You are on page 1of 1

Buli adalah masalah yang meliputi kegiatan seperti menumbuk, menghina, mengejek, memaki yang dilakukan oleh seseorang

terhadap pemangsanya untuk mendapatkan keseronokan. Kes-kes buli yang semakin menjadi-jadi menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan masyarakat kerana terdapat kes yang mencapai tahap yang boleh dikira sebagai jenayah. Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang . Setiap masalah mesti ada pencetusnya, begitu juga dengan kes buli yang berpunca daripada beberapa faktor seperti kurang penghayatan nilainilai agama dalam kalangan pelajar yang melibatkan diri dalam kes buli. Dalam erti kata lain mereka ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri. Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan kasih sayang dan tidak prihatin kepada anak-anak juga antara faktor berlakunya kes buli. Ibu bapa dasawarsa kini yang selalu sibuk dengan pekerjaan telah mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anak mereka. Seterusnya, para pelajar yang ilmunya masih cetek dan berumur setahun jagung senang dipengaruhi kawan-kawan sebaya. Jika kawan-kawannya merupakan seorang pembuli, kebarangkalian untuk pelajar itu menjadi seorang pembuli amat tinggi. Bak kata pepatah tiada penyakit yang tiada penawarnya . Terdapat pelbagai langkah boleh dilakukan pihak sekolah untuk mencegah gejala buli ini seperti mewajibkan Pendidikan Sivik untuk mendedahkan pelajar supaya mereka menyedari bahawa perbuatan buli merupakan satu kesalahan. Pihak sekolah juga boleh mengadakan ceramah atau kempen seperti menjemput penceramah bagi memberi kesedaran kepada pelajar supaya tidak memandang enteng kepada gejala buli. Pihak sekolah perlulah memasang kamera litar tertutup di setiap pelosok sekolah supaya tidak memberi peluang kepada pelajar yang ingin membuli. Pelaksanaan langkah-langkah yang telah disaran diharapkan dapat menangani kes buli. Pihakpihak yang berkenaan perlulah mengambil tindakan yang sepatutnya.

You might also like