perniagaan. Berfungsi mengatur hubungan dalam kalangan mereka yang terlibat dalam urusan perniagaan.

14

Undang-undang perniagaan terdiri sebahagiannya daripada undang-undang persendirian (sivil) eg. kontrak, ejensi, sewa beli, jualan barangan, syarikat, insuran, perkongsian, perbankan, bil pertukaran, hakcipta dan lain-lain.

15

Sistem Pemerintahan Malaysia


Sistem Westminster (UK). Raja berperlembagaan & demokrasi berparlimen. YDPA adalah ketua kerajaan (simbolik). Persekutuan 3 cabang pemerintahan eksekutif, kehakiman & perundangan.
16

Sistem Perundangan
Gabungan antara common law, syariah dan adat. Comon law di perkenalkan melalui Royal Charters of Justice di negeri-negeri selat kemudian diperluas ke negeri-negeri yang lain. Undang-undang adat dan syariah hanya digunapakai dalam kalangan muslim berkaitan dengan keagamaan & kekeluargaan.
17

Modul 1 Pelajaran 2: Sumber undang-undang 1. Bertulis 2. Tidak bertulis

18

Sumber Undang-Undang Bertulis (Statut)


1. 2. 3. 4. 5. Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Negeri Akta Parlimen Enakmen Negeri Perundangan Subsidiari
19

Sumber Undang-Undang Tidak Bertulis


1. Keputusan kehakiman 2. Undang-undang common law & ekuiti Inggeris 3. Undang-undang adat 4. Undang-undang Islam
20

Perlembagaan Persekutuan
Undang-undang tertinggi Malaysia. Artikel 4(1) Perlembagaan ini adalah undang-undang teragung persekutuan dan mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas hari kemerdekaan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah tidak sah setakat mana percanggahan tersebut
21

Artikel 73 - badan perundangan (Parlimen/DUN) dalam menggubal atau meminda undang-undang adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang di tetapkan oleh perlembagaan persekutuan.
22

Artikel 74 menetapkan bidangkuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam mentadbir pemerintahan. - Senarai Persekutuan (I) - Senarai Negeri (II) - Senarai Bersama (III)
23

Perlembagaan Negeri
Setiap 13 buah negeri dalam Persekutuan Malaysia mempunyai perlembagaan masing-masing Berfungsi mengatur dan mengawal perjalanan pemerintahan dan pentadbiran negeri
24

Jadual ke 8 PP memperuntukkan kuasa Perlembagaan Negeri berkaitan dengan; a. Pertabalan dan kuasa pemerintah b. Pelantikkan Menteri Besar c. Pembentukkan, persidangan & pembubaran DUN d. Majlis Mesyuarat Negeri e. Peruntukkan kewangan f. Kakitangan kerajaan negeri
25

Perundangan Persekutuan
Parlimen ialah badan perundangan persekutuan Undang-undang bertulis yang di gubal dan diluluskan oleh parlimen selepas 1946 hingga kemerdekaan pada1957 di kenali sebagai ORDINAN Undang-undang yang di gubal oleh parlimen selepas kemerdekaan (1957) di kenali sebagai AKTA

26

Contoh perundangan persekutuan ialah; a. Ordinan Kontrak 1950 (selepas semakan pada 1974 di kenali sebagai Akta Kontrak 1950) b. Akta Syarikat 1965 c. Akta Sewa Beli 1967 d. Akta Perkongsian 1961 e. Akta Jualan Barang-Barang 1957 dll.
27

Perundangan Negeri
Badan perundangan negeri di kenali sebagai Dewan Undangan Negeri (DUN) Undang-undang bertulis yang di gubal dan diluluskan oleh DUN (kecuali Sarawak) di kenali sebagai ENAKMEN Di Sarawak ianya di kenali sebagai ORDINAN
28

DUN dalam menggubal dan meluluskan undang-undang negeri adalah tertakluk kepada perlembagaan negeri. DUN mempunyai kuasa untuk menggubal dan meluluskan undangundang bagi perkara-perkara yang termaktub dalam senarai negeri (senarai II) dan senarai bersama (senarai III) jadual 9 perlembagaan persekutuan
29

Contoh undang-undang bertulis negeri ialah seperti; a. Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Terengganu 1955 b. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 1983 c. Enakmen Undang-Undang Islam Selangor 1984
30

Perundangan Subsidiari
Juga di kenali sebagai perundangan perwakilan atau perundangan subordinat

31

Digubal dan diluluskan oleh pihak-pihak dan badan-badan tertentu seperti YDP Agong, Menteri dan pihak berkuasa tempatan melalui kuasa yang di perturunkan kepada mereka melalui akta-akta dan enakmenenakmen.
32

Di wujudkan untuk menjimatkan masa parlimen dan DUN Penggubalan undang-undang di perturunkan kepada pihak yang lebih pakar bagi memperincikan setiap sudut kepentingan dan kesan undang-undang yang di luluskan terhadap orang ramai dan kerajaan.
33

Lebih fleksibel dan mudah di sesuaikan untuk menangani keadaan semasa, setempat dan kepentingan ramai

34

Contoh - undang-undang yang di keluarkan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis perbandaran dan Majlis-Majlis Daerah berkaitan dengan peraturan-peraturan tempat letak kereta, cukai pintu, perlesenan premis perniagaan, hiburan dll.
35

Undang-Undang Inggeris
Prinsip common law dan undangundang ekuiti Inggeris di gunakan secara meluas di Malaysia pada tahun-tahun sebelum dan awal kemerdekaan.

