You are on page 1of 4

BAHAGIAN A (i) : RINGKASAN (20 MARKAH)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang sebab berlakunya kemalangan di jalan raya. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Ops Sikap yang dilancarkan sudah sekian lama diadakan untuk mendidik pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan jalan raya, di samping mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian. Apa yang dikesalkan ialah Ops Sikap belum mampu mendidik pengguna jalan raya dengan sepenuhnya. Hakikatnya, penunggang motosikal bukan sahaja tidak mematuhi peraturan jalan raya, malahan mereka tidak mempedulikan keselamatan diri dan pembonceng. Mereka juga dikatakan tidak mematuhi arahan lampu isyarat sehingga membahayakan nyawa mereka sendiri serta menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Di samping itu, ramai antara mereka yang tidak memakai topi keledar dengan betul dan keluar masuk dalam arus trafik dengan sesuka hati.

Selain itu, terdapat juga penunggang motosikal yang memasuki lorong kenderaan lain di lebuh raya walaupun sudah disediakan laluan untuk mereka. Segelintir penunggang motosikal pula sering bertindak berani dengan mempamerkan lagak berbahaya dan menyelit-nyelit di celah-celah kenderaan lain di jalan raya sehingga membahayakan pelbagai pihak. Sikap mereka yang tidak sabar terutamanya ketika menanti lampu isyarat bertukar warna amat menyulitkan keadaan. Segelintir remaja turut menunggang motosikal dengan gaya seperti yang ditunjukkan oleh mat rempit tetapi mereka menunjukkan aksi ketika terdapat banyak kenderaan lain di jalan raya.

Bagi kereta dan kenderaan-kenderaan lain, sikap pemandu yang memandu dengan laju di tempattempat yang tidak sepatutnya telah menambahkan lagi jumlah kemalangan dan kematian di jalan raya. Pihak polis telah mengenal pasti 346 lokasi berisiko tinggi kemalangan dan kematian jalan raya. Pemantauan di lokasi-lokasi ini mesti diperhebat agar jumlah kematian dan kemalangan di jalan raya dapat dikurangkan.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Pendekatan Ops Sikap Kurangkan Kemalangan Maut Patut Dikaji, Oleh Tan Sri Lee Lam Thye, Berita Harian, 18 Februari 2009) 1

BAHAGIAN A (ii) : (PEMAHAMAN) (10 MARKAH)

Berdasarkan petikan Bahagian A (ii), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1.

Berikan maksud berisiko tinggi.

(2 markah)

2.

Menurut pengarang, mengapakah pelaksanaan Ops Sikap untuk mengurangkan jumlah kemalangan di jalan raya dikatakan masih kurang berkesan? (4 markah)

3.

Pada pendapat anda, mengapakah denda yang tinggi perlu dikenakan kepada pesalah jalan raya? (4 markah)

BAHAGIAN B (20 MARKAH)

Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang langkah untuk menjaga alam sekitar. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

BAHAGIAN C (40 MARKAH)

Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara-perkara di bawah. Panjang karangan ini hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.

1.

Anda akan menyertai pertandingan syarahan yang diadakan di peringkat sekolah. Tajuk syarahan yang dipilih ialah Punca-punca Berlakunya Masalah Disiplin dalam Kalangan Pelajar Sekolah. Sediakan teks syarahan anda itu selengkapnya.

2.

Tulis sebuah cerpen yang bermula dengan petikan yang berikut:

Pada petang itu, aku pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli barang kelengkapan sekolah. Tiba-tiba aku terdengar suara seorang perempuan menjerit dengan kuat. Suasana di kaki lima pasar raya itu menjadi kecoh. Aku segera keluar dari pasar raya untuk kejadian yang berlaku.

3.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam melahirkan sebuah keluarga yang sihat dan cemerlang. Bincangkan.

4.

Sahabat pena anda yang berada di luar negara ingin mengetahui sambutan hari kebesaran yang anda raikan baru-baru ini. Anda ingin bercerita tentang smabutan tersebut melalui sepucuk surat. Karang surat tersebut selengkapnya.

5.

Kawan ketawa keliling pinggang, kawan menangis sukar dicari. Dalam erti kata lain, rakan karib amat penting dalam kehidupan kita. Berdasarkan pernyataan tersebut, tulis suatu karangan tentang peranan rakan karib.

BAHAGIAN D : NOVEL (ISTANA MENANTI) (10 MARKAH)

Berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan Satu (Istana Menanti), jawablah soalan berikut.

a)

Huraikan tema yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

(4 markah)

b)

Huraikan dua contoh persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

(6 markah)

You might also like