You are on page 1of 22

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

TAJUK 9

Nordin Tahir, JIP

Perjuangan Insan Pendidik (Ahli-ahli Falsafah)


Plato Rosseau Confucius Lao Tze Al-Ghazali Rujuk dan kumpulkan maklumat tentang Ahliahli falsafah tersebut dan bincangkan peranan /sumbangan mereka dalam pembinaan modal insan
Nordin Tahir, JIP

Perjuangan Insan Pendidik (Tokoh tokoh Pendidik Barat dan Timur)


Tokoh-tokoh Pendidik Barat: - John Dewey -Maria Montessori -Jean Piaget -Carl Rogers -Albert Bandura Tokoh-tokoh Pendidik Timur: -HAMKA -Confucius -Lao Tze Tokoh-tokoh Pendidik Negara: -ZABA -Burhanuddin Helmi -Aminuddin Baki -Awang Had Salleh
Nordin Tahir, JIP

Rujuk dan kumpulkan maklumat tentang tokoh-tokoh pendidik tersebut dan bincangkan sumbangan/peranan mereka dalam pembinaan modal insan

Ahli Falsafah Pendidikan


Socrates(469 -399 SM) Seorang yg cenderung kpd penaakulan kritikal dan komitmen terhadap ketelusan Pernah menjadi askar kemudian sbg pengukir batu Sentiasa berbincang ttg ilmu, nilai, politik dsb bersama golongan muda Sbg Mahaguru Athens kerana keikhlasan berkongsi ilmu tanpa balasan material.

Nordin Tahir, JIP

Ahli Falsafah Pendidikan


Plato (427 347 SM) Anak murid Socrates dan guru kpd Aristotle Karya (Dialoge dan Republic)berkaitan disiplin iaitu etika, falsafah politik, psikologi moral, epistemologi dan metafizik Tubuh sek sendiri di Athens sbg academi dan digelar universiti pertama di Eropah Menawarkan satu kurikulum m/p spt astronomi, biologi, matematik, teori politik dan falsafah Berkhidmat di sek tersebut sehingga meninggal dunia Pendapat beliau tentang peranan guru, guru mesti perihatin dan menjaga kebajikan murid, pendidikan sbg satu entiti moral, maka guru b/tgjwb menyampai ilmu. Guru juga perlu mengenal pasti tahap dan had ilmu yg berasaskan kebenaran dan nilai.
Nordin Tahir, JIP

Aristotle (384 322 SM)

Anak murid Plato dan guru kpd Iskandar Dzulkarnain Penulisan beliau berkaitan pendidikan, sastera, fizik, metafizik, puisi, logik, retorik, politik, etika, biologi dan zoologi. Sbg guru di sek Academy , mengajar m/p retorik(teknik memujuk) Mendirikan sek sendiri bertempat di Lyceum Amat komited dan tekun mengajar serta mengarang risalah yg megandungi idea-idea berfalsafah. Kuliah beliau dikategorikan perbincangan terperinci sebelah pagi utk kump. murid di peringkat lanjutan dan perbincangan umum sebelah ptg utk kump awam Semasa mengajar gemar berjalan ke sana sini, juga menjalankan kajian terhadap pelbg m/p sterus berjaya menubuhkan sebuah perpustakaan utk menyimpan bahan purbakala.
Nordin Tahir, JIP

Al-Ghazali
Imam Al-Ghazali: Perintis Falsafah Islam: DALAM dunia falsafah Islam, Imam Al-Ghazali merupakan perintis awal yang sangat terkenal. Beliau yang mendapat gelaran Hujjatul Islam adalah ilmuwan ulung yang sangat berjasa terhadap perkembangan dunia keilmuan Islam. Nama lengkap beliau ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali at-Tusi. Lahir di Tus, Khurrasan pada tahun 450H. Ayahnya merupakan seorang ahli sufi yang sangat warak dan kerjanya memintal dan menjual benang yang ditenun daripada bulu biri-biri dan turut mendedahkan anak-anaknya dengan asas ilmu tasawuf.
Nordin Tahir, JIP

