You are on page 1of 12

PEMBENTUKAN KATA Bidang pembentukan kata (morfologi) merupakan subsistem dalam sistem bahasa.

Dalamkonteks Bahasa Melayu, pembentukan kata dipandang sebagai proses mengolah unsur-unsur bahasa tersebut sehingga menjadi pekataan yang boleh diujarkan dan difahami oleh penuturnya. Menurut Tatabahasa Dewan (1995), terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu: (i) bentuk kata tunggal - akronim (ii) bentuk kata terbitan - pengimbuhan (iii) bentuk kata majmuk (iv) bentuk kata ganda. Pembentukan kata lazimnya dihuraikan daripada sudut prosesnya. Selalunya kita membicarakan pembentukan satu-satu perkataan itu melalui proses-proses pengimbuhan, penggandaan, atau pemajmukan. Kata tunggal ialah perkataan yang paling dasar, yang tidak mengalami sebarang proses pembentukan. Contoh kata tunggal: cuaca, gred, seluar, teks, masyarakat dan yu. Daripada segi persukuan kata, kata-kata tersebut terdiri daripada pelbagai bentuk.Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh mengandungi satu suku kata atau beberapa suku kata. Kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata, dan gabungan awal huruf dan suku kata perkataan atau rangkai kata yang ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan tersendiri. Contohnya: cerpen (daripada cerita pendek), Gapena (daripadaGabungan Penulis Nasional), dan kugiran (kumpulan gitar rancak). Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu dengan menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada kedudukannyadengan kata dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu (i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar, (ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, (iii) apitan yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata dasar, (iv) sisipan, yang hadir di celahan kata dasar.Imbuhan-imbuhan tersebut membentuk pelbagai jenis kata terbitan, iaitu katanama terbitan dan kata adjektif terbitan. Setiap jenis kata terbitan ini dibentuk oleh imbuhan-imbuhan tertentu. Awalan-awalan peN-, peR-, pe-, ke-, juru-, maha-, dan tata-contohnya, membentuk kata nama terbitan. Akhiran imbuhan yang membentuk katanama, iaitu an, -wan, -wati, dan sebagainya. Antara imbuhan yang membentuk katakerja pula ialah awalan-awalan meN-, beR-, ter- dan di- serta akhiran kan dan i. Jumlah apitan juga banyak dalam bahasa Melayu, misalnya peN--an, ke--an, pe-an, dan peR--an yang membentuk kata nama; dan meN--kan, beR-..kan, meN--kan,meN--i, dan mempeR--kan yang membentuk kata kerja.

Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa katadasar, dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, misalnya: kapal terbang, gambar rajah dan terima kasih. Bentuk kata yang terakhir ialah kata ganda. Kata ganda ialah perkataan yangmengalami pengulangan pada kata dasarnya, sama ada secara sepenuh, separa atau berentak. Penggandaan penuh bermaksud pengulangan sepenuh sesuatu kata dasar,contohnya cantik-cantik dan mata-mata. Penggandaan separa bermakna pengulangansebahagian daripada kata dasar sahaja, yang boleh terdiri daripada kata tunggal atau kataterbitan. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal biasanya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya, dan letak gandanya pada bahagian hadapan katadasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan, menjadikannyavocal e pepet. Misalnya, lakilalakilelaki.Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan hanyamenggandakan kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan, dan berlaku hanya pada katakerja dan kata adjektif tertentu. Bentuk gandaan separa boleh terletak di bahagian belakang kata dasar, misalnya berturut-turut dan mencari-cari atau bahagian kata dasar,contohnya bantu-membantu dan cinta-mencintai. Penggadaan berentak pula ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikutrentak bunyi yang tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan berentak, seluruh katadasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan ini berlakusama ada melalui pengulangan vokal, contohnya kuih-muih, tungkus-lumus; melalui pengulangan konsonan misalnya simpang-siur dan mandi-manda. PROSES PEMBENTUKAN KATA Pada umumnya, proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu melibatkan bentuk- bentuk kata tunggal, terbitan, majmuk dan ganda. KATA TUNGGAL Perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian termasuk dalam kumpulan kata tunggal. Kata tunggalterbahagi kepada dua: kata tunggal satu suku kata dan kata tunggal dua suku kata ataulebih. Di samping itu, terdapat juga kata tunggal yang tidak pernah menerima sebarang imbuhan seperti ini, itu, sini, dan sana. Namun begitu, kebanyakan kata tunggal boleh diperluas untuk menjadi bentuk terbitan.

