You are on page 1of 2

Sinopsis Bab 1 : Pengenalan ilmu ketamadunan dalam pembinaan tamadun Malaysia.

Terdapat pelbagai pencerahan yang dapat diambil hasil daripada mempelajari bab pengenalan ilmu ketamadunan dalam pembinaan tamadun Malaysia. Jika dilihat, bab ini banyak menerangkan tentang konsep konsep asas sebuah tamadun dan definisi definisi tamadun itu sendiri. Kefahaman tentang tamadun dirungkaikan melalui padangan daripada dunia Barat, Islam, Asia dan Melayu. Setiap padangan walaupun ada sedikit perbezaan, namun hakikatnya terdapat persamaan di antara setiap pandangan terbabit. Perkataan tamadun sering digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan (material) sesebuah masyarakat. Perkataan tamadun ini dikatakan diperkenalkan oleh Jurji Zaidan, seorang penulis kristian yang menulis tentang sejarah Islam dan sastera Arab. Sebenarnya, perkataan tamadun itu berasal dari perkataan Arab maddana, yamuddunu, madinatan. Manakala madani pula adalah sifat nama yang

menggambarkan sifat pembangunan dalam keadaan budi bahasa yang terpuji. Ini bererti keseimbangan kemajuan dari segi kerohaniaan dan kekotaan. Selain itu, terdapat istilah lain yang digunakan di dalam bahasa Arab yang hampir sinonim dengan perkataan tamadun iaitu Thaqafah, Madaniyat, Umran, dan Hadharah. Thaqafah bermaksud kebudayaan dan Arnold Toynbee menyatakan di dalam bukunya, A study of History bahawa tamadun sebagai sejenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota. Madaniyat pula bermaksud kota kota dan umran bermaksud bangunan atau perbandaran yang dinyatakan oleh Ibnu Khaldun dalam kitabnya, al Muqaddimah. Hadharah dalam bahasa arab bermaksud kebudayaan dan menurut ibun Khaldun pula ialah sekumpulan manusia yang tinggal di sesuatu tempat ataut kota atau wilayah dan tanah pertanian. Kamus Dewan pula mendefinisikan tamadun sebagai keadaan kemajuan kebendaan atau pemikiran, budaya, sosial, politik, peradaban dan lain lain.

Perkataan tamadun dari segi istilah Inggeris pula ialah culture, reneissance, urbanization dan civilization. Perkataan Civilazation sebenarnya sudah cukup mengambarkan ketiga tiga perkataan itu. Bab ini juga telah mengutarakan ciri ciri asas tamadun. Antaranya, wujud penempatan masyarakat manusia di kawasan tertentu, peningkatan kualiti kehidupan dan jangka hayat, wujud sisitem organisasi, muncul satu bahasa dan beberapa bahasa serumpan dengan tulisan tersendiri. Selain itu, wujudnya sistem

perundangan, peningkatan daya reka cipta dalam bidang teknologi & pembinaan. Perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah, kesenian, kesusteraan dan nilai estetika yang tersendiri. Di samping itu, terdapat faktor faktor yang mendorong kelahiran dan perkembangan. yang pertama ialah, kedudukan strategik untuk mengambil hasil semulajadi demi kelangsungan kehidupan. yang kedua, rangsangan keagamaan dan kerohaniaan. Yang ketiga, penghayatan yang tinggi terhadap moral dan nilai yang terpuji. Seterusnya, kesengsaraan hidup seperti tamadun Jepun dan keterbukaan terhadap sumbangan tamadun lain. Kesimpulannya, dunia Islam telah menggariskan definisi tamadun yang amat syumul tidak seperti pandangan barat yang kebanyakannya mementingkan kemajuan dari segi fizikal. Pandangan sarjana Islam dan beberapa ahli falsafah dari timur menampakkan bahawa tamadun itu perlu difahami sebagai kemajuan dari segi fizikal dan dalaman.

You might also like