You are on page 1of 26

SULIT*

910/1 j2k

PERCUBAAN
STPM 2008

t . i, BAUASA,MELAYU
KERTAS 1 (ANEKA PILIHAN)

(Dna Jam)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA STPM 2008

ANJURAN BERSAMA

JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH DARLIL AMAN

DAN

PERSI DANGAN KEBANGSAAN PENG ETUA-PENG ETUA

SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Ada enam puluh soalan dalam kertas ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan:
anda dikehendaki memilih jawapan yang paling tepat dan menandakannya pada Borang Jawapan
Aneka Pilihan yang berasingan.

Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.

Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah. Jumlah markah
anda dalam peperiksaan kertas ini ialah bilangan soalan yang dijawab dengan betul.

Kertas soalan ini terdiri daripada 26 halaman bercetak


@ Jabatan Pelajaran Negeri Kedah dan PKPSM, KEDAH 2008

PERCUBAAN STPM 910/1 [Lihat sebelah


"Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tarnat. SULIT*
SlJLIT* 2
j2k

Soalan-soalan 1 hingga 3 berdasarkan petikan di bawah ini.

Sejak negara kita merdeka, semua pihak termasuk golongan istimewa atau yang
sering dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) turut terlibat dalam
pembangunan negara. Kerajaan berbangga terhadap OKU di negara ini kerana mereka
sentiasa berpandangan positif dan berkeyakinan bahawa hak dan kehidupan mereka
dapat diubah sekiranya mereka berusaha dan diberi peluang untuk memajukan diri mereka.
Bagi seseorang yang sempurna anggota, mendapat pekerjaan ialah perkara lumrah, tetapi
bagi OKU hal ini merupakan satu anugerah yang sangat bermakna.

Walaupun peratus OKU daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini kecil,
kerajaan tidak ingin melihat mereka dipinggir, dieksploitasi atau didiskriminasikan.
Persamaan peluang yang diberikan kerajaan kepada golongan ini melalui penyediaan
pelbagai kemudahan oleh agensi-agensi berkaitan dapat dimanfaatkan oleh OKU bagi
mencapai cita-cita dalam kehidupan. Golongan OKU ini diharap dapat bersifat proaktif dan
menggunakan peluang yang sedia ada ini bagi memajukan diri mereka sendiri dalam
pelbagai bidang kehidupan. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai hak dan hasrat
yang sama seperti orang lain untuk bekerja, menikmati hidup selesa, mandiri, dan
bersama-sama menyumbang tenaga demi pembangunan negara.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa masih terdapat segelintir masyarakat kita
yang menganggap OKU di negara kita sebagai orang yang tidak berguna atau tidak
berupaya dan hanya tahu menagih simpati daripada masyarakat bagi meneruskan
kehidupan. Ada yang menganggap mereka hanya layak menjadi peminta sedekah,
menjual tisu di kaki-kaki lima, dan pemuzik jalanan. rJlereka dianggap langsung tidak
mampu memberi sumbangan yang bermakna kepada negara.

Sesungguhnya tanggapan negatif seperti itu amat mendukacitakan dan tidak


berperikemanusiaan. Mereka lupa bahawa golongan tersebut juga merupakan sebahagian
daripada anggota masyarakat yang mempunyai perasaan, kebolehan, keterampilan, bakat,
dan kepintaran dalam pelbagai bidang seperti manusia norma! yang lain. Walaupun dalam

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULlT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SlJLIT*
SULIT* 3
j2k

keadaan sifat yang serba kurang di samping pergerakan yang agak terbatas berbanding
manusia yang sempurna, namun sebahagian kecil daripada mereka mampu menunjukkan
keterampilan dan kejayaan melebihi manusia sempurna.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
Dewan Siswa, Jun 2007)
1 Kerajaan berbangga dengan golongan OKU kerana mereka
I merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat
II berpandangan positif bahawa kehidupan dapat diubah
III mengintegrasikan diri dan bergaul dengan masyarakat
IV yakin dengan usaha dan peluang untuk memajukan diri

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

0 III dan IV

2 Penyataan yang berikut adalah benar, kecuali


A mendapat pekerjaan ialah satu anugerah yang sangat berguna bagi OKU.
B OKU sering memilih untuk menjadi peminta sedekah, menjual tisu di kaki­
kaki lima, dan pemuzik jalanan.
C OKU mempunyai hak untuk menikmati hidup yang selesa dan turut
memberi sumbangan kepada negara
o OKU ialah anggota masyarakat yang mempunyai perasaan, kebolehan,
keterampilan, bakat dan kepintaran dalam pelbagai bidang.

