You are on page 1of 59

1.

Kenegaraan
1. Konsep negara:- Satu kawasan yang mempunyai penduduk, mempunyai sempadan , berdaulat dan ada kerajaan yang memerintah. 2. Jenis-jenis Kerajaan: Merujuk kepada kerajaan berperanan membentuk dan menggubal dasar. Terdapat tiga jenis kerajaan yang utama iaitu: i. Kesatuan :- Kerajaan pusat berkuasa, kuasa kerajaan negeri terhad atau tiada langsung. Contoh negara yang mengamalkan kerajaan ini Russia ( Soviet Union) dan United kingdom. Konfederasi:- Kuasa terletak di tangan kerajaan negeri dan kerajaan pusat tiada kuasa.Contoh kerajaan ,ini ialah gabungan empayar Jerman Belgium. Persekutuan :- Kuasa pemerintahan dikongsi sama antara kerajaan pusat, negeri ( wilayah) dan kerajaan tempatan. Setiap kerajaan mempunyai kuasa autonomi tersendiri. Contoh negara , Malaysia, India dan Australia.

ii.

iii.

Kenegaraan ( sambungan)
i. ii. iii. iv. Jenis- jenis negara:- Merujuk kepada sistem pemerintahan dan cara perundangan sesebuah negara. Monarki:- Kuasa terletak di tangan Raja atau Ratu.. Republik:-Tiada raja tetapi kuasa di tangan Presiden melalui pilihanraya. Demokratik:-Pemerintahan di tangan rakyat melalui pilihanraya. Ketua negara biasanya raja tetapi ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Autokrasi:- Individu atau parti politik mempunyai kuasa pemerintahan.Tiada pengkelasan rakyat dan sumber kekayaan adalah hak negara. Teori pengasingan kuasa:- Satu kaedah pengasingan kuasa yang jelas antara badan eksekutif, perundangan ( lagaslatif ) dan kehakiman ( judicial) untuk mentadbir negara. Malaysia tidak mengamalkan teori pengasingan kuasa yang mutlak tetapi berlaku sedikit pertindihan namun semuanya dihadkan kuasa oleh perlembagaan negara iaitu undang-undang tertinggi.

Badan pentadbiran Utama di Malaysia


BADAN EKSEKUTIF: Kuasa eksekutif pada YDPA Di peringkat persekutuan, pelaksanaan kuasa dibuat oleh PM dan kabinet. Di peringkat negeri , pelaksanaan kuasa dibuat oleh MB/KM dengan EXCO,MT( Sarawak) dan Kabinet negeri ( Sabah) BADAN PERUNDANGAN:- menggubal undang-undang. Di peringkat Persekutuan- Parlimen ( DR dan DN) Di peringkat negeri dikenali sebagai DUN. Ahli-ahli dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum.

Badan Kehakiman: Mentadbir undang-undang yang digubal Berkuasa membatalkan undang-undang yang digubal jika bercanggah dengan perlembagaan. Ketiga-tiga badan ini mendapat kuasa melalui peruntukan perlembagaan.

2. Perlembagaan
Merupakan satu dokumen bertulis tentang undang-undang tertinggi negara. Sebarang undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan, akan terbatal setakat mana percanggahan berlaku. Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 bahagian dengan 183 perkara.Tumpuan diberi kepada: Kewarganegaraan:- Terdapat 4 jenis iaitu: i. ii. iii. iv. Kuatkuasa undang-undang Permohonan Pendaftaran / masukan / naturalisasi Percantuman wilayah

Kewarganegaraan boleh terbatal akibat i. ii. Menolak kewarganegaraa Dilucutkan.

Perlembagaan ( sambungan)
Kebebasan asasi:- Merujuk kepada kebebasan dan hak-hak individu. Terbahagi kepada dua iaitu kebebasan mutlak dan kebebasan bersyarat: Contoh kebebasan mutlak: i. Hak mendapat hak habeas corpus ii. Hak untuk memilih peguam sendiri iii. Tidak boleh didakwa atas kesalahan yang sama iv. Hak untuk mendapat gantirugi Contoh kebebasan bersyarat: i. Kebebasan untuk bergerak ( mobiliti) ii. Berhimpun melebihi 5 orang iii. Hak untuk bersuara iv. Kebebasan nyawa untuk hidup. Sekatan kebebasan: - Wujud undang-undang yang khusus spt Akta hasutan, Akta dharurat, Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi.

