You are on page 1of 1

PERLEMBAGAAN PERLEMBAGAAN PEK PANDU PUTERI TUNAS

1. Setiap ahli mestilah merupakan murid-murid Tahap Satu iaitu dari tahun 3 dan murid-murid Tahap Dua iaitu dari tahun 4,5 dan 6. 2. Ahli diwajibkan hadir pada masa yang ditetapkan pada setiap kali perjumpaan diadakan. Ahli yang tidak hadir sebanyak 3 kali berturut-turut akan dikenakan tindakan dan diberi surat tunjuk sebab. 3. Ahli mesti menyerahkan kad kokurikulum (kad biru) kepada guru penasihat bagi ditandatangani untuk pengesahan kehadiran pada hari perjumpaan diadakan. Jika ahli gagal berbuat demikian, mereka akan dianggap tidak hadir. 4. Setiap ahli seharusnya memberikan komitmen yang sepenuhnya pada tugasan yang diberikan. Tugasan yang dihasilkan sentiasa kemas, teratur dan sempurna. 5. Semua ahli mesti menyemai sikap semangat berpasukan dan bekerjasama antara satu sama lain bagi mewujudkan suasana yang harmoni di dalam pasukan.
6. Semua ahli juga mesti peka bahawa penubuhan unit ini adalah bertujuan

untuk menambah pengetahuan, kemahiran dan memberi pengalaman kepada mereka. Oleh itu, setiap ahli hendaklah sentiasa bersedia dan gembira dengan setiap aktiviti yang diadakan.

You might also like