3 Masyarakat harus membuang tanggapan bahawa


A OKU ialah golongan yang harus disisihkan
B OKU ialah golongan yang tidak harus didiskriminasikan
C OKU ialah golongan yang menjadi sebahagian anggota masyarakat
o OKU ialah golongan yang berupaya memberi sumbangan kepada
kemajuan negara

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 4
j2k

Soalan-soalan 4 hingga 6 berdasarkan carta di bawah ini.

Masalah Hubungan
• Sejarah keluarga '­
dan trauma
Kegawatan
• Emosi dan • Ekonomi
perasaan r­
• Sosial
Faktor Genetik
• Warisan masalah
mental D L
A U Pergolokan Politik
• Kerosakan DNA Masalah
• Ancaman
L Kemurungan A
--. A -. dan Neurosis +­ R +­ - keselamatan
M A • Tahanan politik
Amalan dan Gaya
A N
Hidup
N
• Skizofrenia f­
Peperangan
• Arak, dadah, dan
ubat -
• Orang pelarian
• Gaya Hidup • Pengalaman
ngen
Diagnosis
Kekurangan • Pengimejan sel otak
Sokongan • Kaunseling
• Sikap pergaulan - • Rawatan psikiatri
• Kurang dan depresi
bimbingan • Perubatan moden
dan tradisional

4 Neurosis bermaksud
A kemurungan
B penyakit mental
C gangguan emosi
o penyakit sistem saraf

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini suur sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 5
j2k

5 Penyataan berikut adalah benar tentang masalah kemurungan dan


neurosis, kecuali
A masalah kemurungan dan neurosis disebabkan oleh emosi individu
mengalami kerosakan DNA
B masalah kemurungan dan neurosis berpunca daripada emosi
individu yang tidak stabil
C masalah kemurungan dan neorosis menyebabkan individu terjebak
dengan gaya hidup negatif
D masalah kemurungan dan neurosis berpunca daripada kehidupan
individu yang terancam

6 Masalah kemurungan dan neurosis boleh dikesan melalui


A kerosakan DNA pesakit
B amalan gaya hidup pesakit
C pengalaman pahit yang dilalui oleh pesakit
D rawatan gangguan mental dan kemurungan pesakit

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 6
j2k

Soalan-soalan 7 hingga 10 berdasarkan petikan di bawah ini.

Da/am budaya Melayu, perkataan "tegur-menegur" bermaksud bersapa-sapa,


saling bertanya, dan saling bercakap. Kata asalnya ialah "tegur" atau "menegur" yang
mempunyai pelbagai makna. Antara maknanya adalah seperti mernberikan nasihat dan
menunjuk ajar. Makna yang tidak ada pada perkataan tegur dan tegur-menegur pula
adalah, seperti mencerca, mengumpat, mengherdik, dan mengata. Budaya menegur
dapat dikaitkan dengan kehidupan berkomuniti, kehidupan berkampung, atau
kehidupan berjiran yang mernbentuk perpaduan sosial dalam sistem (budaya)
perhubungan sosial Melayu.

Jadi, apabila orang Melayu menegur kelakuan seseorang, tujuannya bukanlah


untuk menimbulkan perselisihan, tetapi untuk menasihati orang itu, dengan syarat
orang yang menegur itu mempunyai kelayakan ilmu dan moral yang dapat diteladani
oleh pihak yang ditegur. Tidak akan berlaku proses tegur-menegur jikalau pihak yang
menegur bersikap hanya pendapatnya yang betul, manakala pendapat orang yang
ditegurnya salah. Oleh sebab itu, dalam bahasa Melayu ada ungkapan "tegur-menegur"
yang membayangkan ciri interaksi antara kedua-dua pihak. Melalui proses ini, pihak
yang menegur pula dapat belajar daripada pihak yang ditegur.