Kewarganegaraan
Ada 4 kaedah kewarganegaraan diberi kepada seseorang: i. Kuatkuasa undang ii. Pendaftaran iii. Permohonan / permohonan/naturalisasi iv. Percantuman wilayah i. ii. Sebab-sebab hilang kelayakan kewarganegaraan: Menolak kewarganegaraan Dilucutkan kewarganegaraan akibat: Tidak setia kepada negara semasa peperangan Mempunyai kewarganegaraan asing Memberikan maklumat palsu semasa permohonan Melakukan kesalahan jenayah ( kaedah pendaftaran @permohonan)

Bahasa kebangsaan
Termaktub dalam perkara 152 perlembagaan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan tetapi bahasa-bahasa lain dibenarkan untuk dituturkan.

Pindaan perlembagaan
Perlembagaan boleh dipinda melalui: i. Sokongan majoriti parlimen dan perkenan Majlis raja-raja Melayu. ii. Hanya memerlukan sokongan majoriti parlimen iii. Sokongan majoriti parlimen dan sokongan yang di-Pertuan Negeri Sabah dan sarawak.

3. BADAN EKSEKUTIF
Melaksanakan pentadbiran negara. Kuasa Eksekutif terletak pada YDPA tetapi pelaksana ialah PM selaku ketua kerajaan yang mengetuai kabinet . YDPA. - Ketua negara -dipilih di kalangan 9 orang Raja-raja Melayu. Tempoh memegang jawatan 5 tahun. - Kuasa budi bicara YDPA: Melantik PM / terima atau tolak pembubaran parlimen/ memanggil persidangan parlimen Had-had kuasa YDPA: Tidak boleh terlibat dalam politik, perniagaan, memegang jawatan bergaji, tidak boleh mengampunkan diri sendiri dan keluarga, tidak boleh meninggalkan negara melebihi 15 hari.

Perdana Menteri ( PM)


Seorang yang dipilih oleh rakyat melalui p/raya umum ( Parlimen) dan merupakan ketua kerajaan yang mentadbir negara.Melaksanakan kuasa eksekutif YDPA. Dipilih di kalangan Parti yang mendapat menang majoriti dalam p/raya. PM dilantik oleh YDPA

Bidang Tugas PM: i. Menjadi penasihat YDPA ii. Mengetuai barisan kabinet iii. Menjadi jurucakap negara dalam hal-ehwal negara

Kabinet ( Jemaah Menteri)


-Diketuai oleh PM. S/U kabinet ialah KSN. -Ahli kabinet dilantik oleh YDPA - Saraan ahli kabinet diperoleh melalui kumpulan wang yang disatukan. -Kabinet mengadakan mesyuarat pada setiap Rabu di JPM dan mesyuarat bulanan. Fungsi kabinet: -Membuat dasar-dasar utama negara. -Mentadbir negara mengikut peruntukan perlembagaan -Menangani sebarang masalah kecemasan melibatkan rakyat -Memperincikan dasar-dasar umum untuk rakyat.

Kementerian
Diketuai oleh seorang menteri ( atau lebih). -Dibantu oleh seorang atau lebih Timbalan Menteri. -Pegawai tadbir utama kementerian ialah Ketua Setiausaha Kementerian. -Bertanggungjawab merancang program peringkat kementerian. -Mengawal jabatan , agensi dan perbadanan awam di bawahnya.
-

Jabatan.
-Terletak di bawah sesebuah kementerian. -Diketuai oleh Ketua Pengarah ( kecuali Jabatan Peguam Negara/PDRM/Jabatan Audit Negara). -Bertanggungjawab melaksanakan program dan rancangan yang telah ditetapkan oleh kementerian.

Jabatan Perdana Menteri


-Merupakan jabatan yang bertaraf kementerian. -Mempunyai lebih daripada seorang menteri. -Fungsi utama JPM: i. Merancang dan merumus dasar-dasar negara ii. Menyelaras dan memastikan semua kementerian melaksanakan dasar-dasar kerajaan secara berkesan -Agensi di bawah JPM: BTN, INTAN,Jabatan Audit Negara,Lembaga Tabung Haji,Agensi Pusat, Jabatan Peguam Negara,JAKIM dll.