Pada mulanya beliau mendapat pendidikan awal di kampungnya sendiri dalam bidang Fikah dan kemudian meneruskan kembara ilmu ke Jurjan. Beliau pernah berguru dengan beberapa orang ulama terkenal pada zamannya, misalnya Imam al-Juwaini di Naisabur dan Nizam al-Muluk di Muaskar. Melalui Nizam al-Muluk, al-Ghazali diterima mengajar di Madrasah Nizamiyah di Kota Baghdad disokong kemahiran bermuhadharah sehingga menjadikan dirinya seorang Ilmuwan yang amat terkenal dalam bidang Fikah, Ilmu Kalam dan Falsafah pada zaman tersebut.Sebagai seorang ulama yang cintakan ilmu, beliau juga sering bermusafir dan mengembara dari sebuah negara ke negara yang lain bagi menambah ilmu dan menyebarkannya. Tidak hairanlah jika beliau sangat dihormati oleh pemerintah Bani Saljuk dan Abbasiah kerana ilmunya yang mendalam dan mempelopori bidang ilmu falsafah.

Nordin Tahir, JIP

Imam al-Ghazali berpegang pada prinsip bahawa ilmu dan keistimewaan para sufi tidak dapat dipelajari melalui buku-buku sahaja kecuali melalui pengalaman atau me rasainya sendiri. Falsafah beliau telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri para intelek Islam seperti ar-Rumi, Ibn Rusyd, Syah waliullah dan ramai lagi.Setelah beberapa lama mengembara dan mempertajamkan ilmu serta sikapnya sebagai seorang ulama sufi, al-Ghazali kembali ke Naisabur atas desakan Fakhrul Muluk, anak kepada Nizam al-Muluk untuk kembali mengajar di Madrasah Nizamiyah. Namun tidak beberapa lama setelah itu, Fakhrul Muluk mati terbunuh dan al-Ghazali kembali semula ke Tus dan membuka sebuah madrasah bagi menyebarkan ilmu dan mendidik orang ramai dengan kaedah sufi yang menekankan pendidikan hati.

Nordin Tahir, JIP

Asas-Asas Falsafah Al-Ghazali: Menurut Al-Ghazali falsafah secara ringkasnya dikategorikan kepada enam aspek penting iaitu: matematik, fizik, metafizik (ketuhanan), politik, logik dan etika (akhlak). Malah menurutnya Islam tidak melarang mempelajari ilmu-ilmu seperti falsafah Greek asalkan ia tidak ber tentangan dengan Islam sebagaimana dibahaskan di dalam karyanya yang berjudul Tahafut al-Falasifah mengenai fizik dan metafizik yang mengatakan alam ini terurus dengan sendiri tanpa kawalan.Walaupun beliau bersetuju dengan sumbangan teori falsafah yang dipelopori oleh Aristotles dan Plato terhadap nilai keilmuan, namun tidak semua beliau terima kerana terdapat bahagian dari bidang falsafah yang bertentangan dengan akidah Islam.

Nordin Tahir, JIP

Dalam kitab al-Munqidz Min ad-Dhalal, al-Ghazali menyatakan bahawa para filosuf yang menganut pelbagai mazhab dan yang membawa pemikiran yang berciri kekufuran dapat dibahagikan kepada tiga golongan: a. Golongan ad-Dahriyyah (Aties) - Golongan ini mengingkari adanya Tuhan. Kata mereka, alam ini ada dengan sendirinya. Seperti haiwan yang ada melalui mani dan mani dari haiwan tanpa kesudahan lingkarannya, demikian pula halnya dengan alam ini. Golongan ini adalah zindik. Golongan at-Tobiiyyah (Naturalis) - Golongan ini memusatkan perbahasan pada alam fizikal, terutama haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Keajaiban yang mereka temui menjadikan mereka mengakui adanya Pencipta yang Maha Bijaksana. Golongan ini berpendapat setiap jiwa akan fana dan tidak kembali lagi. Lantaran itu mereka mengingkari adanya hari akhirat, syurga dan neraka. Golongan ini juga termasuk zindiq. Golongan al-Ilahiyyah (Theis) Golongan ini muncul daripada dua golongan yang telah dinyatakan.

b.

c.