Budaya menegur tidak sama dengan amalan mengumpat, mengutuk, dan


sebagainya. Kalau da/am sesebuah masyarakat anggotanya lebih suka mengumpat,
hal ini rnerupakan tanda bahawa amalan menegur tidak digalakkan da/am masyarakat
tersebut. Keadaan ini akan menyaksikan bahawa pandangan yang kritis, tetapi
membina tidak digalakkan. Kononnya, pandangan seperti itu boleh menjejaskan
keputusan yang sudan dibuat oleh pihak yang berkuasa, walaupun mungkin keputusan
itu mengandungi banyak kelemahan yang mendatangkan kesan yang buruk.

Kecemerlangan bangsa Melayu dalam apa-apa juga bidang bergantung kepada


banyak faktor. Antaranya ialah faktor amalan menegur da/am budaya Melayu. Amalan
ini sebenarnya sudah lama wujud dalam budaya Melayu. Amalan menegur dalam

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 7
j2k

kalangan orang Melayu dilakukan secara halus, bertatatertib, beradat, dan berakal budi.
Mereka menggunakan kaedah kiasan, perumpamaan, sindiran, dan tamsil supaya
"slapa yang memakan cili, dia akan terasa pedasnya".

Agak menyedihkan apabila akhir-akhir ini orang Melayu mengetahui bahawa


terdapat beberapa masalah yang boleh merosakkan masa depan bangsa mereka,
tetapi tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah itu kerana mereka
tidak dibenarkan menegur atau menasihati pihak yang melakukan kesalahan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada "Budaya Menegur"


dalam Dewan Masyarakat, April 2005)

7 Apakah konsep "tegur-menegur" yang paling tepat mengikut kehendak penulis ?


A Memberi nasihat dan tunjuk ajar.
B Bersapa-sapa dan saling bertanya.
C Menegur dengan cara bertatatertib dan beradat.
D Menegur antara satu sama lain untuk memperbaik keadaan.

8 Masyarakat yang mengamalkan budaya "tegur-menegur" merupakan


masyarakat yang akan
A berselisih faham.
B mengumpat dan mengutuk.
C berpandangan kritis dan membina.
D bersopan santun dan berkias ketika berbual.

9 Apakah yang dimaksudkan dengan pepatah "siapa yang memakan cili, dia akan
terasa pedasnya"?
A Orang yang melakukan kesalahan pasti akan terasa pedas.
B Orang yang melakukan kesalahan pasti akan memakan cili.
C Orang yang melakukan kesalahan pasti akan terasa di hatinya.
D Orang yang melakukan kesalahan pasti akan mengaku kesalahannya.

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 8
j2k

10 Berdasarkan petikan, penulis berasa sedih kerana


A orang Melayu suka mengumpat dan mengutuk.
B orang Melayu yang membuat teguran sering menganggap dirinya sahaja
yang betul.
C orang Melayu hanya menegur secara halus, bertatatertib, beradat, dan
berakal budi.
o orang Melayu yang prihatin tidak dibenarkan untuk membuat teguran
kepada pihak yang rnelakukan kesalahan.

11 Penggunaan istilah 'Melayu' dari segi etimologi dapat dikesan melalui sumber
berikut, kecuali
A Catatan rahib Buddha I-Tsing
B Catatan kitab Hindu Purba 'Purana'
C Penulisan buku 'Geographike Sintaxis'
o Karya Abdullah Munsyi 'Hikayat Abdullah'

12 Induk kepada bahasa Melayu ialah


A bahasa Austroasia
B bahasa Austronesia
C bahasa China-Tibet
o bahasa Nusantara

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 9
j2k

13 Antara prasasti berikut, yang manakah yang menggunakan tulisan


Palava?

