You are on page 1of 3

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Malaysian Red Crescent

Jenis Ditubuhkan Ibu pejabat Industri Produk Laman web

Pertubuhan bukan untung 1948 Kuala Lumpur, Malaysia Kesihatan Bantuan kemanusiaan http://www.redcrescent.org.my

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ialah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini diiktiraf kerajaan Malaysia pada tahun 1957 dan Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1963.

[sunting] Sejarah
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain. Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada September 16, 1963, suatu penggubalan akta baru yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak dibawah nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965. Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.

Peraturan- peraturan Persatuan Bulan Sabit Merah Melaysia (PBSMM)

Disiplin 1. Setiap Pengawai adalah dikehendaki menjaga taraf kelakuan mereka pada setiap masa bersesuaian dengan jawatan mereka. 2. Setiap Pengawai hendaklah dengan sendirinya meneniti dan menentukan yang ahli bawahan mereka mematuhi segala peraturan, arahan dan undang- undang. Seseorang Pengawai itu tidak dibenarkan menyoal kepentingan atau keutamaan sesuatu arahan yang dikeluarkan secara umum atau dirinya sendiri oleh seseorang pengawai atasannya. 3. Setiap Pengawai adalah dengan sendirinya bertanggungjawab untuk menjaga kelakuannya dan sentiasa menjaga kedudukannya bersama dengan pengawai- pengawai atasan atau bawahannya. Beliau juga akan memerlukan daripada pengawai bawahannya tindak balas dan kecekapan melaksanakan tanggungjawab mereka seperti mana juga diperlukan daripada dirinya. 4. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pengawai mengemukakan laporan rasmi kepada pengawai atasannya sekiranya ada diantara pengawai bawahannya yang kekurangan kecekapan atau daya usaha mereka. Sekiranya beliau gagal melaporkan kelemahan atau kekurangan daya usaha Pengawai dan ahli bawahannya atau pun apabila ada diantara mereka yang telah melakukan kesalahan, maka ianya juga adalah mencerminkan kelemahan diri pengawai itu sendiri. 5. Seseorang pengawai itu tidak boleh mengenepikan tugasnya disebabkan kepentingan dirinya sendiri dan berkelakuan seperti yang diketahui atau dijangka mengetahuinya boleh menimbulkan syak wasangka yang:a.Ia menyalahgunakan kepentingan peribadinya bertentangan dengan tugas- tugasnya. b. Ia menggunakan kedudukannya untuk kepentingan peribadinya. c.Seseorang pengawai tidak dibenarkan berkelakuan yang boleh mencemarkan nama atau daya usahanya telah berkurangan. d. Seseorang pengawai itu mestilah amanah dan tidak berkelakuan yang boleh menimbulkan syak wasangka terhadap kejujurannya. e. Seseorang pengawai tidak boleh membawa atau cuba membawa pengaruh luar atau tekanan luar untuk menyokong atau mempengararuhi sesuatu tuntutan sama ada ianya tuntutan peribadi ataupun tuntutan daripada ahli- ahli lain di dalam persatuan. f. Seseorang pengawai tidak boleh berkelakuan seperti mana yang boleh menimbulkan tindakan menderhaka. 6. Pemberhentian dan Penamatan Keahlian a. Seseorang ahli boleh berhenti keahliannya dengan memberi notis bertulis kepada persatuan. Pemberhentian akan berkuatkuasa sebaik sahaja notis tersebut diterima oleh Persatuan. b. Kelayakan untuk merayu. Seseorang ahli yang terlibat atau terkilan di atas keputusan yang dibuat dibawah arahan ini mengemukakan rayuan beliau secara bertulis di dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan dikeluarkan. c. Kuasa mempertimbangkan dan lain- lain. Adalah budibicara Jawatankuasa Majlis Kebangsaan untuk mengkaji, meminda atau memansuhkan sebarang keputusan untuk membuang, menamatkan atau mengantung keahlian seseorang itu. Setelah ianya disahkan maka keputusan yang dibuat oleh Majlis Kebangsaan adalah muktamad.

You might also like