You are on page 1of 12

MPW1113

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI / MAY 2011

MPW1113 BAHASA KEBANGSAAN A

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

650423045310001 650423-04-5310 012 2022514 thila115@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN

PPT PETALING JAYA

MPW1113

Isi Kandungan 1.0 2.00 2.10 2.20 2.30 2.40 2.50 3.00 3.10 3.20 3.30 4.00 5.00 6.00 7.00 1.00 Pendahuluan Latar Belakang Penggunaan Bahasa Malaysia Kini Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Akademik/Ilmu/Pengantar Bahasa Melayu sebagai Bahasa Komunikasi Sejarah Bahasa Melayu Secara Ringkas Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden Peranan Lingua Franca, Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan Sistem Bahasa Baku Cadangan Penutup Pendahuluan

MPW1113 Bahasa Jiwa Bangsa merupakan satu slogan yang dicipta oleh Dol Ramli untuk Dewan Bahasa dan Pustaka. Slogan ini membawa maksud bahawa bahasa ialah milik sesuatu bangsa yang menjadikan bahasa itu identity kebangsaan. Bahasa juga menunjukkan jati diri sesuatu bangsa negara itu dan bahasa itu juga melambangkan bagaimana bahasa itu diguna dalam pelbagai situasi yang berbeza. Bahasa itu boleh digunakan sebagai alat komunikasi secara formal dan tidak formal, sebagai bahasa ilmu/pengantar disekolah mahupun di institusi pengajian tinggi dan juga sebagai bahasa perpaduan untuk saling memahami satu sama lain. Andai kata bahasa itu menunjukkan kekuatan dari segala segi sesuatu bangsa. Alangkah indahnya jika setiap insan kelahiran Malaysia dapat menjiwai kata-kata Bahasa Jiwa Bangsa tidak mengira agama dan bangsa. Sebagai anak Malaysia setiap insan wajib menjiwai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negaranya supaya boleh berkomunikasi dengan cara yang teratur menggunakan tatabahasa dan sebutan yang betul. 2.00 Latar Belakang Penggunaan Bahasa Malaysia Kini Di Malaysia, Bahasa Melayu telah disitiharkan sebagai Bahasa Malaysia secara rasmi pada tahun 1968. Bahasa Malaysia diguna dalam pelbagai segi iaitu sebagai Bahasa Rasmi, Bahasa Kebangsaan, Bahasa Perpaduaan, Bahasa Ilmu/Bahasa Pengantar dan Bahasa Kominikasi. 2.10 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Bahasa Melayu telah dikenali sebagai Bahasa Malaysia dibawah Perkara 152

didalam Perlembagaan Persekutuan. Bahasa Melayu telah diistiharkan sebagai bahasa rasmi Malaysia dibawah Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Bahasa rasmi digunakkan hanya didalam keadaan rasmi iaitu dalam urusan pemerintahan and pentadbiran kerajaan. Contohnya ialah sewaktu surat menyurat secara rasmi kemana-mana pejabat kerajaan, permohonan ke IPTA, permohonan tender dan sebagainya. Bahasa rasmi juga digunakan dalam upacara rasmi seperti perayaan Hari Merdeka, Hal-Ehwal DiRaja, Persidangan Parlimen dan sebagainya. Di mahkamah juga bahasa rasmi telah mula digunakan akhir-akhir ini. 2.20 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Dibawah Perlembagaan Persekutuan, Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan Negara ini. Bahasa Kebangsaan melambangkan identity Negara Malaysia dan merupakan bahasa yang digunakan oleh semua bangsa atau perduduk negara itu. Kegunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menonjolkan lambing penyatuan rakyatnya. Disetengah negara bahasa kebangsaan dijadikan bahasa rasmi tetapi tidak semestinya. 2.30 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan

MPW1113 Malaysia merupakan satu negara yang mempunyai pendududk yang berbilang kaum. Jadi salah satu kriteria yang penting untuk memupuk perpaduan antara kaum ialah melaui penggunaan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu dianggap sebagai Bahasa Perpaduan oleh semua kaum di Malaysia apabila dengan rela hati mereka meneriam Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Kebangsaan dan dengan penuh kerelaan mereka sanggup mempelajari dan menggunakan bahasa ini. Kita sebagai rakyat Malaysia harus faham bahawa Bahasa Melayu digunakan sebagai Bahasa Perpaduan untuk menjamin kerharmonian dan keamanan antara rakyat Malaysia. 2.40 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Akademik/Ilmu/Pengantar Apa yang dimaksudkan sebagai bahasa akademik atau bahasa pengantar ialah bahasa yang digunakan dimana mana pusat pembelajaran mahupun sekolah atau pusat pegajian tinggi untuk megajar dan menungkap ilmu. University Kebangsaan Malaysia merupakan salah satu university terunggul di tanahair yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak (1956) merupakan satu batu pegasas untuk penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar disekolah. Ini bermakna setiap mata pelajaran dipelajari dalam Bahasa Melayu melainkan Bahasa Inggeris yang dipelajari sebagai bahasa kedua. Penggunaan Bahasa Melayu diperteguhkan lagi dengan Laporan Jawatankuasa Penyemakkan Pelajaran Rahman Talib (1960) dan apabila wujudnya Akta Pelajaran 1961, Bahasa Melayu dipertabalkan sebagai Bahasa Ilmu. 2.50 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Komunikasi Bahasa Komunikasi bermaksud bahasa yang digunakan oleh individu atau organisai untuk berhubungan. Ini boleh dilakukan melalui pertuturan bahasa atau pun isyarat dan juga melalui tulisan atau secara lisan. Di zaman moden ini terdapat berbagai cara orang berkomunikasi antara satu sama lain seperti menggunakan telefon bimbit, SMS, e-mail, fax, SKYPE dan sebagainya. Banyak bahasa boleh digunakan untuk melakukan aktiviti komunikasi tetapi untuk mempertabatkan penggunaan Bahasa Melayu, seelok-eloknya setiap anak Malaysia harus menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi. 3.00 Sejarah Bahasa Melayu Secara Ringkas Mengikut Sejarah Melayu penggunaan Bahasa melayu bermula lebih kurang 2000 tahun yang dahulu. Dipercayai bahawa Bahasa Melayu berasal dari rumpun Bahasa Austronesia. Menurut literature-literatur mengenai Bahasa Melayu, ia dibahagi kepada 3 bahagian iaitu Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. 3.10 Bahasa Melayu Kuno

MPW1113 Bahasa Melayu Kuno dipercayai berasal dari keluarga Bahasa Nusantara. Kegemilangan Bahasa Kuno amat diperkatakan di antara abad ke 7 dan ke 13 iaitu sewaktu pemerintahan Kerajaan Sirwijaya. Bahasa Melayu Kuno dipercayai ditulis pada batu bersurat dalam abad ke 7 menggunakan huruf-huruf PALLAVA. Empat Batu Bersurat yang dijumpai ialah : i). Batu Bersurat Kedukan Bukit (683M) - Palembang ii). Batu Bersurat Talang Tuwo (684M) - Palembang iii). Batu Bersurat Kota Kapor (686M) Pulau Bangka, Palembang iv). Batu Bersurat Karang Brahi (686M) Palembang Diwaktu ini Bahasa Melayu Kuno digunakan sebagai lingua franca oleh pedagang-pedagang dari Nusantara, China, India dan beberapa negara lain yang berdagang dirantau ini. Bahasa ini juga digunakan dalam pentadbiran oleh pihak pemerintah dan juga dalam aktiviti-aktiviti perdagangan. Dipercayai Bahasa Melayu Kuno mempunyai sifat aliran bahasa yang sederhana dan mudah diguna. Bahasa Melayu Kuno dipengaruhi oleh Bahasa Sanskrit dari India yang digunakan untuk penyebaran agama Hindu dan Buddha. Sanskrit merupakan bahasa yang digunakan oleh orang-orang India kelas Bangsawan. Salah satu sifat bahasa Melayu Kuno ialah ia mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan. Contoh perkataan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Moden :Melayu Kuno Vulan Dangan Nimakan 3.20 Bahasa Melayu Klasik Mengikut sejarah, kegemilangan Bahasa Melayu Klasik dibahagi antara 3 zaman yang terdiri daripada Zaman Kerajaan Melaka, Zaman Kerajaan Acheh dan Zaman Kerajaan Johor-Riau. Ada 3 Batu Bersurat yang dijumpai yang terkandung mengenai Bahasa Melayu Klasik. Mereka adalah :i). Batu Bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1380) ii) Batu Bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) iii) Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303 1387) Pertuturan dalam Bahasa Melayu Klasik dipercayai mengikut bahasa yang digunakan di istana-istana. Contoh perkataan adalah seperti Ratna Muthu Manikam, Adinda, Kekanda , Bersiram, Santap dan sebagainya. Bahasa ini juga dipercayai menggunakan perdu perkataan seperti Al-Kisah, Al-Riwayat dan sebagainya. Struktur ayatnya Melayu Moden Bulan Dengan Dimakan