I Batu bersurat Gandasuli

II Batu bersurat Minye Tujuh

III Batu bersurat Karang Brahi

IV Batu bersurat Kedukan Bukit

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

o III dan IV

14 Penemuan batu-batu bersurat abad ke-13 membuktikan bahawa


I tulisan Arab mula digunakan dalam bahasa Melayu
II kata-kata pinjaman bahasa Sanskrit mula diketepikan
III bahasa Melayu klasik berkembang pesat pada zaman kerajaan
Melayu Melaka
IV batu bersurat Pagar Ruyung menjadi bukti pertama perkembangan
bahasa Melayu klasik

A I dan III

B I dan IV

C II dan III

0 II dan IV

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SlJLlT* 10 j2k

15 Yang manakah padanan yang betul bagi bahasa Melayu klasik dan bahasa
Melayu moden ?

Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden


I Pengaruh bahasa Sanskrit dorninan Pengaruh bahasa Inggeris dominan
II Laras bahasa sastera lama Laras bahasa yang pelbagai
III I Kosa kata bahasa istana Kosa kata bahasa moden
1\.1-1 Binaan ayat pasif dan songsang Binaan struktur ayat bahasa
I
j
Inggeris

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
0 III dan IV

16 Berikut merupakan usaha-usaha ke arah pemupukan bahasa, kecuali


A penubuhan institusi bahasa
B menyeragamkan sistem ejaan
C mengadakan kempen 'Cintailah Bahasa Kita'
o penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULlT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 11
j2k

17

Teknologi terbaharu 'X' telah menghasilkan tilam yang sempurna - 'Y'. 'Y'
ialah tilam revolusi baharu yang memberikan keselesaan sempurna dan
kedudukan baik untuk kesihatan, dan membolehkan anda tidur malam dengan
nyenyak. Tilam 'Y' tidak mempunyai spring, tidak menyimpan air, dan
kelembapan, dengan itu boleh dibasuh dan cepat kering. 'Y' direka untuk '
melindungi tulang dan cukup tegang untuk memberikan sokongan semula jadi
bagi tulang belakang anda dan membaiki pengaliran darah bagi memastikan
kesihatan rangka semasa anda tidur.

Petikan di atas menggunakan laras


A iklan
B sains
C akademik
o media massa

18

• Bersifat formal dan objektif.

• Menggunakan istilah khusus.

• Memperlihatkan kematangan.

L' Menggunakan sudut pandangan orang ketiga.

----------------------

Ciri-ciri di atas menepati laras bahasa

A agama

B sastera

C akademik

0 media massa

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULlT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 12

j2k

19 Pilih pasangan ayat yang memperlihatkan ciri sebuah wacana yang utuh.

A Encik Nazri telah berangkat ke Jakarta. Encik Nazri mengemas


bajunya untuk ke sana.
B Kakak mengulang kaji pelajaran dengan kawan-kawannya. Kakak
membaca buku bersama rakan-rakannya.
C Ayah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan pakar. Ayah
ditempatkan di wad untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.
o Halim dipilih mewakili sekolahnya dalam acara olahraga. Halim berusaha
keras dengan berlatih pada setiap hari untuk meningkatkan staminanya.

20
I Tindakan kerajaan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi
domestik dengan mernberi perhatian kepada perkembangan Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) amat tepat denqan situasi ekonomi masa ini, namun sebelum
produk keluaran tempatan dapat dieksport, kualiti produk berkenaan perlu
I ditingkatkan.

Kata namun dalam petikan di atas menunjukkan hubungan


A urutan
B pertentangan
C tambahan masa
o sebab dan akibat

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamar SULIT*
SULlT* 13 j2k

21 Yang manakah padanan yang betul antara jenis retorik dengan tujuannya.

Jenis Retorik Tujuan


I
A Pemujukan Mempengaruhi pemikiran, keyakinan, dan pandangan
dengan menyelitkan unsur - unsur psikologi.
B Penceritaan Menyingkap sesuatu tema atau idea secara

c Penerangan
perbandingan, memberi contoh, sebab, dan akibat.
Meyakinkan penerimaan khalayak
~
dengan I

menggunakan bukti, alasan yang kukuh dan rasional.


I

LD Penghujahan Menyampaikan maklumat dan mesej tertentu dengan


menggunakan bahasa formal, tepat, jelas, dan bernas. I
J

22

• Bertujuan memperoleh sokongan daripada khalayak

• Bukti - bukti yang dikemukakan berurutan dan khusus


Mengikut kaedah logik dengan penaakulan yang tepat.

