You are on page 1of 1

SEJARAH KASTAM Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ialah sebuah agensi kerajaan di bawah kawalan Kementerian Kewangan

yang bertanggungjawab mengurus pelaksanaan sistem cukai tidak langsung negara. Pada zaman Kerajaan Melayu Melaka di abad ke-15, tugas memungut cukai Kastam dikawal oleh Penghulu Bendahari. Melalui catatan dokumen perundangan Kastam yang pertama, The Revenue Farms Enactment No.11, 1904, Pegawai Kastam diberi tanggungjawab mengawal kutipan cukai import minuman keras dan jualan candu melalui sistem tax farming. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, JKDM meneruskan tanggungjawab tradisinya itu tetapi dengan fungsi yang semakin penting sebagai pemungut hasil negara. Keadaan ini berlaku kerana Malaysia yang ketika itu baru bebas dari penjajahan, amat bergantung kepada hasil-hasil cukai kastam bagi membiayai pembangunan rakyat. Sebagai mengiktiraf peranan JKDM terhadap ekonomi negara, DYMM SPB Yang DiPertuan Agong telah menganugerahi JKDM dengan gelaran Diraja pada 29 Oktober 1963. Pada hari ini, JKDM berhadapan dengan cabaran globalisasi dan liberalisasi perdagangan. Disamping kekal melaksanakan dasar-dasar percukaian negara mengikut kepentingan nasional, JKDM turut terikat dengan tuntutan dan standard amalan perkhidmatan yang ditetapkan oleh World Trade Organisation (WTO), World Customs Organisation (WCO) serta jawatankuasajawatankuasa ekonomi dan perdagangan peringkat dunia yang dianggotai Malaysia.

You might also like