You are on page 1of 7

1.0 Pengenalan Model ASSURE merupakan model reka bentuk pengajaran berasaskan bilik darjah.

Model ini merupakan satu panduan kepada saya untuk merancang pengajaranpembelajaran yang sesuai dan tepat untuk kebolehan pelajar saya. Model ASSURE mengandungi 6 langkah iaitu analisis murid, nyatakan objektif, pilih kaedah, media dan bahan, gunakan media, libatkan murid dan buat penilaian. Berdasarkan Model ASSURE, isi kandungan pelajaran, kaedah pengajaran-pembelajaran, bahan sumber pembelajaran dan media yang digunakan hendaklah selaras dengan minat, keupayaan intelek, kecenderungan dan kebolehan pelajar. 2.0 Dokumentasi pemilihan dan penyediaan bahan media 2.1 Analisis murid Sasaran pelajar merupakan pelajar tahun 6 Aman. Kelas tersebut mempunyai seramai 36 orang pelajar. Mengikut pemerhatian dan komunikasi dengan guru kelas tahun 6 Aman, tahap kebolehan murid boleh dibahagikan kepada dua iaitu sekumpulan murid seramai 22 orang yang tahap pencapaian mereka adalah baik, 14 orang yang tahap pencapaian mereka adalah sederhana. Di samping itu, saya juga dapat tahu bahawa seramai 6 orang yang sering tidak memberi tumpuan semasa proses P & P dijalankan. Oleh itu, rancangan pembelajaran dan pengajaran saya perlulah menepati kriteria-kriteria tersebut. 2.2 Nyatakan objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran , murid-murid dapat: (1) Kognitif: menyatakan sekurang-kurangnya 3 kesan pengambilan dadah terhadap diri dan keluarga dengan betul dan tepat. (2) Afektif: Meningkatkan perasaan menghargai diri dan keluarga.

2.3 Pilih kaedah, media dan bahan Penggunaan video bertujuan untuk menghapuskan kebosanan dan menarik perhatian murid-murid terutamanya bagi murid yang sering tidak memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, dadah seperti heroin, ecstasy dan sebagainya juga tidak senang didapati kerana ia telah diharamkan dan tidak sesuai dibawa ke sekolah juga kerana akan menyebabkan kekecohan yang tidak diingini. Gambar-gambar penagih dadah digunakan bertujuan untuk memberi satu gambaran yang jelas kepada murid-murid supaya mereka tidak akan berimaginasi secara sendiri. Selain itu, penggunaan slaid juga dapat membantu saya menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan supaya murid-murid tidak akan berasa bosan kerana penyampaian secara lisan. Selain kedua-dua media pengajaran ini, saya juga telah menggunakan kaedah simulasi dalam RPH saya supaya murid-murid dapat memahami kesan-kesan dadah terhadap diri secara mendalam. Kaedah simulasi, penggunaan slaid dan video dapat merangsangkan minat mereka dan dapat menumpukan perhatian mereka semasa pembelajaran dan pengajaran. 2.4 Gunakan media 2.4.1 Penyemakan media sebelum menggunakannya dalam kelas Penyemakan media iaitu video dan slaid akan dilakukan sebelum

menggunakannya dalam kelas. Hal ini akan dapat membantu saya memastikan bahanbahan tersebut sesuai dengan kelas tahun 6 Aman yang mempunyai tahap pencapaian yang tidak sama dan ciri-ciri murid yang berbeza. Tayangan video akan dapat membantu murid-murid menyatakan kesan-kesan dadah terhadap diri secara berkesan dan tepat. 2.4.2 Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas Saya akan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti LCD, laptop dan speaker. Saya juga menyediakan alternatif sekiranya terdapat masalah-masalah

tertentu yang timbul. Saya berancang untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengedarkan nota-nota slaid kepada murid-murid supaya mereka mempunyai nota untuk dirujuk semasa saya menyampaikan kuliah. Walaupun kelas akan menjadi bosan dan tidak begitu menarik, namun cara alternatif ini adalah lebih baik daripada proses P & P tidak dapat dijalankan. 2.4.3 Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan Saya akan memastikan persekitaran kelas adalah seleasa dan bersih. Selain itu, saya juga akan memastikan LCD dalam kelas dapat digunakan sebelum kelas pembelajaran dan pengajaran. 2.4.4 Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber Sesi soal jawab diadakan selepas tayangan video. Tujuan tayangan video disampaikan melalui sesi soal jawab. Kesan-kesan dadah terhadap diri disampaikan melalui tayangan video. Cara ini adalah lebih berkesan berbanding dengan penyampaian lisan daripada saya. Murid-murid diberitahu apa yang patut difokuskan semasa menonton video tersebut. 2.4.5 Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar Perbincangan diadakan selepas tayangan video dan gambar slaid. Strategi berpusatkan pelajar digunakan kerana pelajar telah melibatkan diri secara langsung dalam perbincangan bersama guru. 2.5 Libatkan murid Penggunaan video dan gambar slaid dapat mencetuskan perbincangan kumpulan dan penjanaan idea. Murid-murid dapat melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti kelas. Interaksi beberapa hala akan berlaku semasa perbincangan. Penggunaan video dan gambar slaid dapat mengekalkan penglibatan murid dalam proses belajar.

2.6 Buat penilaian Rancangan Pengajaran Harian disemak semula untuk memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan lancar. Saya akan memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber adalah sesuai dengan murid-murid tahun 6 Aman. Penilaian informal dilakukan melalui pemerhatian untuk memastikan murid-murid melibatkan diri dalam pembelajaran. Selain itu, sesi soal jawab juga dilakukan selepas tayangan video dan gambar slaid. Penilaian pengajaran akan dijalankan selepas pengajaran dijalankan. Saya akan menyediakan satu senarai semak tindakan guru dan perlakuan pelajar sebagai panduan untuk membuat penilaian pengajaran. Refleksi akan dijalankan supaya saya dapat membuat penambahbaikan terhadap rancangan saya. Selepas pengajaran, objektif pembelajaran akan dipastikan sama ada tercapai atau tidak. Lembaran kerja akan dapat memastikan sama ada murid-murid mencapai objektif pembelajaran. 3.0 Penutup Selepas perancangan berpandukan Model ASSURE, saya telah dapat merancang satu RPH yang sesuai dengan sasaran murid saya iaitu 6 Aman. Model ASSURE merupakan satu reka bentuk pengajaran yang amat sesuai untuk guru menyediakan rancangan pengajaran. Diharapkan rancangan harian pengajaran saya dapat dijalankan dengan lancar dan media pengajaran dapat digunakan secara berkesan.

Media pengajaran

Media Pengajaran 1 yang digunakan semasa pengajaran mikro: Tayangan video dan slaid

Media Pengajaran 2 yang digunakan semasa pengajaran mikro: Gambar slaid

You might also like