You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN LA SALLE 1 JINJANG,

52000 KUALA LUMPUR

LAPORAN AKTIVITI

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)

TAJUK KURSUS:

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) BAHASA MALAYSIA TAHUN 2 / 2012 Tarikh : 13/10/2011 Hari : Khamis

1. Tajuk Kursus :
Kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia Tahun Dua Dan PBS Bahasa Malaysia Tahun 2 / 2012.

2. Pengenalan :

Kursus ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan baru tentang KSSR dan PBS Bahasa MalsysiaTahun 2 bagi semua guru-guru Bahasa Malaysia khususnya. Selaras dengan hasrat kerajaan agar program ini berjalan lancar. Guru dapat menilai hasil kerja murid dengan betul dan tepat. Bahan kerja murid juga dapat disimpan dan dijadikan eviden ( bahan bukti ) bahawa penglibatan murid di dalam kelas. Guru boleh membuat penilaian berdasarkan hasil kerja mereka.Selain itu juga cikgu akan membuat perancangan dan menyususn segala program P&P bagi murid tahun dua pada tahun 2012 dengan lebih terncang dan bersistem. Melalui progrem LDP ini juga diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan juga kemahiran guru2 dalam kaedah pengajaran dikelas. Pada asasnya, pembinaan kerangka Standard ini berdasarkan prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Standard ini

mengetengahkan pendekatan berbentuk modular dan pembelajaran secara didik hibur bagi mencungkil potensi murid untuk meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Seterusnya, membolehkan murid memperkembangkan keupayaan dan penguasaan kemahiran bahasa, serta berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dan bertatasusila dalam semua urusan.

3. Objektif :

Standard Kurikulum merupakan pernyataan yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai murid Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis

Kebangsaan (SJK) sepanjang persekolahan di sekolah rendah.Standard Kurikulum Bahasa Malaysia yang digubal berperanan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa pengantar rasmi. Pendedahan kursus ini kepa guru- guru bahasa Malaysia dan juga kepada semua guru di sekolah adalah untuk memberi penerangan dan penjelasan tentang program kssr BM

khususnya. Selain itu ianya juga merupakan sebagai panduan dan pendedahan awal tentang perlaksanaan dan pengoperasian kssr Bahasa Malaysia tahun 2 pada tahun 2012 akan datang.

4. Tarikh :
13.11.2011 ( Khamis )

5. Tempat Kursus :
Pusat sumber Sk.La Salle 1 Jinjang Kuala Lumpur

6. Bilangan Peserta :
Semua Guru SKLS 1 Jinjang, Kuala Lumpur.

7. Jadual :
Mula jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi

8. Fasilitator :
En .Naor Zaini bin darso ( Guru Bahasa Malaysia Yang Menghadiri Kursus KSSR Tahun 2 2012 )

9. Peserta Kursus :
Fokus utama ialah semua guru B.Malaysia dan juga guru-guru SKLS1J.

10. Rumusan :

Pada keseluruhannya kursus ini berjalan dengan lancar dan mengikut matlamat yang hendak disampaikan. Program ini adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21.Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan dan kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. Insyallah dengan ini guru dapat menjalankan P&P dengan betul megikut kehendak dan dasar kerajaan.

You might also like