Professional Documents
Culture Documents
Bahan Unit Peperiksaan JPNJ SP
Bahan Unit Peperiksaan JPNJ SP
1. Murid tingkatan lima Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/ Sekolah di bawah agensi Kerajaan/ Sekolah Menengah Agama Negeri/ Sekolah Menengah Agama Rakyat/ Sekolah Swasta berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Bukan warganegara yang berada di tingkatan 5 sekolah kerajaan dan mempunyai kad pelajar. Sekiranya calon tiada kad pelajar, Pengetua hendaklah mengeluarkan surat akuan calon adalah pelajar sekolah berkenaan. 3. Calon Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/ Sekolah di bawah agensi Kerajaan/ Sekolah Menengah Agama Negeri/ Sekolah Menengah Agama Rakyat tidak perlu membayar yuran. 4. Calon Sekolah Swasta berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia perlu membayar yuran.
Pengetua tidak dibenarkan menukar status calon sekolah kepada calon persendirian setelah tarikh pendaftaran ditutup walaupun calon telah berhenti sekolah. Pengetua dibenarkan menukar status calon dari calon persendirian kepada calon sekolah sekiranya calon lewat mendapat surat kebenaran mengulang semula di sekolah kerajaan/ sekolah bantuan kerajaan.
CALON MENUMPANG
1. Calon yang berpindah ke sekolah baru selepas 15 Mei tahun peperiksaan. 2. Calon yang mengambil peperiksaan di sesebuah pusat dengan menggunakan giliran asal. 3. Markah PBS calon dihantar kepada pihak Lembaga Peperiksaan oleh sekolah asal di mana calon mendaftar.
CALON BANTAHAN
1. Calon boleh membuat bantahan pada hari peperiksaan sekiranya telah disahkan calon mendaftar untuk menduduki sesuatu mata pelajaran tetapi kod kertas soalan tersebut tidak tercatat dalam Jadual Kedatangan. 2. Calon hendaklah mengemukakan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan yang mengandungi Kod Kertas, Nama Kertas dan Jenis Peperiksaan (SPM 2009) sebagai bukti pendaftaran. 3. Calon tidak dikenakan bayaran. 4. Calon mesti mengisi borang bantahan. Ketua Pengawas perlu menghantar borang bantahan kepada SPP, JPN 5. Permohonan bantahan calon tanpa mengemukakan dokumen Kenyataan Kemasukan Peperiksaan tidak akan diluluskan. Jadual Waktu SPM 2009 m.s 3 para 2.5
PENGECUALIAN PBS
Calon yang memerlukan pengecualian PBS hendaklah memohon kepada pihak sekolah. Pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan kepda Pengarah Pelajaran Negeri. Pihak JPN akan membuat siasatan dan menghantar permohonan kepada Pengarah Peperiksaan (u.p. Unit SPM): - Surat permohonan daripada ibu bapa - Surat sokongan daripada pihak sekolah - Surat pengesahan pengecualian calon daripada pihak JPN - Laporan Perubatan / Kad Khas Calon - Kenyataan Kemasukan Peperiksaan - Borang SPM (A3) - Borang SPM/MPKC Pengarah Peperiksaan akan mengeluarkan surat pengecualian PBS kepada Pengarah JPN dan salinan kepada pihak sekolah dan UMPD.
PANDUAN
PANDUAN
Pakej Pengkhususan
- Eka pengkhususan (mata pelajaran wajib + mata pelajaran dari
kumpulan yang sama) Pakej
Sains Tulen Sastera Iktisas Pengajian Islam Kemanusiaan Vokasional Sains Tambahan
Kombinasi
MP wajib + MT + 2/3 MP Sains MP wajib + MT + 2 MP Iktisas MP wajib + 2 MP Pengajian Islam + BAT MP wajib + 2/3 MP Kemanusiaan MP wajib + 2 MP Vokasional MP wajib + MT + Sains Tambahan
Bil. MP
8/9 9 8 8/9 8 8
Pakej Pengkhususan
Dwi pengkhususan (mata pelajaran wajib + mata pelajaran dari kumpulan yang berbeza) Pakej
Sains Tulen Teknologi Sains Tulen - Sastera Iktisas Sains Tulen Pengajian Islam Pengajian Islam Teknologi Pengajian Islam Sastera Iktisas Kemanusiaan Sastera Iktisas
Kombinasi
MP wajib + MT + 2/3 MP Sains + 1/2 MP Tekno MP wajib + MT + 2 MP Sains + 1/2 MP Iktisas MP wajib + MT + 2 MP Pengajian Islam + BAT + 2/3 MP Sains MP wajib + MT + 2 MP Pengajian Islam + 2 MP Sains + 1 MP Tekno MP wajib + MT + 2 MP Pengajian Islam + BAT + 2 MP Iktisas MP wajib + 2 MP Kemanusiaan + 1 MP Iktisas
Bil. MP
9/10 9/10 10/11 11 10/11 9