MPW1113 kebanyakannya menggunakan partikel seperti pun dan lah dan ayat-ayatnya selalu songsang. Contoh ayat songsang Cantik sungguh adinda pagi ini. Subjek di tempatkan di bahagian belakang ayat. 3.30 Bahasa Melayu Moden Kebangkitan Bahasa Melayu Moden adalah pada persekitaraan abad ke 19. Hasil karya Munsyi Abdullah diambil sebagai saman permulaan Bahasa Melayu Moden. Sebelum kedatangan orang Inggeris ketanahair kita, Bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang mempunyai kedudukan yang tinggi di kalangan penduduknya. Banyak peranan yang telah dimainkan oleh Bahasa Melayu dan antaranya adalah sebagai bahasa perantaraan, dalam bidang pentadbiran, bahasa kesusteraan dan juga sebagai bahasa pengantar dipusat pengajian Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, Pihak Inggeris telah menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam system pendidikan diseluruh tanahair. Pada tahun 1957, sejurus selepas merdeka, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152, menetapkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Diikuti dengan perasmian Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dibawah Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan Laporan Razak 1956 pula menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. 4.00 Peranan Lingua Franca, Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan Lingua franca merupakan bahasa perantaraan untuk tujuan berkomunikasi antara orang-orang yang tidak sama bahasa ibundanya. Di zaman dahulu iaitu sewaktu Kesultanan Melayu Melaka, Bahasa Melayu telah digunakan sebagai lingua franca oleh saudagarsaudagar dalam aktiviti perdagangan mereka di rantau ini. Perkara ini telah berlarutan sehingga zaman ini. Bahasa Melayu memainkan peranan yang amat ketara sekarang dikalangan penduduk-penduduk Malaysia yang berbilang kaum. Penduduk Malaysia terdiri daripada orang-orang Melayu, Cina, India, Portugese, Iban, Kadazan dan pelbagai lagi kaum, jadi untuk berkomunikasi, suatu bahasa yang di panggil common language harus dipelajari supaya dapat berinteraksi antara satu sama lain. Jadi bahasa common language itu adalah Bahasa Melayu iaitu lingua franca untuk mereka berinteraksi dalam banyak situasi seperti waktu bekerja, belajar, berniaga, di tempat awam dan kini dirumah masing-masing. Peranan Bahasa Melayu sebagai lingua franca amat ketara pada masa kini dengan kedatangan warga asing ke negara kita untuk bekerja. Kemasukkan dari negara-negara seperti Filipina, Bangladesh, India, Sri Lanka, Pakistan dan sebagainya. Begitu juga dengan pembantu rumah sebagai contohnya dari Indonesia yang berbahasa Indonesia yang lebih