Nordin Tahir, JIP

Adapun dalam bidang ketuhanan al-Ghazali berpendapat pandangan para filsuf banyak bertentangan dengan agama Islam, sehingga ilmu dan pemikiran mereka wajib ditolak. Untuk maksud tersebut karyanya yang berjudul Tahafut al-Falasifah yang mengemukakan 20 masalah yang tidak sesuai dengan Islam (meliputi hal kufur dan bidaah) perlu diteliti oleh umat Islam hari ini. Konklusi yang dibuat oleh al-Ghazali di dalam perbahasan kitab tersebut meletakkan tiga aspek pertentangan antara filsuf dan Islam iaitu: 1. Filsuf menganggap qadimnya alam . 2. Tuhan tidak mengetahui peristiwa-peristiwa kecil yang berlaku di bumi . 3. Mengingkari kebangkitan semula jasad pada hari akhirat.

Nordin Tahir, JIP

Sebagai usaha untuk menyingkap pemikiran falsafah al-Ghazali, orang ramai bolehlah membaca karyanya Tahafut al-Falasifah dan Maqasid al-Falasifah. Perspektif Sarjana Islam Terhadap Al-Ghazali Para Ilmuwan Islam sama ada yang sezaman dengan beliau atau selepasnya amat tertarik dengan daya pemikiran dan falsafah yang diketengahkan beliau untuk tatapan umat Islam. Sebagai seorang pengkritik kepada filsuf beliau juga tidak terlepas daripada dipertikaikan sebagai seorang ahli falsafah. Contohnya Ibn Rusyd yang menulis sebuah buku berjudul Tahafut at-Tahafut sebagai jawapan balas terhadap dakwaan al-Ghazali yang menentang pemikiran falsafahnya. Walau bagai manapun perkara ini dianggap sebagai suatu kebiasaan para ilmuwan mendatangkan hujah dan dalil terhadap perselisihan pendapat di kalangan mereka.Perkara sebegini juga berlaku terhadap Plato apabila teori falsafahnya diperbetulkan oleh muridnya, Aristotles.
Nordin Tahir, JIP

Selain sarjana Islam, orientalis barat dan penulis-penulis barat juga sering menulis tentang al-Ghazali. Antaranya ialah J.Wensik, Obbermana dan Cara De Vaux lantaran kekaguman terhadap teori falsafah Al-Ghazali. Walaupun begitu mereka yang sering mengikuti perkembangan alGhazali sering memberikan pandangan dan penafsiran yang berbeza-beza antaranya B.B Mc Donald yang menyifatkan al-Ghazali sebagai seorang tokoh yang terkenal di dunia Islam sebagaimana Augustinus dalam dunia Kristian. Malah Pascal, filsuf terkenal Perancis sering merujuk kepada pendapat al-Ghazali dalam falsafahnya.

Nordin Tahir, JIP

Karya Al-Ghazali: Hujjatul Islam Imam al-Ghazali adalah ulama dan pemikir Islam yang sangat produktif dalam penulisan. Jumlah hasil tulisannya sehingga kini masih tidak dapat ditentukan dengan tepat secara definitif oleh para penulis sejarahnya. Ini kerana ada di antara kitab-kitabnya yang telah diterbitkan dan masih ada yang tersimpan dalam perpustakaan makhtutah negara-negara Arab. Abdurahman Badawi mengklasifikasikan karya Al-Ghazali kepada tiga kategori. 1. Kitab yang dikenal pasti dengan tepat sebagai karya al-Ghazali berjumlah 72 kitab. 2. Kumpulan yang diragui terdiri daripada 22 kitab. 3. kitab yang bukan karya beliau dapat dipastikan berjumlah 31 kitab. Kitab-kitab yang beliau tulis meliputi pelbagai bidang ilmu seperti ilmu al-Quran, akidah, ilmu kalam, usul fikah, fikah, tasawuf, mantiq, falsafah, kebatinan dan lain-lain.
Nordin Tahir, JIP

