You are on page 1of 2

Makanan berkhasiat untuk kanak-kanak adalah makanan yang seimbang. Makanan yang seimbang perlu mempunyai 1.

karbohidrat Terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertnya, bijirin sarapan, ubi, buah-buahan dan kekacang. 2.Protein

Sumber-sumber protein termasuk ikan, daging, ayam itik, legum, susu dan produk tenusu.
3. vitamin 4. garam galian

Sumber-sumber protein termasuk ikan, daging, ayam itik, legum, susu dan produk tenusu.
5.Serat dalam kadar yang betul. Beras perang, bijirin dan roti mil penuh, kacang dan juga buah-buahan serta sayur-sayuran pula membekalkan serat.

Sehubungan itu, keperluan pemakanan kanak-kanak adalah berbeza berbanding ketika bayi. Cara terbaik untuk memenuhi keperluan tersebut ialah dengan memberikan pelbagai makanan berkhasiat yang membekalkan nutrien utama (karbohidrat, protein, lemak), mikronutrien (vitamin dan mineral) serta sebatian yang terdapat di dalam makanan (seperti phytochemicals dalam buah-buahan dan sayur-sayuran) secara semula jadi. Karbohidrat adalah sumber tenaga yang terbaik untuk anak anda, terutama sekali untuk otaknya. Karbohidrat boleh didapati di dalam bijirin, bijirin sarapan, ubi, buah-buahan dan kekacang. Beras perang, bijirin dan roti mil penuh, kacang dan juga buah-buahan serta sayur-sayuran pula membekalkan serat. Serat boleh membantu mengurangkan sembelit yang merupakan masalah lazim dalam setengah kanak-kanak. Protein diperlukan untuk membentuk, membaiki serta menggantikan tisu-tisu badan dan juga tulang serta darah. Sumber-sumber protein termasuk ikan, daging, ayam itik, legum, susu dan produk tenusu. Lemak adalah penting untuk membantu mengekalkan suhu badan serta menggalakkan pembentukan hormon dan sel. Sesetengah makanan serta minuman juga akan membekalkan asid-lemak perlu (EFA) seperti omega-3 dan omega-6 yang akan menggalakkan pembentukan sistem otak, saraf dan mata. Lemak membekalkan dua satu perempat kali lebih kalori daripada karbohidrat atau protein. Jadi, cuba hadkan pengambilan lemak anak anda.

Keganasan terhadap kanak-kanak termasuk penderaan dan kecederaan fizikal dan mental, pengabaian, eksploitasi dan penderaan seks yang boleh berlaku di rumah, sekolah, rumah anak yatim, kemudahan penjagaan berasrama, di jalanan, di tempat kerja, di ruang siber dan juga di penjara dan di pusat tahanan. Keganasan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak, merosakkan keupayaan mereka belajar dan bergaul, dan melemahkan perkembangan mereka sebagai orang dewasa yang berfungsi dan ibu bapa yang baik kemudian hari. Dalam kebanyakan kes yang amat teruk, keganasan terhadap kanak-kanak juga boleh membawa maut. Seperti kebanyakan negara lain, keganasan terhadap kanak-kanak di Malaysia masih banyak tersembunyi di sebalik tabir, menjadikannya sukar untuk membuat penentuan yang tepat tentang kelazimannya. Hanya penderaan kanak-kanak dan kisah pengabaian yang amat keterlaluan sahaja yang dilaporkan, selalunya melibatkan unsur tragik kecederaan yang mengganggu fikiran malah kematian. Sebab-sebab keganasan terhadap kanak-kanak adalah kompleks. Perpecahan keluarga, tekanan, kemiskinan yang melampau, gangguan, penyakit gangguan mental, penyalahgunaan dadah, tidak mempunyai tempat tinggal, keganasan masyarakat dan juga kekurangan masa berkualiti ibu bapa merupakan sebahagian daripada faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Pada tahun 2004, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia melaporkan 1,656 kes penderaan kanak-kanak, dengan bilangan kes yang tertinggi melibatkan pengabaian dan penderaan seks kanak-kanak. Pengalaman antarabangsa pula menyarankan bahawa kes yang dilaporkan mungkin hanya mewakili 10% daripada jumlah kes yang berlaku.

You might also like