Penyataan di atas menepati ciri retorik


A pemerian
B pemujukan
C pendedahan
0 penghujahan

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 14
j2k

23 Berdasarkan jadual di bawah, yang manakah padanan yang betul dengan


rujukan hormat

Individu Gelaran
A Kadi Sahibul Fadilah
B Mufti Sahibul Samahah
C Ketua Polis Negara Yang Amat Berusaha
D Ketua Hakim Negara Yang Teramat Arif

24 Daripada jadual yang berikut, pilih padanan kumpulan konsonan yang tepat.

Konsonan Bersuara Konsonan Tidak Bersuara


A [b, d,g] [p,s, c]
B [p, t, d] [j, k, g]
C [w, c, j] [k, g, h]
D [c, k, j] [c, j, n]

25
• Depan lidah dianqkat setinggi mungkin ke arah lelangit
lembut tanpa rnenyentuhnya
• Lelangit lembut diangkatkan
• Pita suara bergetar
• Bibir terhampar

J
Penyataan di atas adalah tentang penghasilan bunyi vokal
A depan luas
B depan sempit
C depan separuh luas
D depan separuh sempit
910/1 [Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 15 j2k

Soalan 26 dan 27 berdasarkan jadual berikut

Daerah Debutan

Cara sebutan Bibir Tidak Lelangit Keras Lelangit Keras


Bibir Bersuara
Bersuara Bersuara Tidak Bersuara

Letupan S
Letusan P R
Separuh vokal Q

26 Di manakah kedudukan konsonan [w] dalam cara sebutan dan daerah sebutan
yang terdapat dalarn jadual di atas?
A P

B Q

C R
D S

27 Berdasarkan carta konsonan di atas, konsonan [c] seperti dalam perkataan


cawan, cili, dan cepat terletak pad a ruangan yang bertanda
A P

B Q

C R
D S

910/1
[Lihat sebelah
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

c===---­
SULIT* 16
j2k

28 Antara kumpulan perkataan berikut, yang manakah kesemuanya mengandungi


bunyi diftong?
I taut, mula;
II kuasa, sekoi
III kerbau, salai
IV haiwan, pantau
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
0 II/ dan IV

29
'Kesesuaian dua huruf vokal membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu
pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan suku kata akhir
tertutup'

Penyataan di atas merujuk konsep


A vokal rangkap
B keselarasan vokal
C penyesuaian dua huruf vokal
o penggabungan dua huruf vokal

30 Antara yang berikut, yang manakah mengandungi konsonan pinjaman?


Visual
II Prihatin
1/1 Farmasi
IV Kedutaan
A I dan II
B I dan III
C 1/ dan IV
0 II/ dan IV

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tam at SULIT*
SULIT* 17
j2k

31 Antara yang berikut, yang manakah yang mengandungi unsur labialisasi?


A Siul
B Siat
C Saat
o Sauk

32 Antara yang berikut, yang manakah yang benar tentang morfem?


A Morfem ialah unit yang diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem
bunyi sesuatu bahasa.
B Morfem ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk,
dan penggolongan kata.
C Morfem ialah unit terkecil serta mempunyai makna yang lengkap dan
dapat berdiri sendiri dalam ayat.
o Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis
atau yang menjalankan tugas nahu.

33 Penyataan yang berikut adalah benar tentang konsep fonem kecuali


A penyebaran alofon dari satu fonem itu saling melengkapi
B kurungan jenis [ -] digunakan bagi menunjukkan status fonem
C fonem ialah unit bahasa terkecil dan kehadirannya akan mengubah
makna perkataan
o sesuatu fonem boleh mempunyai anggota-anggota yang terdiri daripada
bunyi yang ciri-ciri fonetiknya sama

34 Manakah antara yang berikut merupakan akronim cantu man huruf dan suku kata
perkataan sesedap sebutan?
A ABIM
B halaju
C debunga

0
pawagam

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

,-­ - - - - -- - - -- ---
SULIT* 18

j2k

35

penulis
menulis
tulisan

Penggunaan imbuhan dalam perkataan di atas berfungsi untuk


membentuk kata nama

II membentuk kata tunggal

III rnenqubah golongan kata

IV mengubah makna perkataan

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

o III dan IV

36 Pilih ayat yang menggunakan kata sendi dengan betul.


A Lelaki itu amat rindukan anaknya.
B Ikutilah peraturan-peraturan ini demi untuk kelicinan pentadbiran syarikat
kita.
C Perjanjian di antara kedua-dua buah syarikat itu sudah ditandatangani
semalam.
o Mesyuarat itu akan diadakan dari pukullapan pagi hingga ke pukul
dua petang.