Karya Al-Ghazali yang sangat berpengaruh ialah: 1. Tahafut al-Falasifah 2. Ihya Ulumiddin 3. Al-Munqidz Min ad-Dhalal 4. Miskat al-Anwar 5. Maqasid al-Falasifah 6. Majalis Al-Ghazali 7. Al-Mustazhari Hasil karya beliau sering menjadi rujukan terutama dalam bidang falsafah ialah Tahafut al-Falasifah yang banyak membongkar pemikiran dan pendirian beliau. Karyanya ini merupakan jawapan dan pendirian terhadap falsafah yang bertentangan dengan akidah Islam. Inilah bukti yang menjadikan beliau ahli falsafah yang mempunyai keistimewaan. Dalam pencarian hakikat dan kebenaran yang sering mendorong dirinya menjadi seorang pengkaji yang bukan hanya mendalami ilmu malah mengamalkan keilmuan dan merasai dzuq seorang Muslim sejati. Imam al-Ghazali kembali ke rahmatullah pada tahun 505H dalam usia 55 tahun.
Nordin Tahir, JIP

Jean Jacques Rousseau (1712-1778)


Rousseau seorang berbangsa Swiss berasal dari Geneva. Karyanya A Discourse on the Moral Effects of the Arts and Sciences (1754) dan Social Contract (1762). Dalam Social Contract beliau telah menghuraikan pandangannya yang berkaitan dengan falsafahnya. Bagi beliau manusia perlu menyerahkan hak dan kebebasan peribadi masing-masing kepada satu badan berdaulat (sovereign body) yang menentukan bentuk undang-undang yang akan melindungi mereka sebagai ahli masyarakat yang mempunyai hak asasi yang sama. Ketaatan setiap ahli adalah kepada undang-undang umum yang telah dipersetujui secara kolektif.
Nordin Tahir, JIP

Terdapat beberapa implikasi penting yang wujud dalam pemikiran pendidikan pada Zaman Pencerahan di Barat
i. Kesedaran tentang proses penaakulan manusia sebagai satu kuasa intelektual yang penting dalam menjana ilmu pegetahuan yang baru. ii. Ahli sains dan juga ahli sains sosial mempunyai tanggungjawab penting untuk membantu dalam usaha membina masyarakat sebagai intelektual baru atau intelektual awam (public intellectuals). iii. Mereka semua berpendapat betapa pentingnya diwujudkan ruang dalam sistem pendidikan untuk pengajaran ilmu kemasyarakatan yang merangkumi pelbagai bidang dalam disiplin sains sosial.

Nordin Tahir, JIP

Para pemikir Zaman Pencerahan telah membuat beberapa sumbangan penting kepada pertumbuhan pendidikan seperti ilmu sains sosial di Barat:1. Mereka telah membuat penelitian intensif dan ekstensif tentang sejarah manusia, sifat masyarakat, sifat manusia dan ciri alam semula jadi. 2. Mereka berjaya mengembangkan sistem pendidikan Barat dengan mewujudkan ilmu-ilmu sekular. 3. Mereka telah menggalakkan penubuhan persatuan ilmiah untuk memulakan wacana isu sosial semasa.

Nordin Tahir, JIP

Perjuangan Insan Pendidik (Tokoh tokoh Pendidik Barat dan Timur)


Tokoh-tokoh Pendidik Barat: - John Dewey -Maria Montessori -Jean Piaget -Carl Rogers -Albert Bandura Tokoh-tokoh Pendidik Timur: -HAMKA -Confucius -Lao Tze Tokoh-tokoh Pendidik Negara: -ZABA -Burhanuddin Helmi -Aminuddin Baki -Awang Had Salleh
Nordin Tahir, JIP

Rujuk dan kumpulkan maklumat tentang tokoh-tokoh pendidik tersebut dan bincangkan sumbangan/peranan mereka dalam pembinaan modal insan

Prof. HAMKA

Nordin Tahir, JIP

You might also like