Agensi Pusat
-Terdapat 6 agensi pusat iaitu 5 di bawah JPM dan 1 di bawah Kementerian Kewangan. -Fungsi utama agensi pusat ialah: i.Menggubal dasar & perancangan negara ii.Membekalkan tenaga kerja dan peruntukan kewangan iii.Memastikan segala dasar dan perancangan dilaksanakan dengan berkesan oleh agensi pelaksana. iv.Memastikan sistem perkhidmatan awam effisien. Agensi Pusat di bawah JPM: i.JPA II.EPU III.ICU IV.UKAS V. MAMPU Agensi di bawah kem. kewangan i. Perbendaharaan

Perbadanan Awam
-Agensi yang ditubuhkan di bawah sesebuah kementerian. -Objektif penubuhan: i. Membolehkan kerajaan melibatkan diri dalam pembangunan sosioekonomi. ii. Melaksanakan projek yang tidak mampu dilaksanakan oleh pihak swasta kerana modal @ teknologi yang tinggi. iii. Memastikan pembangunan yang pesat, teratur dan lebih adil.

Perbadanan awam (sambungan)


Badan Berkanun -Ditubuhkan di bawah akta parlimen atau enakmen negeri. -Boleh menubuhkan anak-anak syarikat. -Diketuai oleh Pengurus Besar. -Perlantikan kakitangan terikat dengan dasar kerajaan. -Peruntukan dikawal oleh kementerian . Contoh-contoh Badan Berkanun: MARA FELDA FELCRA PNB RISDA PORLA SIRIM FAMA DARA KEJORA Badan Tak Berkanun -Ditubuhkan di bawah akta syarikat 1965 -Diketuai oleh Pengerusi eksekutif tetapi pelaksanaan pentadbiran diketuai oleh CEO. -Perlantikan kakitangan lebih bebas. -Mempunyai sedikit kuasa dalam peruntukan kewangan atau perbelanjaan. Contoh Badan Tidak Berkanun: Kumpulan FIMA BIMB TNB TELEKOM PETRONAS

Suruhanjaya
Ditubuhkan di bawah peruntukan perlembagaan. Ahli-ahli dilantik oleh YDPA. Elaun dibayar daripada Kumpulan Wang yang disatukan. Suruhanjaya terbahagi kepada 3: i. ii. Suruhanjaya Perkhidmatan yang terdiri daripada lima iaitu: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Suruhanjaya Perkhidmatan Polis Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang Majlis Angkatan Tentera Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR Rujuk tajuk Badan Perundangan)

iii. Suruhanjaya Khas /Tidak Tetap / Sementara /Ad-hock -Contoh Suruhanjaya siasatan Tragedi Highland Towers, Suruhanjaya siasatan Klip Video Lingam

Agensi Penyelarasan
Ditubuhkan di bawah peruntukan perlembagaan Tujuan untuk menyelaraskan dasar-dasar antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Contoh agensi : i. Majlis Raja-raja ii. Majlis Tanah Negara iii. Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan iv. Majlis Kewangan Negara Ditubuhkan oleh kerajaan Untuk menyelaraskan dasardasar antara kementerian dan agensi kerajaan. Contoh agensi: i. Majlis Pembangunan Negara ii. Majlis Tindakan Negara iii. Majlis Keselamatan Negara

Jadual 9
Persekutuan Luar negeri Pertahanan Keselamatan dlm negeri Kewarganegaraan Kewangan Kesihatan Pendidikan Buruh Perkapalan Akhbar Kerjaraya Perhubungan &pengangkutan Negeri Hal ehwal agama Tanah Pertanian & perhutanan Kerajaan tempatan Hari kelepasan negeri Tangkapan ikan sungai Pentadbiran negeri Senarai bersama Kebajikan masyarakat Biasiswa Ternakan binatang Perlindungan binatang Perparitan Pemulihan tanah lombong Kutu rayau Kebersihan / Kesihatan awa Kebudayaan dan sukan