MPW1113 kurang seperti Bahasa Melayu kita jadi majikan terpaksa bertutur dengan mereka dalam Bahasa Melayu kerana itu merupakan lingua franca yang diketahui oleh kedua-dua pihak. Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa yang digunakan oleh semua orang dalam negara itu untuk upacara rasmi dan tak rasmi. Bahasa Melayu di jadikan Bahasa Kebangsaan di Malaysia kerana dipercayai tempat asal Bahasa Melayu ialah Tanah Melayu. Oleh kerana ramai orang yang mula mengambil identity sebagai orang Melayu, Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan dan juga kerana diterima oleh semua kaum yang mula menetap di negara ini. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang di gunakan di segala upacara rasmi kerajaan, di segala jabatan kerajaan dalam pengurusan dan pentadbiran harian dan segala aktiviti surat menyurat yang berkaitan dengan kerajaan. Disini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu dipilih sebagai asas pembinaan negara dari segala segi dan Bahasa Melayu juga mampu membina kebudayaan masyarakat berbilang kaum. Sebagai sebuah negara yang telah merdeka dan dalam proses meghadapi kemajuan perlu ada satu bahasa sebagai Bahasa Kebangsaan dan Rasmi supaya setiap anak buahnya mempunyai lambang jati diri dan juga negara itu mempunyai lambang di persada dunia. Bahasa itu diperlukan untuk memainkan peranan sebagai tunjak kemajuan dan pembinaan negara. 5.00 Sistem Bahasa Baku Bahasa Baku adalah satu bahasa yang diterima secara umum dan bahasa yang diterima secara umum dan bahasa yang dianggap betul dan sah. Bahasa Baku secara khususnya merujuk kepada semua aspek linguistik. Di Malaysia,Bahasa Melayu yang di gunakkan pada waktu kini bolehlah diterima sebagai Bahasa Baku kerana ia adalah bahasa yang diterima sebagai bahasa rasmi dan juga yang distandardkan. Mengikut ahli linguistic Einar Haigen pula, Bahasa Baku ini menggambarkan keseragaman dalam bentuk fungsi bahasa dan keseragaman yang dimaksudkan ialah dari segi ejaan, peristilahan dan tatabahasa. Bahasa Baku biasanya digunakan dalam situasi rasmi. Di Malaysia digunakkan dalam pelbagai bidang seperti :

Dalam pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan seperti sekolah, kolej, dan IPT. Di khalayak ramai seperti perhimpunan, ceramah, syarahan atau pun foram. permohonan kerja, temuduga tender atau mesyuarat rasmi. Media massa seperti berita di akhbar, telivisyen, radio dan sebagainya.

Bahasa Baku mempunyai tiga unsur seperti berikut :-

MPW1113

Unsur Penyatu Unsur ini diguna oleh orang yang dating dari pelbagai daerah yang bercakap dalam loghat yang berlainan. Unsur Pemisah Unsur ini memisahkan bentuk Bahasa Baku ini daripada loghatloghat lain dalam bahasa itu. Pemberi Prestij Unsur ini diguna dalam situasi-situasi yang tertentu sahaja terutama sekali majlis-majlis rasmi.

Dalam Bahasa Baku perhatian diberi pada ciri-ciri yang tertentu. Antaranya adalah seperti : i). Sebutan Huruf Huruf-huruf yang terdapat dalam tulisan Bahasa Baku adalah berdasarkan huruf-huruf ejaan Rumi tetapi disebut mengikut bunyi Bahasa Melayu. ii). Sebutan Kata Sebutan kata bermakna sebutan akan mengikut ejaan. Apa yang dimaksudkan disini ialah setiap abjad akan dibunyikan sebagai abjad individu. iii). Intonasi Apabila kita bercakap biasanya nada kita bercakap itu ada yang turun dan naik. Ini supaya apa yang kita bercakap itu sampai kepada penerima dengan cara yang betul supaya dia faham apa yang kita maksudkan. Ini juga untuk mencerminkan emosi kita. Setiap bahasa didunia semestinya punyai tatabahasa tersendiri supaya ayat-ayat dalam bahasa itu dapat diatur untuk membina ayat yang sempurna untuk membantu dalam pertuturan and penulisan. Begitu juga dalam Bahasa Melayu, kita mempunyai set tatabahasa atau pun yang kita boleh anggap sebagai undang-undang bahasa. Ada 3 sistem yang paling utama dalam Bahasa Melayu iaitu fonologi, tatabahasa dan semantik. Dalam pada itu, tatabahasa dibahagi kepada 2 bahagian utama iaitu mofologi dan sinteks.

