You are on page 1of 3

OSHA

Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu: Pemcegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan kemahiran yang baik y Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja bebas daripada sebarang kemalangan y Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan keselamatan di tempat kerja y Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh semua pekerja di tempat kerja y Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan y Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan
y

Tahun digazetkan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 diluluskan pada 24 Feb. 1994.

Tujuan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1. Menyediakan garis panduan kepada majikan dan pekerja tentang caracara yang wajar dan berkesan untuk mengurus isu-isu berkaitan keselamatan dan kesihatan. 2. Menggalakan pendidikan dan kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja 3. Memastikan individu lain ataupun orang awam tidak terdedah kepada kemalangan dan risiko kesihatan disebabakan oleh aktiviti yang dijalankan.

ORGANISASI-ORGANISASI OSHA DALAM MALAYSIA JKKP-http://www.dosh.gov.my/mengenai/ CIDB-http://www.cidb.gov.my/ PERKESO-http://www.perkeso.gov.my/melayu NIOSH-http://www.niosh.com.my/ a) JABATAN KESELAMATAN DAN KASIHATAN PEKERJAAN (JKKP) Aktivitinya: Pengilangan Perlombongan dan pengkuarian Pembinaan Hotel dan restoran Pertanian,perhutanan,perikanan Objektif: Untuk menggubal dan mengkaji dari semasa ke semasa melalui proses tripatisme dasar ,undang-undang ,tata amalan dan garis panduan. Untuk membantu dan memberi khidmat kepakaran dalam kegiatan galakkan,latihan, penyebaran maklumat dan penyelidikan. b) PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO) Memberi perlindungan kepada para pekerja terhadap beberapa luar jangka seperti bencana,kemalangan semasa perjalanan dan kematian c) LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN (CIDB) Menubuhkan satu badan bagi menyelia dan mengawal isu dan kesan yang berlaku dalam industri pembinaaan .

Contohya: Kekurangan tenaga pekerja dan buruh Pemasaalahan sumber dan pembekalan bahan Produktiviti yang rendah Peningkatan kadar kemalangan ditapak baru Kelemahan pengurusan dan pelaksanaan projek Kekurangan muklumat penting dan data dalam pembinaan atau projek d) INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA (NIOSH) Memberi khidmat dalam latihan,sumber maklumat,dan pusat penyelidikan. Membantu pelaksanaan dan meyelesaikan permasaalahan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Aktivitinya : Keselamatan ditapak pembinaan Keselamatan dalam penggunaan bahan Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

You might also like