KERAJAAN NEGERI
Ketua negeri Sultan / Raja atau YDPN bagi negeri tiada raja. Fungsi dan bidang kuasa sama dengan YDPA tetapi terhad di negerinya sahaja. Had kuasa juga sama spt ditetapkan ke atas YDPA. Ketua Kerajaan: Bagi negeri beraja ialah MB dan KM bagi negeri tiada raja. Di semenanjung MB dibantu oleh MMK (EXCO) , Sabah KM dibantu oleh kabinet negeri dan Sarawak KM dibantu oleh Majlis Tertinggi. Fungsi MB/KM adalah sama dengan PM tetapi terhad di negerinya sahaja. Kerajaan negeri dibentuk oleh parti yang menang majoriti dalam p/raya DUN.

Kerajaan negeri (samb)


Di negeri beraja , MMK dibantu oleh 3 ex-officio ( pegawai eksekutif negeri) iaitu S/usaha kerajaan , Pegawai kewangan dan penasihat undang-undang, boleh hadir persidangan DUN tapi tak boleh undi. Di Melaka & P.Pinang hanya penasihat undang-undang yang boleh hadir tapi juga tak boleh undi. Di Sabah dan Sarawak gelaran menteri negeri diguna pakai untuk pemegang setiap portfolio. Ketiga-tiga ex-officio tidak perlu hadir ke persidangan DUN.

Agensi utama kerajaan negeri


Jabatan negeri : i. ii. iii. iv. Pejabat SUK Pejabat kewangan negeri Pejabat penasihat undang-undang negeri Unit perancang ekonomi negeri

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri : Fungsi hampir sama dengan SPA tetapi terhad di negeri berkenaan sahaja. Terdapat 4 negeri yang tiada SPA iaitu Perlis, P.Pinang, Negeri 9 & Melaka.

Kerajaan negeri ( samb)


Perbadanan Awam Negeri: -Semua negeri mempunyai perbadanan awam negeri yang terbahagi kepada badan berkanun dan tidak berkanun. - Fungsi perbadanan awam adalah sama seperti perbadanan awam persekutuan. Contoh badan berkanun negeri: i. PKNS Selangor / Yayasan Serlangor ii. PERMINT (T ganu) / Yayasan Terengganu iii. PKNIK ( Kelantan) Contoh Badan tak berkanun: i. Syarikat Gula Perak ii. Labuan Wood Productd Sdn. Bhd. iii. Amanah Saham Johor

Pentadbiran negeri

Semenanjung Daerah / Jajahan Mukim Kampung

Sarawak Bahagian Daerah Daerah Kecil Kampung

Sabah Daerah Kampung

Sumber hasil /kewangan negeri


Pemberian berkanun ( geran kerajaan pusat), bergantung kepada: i. Panjang jalanraya ii. Bilangan penduduk Royalti Cukai tanah Zakat dan fitrah

Kerajaan Tempatan
Ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Contoh kerajaan tempatan: i. Dewan Bandaraya/Majlis Bandaraya ii. Majlis Perbandaran iii. Majlis Daerah Fungsi kerajaan tempatan: i. Mengurus pasar malam ii. Menyediakan kawasan rekreasi iii. Pembersihan longkang/sampah iv. Mengutip cukai pintu, sewa,cukai perniagaan v. Menggubal undang-undang kecil

Sumber Perundangan
Undang-undang bertulis: -Perlembagaan -Akta parlimen* -Enakmen/ordinan* -Perundangan kecil Undang-undang tak bertulis -Undang-undang Islam -Undang-undang lazim Inggeris ( Common Law) -Undang-undang adat -Doktrin duluan kehakiman Catatan: Akta dan enakmen/ordinan dikenali sbg undangundang statut.

Badan Perundangan Persekutuan


Dikenali sebagai Parlimen.Mengamalkan sistem dwi dewan( ala West Minster) menggubal, meminda dan meluluskan undang-undang. Komponen Parlimen terdiri drp YDPA, Dewan Rakyat ( DR)dan Dewan Negara ( DN). Majlis Parlimen pula terdiri drp DR dan DN. Undang-undang yang digubal sblm 10 sept. 1959 dikenali sebagai enakmen dan slps itu dikenali sbg akta. Kebebasan parlimen: Semua perkara yang dibahaskan di Parlimen tidak boleh dipersoalkan di mahkamah .