910/1 [Lihat sebclah


*Kelias soalan ini SULlT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 19 j2k

37 Antara yang berikut, yang manakah ayat yang menggunakan kata bantu ragam
yang betul?
Budak-budak itu sudah pulang ke rumah masing-masing.
II Mereka mesti masuk ke dalam bangunan itu hari ini juga.
III Guru disiplin masih menyiapkan laporan tentang pelajar itu.
IV Awak sebagai lelaki harus berani menyahut cabaran yang sukar itu.
A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

38 Antara yang berikut, yang manakah ayat dengan kata kerja transitif?
I Ahmad menjadi guru sandaran di sekolah itu.
II Pak Dollah ada kebun yang luas di kampung itu.
III Aminah memasukkan sampah itu ke dalam tong.
IV Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk memulihara
alam sekitar.

A I dan II

B Idan IV

C II dan III

D III dan IV

39 Antara yang berikut yang manakah binaan ayat yang menepati hukum D-M?
A Ali minum kopi sambil makan goreng keledek.
B Kebanyakan negara di Tenggara Asia pengeluar bahan makanan.
C Bayaran balik tawaran pinjaman di institusi kewangan itu menarik
hati pelanggan.
D Syarikat itu meningkatkan harga barangannya untuk mendapat
modal pulangan.

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 20
j2k

40 Berdasarkan jadual di atas, pilih padanan kata majmuk yang betul


Kata Bebas Istilah Khusus Kiasan I
I

A garis pusat cari gal; anak emas


B tengah hari atur cara tumbuk rusuk
C bandar raya Raja Muda berat tangan
0 lut sinar darah panas duit kopi

41 Antara yang berikut, ayat manakah yang menggunakan kata kerja tak
transitif berpelengkap?
A Gadis itu tersenyum.
B Semua orang pulang ke rumah.
C Pengembara itu sungguh nyenyak berselimutkan embun.
o Bayi itu terminum racun serangga kerana kelalaian ibunya.

42 Antara yang berikut, yang manakah ayat yang gramatis?


A Barang itu sudah Ah Seng ambil semalam.
B Perdana I\/Ienteri telah melawati mangsa-mangsa tsunami.
C Guru-guru pada hari itu bertanggungjawab mendidik pelajar dengan
penuh dedikasi.
o Menteri Besar telah menziarahi keluarga mangsa banjir yang telah
meninggal dunia semalam.

43 Pilih ayat yang gramatis daripada ayat-ayat di bawah.


Kuih itu kami jual kepada Ali.
II Lauk-pauk yang lazat itu kakak masak.
III Sampah-sarap yang bertirnbun itu dibakar oleh saya.
IV Istana yang tersergam indah itu dibina oleh rakyat jelata.
A I dan II

B I dan IV

C II dan III

o II dan IV

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 21

j2k

44 Manakah antara ayat yang berikut boleh mengalami proses pasif?


A Suara azan sedang berkumandang di angkasa.
B Kebanyakan pendatang tanpa izin tinggal di rumah setinggan.
C Tembok itu terlanggar oleh kereta mewah Pak Seman pada bahagian
bawahnya.
D Baginda telah menganugerahi panglima angkatan bersenjata itu bintang
kehormatan.

45 Antara yang berikut, yang manakah ayat pasif yang betul?


A Mereka kepanasan sepanjang hari akibat kemarau.
B Sampah-sarap di belakang rumah dibakar kami pagi tadi.
C Beban yang berat ini akan ditanggung oleh kita bersama-sama.
D Perompak itu kena tembakan oleh polis selepas melakukan rompakan.