Huraian ringkas mengenai sistem yang disebutkan diatas :i. ii. Fonologi - mengkaji bagaimana sistem bunyi disusun dan di gunakan dalam sesuatu bahasa untuk pertuturan. Morpologi megkaji bagaimana perkataan dibina.

MPW1113 iii. iv. Sinteks menyusun perkataan atau frasa untuk membentuk ayat yang sempurna dalam sesuatu bahasa. Semantik mengkaji makna atau yang digunakan oleh manusia untuk meluahkan perasaan melalui bahasa. Bahasa Baku diberi kepentingan kerana dipercayai bahasa baku dapat mengatasi masalah salah faham penggunaan perkataan terutama sekali dari segi ejaan. Ini kerap kali berlaku dalam media massa tempatan yang menggunakan Bahasa Melayu. Jadi Bahasa Baku dapat membuat peyeragaman untuk mengatasi masalah ini. Sebutan Bahasa Baku juga mudah diterima kerana ia mempunyai sifat terbuka terhadap bahasa lain dan sifat toleransi yang tinggi kepada kemasukkan istilah baru dan asing. Contoh sebutan Bahasa Baku seperti yang dibawah :i. Untuk sebutan baku vocal <a> disebut [a] dan kedudukan vocal mungkin diawal, ditengah atau diakhir. Ejaan Tanah Harta Jawi ii. Sebutan Baku [ ta + nah ] [ har + ta ] [ ja + wi ]

Untuk sebutan baku vocal <u> disebut [u] dan kedudukan vocal mungkin diawal, ditengah atau diakhir. Ejaan Kuala Takut Payung Sebutan Baku [ kua + la ] [ ta + kut ] [ pa + yung ]

iii.

Untuk sebutan baku konsonan <g> disebut [g] Ejaan Teknologi Sebutan Baku [ tek + no + lo + gi ]

Kebaikan yang kita dapat dari sebutan baku ialah ia dapat menyeragamkan sebutan dan pertuturan pengguna bahasa ini. 6.00 Cadangan

MPW1113 Bahasa Melayu mempunyai masa depan yang amat cerah untuk menjadi satu bahasa yang berprestij di persada dunia. Kita sebagai anak kelahiran tanah Melayu ini harus menunjukan semangat dan cinta yang teramat sangat dalam memelihara bahasa kebangsaan dan rasmi kita iaitu Bahasa Melayu. Seperti kata pepatah Inggeris Cleanliness begins at Home seperti itu juga kita harus membiasakan diri Bahasa Melayu pada setiap waktu dan dengan cara ini juga dapat memperbaiki penggunaan bahasa dengan tatabahasa dan gramatis yang betul dan teratur. Untuk mempertabatkan Bahasa Melayu banyak langkah-langkah yang harus, boleh dan mesti diambil mahupun oleh pihak kerajaan, swasta atau orang perseorangan. Cadangan pertama saya ialah megadakan peruntukkan undang-undang untuk menetukan taraf dan apa peranan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi dan Bahasa Pengantar Ilmu perlu dipertegaskan dan diperketatkan dalam perlaksanaan dan penguatkuasaannya diseluruh negara. Ini haruslah seragam diseluruh negara merangkumi Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sebagai contohnya, dibahagian perlesenan setiap majlis perbandaran yang dikhaskan untuk kelesenan papan iklan haruslah tegas bila ada terdapat kesalahan pada papan itu. Mereka harus memberi notis untuk perbetulkannya atau jangan beri kelulusan pada dasarnya. Sebagai contoh tertera sebegini rupa pada papan iklan KEDAI JAHIT WANITA yang sepatutnya berbunyi KEDAI JAHIT PAKAIAN WANITA. Disini maksud pada papan tanda itu ialah wanita yang masuk kedalam kedai itu yang akan dijahit dan bukan baju yang ditempah oleh mereka. Jadi disini harus diberi penekanan supaya diperluaskan akta supaya tindakan boleh diambil apabila bahasa itu disalah guna di tempat awam. Cadangan saya yang kedua ialah supaya kerajaan memulakan kempen bahasa dimana menggalakan orang ramai mengambil bahagian dalam peraduan-peraduan anjuran kerajaan dan swasta seperti membaca, mengarang puisi, deklamasi sajak, menulis cerita pendek, peraduan bercerita dan sebagainya ditempat awam dan juga di institusi pendidikan maupun sekolah, kolej, IPTA dan juga IPTS. Hadiah-hadiah yang diberi mestilah menarik supaya minat individu akan bertambah dan juga boleh memberi hadiah dalam bentuk latihan jangka pendek dan sebagainya. Cadangan saya yang ketiga ialah taraf dan peranan Bahasa Melayu harus diperluaskan penggunaanya. Sebagai contohnya ialah seperti di mahkamah kita sekarang masih ramai peguam yang menggunakan Bahasa Ingerris kerana mereka tidak dapat bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasihnya di mahkamah. Perkara ini harus dikaji dan jalan penyelesaian harus dicari untuk memperbetulkan ini. Tanggungjawab ini harus di pikul oleh