Pentadbiran Parlimen
Terdapat lima jawatankuasa utama: i. JK Hak dan kebebasan ii. JK peraturan mesyuarat iii. JK Dewan iv. JK pemilihan v. JK Akaun Awam ( PAC)   DR mempunyai kelima-lima JK tersebut tetapi di DN hanya mempunyai 4 JK ( Tiada PAC) Parlimen mesti mula bersidang dalam tempoh 120 hari selepas pembubaran.

Fungsi YDPA dan Speaker


YDPA Membuka persidangan parlimen. Terima atau tolak pembubaran parlimen Memanggil persidangan parlimen Memperkenan kelulusan undang-undang Melantik speaker, S/U DR dan senator. SPEAKER Mempengerusikan persidangan Menjadi jurucakap dewan Memastikan ahli Dewan mematuhi peraturan dewan Mengenakan tindakan tatatertib kpd ahli yang langgar peraturan

   

Dewan Rakyat
Merupakan dewan yang paling berkuasa.Rang undang-undang kewangan mesti bermula dari DR ( cth Bajet). Diketuai oleh Speaker atau YDP DR. Ahli-ahli dipilih melalui pilihan raya umum ( parlimen) Syarat kelayakan ahli DR: i. Umur 21 tahun ke atas ii. Warganegara iii. Bermastautain di kawasan parlimen yang diwakili. iv. Tidak terlibat dengan kesalahan yang membawa denda RM2000 atau penjara 1 tahun. v. Tidak muflis. Catatan: Ahli Dewan Rakyat tidak boleh mewakili lebih drp satu kawasan tetapi boleh menjadi wakil untuk peringkat Dun. Begitulah sebaliknya.

Dewan Negara
Diketuai oleh Speaker atau YDP Dewan. Ahli-ahli dilantik oleh YDPA ( 40 orang) dari kalangan orang yang berjasa dan aktif dalam kemasyarakatan. Wakil setiap negeri 2 orang dan seorang bagi WP KL, Labuan dan Putrajaya. ( Bilangan 30 orang) Umur ahli mestilah 30 tahun ke atas. Fungsi utama membahasakan undang-undang yang digubal oleh DR. Tak boleh menolak atau batalkan undang-undang yang diluluskan oleh DR tetapi hanya boleh: i. ii. Tangguhkan kelulusan undang-undang iaitu kewangan ( 1 bulan) dan undang-undang biasa / awam ( 1 tahun). Pinda undang-undang.

Proses Penggubalan Undangundang


Hanya ada 4 jenis undang-undang yng boleh digubal iaitu Undang-undang persendirian, undang-undang ahli persendirian, undang-undang hibrid dan awam. Menteri akan membuat rangka undang-undang dengan bantuan pegawai kanan kementerian. Serahkan kepada peguam negara untuk disemak , dan akan dibuat draf yg lengkap. Dapatkan kelulusan kabinet. Maklumkan kepada SU DR dan DN untuk proses pembentangan.

Prosiding di Parlimen
Bacaan pertama Bacaan formaliti oleh Menteri. Tiada soal jawab. Bacaan kedua Proses perbahasan. Bacaan peringkat jawatankuasa Peringkat laporan Bacaan ketiga Proses pengundian. (PROSES YANG SAMA AKAN BERLAKU DI DEWAN NEGARA) Dapatkan perkenan YDPA. Diwartakan sebagai warta kerajaan kerajaan akan tetapkan bila tarikh mula kuatkuasa. ( baru boleh dilaksanakan).

DEWAN UNDANGAN NEGERI


Merupakan badang penggubal undang-undang negeri. Hanya terdapat satu dewan / dewan sekamar. Ahli-ahli dipilih dari Pilihanraya peringkat DUN ( N). Syarat-syarat kelayakan sama seperti ahli DR. Fungsi DUN juga sama seperti Parlimen. Proses penggubalan undang-undang juga sama seperti di Dewan Rakyat. Undang-undang yang diluluskan perlu mendapat perkenan Sultan/Raja/ Yang di-Pertuan Negeri. Di Semenanjung undang-undang negeri dikenali sbg enakmen manakala di Sabah & Sarawak dinamakan sbg ordinan.

SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR)


Badan yang mengendalikan p/raya . Diketuai oleh Pengerusi SPR, Timbalan , Setiausa SPR. Dilantik oleh YDPA. Bidang kuasa dan fungsi: i. Membuat peraturan pilihanraya ii. Melantik pegawai/kakitangan untuk pilihanraya iii. Membuat senarai daftar pemilih. iv. Menyemak daftar pemilih v. Membuat persempadan pilihanraya vi. Mengumumkan kekosongan kerusi Dun atau Parlimen.

KEKOSONGAN LUAR JANGKA


Kekosongan luar jangka ialah satu keadaan di mana Parlimen atau DUN mengalami kekurangan ahli akibat: i. ii. iii. Ahli kawasan meletak jawatan Ahli kawasan meninggal dunia Ahli melanggar mana-mana syarat keanggotaan Kekosongan luar jangka akan diumumkan oleh SPR dan perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan manakala di Sabah dan Sarawak 90 hari.

LAIN-LAIN TENTANG PILIHANRAYA


UNDI POS: Hanya golongan berikut layak untuk mengundi secara pos iaitu; i. ii. iii. Anggota tentera Kakitangan persekutuan/negeri yang sedang berkhidmat di luar negara Pelajar yang menuntut di luar negara Mencabar keputusan pilhanraya.

Pihak yang tidak berpuashati tentang keputusan pilhanraya boleh mencabarnya di mahkamah tinggi 21 hari selepas keputusan rasmi.

Lain-lain tentang pilihanraya


Bahagian P/raya terbahagi kpd iaitu peringkat parlimen (P) dan Dewan Undangan Negeri ( N ). Penamaan calon diuruskan oleh Pegawai Pengurus p/raya. Calon mesti menyerahkan borang penamaan calon berserta dengan wang pertaruhan iaitu RM10 000 ( P ) dan RM5 000 ( DUN ). Wang ini akan hilag jika calon gagal mendapat 1/8 drp jumlah undi. Perbelanjaan untuk p/raya ialah RM200 000 untuk Parlimen dan RM100 000 untuk DUN.

SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA


Badan kehakiman bertanggungjawab mentadbir keadilan. Bebas drp pengaruh Badan Eksekutif dan Perundangan. Ketua Badan kehakiman ialah Ketua Hakim Negara. Ketua pentadbir mahkamah ialah Ketua pendaftar mahkamah. Fungsi badan kehakiman: i. ii. iii. iv. v. vi. Mentadbir keadilan secara saksama Mentafsir undang-undang Mentafsir perlembagaan Sah atau batalkan undang-undang yang bercanggah dgn perlembagaan Memelihara hak w/ negara drp sbrg pencabulan oleh kerajaan Menyelesaikan pertikaian antara ind dgn ind dan antara ind. Dgn kerajaan.

Perlantikan hakim
berunding dgn Majlis raja-raja.Antaranya: i. Ketua Hakim Negara ii. Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iii. Presiden Mahkamah Rayuan iv. Hakim-hakim Mahkamah Rayuan v. Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Malaya vi. Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Borneo ( Umur perkhidmatan ialah 65 tahun) Hakim Mahkamah Sesyen dilantik oleh YDPA manakala majistret dilantik oleh Sultan/Raja / YDPN Keistimewaan hakim: Kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam parlimen / DUN. Tidak boleh didakwa semasa melaksankan tugas.

PEMECATAN HAKIM
Hakim-hakim boleh ditamatkan perkhidmatan kerana: i. Meletak jawatan ii. Dilucutkan jawatan ( dipecat ) Sebab-sebab pemecatan: i. ii. iii. iv. Lemah anggota badan ( fizikal) Mengalami kecacatan mental Berkelakuan tidak baik Melanggar kod etika kehakiman 1994

Cara pemecatan: Mesti melalui satu tribunal yang terdiri drp 5 orang hakim atau bekas hakim