36

Pemakaian undang-undang Inggeris di Malaysia kini adalah tertakluk kepada seksyen 3(1) Akta Undang-Undang Sivil 1956 (di semak 1972), manakala seksyen 5(1) akta yang sama memberi perhatian yang khusus berkaitan pemakaian undang-undang perdagangan Inggeris di Malaysia
37

Pemakaian undang-undang Inggeris di Malaysia tertakluk kepada dua keadaan iaitu; 1. Tiada statut tempatan yang boleh digunapakai dalam menangani masalah undangundang yang berbangkit. Undangundang Inggeris hanyalah sebagai pengisi kekosongan (lacuna) yang wujud dalam undang-undang Malaysia
38

2. Hanya undang-undang Inggeris yang bersesuaian dengan keadaan dan suasana tempatan sahaja yang akan digunapakai.

39

Undang-Undang Islam
Semasa penjajahan Inggeris, undang-undang syariah di iktiraf dengan wujudnya Ordinan Perkahwinan Mohamedan 1880 Mahkamah semasa penjajahan Inggeris juga iktiraf undangundang Islam (di buktikan oleh kes Ramah v Laton)
40

Undang-Undang Adat
Syarat-syarat asas untuk sesuatu adat boleh di sahkan sebagai undang-undang; 1.mestilah wujud & diamalkan sebahagian besar masyarakat 2.menjadi amalan turun temurun secara tetap & berterusan 3.mestilah sah mengikut undangundang
41

Antara adat-adat penting yang menjadi sumber undang-undang ialah; 1.Adat orang-orang melayu (temenggung & pepatih) 2. Adat natif Sarawak 3. Adat natif Sabah
42

Keputusan Kehakiman
Keputusan yang di buat oleh hakim dalam perbicaraan sesuatu kes merupakan sumber rujukan untuk kes-kes yang terkemudian Stare Decisis ialah peraturan di mana hakim dalam membuat penghakiman mestilah berpandukan prinsip undang-undang dalam keskes terdahulu yang telah diputuskan oleh mahkamah-mahkamah yang lebih tinggi.
43

Peraturan Stare Decisis tetapkan bahawa doktrin duluan kehakiman (Doctrine of Judicial Precedent) mengikat dalam dua cara; 1.Keputusan mahkamah yang lebih tinggi dalam kes yang serupa akan mengikat mahkamah yang lebih rendah hirarki nya
44

2. Mahkamah yang sama atau di hirarki/bidangkuasa yang sama terikat kepada keputusan yang dibuat terdahulu sama ada oleh hakim lain sebelumnya atau mahkamah lain yang sama taraf dengannya.
45

Modul 1 / Pelajaran 3: Institusi Mahkamah


Penting untuk kita ketahui hierarki dan bidang kuasa mahkamah kerana: 1. Untuk lebih fahami konsep duluan kehakiman. 2. Untuk memudahkan pemahaman berkaitan kes-kes mahkamah terutama yang melalui beberapa tahap rayuan.

46

Mahkamah Persekutuan
Mahkamah tertinggi & mahkamah rayuan terakhir utk kes-kes sivil & jenayah Di ketuai oleh Ketua Hakim Negara Perbicaraan didengar oleh korum hakim tak kurang dari 3 orang atau jumlah ganjil lain yang lebih besar spt mana diputuskan oleh KHN mengikut keperluan
47

Mahkamah Rayuan
Di ketuai oleh seorang Presiden dan di anggotai oleh 13 orang hakim mahkamah rayuan yang lain (spt pd 17/8/04) Di tubuhkan dengan tujuan untuk menjalankan bidangkuasa yang khusus iaitu berkaitan dengan rayuan
48

Mahkamah Tinggi
Terdapat 2 mahkamah tinggi di Malaysia iaitu MT Malaya & MT Sabah & Sarawak MT Malaya di ketuai oleh Hakim Besar Malaya MT S&S di ketuai oleh Hakim Besar Sabah & Sarawak Mereka bertanggungjawab kepada KHN
49

Mahkamah Sesyen
Hirarki tertinggi di kalangan mahkamah-mahkamah rendah Mempunyai b.kuasa utk dengar kes-kes sivil serta jenayah kecuali yg melibatkan hukuman mati

50

Mahkamah Majistret
Majistret kelas I punya b.kuasa jenayah untuk bicarakan semua jenis kesalahan yg mana penetapan hukuman maksima penjara tidak lebih 10 thn atau kesalahan yg mana hukuman denda shj & kesalahan di bawah s.392 (berkaitan rompakan) & s.457 (pecah rumah)
51

Majistret kelas II punyai b.kuasa membicarakan kes-kes jenayah yg mana penetapan hukuman maksima nya ialah penjara tidak melebihi 12 bulan atau kesalahan yg mana hukuman nya di kenakan denda sahaja.
52

Sekian

53

You might also like