MPW1113 Bar Council. Bar Council harus menyediakan garis panduan untuk mana-mana peguam pun supaya memduduki peperiksaan penyedian dalam Bahasa Melayu sebelum mereka diberi pengiktirafan sebagai seorang peguam bertauliah. Cadangan saya yang keempat ialah Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar harus dinaikkan taraf dan diberi peranan sebagaimana yang tertera dalam Perkara 17(1) Akta Pendidikan 1996 harus diberi penekanan yang lebih mendalam. Kalau kita kaji semula apa yang tertera dalam akta yang disebut diatas memang sudah ada pun disebut tentang penggunaan Bahasa Melayu ssebagai bahasa pengantar di tingkatan 6, di Institut Pengajian Tinggi, matrikulasi, sebagai subjek yang wajib di semua IPTS dan sebagainya. Cadangan saya yang kelima ialah setiap pejabat mahupun kerajaan atau swasta, perlu menubuhkan sebuah unit audit bahasa terutama sekali jabatan yang terlibat dalam bidang pentadbiran untuk memantau kegunaan Bahasa Melayu secara keseluruhan. Selain daripada ini media masa juga harus memainkan peranan mereka untuk memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu. Cadangan saya yang keenam ialah Dewan Bahasa dan Pustaka seharusnya diberikan kebebasan mutlak sebagai sebuah badan yang akan menyelenggarakan perancangan bahasa dan kesusasteraan kebangsaan. Keputusan muktamad tentang bahasa haruslah datang dari pihak DBP dan keputusan ini tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi ahli politik. 7.00 Penutup Bahasa merupakan satu-satunya alat yang meniggikan martabat bangsa tetapi itu bergantung pada setiap pengguna bahasa itu sendiri. Ini satu sikap yang harus ditanamkan oleh setiap warganegara untuk memartabatkan bangsanya sendiri lebih-lebih lagi Bahasa Melayu kita yang tidak kurang hebatnya kalau kita bandingkan dengan bahasa-bahasa lain dinegara ini. Kita sebagai warganegara Malaysia harus jadikan Bahasa Melayu kita satu bahasa antarabangsa lebih-lebih lagi kita sebagai negara yang dalam proses earah globalisasi. BAHASA JIWA BANGSA 2,737 patah perkataan APENDIKS

REFERENSI Ghazali Yunus. (2006). Kertas Kerja Mengenai Bahasa Melayu dan Perkembangannya [Online]. Available: http://www.kongressbahasaorg/wp-content/uploads/2006/11/0330.pdf

MPW1113

Wikipedia. (n.d.). Bahasa Melayu [Online]. Available: http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu#cite_ref-BM_1-3 Nik Safiah Karim et al. (2003). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Collins, J.T. (1998). Malay, World Language A Short History, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like