Kod Etika Kehakiman 1994


Mesti mengisytiharkan semua aset secara bertulis kepada Ketua Hakim Negara Mematuhi apa-apa arahan statutori Tidak membelakangkan tugas tugas kehakiman Tidak berkelakuan yang boleh menjejaskan kredibiliti kehakiman Mesti berada di pejabat / mahkamah pada waktu pejabat kecuali dengan kebenaran Ketua Hakim Negara / Presiden Mahkamah Rayuan/Hakim Besar Tidak menggunakan kedudukannya sebagai hakim untuk kepentingan sendiri

Mahkamah Persekutuan
i. ii. iii. iv. v. Anggotanya terdiri drp: Ketua Hakim Negara Presiden Mahkamah Rayuan Hakim-hakim Besar ( 2 ) Tujuh orang Hakim Mahkamah Persekutuan Hakim-hakim tambahan Bidang kuasa asal: Memutuskan pertikaian antara kerajaan-kerajaan negeri Memutuskan pertikaian antara kerajaan pusat dan negeri Memutuskan keesahan undang-undang Bidang kuasa lain Mendengar rayuan kes jenayah dari mahkamah rayuan Mendengar rayuan kes sivil dari mahkamah rayuan

i. ii. iii.

i. ii.

Mahkamah Rayuan
i. ii. Bilangan anggota: Presiden mahkamah rayuan 10 orang hakim yang dilantik ( Rayuan di mahkamah hendaklah dibuat selepas 14 hari keputusan dari mahkamah tinggi). Bidang kuasa jenayah: i. ii. Mendengar rayuan kes dari mahkamah tinggi Mendengar rayuan / ulangkaji keputusan mahkamah seysen dan majistret Bidang kuasa sivil Kes / nilai tuntutan melebihi nilai RM250 000

Mahkamah Tinggi
i. ii. iii. iv. i. ii. iii. iv. v. vi. Mahkamah tinggi terbahagi kpd dua iaitu Mahkamah Tinggi Malaya ( Hakim Besar Malaya) dan Mahkamah Tinggi Borneo ( hakim Besar Borneo). Hakim Mahkamah Tinggi Malaya 47 dan Borneo 13 orang. Bidang kuasa jenayah: Kesalahan jenayah yg dilakukan oleh warganegara dan bukan warganegara dalam Persekutuan Kesalahan yang dilakukan di atas kapal terbang dan kapal laut yang berdaftar di Persekutuan Kesalahan akibat aktiviti perlanunan dalm perairan persekutuan Membicarakan kes yg melibatkan hukuman mati mandatori spt Seksyen 302 kanun keseksaan, Akta senjata api 1971. Bidang kuasa sivil Mengisytiharkan muflis atau bankrap Menentukan hak penjagaan orang kurang siuman Perkahwinan dan perceraian non-muslim Pemberian probet/ wasiat Hak penjagaan kanak-kanak dan harta kanak-kanak Membicarakan sebarang kes tuntutan melebihi RM250 000

Mahkamah Sesyen
Mahkamah rendah yang paling tinggi Dilantik oleh YDPA atas nasihat hakim Besar. Diketuai oleh Yang di pertua mahkamah Bidang kuasa

Keluarkan saman, writ dan perintah mahkamah Memeriksan rekod kes sivil mahkamah majistret. Mengendalikan semua kes jenayah kecuali yg melibatkan hukuman mati. Mendengar tuntutan sivil yg bernilai kurangRM250 000

Mahkamah Majistret kelas 1


Lantikan dibuat oleh MRR. Bidang kuasa:      Kes yg membabitkan hukuman kurang 10 tahun. Denda tidak melebihi RM10 000 Hukuman rotan 12 kali. Kes sivil membabitkan nilai tidak melebihi RM25 000 Bentuk hukuman( Penjara + denda atau Penjara + rotan

Mahkamah majistret kelas 2


Majistret dilantik oleh MRR. Bidang kuasa: Penjara tidak melebihi 12 bulan Denda RM1 000 Hukuman rotan maksima 12 kali Kes sivil membabitkan nilai tidak melebihi RM3000

Mahkamah Penghulu
Hanya terdapat di Semenanjung sahaja. Hanya membabitkan orang-orang Asia sahaja Rayuan kes boleh di bawa ke mahkamah majistret kelas 1 Bidang kuasa:

Jenayah: Hukuman denda tidak melebihi RM50 Sivil: Nilai tuntutan tidak melebihi RM25

Mahkamah-mahkamah khas
Mahkamah Khas raja-raja Terdiri daripada 5 orang hakim( Ketua hakim negara,hakim-hakim besar dan 2 bekas hakim mahkamah atasan) Hanya untuk mengadili YDPA atau Raja atas sifat peribadi Pendakwaanhanya boleh dimulakan oleh Peguam Negara Keputusan mahkamah adalah muktamad. Jika didapati bersalah, YDPA atau Raja perlu turun dari takhta ( letak jawatan).

Mahkamah syariah
Mahkamah Syariah: Hanya dikhususkan untuk masyarakat Islam. Hakim dilantik oleh YDPA( Persekutuan) dan MRR di negeri-negeri yang lain. Ada 3 mahkamah syariah:Rendah, tinggi dan rayuan. Bidang kuasa: Sivil: Pertunangan, matrimoni, hak penjagaan anak dan harta arisan / pusaka. Jenayah: Tidak bayar zakat, berkhalwat, tidak puasa, minum arak, berjudi dan ajaran sesat.

Mahkamah Bumiputera
Hanya terdapat di sabah dan Sarawak Hanya mempunyai kuasa untuk membicarakan:

 Kes yg membabitkan kesalahan melanggar pelanggaran adat  Kes sivil yang membabitkan tuntutan kurang daripada RM2000
Rayuan kes boleh dibawa sehingga ke mahkamah tinggi.

Mahkamah Perusahaan
Mahkamah yang mengendalikan kes pertikaian antara pekerja dgn majikan ( akta perhubunbgan perusahaan 1967). Tatacara ke ke mahkamah:

1.Kes mesti dilaporkan kepada pengarah perhubungan perusahaan. 2.Kes dipanjangka kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan 3.Jika rundingan gagal kes dibawa kepada Menteri. 4.Jika rundingan gagal..kes dibawa ke mahkamah perusahaan. 5.Pihak yang tidak berpuashati boleh merujuk kes ke mahkamah tiggi( rayuan).

Mahkamah buruh
Menyelesaikan pertikaian buruh dan majikan yang membabitkan: i. i. Gaji pekerja tidak melebihi RM1000 ( tahun 1998 pindaan Gaji RM1500-5000) Kes cuti para pekerja Kes dikendalikan oleh Pegawai Jabatan buruh

Mahkamah Tentera
Membicarakan kes yang membabitkan kesalahan tentera dalam perkhidmatan ( bukan kes sivil atau jenayah dirujuk ke makamah awam) Mahkamah Tentera terbahagi kpd 2:

i.Mahkamah Rendah Tentera Hakim berpangkat Kapten ( untuk pegawai berpangkat bawahan) ii.Mahkamah Tinggi Tentera Hakim berpangkat Mejar dan ke atas ( Kes pegawai staf sarjan dan ke atas)

Badan pengadilan yang lain


Tribunal tuntutan pengguna: Membabitkan nilai tuntutan kurang daripada RM10 000 Tribunal Tuntutan pembeli rumah : Nilai tuntutan bersamaan 10% dari harga rumah untuk setiap hari kelewatan Majlis Peguam: Menjaga kebajikan ahli, mengambil tindakan disiplin dan denda kpd ahli yang tidak beretika. Majlis perubatan Malaysia: Menjaga kebajikan ahli, mengenakan tindakan disiplin dan denda kpd ahli.

Jabatan Peguam Negara


Badan yang bertanggungjawab untuk memulakan pendakwaan. Diketuai oleh Peguam Negara Boleh mengarahkan sesuatu kes dibatalkan perbicaraan.

Istilah-istilah kehakiman
Prima facie- Tiada bukti kukuh Habeas corpus- Hak untuk mendapat kebebasan drp tahanan secara tidak sah Alibi-Tiada di tempat kejadian Sapina-Dipanggil ke mahkamah sbg saksi Ultra vires-Di ;uar bidang kuasa Intra vires-dlm bidang kuasa Writ Saman Injunksi-perintah larangan dari mahkamah

You might also like