PROSES PEMBENTUKAN KATA

2.2.1 Pengimbuhan

2.2.1.1 Imbuhan kata nama

Imbuhan kata nama ialah imbuhan yang menerbitkan perkataan tertentu golongan nama. Imbuhan-imbuhan ini dibantu fungsinya melalui kedudukan perkataan terbitannya pada kedudukan namanya dalam ayat bahasa Melayu. Biasanya perkataan ini berfungsi sebagai subjek atau objek dalam ayat-ayat aktif transitif. Awalan yang boleh membentuk kata nama ialah :

1.

awalan pe-

1. awalan ke2. awalan se3. awalan juru

i) awalan pe-

Semua perkataan yang diimbuhkan dengan awalan pe- termasuk dalam golongan nama. Awalan pe- mempunyai enam bentuk iaitu pe-, pem-, pen-, peny-, peng-, dan penge-. 1. Fungsinya

Awalan pe- boleh diimbuhkan dengan bentuk dasar golongan kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas untuk membentuk nama terbitan tertentu.

Contoh pe- dengan kata nama :

pekebun pekedai pesawah pekilang Contoh pe- dengan kata kerja : pembawa pemukul pembaca petunjuk

Contoh pe- dengan kata adjektif :

pemurah pesakit pemutih

Contoh pe- dengan kata keterangan :

penyudah pengurang

Contoh pe- dengan kata tugas :

penyebab penyatu

ii) Awalan ke-

Awalan ke- adalah awalan kata nama kerana perkataan-perkataan yang diterbitkan dengan ke- khusus berupa perkataan kata nama.

Contoh :

ketua ( orang yang menjadi pemimpin ) kekasih ( orang yang dikasihi ) kekanda ( kakak atau abang ) kerangka ( benda yang berangka )

iii) Awalan se-

Awalan se- adalah awalan yang menerbitkan kata nama. Awalan se- berasal dari perkataan satu yang telah dipendekkan menjadi awalan yang membawa maksud satu kepada kata dasar yang diimbuhkannya. Awalan se biasanya diimbuhkan dengan penjodoh bilangan.

Contoh :

sebuah sebatang seekor sebutir sepucuk

iv) Awalan juru

Awalan juru dapat berfungsi sebagai awalan kata nama. Juru bermaksud ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan kata dasar dan boleh bergabung dengan kata dasar golongan kata nama, kata kerja dan kata akar.

Contoh awalan juru dengan kata nama :

Juruwang Jurubahasa

Contoh awalan juru dengan kata kerja :

jurukira jurucakap jurujual juruterbang juruselam

Contoh awalan juru dengan akar kata :

jurutera jurumudi

2.2.2 Pemajmukan

Pemajmukan adalah cantuman dua atau lebih perkataan yang bebas dalam

satu binaan dengan mempunyai makna yang khas dan tertentu iaitu makna yang tidak berkaitan antara perkataan-perkataan yang membinanya.

Contoh :

kapal terbang balai raya air batu bulan madu

Rangkaikata berbeza dengan kata majmuk kerana rangkaikata tidak mempunyai makna yang khas dan maknanya berkaitan antara satu dengan yang lain.

Contoh : air sungai ( air yang terdapat di sungai ) tahi lalat ( tahi yang dikeluarkan oleh lalat ) rumah putih ( rumah yang berwarna putih )

2.2.3 Penggandaan

Proses yang menggandakan kata dasar atau sebahagian diulang ialah proses penggandaan dalam bahasa Melayu. Kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar boleh juga digandakan secara berentak. Tiga jenis penggandaan ialah :

1. penggandaan penuh 2. penggandaan separa 3. penggandaan berentak

1. Penggandaan penuh

Proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar tanpa sebarang perubahan termasuk yang mengandungi imbuhan.

Contohnya :

budak-budak sekolah-sekolah rumah-rumah rendah-rendah kereta-kereta

1. Penggandaan separa

Proses yang menggandakan sebahagian dari kata dasarnya biasanya sukukata dan bentuknya ditentukan oleh sukukata awal atau sukukata akhir kata dasar yang diulang itu.

Contohnya :

sesemut lelabi lelangit sesungut lelaki jejari

Contoh penggandaan sukukata akhir :

segala-gala berlari-lari mencari-cari sepandai-pandai

1. Penggandaan berentak

Proses penggandaan yang boleh jadi berentak suku atau berentak bunyi. Penggandaan berentak suku bermaksud hanya sukukata sahaja yang diulang, sama ada sukukata awal atau sukukata akhir yang diulang.

Contoh :

batu-batan bukit-bukau sampah-sarap kayu-kayan mandi-manda

Contoh sukukata akhir yang diulang :

anak-pinak hutang-piutang

kuih-muih suka-duka selok-belok sayur-mayur saudara-mara

Dalam penggandaan berentak bunyi, yang diulang ialah bunyi-bunyi konsonan yang ada pada kata dasar tetapi bunyi-bunyi vokalnya berubah dalam bentuk ulangan.

Contoh :

gunung-ganang ( u kepada a ) gopoh-gapah ( o kepada a ) suku-sakat ( u kepada a ) cucu-cicit ( u kepada i

You might also like