You are on page 1of 2

Karbohidrat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

salah satu contoh makanan yang mengandungi karbohidrat Karbohidrat ialah polimer semula jadi yang merupakan sejenis kelas makanan yang sangat penting bagi manusia kerana karbohidrat adalah sumber utama tenaga untuk menjalankan pelbagai aktiviti.karbohidrat ialah nutrien yang mengandungi karbon,hidrogen dan oksigen. Karbohidrat diperlukan untuk membekalkan tenaga bagi kegunaan badan.Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan seseorang itu berasa lemah dan tidak bermaya.Karbohidrat yang diambil secra berlebihan pula boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes.Penyakit ini berpunca daripada gangguan fungsi hormon insulin oleh pankreas.Gangguan ini menyebabkan kandungan glukosa dalam badan seseorang meningkat dan boleh menyebabkan penyakit diabetes.

Isi kandungan
[sorokkan]
y y y y

1 Pengelasan 2 Monosakarida 3 Oligosakarida 4 Polisakarida

[sunting] Pengelasan
Karbohidrat dapat dikelaskan kepada tiga bahagian: 1- Monosakarida 2- Oligosakarida 3- Polisakarida

[sunting] Monosakarida

Monosakarida ialah gula ringkas dan merupakan unit yang paling kecil (yang tidak dapat dipecahkan oleh hidrolisis asid kepada unit yang lebih kecil). Monosakarida yang penting dalam fisiologi ialah D-glukosa, D-galaktosa, D-fruktosa, D-ribosa, dan D-deoksiribosa. Monosakarida dibahagikan kepada kumpulan aldosa (jika mempunyai kumpulan berfungsi aldehid aktif) dan ketosa (jika mempunyai kumpulan berfungsi keto aktif).

[sunting] Oligosakarida
Oligosakarida ialah kelas karbohidrat yang mengandungi dua hingga lapan unit monosakarida. Setiap unit monosakarida ini dihubungkan oleh ikatan glikosida. Oligosakarida boleh dibahagikan kepada kumpulan disakarida, trisakarida, dan seterusnya menurut bilangan unit monosakarida yang terdapat dalam molekulnya.

[sunting] Polisakarida
Polisakarida merupakan kelas karbohidrat yang mempunyai lebih daripada lapan unit monosakarida. Polisakarida terbahagi kepada kumpulan homopolisakarida (contohnya kanji, glikogen dan selulusa) dan heteropolisakarida (contohnya heparin). Kategori:
y y

Kimia Nutrisi

You might also like