46 Manakah antara ayat yang berikut menepati pola ayat dasar?


I Engkau tunggu dia di sini.
II Di atas meja makan hidangan itu.
III Padi Pak Abu sedang menguning di sawah.
IV Ibu pejabat syarikat itu di bandar raya Alor Star.
A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 22
j2k

47 Antara yang berikut, yang manakah yang benar tentang ayat dasar
dan ayat tunggal ?
I Ayat tunggal mempunyaiempat pola.
II Ayat dasar mempunyai satu frasa sahaja.
III Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan
semua ayat lain.
IV Ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat penyata, ayat tanya, ayat
perintah, dan lain-lain.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
o IIJ dan IV

48 Antara yang berikut, yang manakah ayat dengan dua objek?


A Tsunami melanda kampung kami.
B Askar-askar itu merempuh ke dalam kota.
C Sultan Kedah menganugerahi bintang kebesaran kepada Menteri Besar.
o Encik Bakar menghadiahi isteri kesayangannya sebentuk cincin
berlian.

49 Manakah antara ayat yang berikut mempunyai pelengkap kata nama?


A Bendera-bendera berkibaran.
B Dia menjalankan tugasnya dengan baik.
C Remaja yang tampan itu berseluar jean.
o Pak Wahab berbajukan kertas surat khabar.

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 23 j2k

50 Antara yang berikut, yang manakah ayat yang mempunyai keterangan


pertentangan?
I Pelajar itu berjaya lantaran usaha yang gigih.
II Sekalipun dia sudah berumur, dia masih ingin belajar juga.
III Andai kata mereka menyerang kita akan bertahan bermati-matian.
IV Kendatipun perompak itu telah terkena peluru, dia terus melawan
pihak polis.

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

o III dan IV

So alan 51 dan 52 berdasarkan rajah di bawah.

Ayat 1

j
Ayat2 Kata hubung Ayat3

51 Rajah di atas menggambarkan binaan


A ayat majmuk campuran
B ayat majmuk keterangan
C ayat majmuk gabungan
o ayat majmuk pancangan

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SUUT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 24
j2k

52 Manakah antara ayat yang berikut yang menepati rajah di atas?


A Ramasamy kurus tetapi bapanya gemuk.
B Saya membeli sehelai baju yang berwarna hijau.
C Penduduk-penduduk kampung itu menyedari bahawa nasib mereka
terancam.
D Aminah sedang membaca majalah sarnbil mendengar radio, tetapi adik­
adiknya yang masih kecil telah lama tidur.

53 Ayat-ayat yang mengalami salah satu daripada proses tranformasi dikenali


sebagai
A ayat majmuk
B ayat terbitan
C ayat keterangan
D ayatpancangan

54
Anak kecil itu meronta-ronta sambil meraung-raung.

Proses yang berlaku dalam pembentukan ayat di atas ialah


A pendepanan subjek
B pengguguran subjek
C pendepanan predikat
D pengguguran predikat

55 Sudah pergi agaknya budak itu.

Berdasarkan ayat dia atas, konstituen ayat di atas ialah


A ayat pasif
B ayat dasar
C ayat songsang seluruh
D ayat songsang sebahagian

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 25
j2k

56
Saya akan terus berkhidmat sekiranya bakti saya masih diperlukan

Bahagian yang berhuruf condong dalam ayat di atas merupakan


A objek
B predikat
C pelengkap
D keterangan

57

• ajak - ajak ayam


• tidur - tidur ayam
• kaki - kaki ayam

Kiasan di atas merupakan simpulan bahasa yang mempunyai makna tertentu.


Jenis kiasan tersebut ialah
A kiasan asal
B kiasan terus
C kiasan sandar
D kiasan berangkap

910/1 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
SULIT* 26
j2k

58 Pilih kata yang telah mengalami peluasan makna


I kapal
II pond ok
III saudara
IV madrasah
A I dan II
B I dan III
C II dan III
o III dan IV

59

Persahabatan antara Anis dan Alia amat akrab hingga tidak dapat dipisahkan.
Perhubungan mereka direstui ibu dan ayah masing - masing.

Peribahasa yang paling sesuai dengan situasi dalam petikan di atas ialah
A bagai isi dengan kuku
B seperti aur dengan tebing
C bagai anjing dengan kucing
o seperti kaca denqan permata

60 Peribahasa bagai merpati dua sejoli mempunyai maksud yang sinonim


dengan peribahasa
A bagai pinang dibelah dua
B seperti bulan dipagar bintang
C bagai pungguk rindukan bulan
o bagai kumbang dengan bunga

910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tarnat SULIT*

You might also like