You are on page 1of 2

Minat pelanggan membeli barangan secara berulang di sesebuah kedai kebiasaannya banyak dipengaruhi oleh keadaan kedai yang

selesa dan bersih, layanan mesra dan banyaknya pilihan barangan.Faktor-faktor ini menjadi asas yang akan membawa kepada kejayaan sesebuah kedai di samping membina hubungan yang baik antara pelanggan dan pekedai.Ketika mana sesebuah pasar raya hiper kekal popular dalam masyarakat berikutan pelbagai produk dan keselesaan yang disediakan, kedai runcit tradisional masih diperlukan.Kedai-kedai berkenaan menyediakan keselesaan kepada penduduk yang tinggal berhampiran dan melahirkan suasana kehidupan kepada pengendalinya.Namun oleh kerana terdapat saingan daripada pembelian secara pukal menyebabkan pekedai runcit terpaksa mengubah model perniagaan jika ingin terus kekal. Di bawah program Tukar,bukan sahaja kedai runcit dimodenkan malah ia merangkumi aspek modal insan, mesin dan peralatan, kemahiran dan prosedur operasi standard (SOP) termasuk susun atur barangan dan inventori. Menurut Zahari,kriteria pemodenan TUKAR memberi fokus kepada pembangunan modal insan iaitu pengusaha perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan khususnya dalam bidang peruncitan.Pengusaha perlulah menghadiri kursus keusahawanan dalam bidang peruncitan yang akan dikendalikan oleh konsultan atau mana-mana pihak.Dalam proses pemodenan itu, mesin dan peralatan (Machine) diberi keutamaan untuk ditukarkan. Antaranya ialah Point Of Sale (POS) Counter Terminal (GST ready) yang meliputi sistem barcode dan pangkalan data inventori, susun atur gondola, pencahayaan, POS System, papan tanda berlogo TUKAR dan mempunyai capaian internet.Selain itu, pengusaha boleh membuat pilihan bagi ciri tambahan yang disenaraikan untuk pemodenan kedai seperti alat penyejuk (chiller), penyejuk beku (freezer), peti simpanan, sistem penggera keselamatan, penghawa dingin ataupun lantai berjubin.Kaedah pengendalian kedai hendaklah diselarikan dan mempunyai Standard Operating Procedures (SOPs) dalam menjalankan perniagaan termasuk susun atur barang-barang dan inventori. Walaupun premis perniagaan telah dimodenkan dengan cantik dan berkualiti, jika bahan-bahan yang disediakan tidak memenuhi kehendak pengguna, ia akan tidak berbaloi dengan kos pemodenan. Oleh itu, pengusaha perlu memastikan bekalan barangan mencukupi dan berterusan melalui sistem POS ataupun melalui aturan sedia ada.Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) akan menyediakan peruntukan sebanyak RM20,000 hingga RM60,000 dengan caj perkhidmatan 3

peratus setahun sebagai pinjaman kepada pemilik kedai yang menyertai program TUKAR.Pinjaman yang diperuntukkan tidak akan diberikan dalam bentuk tunai kepada peniaga tetapi akan dibayar terus kepada kontraktor bagi kos peralatan dan perkhidmatan pengubahsuaian. Sistem POS penting bagi membantu seseorang peruncit dalam mengetahui margin keuntungan, bilangan stok yang terjual dan bilangan stok yang masih ada kerana maklumat seumpama amat penting bagi seseorang peruncit menjalankan perniagaan dengan lebih berkesan.Menurut Zahari, kesemua hypermarket yang diklasifikasikan sebagai konsultan akan membantu peruncit tradisional melalui khidmat nasihat pemodenan, penyediaan planogram dan latihan peruncitan dalam tempoh 1 hingga 3 bulan.

"Buat masa ini, kebanyakan kedai tidak mengamalkan susunan barang yang sepatutnya, bayangkanlah buku disusun di rak atas dan di bawahnya ada bawang. Susunan yang teratur penting untuk menarik perhatian pelanggan," kata Zahari.

Antara nasihat pemodenan yang dilakukan termasuk pengurusan runcit yang sistematik, pemantauan dalam sistem jualan dan sebagainya. Kedai-kedai runcit tradisional yang akan dimodenkan sudah semestinya akan mempunyai rak-rak yang baru dan menarik.Selain itu, pihak konsultan akan melatih peruncit tradisional menggunakan sistem POS dan perkara berkaitan dengan pengurusan kedai runcit. Latihan ini akan dikendalikan secara hands-on di mana pengusaha tidak perlu meninggalkan premis perniagaan bagi tempoh yang lama.Menurut pengarah urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN),Datuk Ameer Ali Mydin yang dipetik dari laman sesawang Mydin berkata bahawa MYDIN mensasar jualan peruncit di bawah bimbingannya akan meningkat antara 40 hingga 50 peratus apabila semua proses transformasi kedai runcit selesai.Sebagai pasar raya hiper yang terkemuka, tanggungjawab sosial korporat yang dilakukan oleh mereka menunjukkan inisiatif syarikat-syarikat itu untuk membangunkan sektor pemborongan dan peruncitan tempatan.

You might also like